Dedicated server floridaReliable web hostingtidak membuangmata jatuhnovemberTop ten vpsdariberitahuroslanWeb space hosting

set-detoks-shaklee

5 Sebab Kenapa Anda Pilih Set Detoks Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products

Alhamdulillah….umat Islam di Malaysia telah pun menyambut Aidiladha pada hari Isnin yang lalu..walaupun masih lagi dalam mood cuti, tapi ramai yang dah mula cari supplemen untuk detoks kembali badan..yelah, dah banyak makan daging, makanan berlemak dan berminyak tu, tibalah masa untuk detoks pula kan…jadi sebagai pengamal supplemen shaklee, sudah tentulah saya cadangkan SET DETOKS SHAKLEE ni…Set ini bertujuan untuk 5 perkara iaitu:

  1. Memperbaiki Penghadaman
  2. Melegakan perut kembung dan sebu
  3. Tubuh yang lebih sihat dan cergas
  4. Kulit lebih cerah
  5. Meningkatkan tenaga

Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee menggunakan gabungan pelbagai herba dan nutrien semula jadi bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi anda. Mari kita lihat produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar!

ALFALFA COMPLEX

alfafa-complex-s

Perumah kepada pelbagai nutrien, Alfalfa mempunyai akar panjang yang masuk sedalam 6 meter ke tanah bagi mencari nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya pula mengumpul sejumlah besar klorofil melalui proses fotosintesis. Ia mempunyai rangkaian nutrien yang sangat luas, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium, termasuklah klorofil, bioflavonoids, mineral dan vitamin.

 

PEPPERMINT GINGER PLUS

peppermint-ginger-plus

Membekalkan herba semula jadi dari pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melega serta meredakan sistem penghadaman anda.

 

DTX™ COMPLEX

dtx-complex

Formulasi khusus bersama ekstrak benih milk thistle, cendawan reishi, skizandra cinensis, dandelion, kekunyit, dan articok DTXTM kompleks adalah tonik yang direka untuk membekalkan sokongan nutrisi untuk fungsi hati yang sihat dengan cara melindungi dan memastikan kebolehan tubuh manusia secara normal dalam mengekalkan hati yang sihat.

 

HERB-LAX™

herb-lax

Campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan daun sena, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif semula jadi, Herb-LaxTM berkebolehan membantu ketidakaturan yang berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus untuk memperbaiki proses pembuangan semula jadi tubuh.

 

VIVIX®

vivix-bottle

Ramuan lazat yang kaya dengan polifenol, iaitu sejenis phytokimia berasaskan dari tumbuhan yang membantu menjaga kepentingan sel anda. Vivix dihasilkan dari campuran botanic Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak ungu. Campuran proprietari kami adalah berasaskan anggur muscadine menggunakan proses ekstrak yang berpaten.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom Detoks!

 

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya untuk pesanan produk Shaklee kegemaran anda. Penghantaran ke seluruh dunia.

Dila Roslan
Mobile: 013 3704341
E-mail: nur.adilawati@gmail.com
Website:http://wondermum.my
Facebook:Dila Roslan
Independent Shaklee Distributor ID: 853872

kurma

Cara Menarik Beri Anak Makan Kurma

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan…macam mana Ramadhan kita kali ni? Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa dan dipertemukan dengan Ramadhan yang mulia ini. Bercakap tentang puasa..ada tak anak yang sedang berlatih untuk berpuasa? Ada tak anak-anak yang tak suka makan buah Kurma? Haa..ni saya ada tips ni…di samping menggalakkan anak-anak makan buah kurma, boleh jadi snek sihat sekali kan..

Ok bahan-bahannya:

  • Beberapa biji buah kurma. Lagi lembut lagi sedap
  • Kacang badam tumbuk untuk hiasan
  • Rainbow rice untuk hiasan
  • Coklat cair untuk hiasan
  • Beberapa mangkuk cawan kecil secukupnya

Cara-caranya:

  1. Buang biji buah kurma dan hancur lenyekkan menggunakan garfu
  2. Dengan menggunakan tangan, bentukkan bulat buah kurma tersebut.
  3. Golek di atas rainbow rice atau kacang badam
  4. Letakkan di dalam mangkuk cawan
  5. Boleh juga celupkan bebola buah kurma tersebut ke dalam coklat yang dicairkan
  6. Siap dan selamat mencuba!kurma

 

borong ESP

10 Sebab Kenapa Orang Borong ESP Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Energizing Soy Protein

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca..

Maaf kerana lama tak bersiaran…Dua hari ni sibuk membalut…balut apa? Ha ni dia..

ESP_shaklee

Ini ialah Energizing Soy Protein daripada Shaklee…kenapa orang borong banyak bulan ni?

Sebabnya,

1. ESP membantu pembinaan semula otot dan kulit. Ia mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.

2. ESP menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

3. Membantu mengurangkan paras kolestrol

4. ESP menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

5. ESP menggalak sistem peredaran darah yang sihat.

6. ESP kaya dengan isoflavones, yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

7. ESP menggalak payudara yang sihat dan anjal

8. ESP menggalak prostat yang sihat.

9. ESP membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur dan uban) serta masalah kulit (kedut dan kesan tua)

10. ESP membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi.

Saya minum ESP 2 kali sehari untuk mendapat kebaikan di atas..anda dah cuba?

pengedar-shaklee-malaysia_new

Happy-Womens-Day-Cards-2015-1

Selamat Hari Wanita

Written by Dila Roslan on . Posted in Shaklee Products

🌸🌹WANITA HEBAT🌹🌸

🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya

Tapi wanita hebat adalah :
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸🌹Selamat Hari Wanita🌹🌸

12794331_753192448113928_372280301723314025_n

Fruit and vegetable alphabet - letter E

25 Kebaikan Vitamin E Shaklee Yang Wajib Anda Tahu

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products

25 KEBAIKAN VITAMIN E  YANG WAJIB ANDA TAHU

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan ataustretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

 

 

Buy 1 Free 1- Vitamin E

Bulan ni ada promosi Istimewa untuk Vitamin E  ni. Beli 1 percuma 1 tau!

pengedar-shaklee-malaysia_new

ilmu

Apakah Ilmu Yang Paling Bermanfaat?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Bila kita berpeluang belajar ilmu baru, jangan sesekali rasa ilmu tu takkan ada gunanya…mungkin pada masa tu kita belum praktikkan sepenuhnya. Tapi satu hari nanti pasti ia akan berguna…walaupun mengambil masa bertahun lamanya..

Kalau dulu saya pernah bergelar Engineer, tapi banyak ilmu yang dipelajari masa universiti dulu boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebagai suri rumah.

Pengalaman sebagai ahli Kelab Media Dan Teknologi juga banyak membantu saya ketika melalui zaman pekerjaan.

Kini setelah 7 tahun berlalu sejak kali terakhir memegang alat-alat ini, saya kembali menggunakannya untuk event sangat penting Ahad ni.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia…tapi ilmu yang paling bermanfaat adalah apabila disampaikan kepada orang lain kerana fitrah ilmu itu ibarat air yang perlu mengalir…

11864830_961682330537814_4694047333768217039_o

2 Langkah Mudah Tingkatkan Daya Fokus Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak cerita tentang kisah keluarga kami semalam, ahad 6 September 2015. Alkisahnya, kami sekeluarga ke Faizland Training Centre (FTC) , Bangi dari pagi. Buat apa? Haaa…asalnya nak teman abi pergi kelas Tafsri AlQuran untuk kaum suami & bapa (Rijal). Sambil teman tu, Ummi pula belajar buat poster guna mobile Apps dengan mentor Shaklee, kak Cery..

aq1Tu dia serius muka ayah-ayah ni masa dalam kelas kan

ibu2Ni pulak wajah mak-mak sambil belajar buat poster…happy je sempat selfie lagi tu.

anak2Ni pulak gelagat anak-anak dalam Kids Room

Tapi, saya cari-cari Luqman dan Syafie…takde pulak dalam KidsRoom ni…rupa-rupanya…

anak

Terjumpa 2 beradik ni kat depan sambil buat ‘sesuatu’….Buat apa tu? Ummi pun mintalah tolong Kak Elly untuk ambil gambar dari depan..

anak3

Rupa-rupanya tengah tekun melukis dan menconteng atas kertas di kala budak-budak lain tengah main dalam Kids Room..Wahhh, Ummi kagum! Sebabnya, mereka dapat duduk diam diam dan tak melompat bermain macam kanak-kanak lain…

anak4

Tengok tu, siap berdiskusi macam budak besar pulak…saya teringat dulu, Syafie paling susah nak duduk diam..sampai risau dibuatnya sebab tak dapat beri perhatian bila kita bercakap dengan dia..

Apa yang saya buat sejak awal tahun ni untuk menyelesaikan masalah ni?

1) Katakan TIDAK pada Gadget

    – Gadget seperti smartphone, tab dan TV adalah antara penyebab kepada masalah fokus kanak-kanak. Saya STOP beri dia tab, dan gantikan dengan PEN dan KERTAS. Mula-mula memang dia menconteng je…tapi lama-lama dia mula melukis. Masa tu, kita selalu puji lukisan dia supaya dia rasa lebih dihargai. Saya juga suka letak lukisan dia kat peti ais sebagai kenangan.

lukisan anak5Tengok tu, bangga kan muka bila tunjuk lukisan dia.

2) Beri makanan tambahan yang berkhasiat dan mengandungi Vitamin

– Kanak-kanak yang sering makan makanan tak seimbang selalunya menghadapi masalah untuk fokus. Keperluan badan mereka yang memerlukan vitamin dan minerals sebagai nutrisi penting untuk pembinaan sel badan juga akan terbantut kalau makanan harian mereka tidak mengandungi gizi yang seimbang. Sejak awal tahun ini, saya pastikan Syafie dan Luqman minum Mealshakes Shaklee setiap hari. Mealshakes ni rasa vanilla, jadi best sangat bila campur dalam susu. Mereka juga jarang demam sejak minum Mealshakes ni.

meal-shakes

Alhamdulillah, saya nak teruskan cara ini untuk membantu memupuk daya konsentrasi anak-anak hingga besar nanti. Seronoknya bila dah jumpa cara yang mudah dan berkesan ni!

pengedar-shaklee-malaysia_new

organ hati

9 Faktor Yang Mungkin Menyebabkan Anda Mengalami Kerosakan Hati

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Kesihatan, Liver Health

Baru-baru ni saya terbaca tentang kesihatan hati. Macam mana nak tahu hati kita ni sihat ke tak? Bukan sakit hati ye..tapi organ hati kita…yelah, hati tu tak nampak..organ dalaman kita…jadi betul ke hati kita benar-benar sihat?

hati rosakAntara faktor yang menyebabkan organ hati manusia mengalami masalah adalah:

1 > Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama.

2 > Tidak membuang air kecil pada waktu pagi.

3 > Terlalu banyak makan.

4 > Tidak mengambil sarapan pagi.

5 > Pengambilan ubat-ubatan yang terlalu banyak.

6> Pengambilan terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis tiruan.

7> Pengambilan minyak masak yang tidak sihat. Sebanyak mungkin mengurangkan penggunaan minyak masak apabila menggoreng, yang termasuk juga minyak masak terbaik seperti minyak zaitun. Jangan mengambil makanan goreng apabila anda letih, kecuali tubuh adalah bersesuaian.

8> Memakan mentah (kerap dilakukan) makanan juga menambah beban hati.

9> Sayur-sayuran goreng harus dimakan pada satu masa,tidak perlu disimpan.

Bila tengok punca -punca ni, saya rasa kaum ibu atau surirumah antar golongan yang berisiko tinggi untuk menghadapi masalah organ hati. Yelah, kita ni sentiaa ibuk dengan kerja harian, sampai makan tak sempat dan tidur pun tak teratur.  Hati yang rosak susah dikesan kerana ia oragan dalaman tubuh kita. Sebab tu disarankan mengambil supplemen yang sesuai untuk masalah ini. Saya cadangkan ambil saja supplemen yang sesuai untuk merawat masalah hati ni.

DTX

 

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

muslim mum

10 “Bahasa Dosa” Yang Wajib Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Keibubapaan

Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1)Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

📕 Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

📗 Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

📗 Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

📘 Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

📙 Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

📔 Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. ?

📔 Jangan membezakan kasih sayang. Dapatkan sikap toleransi kerana sikat tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8)Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

📒 Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

📓 Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

😍 Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

🍀🌹 Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. 🌹🍀🍀

Sumber: Whatsapp

BREASTFEEDING SET

Supplemen Menyusu Lengkap yang Sesuai Dijadikan Hadiah Bersalin

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Set Supplement, Set YES Wellness Pack, Shaklee Products

“Kak, macam mana nak kasi banyak susu?”

“Kak, macam mana nak elakkan baby kita dari sakit sebab minum susu ibu je?”

“Kak, kalau baby ni fully BF, cukup ke khasiat yang dia dapat dari susu ibu tu?”

Haaa…inilah antara persoalan yang sering ditanya oleh ramai ibu menyusu. Meh saya nak kongsikan set  menyusu yang wajib dimiliki oleh  semua ibu yang menyusukan anak mereka.

BREASTFEEDING SET

Cantikkan set ni? Boleh hadiah terus kepada kawan yang bersalin tu! =)

 

Set ini terdiri daripada:
> ESP – membekalkan tenaga dengan segera, mencegah migrain dan imsomnia untuk ibu menyusu, serta membantu susu menjadi lebih pekat. Sangat disarankan untuk bantu ibu kenyang lebih lama.

> SR Vitamin C – penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan memberi khasiat yang sama kepada susu ibu. Jadi,anak akan mudah terhalang daripada penyakit dan virus dari persekitarannya.

> Vitalea – membantu para ibu untuk melengkapkan nutrisi harian mereka yang kekurangan vitamin dan mineral penting. Setiap tablet mengandungi 30nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Selalunya ibu yang menyusu ni kadang tak sempat nak makan makanan yang lengkap dan betul, jadi Vitalea ni sangat membantu=)

> Ostematrix– membekalkan sumber kalsium yang mengahalang osteopororsis, menguatkkan kuku dan sistem saraf. Maklumlah, bila dah menyusu ni, keperluan ibu menyusu terhadap sumber kalsium meningkat, jadi kalau kurang tu, ibu akan terdedah kepada risiko penyakit-penyakit ni.

> Omega Guard Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran serta membantu tumbesaran otak bayi.

> B Complex – Mengurangkan tekanan ibu dan memastikan kesihatan fungsi saraf, serta meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia. 

> Alfalfa Complex – Alfalfa ni paling bagus untuk mencuci hati, darah dan usus, tapi, dalam masa yang sama, ia juga bertindak sebagai penggalak susu ibu. Tapi, saya menasihatkan ibu turut memastikan mereka minum air yang mencukupi serta mengamalkan konsep ‘supply dan demand’.

Set ini amat digalakkan untuk ibu menyusu yang mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, Set ini juga membantu ibu menyusu untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun menyusukan anak mereka.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya untuk konsultasi Percuma=)

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: