ramaidilasayakeluarkanak-kanak  luqmanberada masih sayasinimemeriksa rutinmembesarkanmenjalani rutin memeriksa

Posts Tagged ‘WAHM’

CARS, CASH, TRIPS & DREAMS

3 Perkara BEST Yang Anda Akan Dapat Bila Menjadi Ahli Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, Suri Rumah 5 Angka

Alhamdulillah, kini kesederan untuk menjana pendapatan sampingan memandangkan kos sara hidup yang meningkat. Dan sebab tu ramai yang bertanyakan kepada saya tentang peluang bisnes Shaklee. Apa yang saya katakan, anda bukan hanya akan mendapat wang ringgit…malah lebih daripada itu!

CARS, CASH, TRIPS & DREAMS

 

Ini adalah antara beberapa benda yang telah saya dapat sejak fokus dengan bisnes Shaklee sejak Jun 2012. Ini bermakna, selama 2 tahun 10 bulan, saya telah kecapi semua ini.

 

1) Cash (Tunai) 

Bagi seorang Pemimpin Jualan Shaklee, anda layak mendapat pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun. Pendapatan anda berbeza mengikut pangkat dalam Shaklee. Pangkat tertinggi Shaklee, seorang Master Coordinator mampu meraih pendapatan sehingga 6 angka sebulan. 

INCOME SHAKLEE

Alhamdulillah kini, sudah hampir setahun saya berada pada rank tertinggi Shaklee dan meraih pendapatan 5 angka sebulan. Di bawah susur galur saya, lebih 50 orang pemimpin jualan yang menikmati pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan. Dan menariknya, penyata bonus Shaklee boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank bagi membeli rumah, kereta dan hartanah lain.

 

2) Cars (Kereta)

 Shaklee juga memberi wang bonus khas yang dipanggil car bonus apabila anda layak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Shaklee tidak memberi sebuah kereta supaya anda dapat memilih dan membeli kereta yang diidamkan daripada wang tersebut. Cash Bonus diberi setiap bulan selagi anda masih aktif bersama Shaklee. Ada juga yang menggunakan Car Bonus untuk membayar wang pinajaman perumahan mereka. Terpulang! Itu hak anda. Saya pula, Shaklee masih memberi car bonus setiap bulan dan jumlahnya boleh membayar 3 bulan wang ansuran kereta saya =)

INCOME SHAKLEE _2

 

3) Convention (Percutian)

2 jenis percutian yang ditawarkan oleh Shaklee ialah percutian dalam negeri dan luar negara. Setakat ini, saya sudah menyertai percutian ke Kota Kinabalu pada tahun 2013 dan percutian antarabangsa ke Los Angeles dan California di USA pada tahun 2014. Kesemua tiket kapal terbang, bilik hotel dan makanan di taja sepenuhnya oleh Shaklee. Jangan khuatir, makanan halal disediakan buat peserta Muslim. Keseluruhannya, layanan 6 bintang telah diberikan kepada kami! Saya juga berpeluang menyertai dan layak mendapat anugerah di Global Conference pada tahun lepas. InshaAllah tahun ini, saya akan ke Italy pula, setelah melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.

INCOME SHAKLEE_3

Kini, saya sedang sibuk membantu lebih ramai rakan bisnes di bawah susur galur Wondermum Network untuk turut mendapat pelbagai faedah yang Shaklee tawarkan ini. Ada yang sedang dalam proses menikmati pendapatan 4 angka, 5 angka, dan ada yang sedang berusaha untuk layak mendapat Car Bonus Shaklee….Mungkinkah anda calon seterusnya?

Jom sertai kami sekarang!

pengedar-shaklee-malaysia_new

Kenapa saya buat Shaklee_Part 1

Kenapa Saya Buat Bisnes Shaklee – Part 1

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Lama sungguh gambar-gambar ni tersimpan rapi dalam album hidupku..

 

Kisahnya, anak-anak saya sungguh istimewa.

 

Kerana mereka, saya meninggalkan kerjaya sebagai Jurutera dan memilih bisnes MLM dengan pendapatan hanya RM1500 ketika itu.

 

Kerana mereka, saya sanggup duduk di rumah 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan.

 

Dan kerana mereka yang mana ada orang memanggil mereka ‘anak malang’, saya sebaliknya menumpang tuah dan rezeki mereka untuk menikmati pendapatan 5 angka sebulan.

 

Tahun 2010, Syafie dilahirkan dengan jangkitan paru-paru yang kronik. 14 hari saya berkampung di hospital, dengan tempoh keseluruhan 21 hari Syafie berada di ICU, inkubator dan wad bayi. Oh ya, dalam masa yang sama, suami saya Akmaruddin Jofri terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berkampung di tingkat 5 hospital yang sama =). Itulah pertama kali kami beraya Aidiladha di hospital bertuah tu =)

 IMAG0028_editSyafie semasa di NICU (2010)

IMAG0082+editSyafie di dalam incubator (2010)

 IMAG0062_editSyafie di wad kanak-kanak dan bayi, ketika masih bergantung pada bantuan Oksigen (2010)

IMAG0079_editSuami terbabit dalam kemalangan jalan raya, ketika saya masih berada di Hospital (2010)

Tahun 2012, Luqman yang masih berada dalam kandungan, disahkan doktor mempunyai injap jantung yang sempit dan tidak normal seperti bayi lain. Sekali lagi, saya habiskan masa 10 hari pantang di hospital. Selama tempoh 6 bulan, Luqman bergantung pada ubat khas untuk kuatkan jantungnya dan ketika umurnya 2 bulan, beliau menjalani prosedur membesarkan injap jantung. Lagi berkampung di ICU dan wad kanak-kanak=)

 DSC_0434_editLuqman menjalani rutin memeriksa jantung (2012)

DSC_0446_editLuqman di ICU setelah menjalani prosedur membesarkan injap jantung (2012)

 DSC_0456_editLuqman di wad kanak-kanak setelah keluar dari ICU (2012)

Sejak Mei 2012, saya bertekad untuk menjaga anak-anak saya sendiri. Saya mahu menjaga mereka dengan tangan saya sendiri, dan saya mahu sentiasa bersama mereka setiap hari.  Alhamdulillah, Allah mengilhamkan saya bisnes Shaklee untuk menjana pendapatan dari rumah.Saya tak  perlu keluar rumah dengan kerap, dan kebanyakan masa saya dihabiskan bersama-sama Syafie dan Luqman,

 

Lumrah orang berniaga, ada pasang dan surutnya. Ketika saya sedih dan kecewa, saya akan memandang anak-anak saya dan saya akan kembali kuat dan bersemangat! Anak-anak istimewa saya adalah sumber inspirasi saya…mereka adalah sumber kekuatan saya!

 

Kini, Syafie sihat seperti kanak-kanak lain. Luqman sudah stabil, tetapi masih memerlukan ‘follow up’ dari pakar untuk setiap 6 bulan.

 

Sesungguhnya, anak-anak saya adalah antara push factor saya terus kekal dalam bisnes Shaklee. Dan keputusan untuk menumpukan 100% fokus pada bisnes Shaklee adalah antara keputusan terbaik yang pernah saya lakukan!

 

DSC_0128_editSyafie dan Luqman (2014)

 

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

10403812_743381945701188_1354231431408350425_o

Majlis Berbuka Puasa Wondermum Network

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee News, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah, pada 12 Julai yang lalu, saya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua anak cucu di bawah susur galur saya..Memang dah lama berhajat untuk adakan majlis seperti ini…kali ini baru dimakbulkan Allah SWT..majlis diadakan di Foodcourt Mentara di Tiara Duta Apartment…Terima kasih kepada yang sudi hadir=)

10459916_746612975378085_8038581682738547702_n

10464125_746612995378083_7224107148122289550_n

10464362_746612938711422_4897797668335530599_n

10487244_746612872044762_4602052904957500027_n

10351065_746612838711432_8989797964869973383_n

Alhamdulillah…majlis berjalan dengan lancar…banyak sungguh makanan….inshaAllah tahun depan nak buat majlis seperti ini lagi..inshaAllah…..best sangatttt!! Nak join? Kena jadi ahli Shaklee di bawah saya dulu ye…=)

pengedar shaklee malaysia_new

1377026_608661852506532_1898616767_n

Magic Class for WonderMum Network

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan, Side Income, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah….sabtu lepas, 5 October, saya telah menganjurkan “Magic Class” khas untuk susur galur saya di WonderMum Network…Kelas bermula pada pukul 2.30petang dan berakhir pada pukul 5.30petang…padat sungguh agenda pada hari itu…dan pelbagai topik telah dibentangkan oleh leaders WonderMum Network…kelas ini diadakan khas untuk mereka yang masih baru dalam Shaklee dan sebagai ulangkaji buat mereka yang telah lama menyertai Shaklee…lebih istimewa, kelas ini dipantau oleh Presidential Master Shareeza Hashim….Jom kita layan gambar…

1380726_608593209180063_877841286_n

Tengah khusyuk menerangkan Shaklee Marketing Plan – Topik kegemaran =)

1374264_608593252513392_245484975_n

Para peserta yang bersemangat untuk mendengar dari mula sehingga habis kelas

1380759_608593425846708_2141560386_n

Jemputan khas..pakar IT dari JStudio..

1378826_10201473490693679_1432892576_n

Bergambar kenangan bersama anak cucu dari Group Permata Jutawan Shaklee

Dan akhir sekali….apalagi kalau bukan acara makan-makan….ada sate, kek, kuih muih, buah-buahan…pendek kata sampai penuhlah meja tu…Alhamdulillah…semua gembira dan pulang dengan cas-cas positif!

1377026_608661852506532_1898616767_n

1379791_608593332513384_812634799_n

Cupcakes Red Velvet ditempah khas untuk PM Cery….

993698_10201162577519467_1520005489_nDan akhir sekali…bergambar kenangan bersama semu peserta…

Alhamdulillah…rata-rata anak cucu gembira dan pulang dengan semangat baru!

“Tahniah Dila….klas tadi memang sangat-sangat best…Tahniah berjaya anjurkan klas yang hebat…”

Syukur, bila ilmu yang dicurahkan dihargai dan dipraktikkan….dan semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada Shaklee =)

Ingin sertai kami untuk menjana pendapatan dengan Shaklee? hubungi saya untuk keterangan lanjut..

pengedar shaklee malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: