kenapa produkSetup vpstunjuksayakalipastinya bulangizinutrition children'skeranateruskan

Posts Tagged ‘Children’s Nutrition’

11864830_961682330537814_4694047333768217039_o

2 Langkah Mudah Tingkatkan Daya Fokus Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak cerita tentang kisah keluarga kami semalam, ahad 6 September 2015. Alkisahnya, kami sekeluarga ke Faizland Training Centre (FTC) , Bangi dari pagi. Buat apa? Haaa…asalnya nak teman abi pergi kelas Tafsri AlQuran untuk kaum suami & bapa (Rijal). Sambil teman tu, Ummi pula belajar buat poster guna mobile Apps dengan mentor Shaklee, kak Cery..

aq1Tu dia serius muka ayah-ayah ni masa dalam kelas kan

ibu2Ni pulak wajah mak-mak sambil belajar buat poster…happy je sempat selfie lagi tu.

anak2Ni pulak gelagat anak-anak dalam Kids Room

Tapi, saya cari-cari Luqman dan Syafie…takde pulak dalam KidsRoom ni…rupa-rupanya…

anak

Terjumpa 2 beradik ni kat depan sambil buat ‘sesuatu’….Buat apa tu? Ummi pun mintalah tolong Kak Elly untuk ambil gambar dari depan..

anak3

Rupa-rupanya tengah tekun melukis dan menconteng atas kertas di kala budak-budak lain tengah main dalam Kids Room..Wahhh, Ummi kagum! Sebabnya, mereka dapat duduk diam diam dan tak melompat bermain macam kanak-kanak lain…

anak4

Tengok tu, siap berdiskusi macam budak besar pulak…saya teringat dulu, Syafie paling susah nak duduk diam..sampai risau dibuatnya sebab tak dapat beri perhatian bila kita bercakap dengan dia..

Apa yang saya buat sejak awal tahun ni untuk menyelesaikan masalah ni?

1) Katakan TIDAK pada Gadget

    – Gadget seperti smartphone, tab dan TV adalah antara penyebab kepada masalah fokus kanak-kanak. Saya STOP beri dia tab, dan gantikan dengan PEN dan KERTAS. Mula-mula memang dia menconteng je…tapi lama-lama dia mula melukis. Masa tu, kita selalu puji lukisan dia supaya dia rasa lebih dihargai. Saya juga suka letak lukisan dia kat peti ais sebagai kenangan.

lukisan anak5Tengok tu, bangga kan muka bila tunjuk lukisan dia.

2) Beri makanan tambahan yang berkhasiat dan mengandungi Vitamin

– Kanak-kanak yang sering makan makanan tak seimbang selalunya menghadapi masalah untuk fokus. Keperluan badan mereka yang memerlukan vitamin dan minerals sebagai nutrisi penting untuk pembinaan sel badan juga akan terbantut kalau makanan harian mereka tidak mengandungi gizi yang seimbang. Sejak awal tahun ini, saya pastikan Syafie dan Luqman minum Mealshakes Shaklee setiap hari. Mealshakes ni rasa vanilla, jadi best sangat bila campur dalam susu. Mereka juga jarang demam sejak minum Mealshakes ni.

meal-shakes

Alhamdulillah, saya nak teruskan cara ini untuk membantu memupuk daya konsentrasi anak-anak hingga besar nanti. Seronoknya bila dah jumpa cara yang mudah dan berkesan ni!

pengedar-shaklee-malaysia_new

lukisan anak3

Tips Parenting: Memerhati Karakter Anak Melalui Lukisan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca.  Sekarang ni, salah satu perkara yang saya suka buat ialah simpan lukisan anak-anak. Anak sulung saya, Syafie terutamanya, suka sangat melukis sekarang ni.  Mula-mula, memang tak faham sangat lukisannya….maklumlah, baru nak belajar pegang pensel…tapi lama-lama jadi cantik pula. Dan hari demi hari, lukisannya bertambah cantik…jadi sayang pula tengok lukisan tu…hihi…dan sekarang ni saya simpan beberapa lukisan Syafie yang nampak cantik…saya akan tulis tarikh di atas lukisan tu untuk dijadikan kenangan. Lagipun, bila tulis tarikh, kita boleh pantau perkembangan anak-anak dari segi kebolehan melukis tu. Ni antara lukisan Syafie yang saya rasa cantik dan mahu simpan sebagai kenangan.

lukisan anakSyafie amat obses dengan ‘Fire Truck’ …jadi dia selalu lukis gambar lori bomba.

 

lukisan anak2Ini imaginasi Syafie tentang gambaran kapal terbang dan rumah serta penumpang

 

lukisan anak3Ini pula gambar robot, kereta polis dan ambulans (bersama doktor dan pesakit-pesakit)

 

lukisan anak5Inilah dia tuan punya gambar yang sangat bangga dengan hasil lukisannya…hihi

Daripada lukisan anak-anak ni, kita sebenarnya dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat anak, kecenderungan serta minatnya bahkan kita boleh memantau perkembangan dan daya imaginasi anak-anak. Kalau Syafie ni, daripada lukisannya, saya dapat rasakan yang dia sangat minat kereta dan lori bomba. Lukisannya juga bertambah cantik kalau nak dibandingkan dengan hasil lukisannya tahun lalu.  Jadi, buat ibu bapa, salah satu cara untuk mengenal karakter dan kecenderungan anak-anak ialah melalui lukisan mereka, kerana lukisan adalah salah satu cara mereka mengekspresikan diri mereka. Dulu, rasa macam nak buang kertas lukisan tu sebab tak kita tak faham apa yang anak lukis tu, tapi sekarang, bila lukis cantik, rasa sayang pula kan?

Ada sentimental value gitu!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

 

 

Vitalea_Children_New

3 Produk Shaklee Yang Pasti Popular Sepanjang Januari 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee News, Shaklee Products

Assalammualaikum dan salam sejahtera…Diharapkan semua pembaca sihat dan ceria hendaknya.

Saya tak sabar nak kongsikan kepada semua pembaca, yang bulan ni Shaklee adakan 3 Promosi serentak! dan saya yakin 3 produk ni pasti akan menjadi popular sepanjang bulan ni..Jom kita tengok apa dia 3 produk tu:

 

Vitalea_Children_New
1) Vitalea For Children

Produk ni sebelum ni tidak ada di pasaran selama  lebih kurang setahun…Ia merupakan multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak kerana boelh dikunyah. Dan untuk kali ini, Vitalea For children ini mempunyai rasa masam manis seperti anggur.Saya teringat dulu masa kecil, kalau pergi  klinik mesti doktor akan bagi vitamin c yang boleh dihisap atau dikunyah, jarang klinik sekarang nak buat macam tu, ramai yang pilih untuk beri gula-gula bagi menenangkan anak-anak. Alahai!

Kali ini, Vitalea For Children diperbaharui isi kandungannya dimana 14 nutrisi kandungan dalam Vitalea For Children  dipertingkatkan. Ia juga tidak mengandungi bahan pemanis yang boleh merosakkan gigi.

Sepanjang bulan Januari 2015 ni, anda boleh menikmati promosi istimewa Beli 3 percuma 1 Vitalea For Children ni=)


vivx2) Vivix

Vivix ni memang All-Time Favourite! Terkenal sebagai ‘Tonik Ajaib Shaklee’ kerana mampu mencegah banyak penaykit. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

 

Shaklee-027-Alfalfa

 

3. Alfalfa 

Produk ni terkenal di kalangan ibu menyusu, mereka yang mempunyai masalah resdung, keputihan, penghadaman serta mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan. Alfalfa terbukti dapat dijadikan milk booster yang telah membatu ramai ibu menyusu untuk menyusukan anak mereka. Oleh kerana alfalfa ni sumber asal daripada tumbuhan, maka ia amat sesuai diambil bagi mangatasi masalah sembelit atau penghadaman tidak teratur. Untuk wanita yang menghadapi masalah keputihan, wajib cuba ni!

 

Kenapa ketiga-tiga produk ni popular bulan ni? Pastinya kerana ada promosi berbaloi daripada Shaklee..

vitaleakids promo

 

Beli 3 botol VITALE FOR CHILDREN dan dapatkan 1 botol PERCUMA

 

 

 

promojan15_03

 

Beli 6 botol  PERCUMA 1 untuk VIVIX , ALFALFA (S) dan ALFALFA (L)

promojan15_02

Beli  2 botol  dan dapatkan 5% DISKAUN  untuk VIVIX , ALFALFA (S) dan ALFALFA (L)

Haa…tu dia..pembelian yang sangat berbaloi buat mereka yang mahu membeli dan berjimat pada masa yang sama. Hanya inilah waktu nya…Terutama promosi Vivix tu…bukan senang dan jarang berlaku…jadi, apa tunggu lagi? Jom order dengan saya! =)

pengedar-shaklee-malaysia_new

vitalea_02

Vitalea For Children Kini Kembali Dengan Isi Kandungan Baru!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Shaklee News

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak kongsikan berita gembira..Vitalea kids kini kembali dengan wajah, perisa dan isi kandungan yang lebih banyak vitamin!

vitalea_01

Haa..tengok ni, semangat kan beli Vitalea for Children pada 2 Januari 2015=)

Yang seronok dan menariknya, kali ni ia berperisa anggur..ada masam manis gitu…size lebih besar…kerana isi kandungannya makin banyak..

vitalea_02

Size yang besar menggalakkan kanak-kanak untuk menggigit..takdelah main telan je kan..

Sedikit info tentang kandungan terbaru dalam Vitalea For Children ini:

vitalea_03Haaa…memanglah berbaloi beli Vitalea For Children ni kerana banyak isi kandungannya yang baru..saya sendiri dah rasa..macam vitamin yang selalu doktor bagi tu kan..tak pahit tapi rasa manis-manis gitu…Dan sempena bulan Januari 2015 ada promosi beli 3 percuma 1

vitaleakids promo

Beli 1 set senang….2  botol untuk anak-anak, 2 botol lagi boleh kongsi dengan kawan-kawan atau anak buah..Jimat sangat!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

baby

Memberi Bayi Makan- Bukan sesukar yang disangka

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby

Menyuap si kecil makan boleh menjadi hura-hara apabila tidak betul caranya. Kesabaran papa dan mama perlu tinggi ketika berhadapan dengan kerenah buah hati tersayang.

Sepatutnya masa makan anak-anak menjadi waktu yang dinantikan. Ciptalah waktu makan yang menyeronokkan kerana ia pasti akan memudahkan tugas anda.

baby

Janganlah memaksa mereka menghabiskan semangkuk bubur semata-mata untuk kepuasan anda. Ia hanya akan membuatkan si manja menjadi trauma dengan waktu makan.

Mungkin dengan mematuhi tip berikut, ia sedikit sebanyak membantu anda menjadikan masa makan lebih bermakna.

1. Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2. Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasanya seakan-akan susu.

3. Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4. Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5. Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6. Pastikan bayi lapar

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Sumber

ESP 2

2 Penyakit Yang Paling Ditakuti Akibat Kekurangan Protein

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Protein…owh protein….jangan ambil mudah kepentingannya ye…sekiranya anda tidak gemar mengambil makanan yang berprotein tinggi, anda berisiko menghidapi gejala maltrunisi…apa itu malnutrisi?

MALNUTRISI:
-adalah disebabkan oleh pengambilan gizi yang tidak seimbang, yang mana sesetengah nutrien adalah berkurangan atau berlebihan atau diambil dalam perkadaran yang tidak betul.

Children IQ & Health

Written by WonderMum on . Posted in Group C

Shaklee Group C (Targeted Health Care)

Children IQ & Health

Nutrisi adalah asas kepada kesihatan yang baik. Nutrisi awal adalah amat penting untuk pertumbuhan yang optimum dan perkembangan intelek.

Program Shaklee

memastikan kanak-kanak memberi satu permulaan yang baik dengan sokongan nutrisi untuk membesar dan mengekalkan kesihatan jangka panjang semasa dewasa.

Kebaikan:

  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran*
  • Meningkatkan tahap kepekaan*
  • Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat*
  • Menguatkan fungsi imun*

Set ini mengandungi:

1. Vita-Lea for Children
2. Chewable Vita-C
3. Omega Guard
4. Meal Shakes
5. Energizing Soy Protein
6. Nutriferon

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Vita-Lea® for Children Chewable

Written by WonderMum on . Posted in Children's Nutrition

Shaklee Children's Nutrition

Vita-Lea® for Children Chewable

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B

Tahukah Anda?

  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun,  satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara

Meal Shakes

Written by WonderMum on . Posted in Children's Nutrition

Shaklee Children's Nutrition

Meal Shakes

Makanan Segera, Tanpa Curiga

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: