Setup vpsShared hosting reviewpenghantarankasihbekas dalamoctoberlamacontinueVps cpanel whmVps windows

Posts Tagged ‘Diet’

saiful nang

Saiful Nang dan Cinch Shake Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Cinch, Set YES Wellness Pack, Testimoni Cinch Shake

Gambar ni bukan nak tunjuk yang Saiful Nang sebagai duta Shaklee ye…hihi…sebabnya, Shaklee memang tak mengupah mana-mana artis untuk menjadi duta produk…Tapi Shaklee percaya yang setiap pengedar Shaklee ialah duta kepada produk itu sendiri ..
saiful nang
Kisahnya, setiap Jumaat ada kelas agama di Faizworld Training Centre yang diketuai oleh Ustaz Shauqi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin kepunyaan Tuan Saiful Nang…dan kebetulan beliau datang lepas kelas pada hari tersebut…dapatlah merasa Cinch Shake Coklat yang dibancuh pada asalnya untuk ‘Ustaz Shauqi…bila dah rasa dan tahu khasiatnya, terus beliau berminat nak bali Cinch Shake Shaklee ni..
Bila ditanya kepada beliau kenapa nak beli Cinch Shake ni, jawapan beliau: “Untuk sihat”…memang betul tu,sebabnya, orang kurus atau gemuk tidak benar-benar menandakan mereka sihat..ada orang kurus yang mempunyai masalah kesihatan sepeerti kolestrol dan gula yang tinggi. Lebih teruk lagi kalau masalah yang tak nampak ni membawa kepada masalah pembunuh senyap yang lain kan?
Dan kalau nak sihat ni, jangan tunggu dah kaya dah jadi jutawan macam Saiful Nang baru nak start beli supplemen…kita haruslah bermula dari sekarang…sebab menjaga kesihatan tu kan tanggungjawab kita kepada tubuh badan yang telah Allah amanahkan..betul kan?
Cakap tentang Cinch Shake ni, sebenarnya Cinch ni ada 3 perisa yang lazat iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanila. Kalau saya sendiri suka Coklat…Hanya bancuh 2 scoop dalam air sejuk dan kocak dalam Shaker Shaklee sampai hancur. Kalau ada blender, boleh blend je dengan buah kegemaran anda..antara buah yang dicadangkan sesuai mengikut perisa masing-masing:
  • Vanilla: Strawberi
  • Coklat: Pisang
  • Caffe Latte: Raspberry
Dan sekarang ni Shaklee tengah buat promosi..kalau beli Set Healthy Fitness yang mengandungi Cinch ni, dapatlah diskaun 5% untuk semua barang dalam set ni..Tapi syaratnya, kena jadi ahli dulu…bila dah jadi ahli dapat pula cash bonus nanti dan macam-macam faedah lain…best kan?
SetSlimming
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee di atas, bolehlah hubungi saya sekarang…konsultasi akan diberikan percuma =)
pengedar-shaklee-malaysia_new
10726225_797909903581725_1946921344_n

Resipi Istimewa Strawberry & Blueberry Choco Shake

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Shaklee

Assalammu’alaikum dan selamat petang kepada semua pembaca.

Dah lama nak kongsikan resipi ni…hari ni baru berkesempatan..ini adalah cadangan sarapan ringkas untuk mereka yang tak sempat nak siapkan sarapan pagi..ha…shake je dah siap boleh diminum!..kalau super-mak macam saya ni memang inilah sarapan pagi-pagi…kenyang pun ye, berkhasiat pun ye…sihat inshaAllah!

10726225_797909903581725_1946921344_n

Resipi Strawberry & Blueberry Choco Shake

Bahan-bahannya: 

  • 200ml susu rendah lemak
  • 2 scoop Cinch Chocolate
  • 1 sachet Collagen Powder
  • Buah Strawberry dipotong dadu
  • Buah Blueberry dihancurkan

Cara-caranya:

  • Masukkan semua bahan ke dalam shaker Shaklee yang ada spring tu…shake smpai semuanya hancur…kalau nak lebih sedap dan halus, boleh blend dalam blender atau Shake N Take..
  • Sedia untuk diminum!

 

pengedar shaklee malaysia_new

kurus-dengan-cinch-tea

Minum Energizing Soy Protein (ESP) Boleh Kurus?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Energizing Soy Protein, Shaklee Products, Testimoni ESP

Assalammu’alaikum para pembaca yang budiman sekalian.

Bulan ni Shaklee buat promosi ESP Buy 6 Free 1..

Bila bercakap tentang ESP ni, saya teringat, inilah supplemen pertama yang saya cuba dulu semasa mengandungkan anak sulung saya, Syafie.

Saya mampu beli ESP saja masa tu. Alhamdulillah, semasa bulan Ramadhan, saya mampu puasa penuh sebulan walaupun tengah sarat mengandung dan sibuk dengan kerja pejabat. Pejabat pun kena naik turun tangga, ok! Dan ramai yang tegur saya kurus (eh, badan tak naik sangat je) masa mengandung.  Tapi perut naik tu, mestilah kan…

Syukur saya kerana Allah memperkenalkan saya dengan ESP..pada waktu itu, saya minum ESP campur Vico beserta  3 biji kurma setiap waktu sahur dan dapat bertahan hingga waktu berbuka.

Macam mana saya boleh tahan puasa dan tidak berasa begitu lapar sepanjang hari?

285161_423611291036714_1594153605_n

 

Rupa-rupanya ESP ni mempunyai Indeks Glisemik yang rendah…Makanan yang mempunyai IG rendah ni sifatnya, melepaskan  tenaga secara perlahan-lahan, membuatkan kita rasa lebih kenyang dan kurang rasa nak makan. Jadi, kesimpulannya, ESP ni sesuai untuk ibu mengandung untuk mengelakkan rasa yang terlalu lapar ketika berpuasa serta untuk mereka yang sedang berdiet dan nak kurus.

Selain tu, kalau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pun, memang selalu cepat rasa lapar. Maklumlah, bila menyusu ni lemak pun dibakar juga ye..jadi, para ibu yang rasa makan banyak semasa menyusu ni disarankan untuk turut minum ESP supaya kekal kenyang dan badan pun kekal kurus!

 

Terima kasih kerana membaca!

 

Overnight_OAt5

Resipi Ringkas: Overnight Oats

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Diabetes, Energizing Soy Protein, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum semua…

Haaa….sana sini orang duk sebut tentang Overnight Oats kan…saya pun tak ketinggalan untuk buat snek berkhasiat ni…

Jadi, saya pun cuba buat…tapi saya nak buat dengan resipi yang benar-benar berkhasiat…Inilah diaaaa.. =)

 

Overnight_oat1

 

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan Rolled Oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan Yogurt kosong
  • kismis
  • Strawberry
  • madu ikut rasa
  • 1 sudu besar Shaklee Mealshakes
  • 1 sudu besar Shaklee ESP

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering: oats, kismis, Mealshakes dan ESP ke dalam mangkuk/bekas. Gaul rata ye..eh macam nak buat kuih pulak =)

Overnight_Oat3

 

2. Kemudian bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian….1 bahagian buah strawberi tu dihiris nipis.. 1 bahgian lagi dicincang halus..kalau nak hancur lunat pun boleh supaya lebih rasa Strawberi tu =)

Overnight_Oat2

3. Masukkan semua bahan basah yang lain: susu, yogurt, madu dan strawberi ke dalam bekas tu..kacau rata lagi ye..dah sudah, tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk semalaman…inilah rupanya bila dah kacau dan sedia untuk tidur dalam peti sejuk =)

Overnight_Oat4

 

 

4. Esok pagi, boleh keluarkan Overnight Oats dan sedia untuk dimakan untuk sarapan pagi atau snek yang berkhasiat..inilah rupanya bila oats tu dah kembang..

Overnight_OAt5

 

Rasanya..memang best!!! boleh juga tambah buah-buahan lain seperti Blueberry, Kiwi dan lain-lain….kalau nak tambah kacang badam pun boleh…eh, saya nak pergi kedai lagi untuk beli banyak barang tambahan untuk buat lagi resipi ni…sesuai untuk orang yang sedang berdiet, dan sarapan ringkas yang menyihatkan tapi mengenyangkan!

Selamat mencuba!

 

pengedar shaklee malaysia_new

Mealshakes_7

Resipi MilkShakes Choco-Strawberry

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Cinch, Shaklee Products

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Dah lama saya nak kongsikan resipi ni tapi hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi tentang resipi ni..

Setakat ini, resipi inilah yang menjadi kegemaran saya untuk menikmati 2 produk Shaklee yang sangat best, Mealshakes dan Cinch.

 

 

Mealshakes_1

Bahan-bahannya:

  1. Buah Strawberi segar
  2. Susu gegar / susu rendah lemak sejuk
  3. Shaklee Cinch Chocolate
  4. Shaklee Mealshakes
  5. Coklat cair untuk menghias

 

Cara-caranya:

1. Mula-mula, bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian.. bahagian pertama belah dua buah strawberi tersebut… sebahagian lagi dicincang kasar.

Mealshakes_2

Mealshakes_5

2. Masukkan 200ml susu segar , 1 scoop Cinch Chocolate, 1 sudu besar Mealshakes dan sebahagian buah Strawberi yang dibelah dua ke dalam blender. Boleh juga guna Shake & Take seperti yang saya gunakan =)

Mealshakes_3

3. Blend sampai hancur. klau tak cukup rasa coklat, boleh tambah Cicnh Chocolate ye…

4. Dah siap, boleh masukkan dalam mug/gelas dan sedia untuk dihiaskan.

Mealshakes_4

5. Bahan-bahan untuk menghias ialah Buah Strawberi yang dicincang dan Coklat cair.

Mealshakes_5

6. Masukkan Buah Strawberi ke dalam campuran Milkshakes. Tuang coklat cair ke atasnya secukup rasa =)

Mealshakes_6

7. Taraaaa!!! siap dihidangkan dan sedia untuk diminum…Paling sedap diminum sejuk…

Mealshakes_7

Selamat mencuba!

Salam Hormat,

pengedar shaklee malaysia_new

buffet

9 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Slimming

Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza.Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.

Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

  1. 1.Soft Drinks / Minuman bergas
    Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.

    Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

  2. 2.Minuman Kedai Kopi
    Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.

    Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

  3. 3.Produk kaya tepung
    Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
  4. 4.Roti, kek, dll
    Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

    Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

  5. 5.Makanan / Minuman pek segera (instant)
    Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

    Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

    Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

  6. 6.Makanan dalam tin
    Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
  7. 7.Makanan bergoreng
    Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

    Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

  8. 8.Makanan segera
    Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
  9. 9.Snek buah
    Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

credit

pengedar shaklee malaysia_new

Glycemic-Index-Chart

Minum ESP Untuk Kurus?

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Ya, ESP bantu mengekalkan berat badan anda…macam mana tu? Salah satu ciri istimewa ESP ialah mempunyai nilai Indeks Glisemik yang rendah iaitu sebanyak 39…

Apa maksud Indeks Glisemik (GI) rendah ni? Makanan yang mempunyai GI yang rendah memecahkan  gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah adalah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Dalam erti kata lain, ESP bantu kita rasa lebih kenyang dengan lebih lama, jadi kuranglah makan ye…

Ni graf tentang bagaimana GI dalam ESP bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan..

Nampakkan, macam mana ESP mengawal paras gula dalam darah…dan seterusnya membantu menahan rasa lapar!

Teringat masa mengandungkan anak pertama, bila malam-malam lapar je, memang saya cari ESP ni…minum…terus kenyang…kan lebh elok daripada duk makan tengah malam…ehhe…

Jom kita baca sikit tentang Indeks Glisemik ni….

 

Glycemic Index is a scale of 0-100 rating foods on how quickly they turn into sugar in your blood.  To develop this scale white bread is used as the standard and other foods are compared to it.  If they are digested and absorbed by the body at the same rate or faster than white bread they have a higher glycemic index.  The longer it takes for the food to be digested into sugar and absorbed by body  the lower the glycemic index of that food.

Why does the rate of foods turning into sugar matter?

Lower glycemic index foods have proven certain benefits for health including:

1. Help control hunger and keep you full longer, therefore can help with weight loss

2. Help control blood sugar.  This can cause you feel more energetic since the sugar in your blood is more stable.

3. Help manage type II diabetes

4. Help lower cholestrol

5. Decrease risk of heart disease

 How can you use the Glycemic Index when choosing foods?

The glycemic index should NOT be your only tool when deciding which foods to eat.  Certain foods like watermelon have a high glycemic index but watermelon is still a nutritious food providing vitamins and minerals including antioxidants.   The following tips can be used to include low glycemic index foods as part of a healthy diet:

1. Include vegetables, fruits and low fat milk (2%, 1% or skim) with your meals.  Doing this will lower the glycemic index of your complete meal.

2. Choose one low glycemic index food at each meal.  You can find the glycemic index of many foods here: www.glycemicindex.com

3. Exchange high glycemic index grains for low glycemic alternatives.  Good example is eating whole wheat bread and not white bread!

4.  Adapt recipes by replacing the high glycemic foods with lower alternative.  For example, use barley instead of rice when making soups.

Here is the Glycemic Index of certain foods.  For a more detailed list: www.glycemicindex.com

Jadi apa lagi, dah alang-alang ESP tengah harga menjunam dan mendadak ni, jom pakat beli borong ESP beli 6 percuma 1…Hanya sehingga 31 Oktober 2012..susah nak dapat harga ESP jatuh menjunam macam ni…

Apa yang anda akan dapat dari Pakej Harga Runtuh ESP?

1. 6 tin ESP + PERCUMA 1 tin ESP bernilai RM150 (SM)/RM155 (SS) (JIMAT 14% !!)

2. Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM65 + Kit Pengedar Shaklee PERCUMA (JIMAT RM65!!)

3. Beli ESP pada HARGA AHLI (JIMAT 19% !!)

4. Caj penghantaran HANYA RM10 untuk kesemua  7 tin ESP

5. Semua ESP mempunyai tarikh luput MAC/JUN 2014. Masa untuk simpan stok!

 

Berminat, cepat-cepat hubungi saya sebelum tawaran ni tamat=)

DILA ROSLAN 0133704341

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: