proteinmencuba pernah yangdigunakanlamavitaminVoip vpsVps airlinesVps cpanel whmreadingreading continue comments

Testimoni Eczema & ESP 02

Testimoni: Kulit Kering dan Parut Akibat Eczema Hilang Dengan ESP

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Energizing Soy Protein, Testimoni, Testimoni ESP, Women's Health

Assalammualaikum kepada semua pembaca. =)

Saya nak kongsikan pengalaman ‘ngeri’ saya ketika mengandungkan anak kedua pada tahun 2012, Luqman Muhammad. Masa tu, sejak mengandung, saya tidak menghadapi sebarang alahan dan jarang sangat loya, apatah lagi muntah. Namun, apa yang saya perasan, sejak  5 usia kandungan 5 minggu, saya terpaksa berhadapan dengan eczema yang teruk!

Saya selalu gatal dan  menggaru tangan dan kaki sehingga berdarah. Orang kata, bila luka tu yang nikmat kan? Huu…memang nikmat, tapi sekejap je..bila parut ada tu, teruk sangat! Cuba bayangkan saya terpaksa hadapi situasi ini selama 9 bulan lamanya. Saya ketika tu masih bekerja di pejabat, jadi suasana yang sejuk dan kering aircond tu membuatkan kulit saya makin kering dan gatal.

Pernah satu ketika, dek terlampau gatal sangat, saya terpaksa ke klinik untuk injection. selepas tu saya akan mengantuk dan tidur dan tujuannya ialah nak kasi saya rehat dan berhenti daripada terus menggaru. Saya habiskan beribu ringgit untuk membeli losyen yang sesuai, termasuklah jenama mahal seperti Dermalogica. Namun akhirnya, semua masuk ke dalam tong sampah, sebab masalah eczema saya tak pernah hilang.

Keadaan ini berlarutan lamanya sehinggalah saya bersalin. Saya masih menghadapi masalah ini sehinggalah beberapa bulan selepas bersalin. Ketika tu, saya minum ESP seperti biasa lebih kurang 1 sudu sehari memandangkan saya menyusu. Kononya,  1 sudu ESP tu dah cukup untuk bantu pekatkan dan banyakkan susu badan saya.

Testimoni Eczema & ESP 02

 

Testimoni Eczema & ESP

 

Bila saya mula minum ESP 2 sudu setiap hari, saya mula dapat merasakan perubahan yang berlaku. kulit saya yang semakin kering menjadi lebih lembab dan licin. Tiada lagi kulit kering dan menggelupas seperti dulu. Parut-parut juga semakin nipis dan lama-lama pudar.

Ok, baru saya tahu yang selama ini kulit saya kekurangan protein. Sebab itulah kesan eczema ini memakan masa yang lama untuk pulih. Kalaulah saya ambil ESP 3 sudu sehari lebih awal, mungkin saya tidak akan menderita lama aibat eczema ni. Takpelah, belajar dari pengalaman. 1 hidangan ESP ialah 3 sudu besar bersamaan denagn 14 gram protein. Untuk seorang dewasa, dicadangkan untuk ambil 1-2 hidangan ESP sehari.

ESP membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk membantu pembentukan sel yang merupakan binaan asas dalam badan kita.

Ok, sekarang banyak belajar dah. Sejak hari itu hingga kini, saya akan pastikan saya minum 1 hidangan ESP setiap hari sebelum sarapan. Nak best lagi, campurkan sekali 1 sachet Collagen Powder.

Semoga perkongsian ini turut memberi manfaat kepada semua =)

Salam sayang.

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

glaaaa

Ogos : Khas untuk Wanita=)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Healthy Body, Shaklee Products, Women's Health

Jeng jeng jeng…baca je tajuk tu mesti kaum wanita rasa sangat istimewa kan.. bulan ni adalah sangat istimewa untuk kaum wanita….sebab apa? Sebab bulan ni adalah bulan promosi GLA Complex!

10532776_756613654378017_4352602119517016773_n

 

GLA ni memang istimewa bagi saya sebab saya ada kisah dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan…boleh baca entry saya di sini

Macam magic pula bila baca kisah saya tu kan..tapi, hakikatnya, magic itu takkan berlaku tanpa kuasa Allah SWT..Alhamdulillah..

Cyst adalah masalah yang sering dialami oleh ramai wanita…dan saya amat berharap mereka juga bernasib baik dan dikurniakan kesihatan yang baik sebagai wanita..

GLA complex

 

 

Sebanarnya, GLA Complex ini mempunyai banyak fungsi lain yang sesuai diamalkan lelaki dan wanita terutama yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi…..tapi disebabkan ia turut membantu stabilkan hormon, saya amat mengesyorkan agar GLA Complex ini  wajib diambil oleh semua wanita yang sudah didatangi haid…Bila dah amalkan, anda akan merasai dan melihat perubahan ketara yang dialami seperti kulit makin berseri, kuku makin cantik dan kuat selain kitaran haid yang stabil…

Dan, bagi mereka yang sudah lama berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, saya cadangkan GLA ini diambil salah satu ikhtiar untuk hamil kerana ia turut membantu meningkatkan kesuburan wanita..

Jadi, apa tunggu lagi, sementara ada promosi ni, jangan lepaskan peluang untyk mencuba GLA Complex dan bagi sesiapa yang memang sudah mengamalkannya, bolehla borong satu set beli 6 percuma 1 terus ye! Jimat dan berbaloi sementara promosi ini masih ada..

glaaaa

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

Collagen Shaklee

Collagen Powder- Dulu Dengar Je, Sekarang Baru Tahu!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni, Testimoni Collagen Powder, Women's Health

“Kulit makin lembab…”

“Bila pakai bedak tu rasa licin dan rata aje….tak payah pakai pelembab pun….”

Wah! Sedar tak sedar ada lagi 7 hari sahaja lagi sebelum Promosi Shaklee Collagen Powder berakhir…Agak sibuk sikit memenuhi permintaan pelanggan untuk memborong Shaklee Collagen Powder!! Dan komen-komen diatas adalah antara feedback yang saya dapat daripada pelanggan setia yang memborong Collagen Powder…

Dah lama saya teringin nak cuba Collagen ni…tapi masa mengandung tak kesampaian, lepas tu breastfeed pula…dan akhirnya waktu yang dinantikan pun tiba….

Ia bermula selepas Aidiladha lalu, saya cuba sendiri Collagen Powder yang hot ni…baru je pakai 5 hari, kulit rasa licin, lembab dan pipi agak gebu..bila picit-picit pipi rasa macam melantun gitu…hihi..best kan? dan yang paling ketara ialah bibir yang kering merekah dah tiada! Tumit kaki yang pecah-pecah pun makin hilang…

Sekarang ni saya suka usap pipi sendiri…sebab rasa lembab semulajadi…tak perlu pakai krim pelembab…dan yang paling bestm kulit kering akibat Eczema pun makin nipis dan hilang…….

Wow…ni baru 5 hari, cuba bayangkan lepas habis sekotak nanti? Tak sabar nak tunggu dan lihat kesannya selepas 15 hari…

Setelah sangat berpuas hati dengan hasil yang positif, saya mengambil keputusan untuk borong terus bulan ni…memandangkan promosi bulan Oktober ni sangat menguntungkan…yelah, beli 6 kotak, percuma 1 =)\

Buat yang tak pernah mencuba lagi, masa nilah nak cuba Collagen Powder pada harga yang amat murah! nak kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara pun boleh..dapat banyak lagi keuntungan seperti gambar dibawah..

 

Promo Collagen Shaklee

Tu dia….banyakkan benefit bila beli Shaklee Collagen Powder Buy 6 Free 1 ni….Apa tunggu lagi…7 hari je lagi sebelum tawaran berakhir…Lepas ni jangan menyesal pula =) ok setakat ini dulu untuk kali ni…jumpa lagi di lain entry, inshaAllah…

pengedar shaklee malaysia_new

 

keputihan wanita

MASALAH KEPUTIHAN WANITA – PUNCA & CARA RAWATAN

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keputihan, Kesihatan, Women's Health

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
keputihan wanita
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
PUNCA KEPUTIHAN:
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.
PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN:
Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

 SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN:

Saya memilih untuk mengambil Shaklee Alfalfa bagi mearwat keputihan…Memang produk yang mendapat sambutan ramai keran fungsinya seperti kacip fatimah…bukan sahaja mampu merawat keputihan, tapi juga mampu meningkatkan hubungan kelamin isteri..

Alfalfa

 

Berminat untuk dapatkan produk ini? Hubungi saya untuk harga istimewa =)

pengedar shaklee malaysia_new

DSC04734

Apa Hadiah Yang Sesuai pada Hari Ibu?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Women's Health

Salam Ahad semua….Hari ni, Hari Ibu sedunia….jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu, mama, mak atau ummi….

mothersd ay

 

Kalau ada yang tak tahu nak beri hadiah apa untuk ibu tersayang, boleh berlikan Women Health Set..

DSC04734

 

Set cadangan daripada Shaklee ini mengandungi Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex…

Kebaikan:

1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menapause*
2. Menggalakkan kulit yang cantik*
3. Menggalakkan tulang yang kuat*
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
5. Melegakan sakit-sakit sendi*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

GLA Complex

Written by WonderMum on . Posted in Women's Health

Shaklee Women's Health

GLA Complex

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.1

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokong sistem imun*

Senarai Semakan Kesihatan Wanita

Bagi menyelesaikan beberapa masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh kaum wanita, Shaklee juga mencadangkan:

Cinch In Loss Plan

Cara pelangsingan / pengurangan berat badan yang sihat. Direka untuk mengakhiri kitaran diet yang amat ditakuti. Kesihatan sememangnya bermula dengan berat badan yang ideal.

Shaklee Vita-Lea®
Multivitamin-multimineral yang berpotensi tinggi untuk memastikan pengambilan mikronutrien utama yang optimum, ditambah dengan antioksidan dan nutrisi-nutrisi untuk kesihatan penghadaman.


OsteMatrix™

Lebih setengah daripada populasi wanita yang berusia 65 tahun ke atas berisiko menderitai osteoporosis. Mengambil suplemen kalsium, vitamin D dan zat-zat kritikal lain yang menyokong tulang sepanjang hayat anda adalah antara cara yang terbaik untuk membina dan memelihara tulang yang kuat di samping mengurangkan risiko osteoporosis.**


OmegaGuard™

Mengambil suplemen minyak ikan omega-3 yang ultratulen dan berspektrum penuhuntuk menjaga kesihatan jantung.* Penyakit kardiovaskular meragut nyawa hampir sejuta rakyat Amerika setiap tahun – lebih setengah daripada mereka adalah wanita.***

1 Fann YY, Chapkin RS. Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

** Bersenam dengan tetap dan mengamalkan diet yang sihat dengan suplemen kalsium boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya di kalangan warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi amatlah penting, namun pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak akan mendatangkan sebarang manfaat tambahan.

*** Penyelidikan yang menyokong tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: