Reliable web hostinglain fungsi banyakhadiahoctobermanakalaVoip vpscontinuesalamdia…banyakkan

Posts Tagged ‘Woman’

infusedwater_3

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Lemon dan Halia untuk Membuat Infused Water

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan, Shaklee Products

Assalammualaikum kepada semua pembaca=)

Hari ni saya nak cerita tentang air kegemaran saya sekarang ni..sebenarnya ramai yang dah duk buat air ni…mungkin saya je yang tertinggal keretapi..apa lagi kalau bukan Infused Water.

Ia juga dikenali sebagai air detoks kerana merupakan campuran buah-buahan, herba dan madu. Air ni dipercayai mampu menguruskan badan secara sihat tanpa produk lain atau ubat-ubatan. Apa-apapun, resipi yang saya buat memang best!

Kebaikan Air Detoks

  • Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Bantu kita buang air dengan lebih kerap serta elak sembelit
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
  • Meningkatkan fokus
  • Permulaan yang baik untuk kurus
  • Mengurangkan risiko barah usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah
  • Meningkatkan kesihatan badan menyeluruh

 

Bagaimana Membuat Infused Water

infusedwater_1

 

Bahan-bahan:

  1. Lemon
  2. Daun Pudina
  3. Halia

 

infusedwater

Cara-cara membuat

  1. Potong bahan mengikut citarasa. Lemon dihiris nipis, Halia dihiris atau ditumbuk.
  2. Letakkan semua bahan dalam jar atau botol
  3. Penuhkan air sehingga penuh 1Liter dan tutup
  4. Biarkan semalaman hingga bahan sebati dalam peti ais.
  5. Minum=)

infusedwater_3

 

Rupa campuran bahan dan air sebelum masuk peti sejuk.

Kebaikan Lemon dan Halia

1. Lemon membantu dalam pencernaan (Menyegarkan nafas)

2. Halia bagus untuk sistem imun dan sistem pertahanan badan.

3. Selain itu, halia juga membantu mengeluarkan angin dari badan..haa, lepas minum ni anda harus bersedia untuk buang angin secara semulajadi, ye!

Anda juga boleh cuba tambah atau guna bahan lain ikut citarasa=)

10901523_843952068977508_1412805562_oIni rupa air detoks setelah dikeluarkan dari peti sejuk setelah dibiarkan semalaman…

Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

glaaaa

Ogos : Khas untuk Wanita=)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Healthy Body, Shaklee Products, Women's Health

Jeng jeng jeng…baca je tajuk tu mesti kaum wanita rasa sangat istimewa kan.. bulan ni adalah sangat istimewa untuk kaum wanita….sebab apa? Sebab bulan ni adalah bulan promosi GLA Complex!

10532776_756613654378017_4352602119517016773_n

 

GLA ni memang istimewa bagi saya sebab saya ada kisah dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan…boleh baca entry saya di sini

Macam magic pula bila baca kisah saya tu kan..tapi, hakikatnya, magic itu takkan berlaku tanpa kuasa Allah SWT..Alhamdulillah..

Cyst adalah masalah yang sering dialami oleh ramai wanita…dan saya amat berharap mereka juga bernasib baik dan dikurniakan kesihatan yang baik sebagai wanita..

GLA complex

 

 

Sebanarnya, GLA Complex ini mempunyai banyak fungsi lain yang sesuai diamalkan lelaki dan wanita terutama yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi…..tapi disebabkan ia turut membantu stabilkan hormon, saya amat mengesyorkan agar GLA Complex ini  wajib diambil oleh semua wanita yang sudah didatangi haid…Bila dah amalkan, anda akan merasai dan melihat perubahan ketara yang dialami seperti kulit makin berseri, kuku makin cantik dan kuat selain kitaran haid yang stabil…

Dan, bagi mereka yang sudah lama berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, saya cadangkan GLA ini diambil salah satu ikhtiar untuk hamil kerana ia turut membantu meningkatkan kesuburan wanita..

Jadi, apa tunggu lagi, sementara ada promosi ni, jangan lepaskan peluang untyk mencuba GLA Complex dan bagi sesiapa yang memang sudah mengamalkannya, bolehla borong satu set beli 6 percuma 1 terus ye! Jimat dan berbaloi sementara promosi ini masih ada..

glaaaa

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

Collagen Shaklee

Collagen Powder- Dulu Dengar Je, Sekarang Baru Tahu!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni, Testimoni Collagen Powder, Women's Health

“Kulit makin lembab…”

“Bila pakai bedak tu rasa licin dan rata aje….tak payah pakai pelembab pun….”

Wah! Sedar tak sedar ada lagi 7 hari sahaja lagi sebelum Promosi Shaklee Collagen Powder berakhir…Agak sibuk sikit memenuhi permintaan pelanggan untuk memborong Shaklee Collagen Powder!! Dan komen-komen diatas adalah antara feedback yang saya dapat daripada pelanggan setia yang memborong Collagen Powder…

Dah lama saya teringin nak cuba Collagen ni…tapi masa mengandung tak kesampaian, lepas tu breastfeed pula…dan akhirnya waktu yang dinantikan pun tiba….

Ia bermula selepas Aidiladha lalu, saya cuba sendiri Collagen Powder yang hot ni…baru je pakai 5 hari, kulit rasa licin, lembab dan pipi agak gebu..bila picit-picit pipi rasa macam melantun gitu…hihi..best kan? dan yang paling ketara ialah bibir yang kering merekah dah tiada! Tumit kaki yang pecah-pecah pun makin hilang…

Sekarang ni saya suka usap pipi sendiri…sebab rasa lembab semulajadi…tak perlu pakai krim pelembab…dan yang paling bestm kulit kering akibat Eczema pun makin nipis dan hilang…….

Wow…ni baru 5 hari, cuba bayangkan lepas habis sekotak nanti? Tak sabar nak tunggu dan lihat kesannya selepas 15 hari…

Setelah sangat berpuas hati dengan hasil yang positif, saya mengambil keputusan untuk borong terus bulan ni…memandangkan promosi bulan Oktober ni sangat menguntungkan…yelah, beli 6 kotak, percuma 1 =)\

Buat yang tak pernah mencuba lagi, masa nilah nak cuba Collagen Powder pada harga yang amat murah! nak kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara pun boleh..dapat banyak lagi keuntungan seperti gambar dibawah..

 

Promo Collagen Shaklee

Tu dia….banyakkan benefit bila beli Shaklee Collagen Powder Buy 6 Free 1 ni….Apa tunggu lagi…7 hari je lagi sebelum tawaran berakhir…Lepas ni jangan menyesal pula =) ok setakat ini dulu untuk kali ni…jumpa lagi di lain entry, inshaAllah…

pengedar shaklee malaysia_new

 

keputihan wanita

MASALAH KEPUTIHAN WANITA – PUNCA & CARA RAWATAN

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keputihan, Kesihatan, Women's Health

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
keputihan wanita
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
PUNCA KEPUTIHAN:
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.
PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN:
Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

 SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN:

Saya memilih untuk mengambil Shaklee Alfalfa bagi mearwat keputihan…Memang produk yang mendapat sambutan ramai keran fungsinya seperti kacip fatimah…bukan sahaja mampu merawat keputihan, tapi juga mampu meningkatkan hubungan kelamin isteri..

Alfalfa

 

Berminat untuk dapatkan produk ini? Hubungi saya untuk harga istimewa =)

pengedar shaklee malaysia_new

DSC04734

Apa Hadiah Yang Sesuai pada Hari Ibu?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Women's Health

Salam Ahad semua….Hari ni, Hari Ibu sedunia….jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu, mama, mak atau ummi….

mothersd ay

 

Kalau ada yang tak tahu nak beri hadiah apa untuk ibu tersayang, boleh berlikan Women Health Set..

DSC04734

 

Set cadangan daripada Shaklee ini mengandungi Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex…

Kebaikan:

1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menapause*
2. Menggalakkan kulit yang cantik*
3. Menggalakkan tulang yang kuat*
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
5. Melegakan sakit-sakit sendi*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

rahim

6 Sebab Allah Jadikan Wanita Mempunyai Rahim

Written by Dila Roslan on . Posted in Shaklee Products

Salah satu perbezaan ketara antara lelaki dan wanita ialah wanita mempunyai rahim…Kenapa agaknya Allah mencipatakan rahim untuk wanita?

1. Dia bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

sumber artikel di sini

______________________________________________________________________________________________________

Jadi, kaum wanita jangan mengeluh letih membawa perut yang besar masa mengandung ye…sememangnya Allah jadikan sesuatu itu bersebab….bukan dengan sia-sia…

Have a nice day!

Dila Roslan

0133704341

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: