ataureadingsangathamil untukdikurniakanchapkin 1 fannUnmanaged dedicated server hostingjanuaryVps windowskehadiran walaubagaimanapun cyst

Posts Tagged ‘GLA Complex’

glaaaa

Ogos : Khas untuk Wanita=)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Healthy Body, Shaklee Products, Women's Health

Jeng jeng jeng…baca je tajuk tu mesti kaum wanita rasa sangat istimewa kan.. bulan ni adalah sangat istimewa untuk kaum wanita….sebab apa? Sebab bulan ni adalah bulan promosi GLA Complex!

10532776_756613654378017_4352602119517016773_n

 

GLA ni memang istimewa bagi saya sebab saya ada kisah dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan…boleh baca entry saya di sini

Macam magic pula bila baca kisah saya tu kan..tapi, hakikatnya, magic itu takkan berlaku tanpa kuasa Allah SWT..Alhamdulillah..

Cyst adalah masalah yang sering dialami oleh ramai wanita…dan saya amat berharap mereka juga bernasib baik dan dikurniakan kesihatan yang baik sebagai wanita..

GLA complex

 

 

Sebanarnya, GLA Complex ini mempunyai banyak fungsi lain yang sesuai diamalkan lelaki dan wanita terutama yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi…..tapi disebabkan ia turut membantu stabilkan hormon, saya amat mengesyorkan agar GLA Complex ini  wajib diambil oleh semua wanita yang sudah didatangi haid…Bila dah amalkan, anda akan merasai dan melihat perubahan ketara yang dialami seperti kulit makin berseri, kuku makin cantik dan kuat selain kitaran haid yang stabil…

Dan, bagi mereka yang sudah lama berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, saya cadangkan GLA ini diambil salah satu ikhtiar untuk hamil kerana ia turut membantu meningkatkan kesuburan wanita..

Jadi, apa tunggu lagi, sementara ada promosi ni, jangan lepaskan peluang untyk mencuba GLA Complex dan bagi sesiapa yang memang sudah mengamalkannya, bolehla borong satu set beli 6 percuma 1 terus ye! Jimat dan berbaloi sementara promosi ini masih ada..

glaaaa

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

1013027_545092982193496_1506062202_n

Promosi Julai 2013

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

1013027_545092982193496_1506062202_n

 

Promosi July kini berlangsung!

Dapatkan Shaklee GLA Complex pada harga istimewa daripada saya…

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Antara fungsi laian GLA Complex:

– Untuk kesuburan
– Masalah hormon
– Haid tidak teratur
– kesihatan wanita
– Cyst/ Fibroid
– Kencing manis
– kecantikan kulit
– kecantikan rambut
– kawal berat badan
– Tingkat daya tumpuan

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

DILA ROSLAN | 013  3704341 | ID 853872
Shaklee Independent Distributor

scan cyst 01 (800x613)

Cyst Tak Jadi Dibedah Selepas Amalkan GLA Complex

Written by Dila Roslan on . Posted in Testimoni Cyst

“Assalammu’alaikum semua…hari ini saya nak cerita pengalaman saya…apa yg berlaku pada saya sendiri….
________________________

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa…tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya….Dah besar 5cm katanya….
” An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter – Wikipedia “
Air muka doktor macam cuak je…Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya….dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana….kalu perlu, kne operate buang…Operate? Alamak….seumur saya tak pernah kena bedah…dan sememangnya taknak operate…sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita….kesian badan kita….masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal…Alhamdulillah, Allah permudahkan…so, doktor set kan tarikh untuk next appointment…Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm…Inilah gambar scan saya…
scan cyst 01 (800x613)
Doktor dah mula plan nak operate saya…takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan…Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
scan cyst 02 (800x613)
Doktor masih rekemen untuk bedah….saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut. Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu…
scan cyst 03 (800x613)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?

1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

14-GLAComplex

2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
      ” Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani….”
– Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari

Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur….Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik….Syukur alhamdulillah….”

 

* PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA. HUBUNGI SAYA DILA ROSLAN DI TALIAN 013-3704341  ATAU EMAIL KE nur.adilawati@gmail.com

cyst2

Ovarian Dermoid Cyst – Salah satu jenis Ovarian Cyst

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Hari ini saya tertarik nak kongsikan info tentang Ovarian Dermoid Cyst….

Dermoid cyst atau teratoma matang adalah sejenis ketumbuhan pada ovari yang kerap terjadi pada wanita dan dengan kadar kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan ketumbuhan ovari. Ia bersifat ketumbuhan bukan kanser dan sering dijumpai di kalangan wanita muda. Kira-kira 10 peratus daripada kes-kes dermoid cyst didapati pada kedua-dua belah ovari.

Dermoid cyst adalah sista ovari yang agak aneh kerana ia mengandungi pelbagai jenis tisu di dalamnya. Tisu-tisu ini sebenarnya terjadi daripada satu sel tunggal yang mempunyai potensi untuk membentuk perbagai tisu di dalam badan seperti kelenjar peluh, rambut, tulang rawan dan juga gigi. Tisu tiroid dan gentian otot juga boleh ditemui pada cyst ini.

Pesakit dermoid selalunya tidak mengalami sebarang gejala dan diagnosa selalunya dibuat secara kebetulan seperti semasa pemeriksaan rutin pelvis. Walau bagaimanapun pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk sekiranya ia terbelit (torsion), pecah atau berlaku jangkitan kuman. Dermoid cyst sekiranya tidak dibuang, akan membesar dan boleh memberikan tekanan pada pundi kencing dan usus, seterusnya menyebabkan pesakit kerap kencing dan sukar membuang air besar.

Rawatan selalunya melibatkan pembedahan untuk membuang dermoid cyst sahaja. Sekiranya ia telah terlalu besar dan keseluruhan ovari sudah terjejas, pembedahan membuang ovari yang terlibat akan dilakukan. Pakar bedah selalunya menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan menggunakan alat-alat kecil melalui tebukan kecil pada perut) atau laparotomi (pembedahan biasa). Bagaimanapun ia bergantung kepada saiz dan lokasi dermoid serta kemahiran pakar bedah itu.

Dermoid cyst juga kerap ditemui pada wanita hamil dan diagnosa selalunya semasa pemeriksaan Ultrasounds di awal kehamilan. Sekira cyst bersaiz kecil biasanya tidak akan memberikan masalah kepada kehamilan atau menjejaskan kesihatan bayi, tetapi jika ia terlalu besar, Dermoid boleh menyebabkan komplikasi semasa proses bersalin dan pembedahan cesarean mungkin akan disarankan.

Pembuangan Dermoid tidak seharusnya menjejaskan kesuburan wanita sekiranya cuma tisu dermoid sahaja yang dibuang atau salah satu ovari sahaja yang terjejas. Wanita masih berovulasi seperti biasa dan kitaran haid sepatutnya tidak terjejas selepas pembedahan.

Dermoid cyst berpotensi untuk tumbuh kembali dan dalam kes yang sangat jarang, ia boleh bertukar menjadi barah. Oleh itu sebaik-baiknya pesakit dinasihatkan untuk memantau kehadiran cyst ini dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin.

credit

ovarian_cyst_besar

Apa Itu Ovarian Cyst & Bagaimana Ia Menjejaskan Kesuburan

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Minggu lepas ramai yang beli Shaklee GLA Complex daripada saya…kebanyakannya melibatkan kes cyst, tak kurang juga untuk masalah haid tidak teratur, hormon tidak seimbang, nak hilangkan parut dan ikhtiar hamil…Jom kita baca apa itu Ovarian Cyst..

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita. Supplemen yang dicadangkan ialah Shaklee GLA Complex yang dapat membantu mengawal selia hormon lelai dan wanita.

credit

Diabetes Care

Written by WonderMum on . Posted in Group C

Shaklee Group C (Targeted Health Care)

Diabetes Care

Penyakit kencing manis dihidapi oleh ramai orang, namun masih ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko untuk menghidapinya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis boleh mengakibatkan:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Ketidakupayaan fungsi saraf

Program Shaklee Diabetes Care program membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis.

Kebaikan:

  • Mengekalkan paras normal gula dalam darah*
  • Menggalakkan kesihatan jantung*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semut*
  • Membantu dalam penyembuhan luka*

Set ini mengandungi:

1. GLA Complex
2. Sustained Release Vita-C
3. Zinc Complex
4. Vita-Lea Iron Formula
5. Energizing Soy Protein

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Women’s Health

Written by WonderMum on . Posted in Group B

Shaklee Group B (Advanced Health Care)

Women’s Health

Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya:

  • Akil Baligh
  • Pra-kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra-Menapause
  • Menapause
  • Selepas Menapause

Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.

Kebaikan:

1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menapause*
2. Menggalakkan kulit yang cantik*
3. Menggalakkan tulang yang kuat*
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
5. Melegakan sakit-sakit sendi*

Set ini mengandungi:

1. GLA Complex
2. Ostematrix
3. Omega Guard

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

GLA Complex

Written by WonderMum on . Posted in Women's Health

Shaklee Women's Health

GLA Complex

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokong sistem imun*

Senarai Semakan Kesihatan Wanita

Bagi menyelesaikan beberapa masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh kaum wanita, Shaklee juga mencadangkan:

Cinch In Loss Plan

Cara pelangsingan / pengurangan berat badan yang sihat. Direka untuk mengakhiri kitaran diet yang amat ditakuti. Kesihatan sememangnya bermula dengan berat badan yang ideal.

Shaklee Vita-Lea®
Multivitamin-multimineral yang berpotensi tinggi untuk memastikan pengambilan mikronutrien utama yang optimum, ditambah dengan antioksidan dan nutrisi-nutrisi untuk kesihatan penghadaman.


OsteMatrix™

Lebih setengah daripada populasi wanita yang berusia 65 tahun ke atas berisiko menderitai osteoporosis. Mengambil suplemen kalsium, vitamin D dan zat-zat kritikal lain yang menyokong tulang sepanjang hayat anda adalah antara cara yang terbaik untuk membina dan memelihara tulang yang kuat di samping mengurangkan risiko osteoporosis.**


OmegaGuard™

Mengambil suplemen minyak ikan omega-3 yang ultratulen dan berspektrum penuhuntuk menjaga kesihatan jantung.* Penyakit kardiovaskular meragut nyawa hampir sejuta rakyat Amerika setiap tahun – lebih setengah daripada mereka adalah wanita.***

1 Fann YY, Chapkin RS. Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

** Bersenam dengan tetap dan mengamalkan diet yang sihat dengan suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya di kalangan warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi amatlah penting, namun pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.

*** Penyelidikan yang menyokong tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: