july wondermumoleh disenaraikansihatSri lanka web hostingSuper cheap hostingTop ten vpsmemperkenalkanVps airlineswritten wondermum julywondermum

Posts Tagged ‘healthy home’

AirSource Mobile™

Written by WonderMum on . Posted in Air Source

Shaklee Air Source

AirSource Mobile™

AirSource Mobile™ adalah cara bagi membersihkan persekitaran ruang dalaman kita. Ke mana juga kita pergi, pembersih udara bergerak tanpa turas mampu mengurangkan mikrobial serta bau-bauan dan gas-gas toksik. AirSource Mobile™ boleh melitupi segenap ruang yang anda pergi serta merawat dan menyegarkan udara di ruang sebesar 300 kaki persegi (28 meter persegi).

AirSource Mobile™ menggunakan teknologi berpaten Photohydroionization™ untuk mengurangkan pencemaran udara ruang dalam secara efektif. Satu kombinasi lampu ultraungu (UV) dan mangkin. Trimetalik yang efektif dapat menghasilkan satu proses pengoksidaan lanjutan yang mampu mengurangkan mikrobial serta bau-bauan dan gas-gas.

Jaminan Kami: Alat Mudah, Fungsi Hebat

  • Pembersih udara bergerak berkualiti tinggi yang pertama dengan teknologi Photohydroionization™ yang merawat udara sama ada di kediaman, pejabat, ruang kerja, bilik hotel atau kereta anda dan apa jua ruang sehingga 300 kaki persegi (28 meter persegi). Ini adalah kerana tidak terdapat turas tetapi hanya merawat udara yang melaluinya. Mikrobial dan gas-gas tidak mempunyai tempat untuk bersembunyi.
  • Teknologi tanpa turas menawarkan pendekatan yang bersih, tidak memerangkap dan menyimpan mikrobial yang tidak sihat.
  • Ternyata ianya bebas daripada penyelenggaraan tetapi hanya perlu menukar lampu UV secara tahunan
  • Bersaiz kecil dan ringan untuk pengendalian mudah
  • Sistemnya beroperasi secara senyap
  • Rekabentuk futuristik di mana ia telah direkabentuk oleh jurutera-jurutera yang telah memenangi beberapa anugerah untuk memberi anda satu ciptaan seni yang indah selain daripada sebuah alatan.

AirSource Mobile™ mampu mengurangkan:

  • Bau-bauan binatang peliharaan sehingga 64%
  • Asap tembakau sehingga 33%
  • Kulapok dan bakteria sehingga 70%

Get Clean® Water Pitcher

Written by WonderMum on . Posted in Get Clean

Shaklee Get Clean

Get Clean® Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!


• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Written by WonderMum on . Posted in Get Clean

 

Shaklee Get Clean

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

 

Perbezaan Shaklee 


Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Dish Wash Concentrate

Written by WonderMum on . Posted in Get Clean

Shaklee Get Clean

Dish Wash

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan
Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda.  Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash ternyata: 
•  Lembut pada tangan
•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
•  Tahan lama kerana kepekatannya
•  Menjadikan pinggan bersih berkilau
•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Fresh Laundry Concentrate (Serbuk)

Written by WonderMum on . Posted in Get Clean

Shaklee Get Clean

Fresh Laundry

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih 
Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri

Mesra Alam

  • Ramun Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Soft Fabric Concentrate

Written by WonderMum on . Posted in Get Clean

Shaklee Get Clean

Soft Fabric Concentrate

Melembutkan Pakaian
Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.

  • Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal pelekat static dengan semulajadi
  • Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang

Berkesan

  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
  • Kesan anti-statiknya setara dengan Downy dalam, ujian prestasi yang dilakukan oleh pihak ketiga.*

Mesra Alam

  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan

Petua berguna
Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

* Ujian prestasi tersebut dijalankan pada 20hb Jun 2006 dan hanya sah terhadap produk tersebut yang dipasarkan pada masa itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: