Reliable web hostingreadinggoreng nasi denganpekatkeadaanwrittensayareadingWeb space hostingsusu

ketam 1

Resipi Creamy Butter Crab (Ketam Masak Mentega Berkrim)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan

Selalunya saya beli ketam buat masak lemak atau sweet and sour. Tapi resipi ni semua memerlukan penyediaan barang yang agak banyak walaupun masaknya simple. Fikir punya fikir, tetiba teringin nak makan Butter Crab yang pernah kami makan kat kedai Cina Muslim dulu….ingat lagi, 3 ekor je pun dah nak dekat RM60! So, godek-godek Pakcik Google, jumpalah resipi ni..tapi kami ubah ikut kesesuaian tekak family…

 

Bahan-bahannya:

1 ) 6 ulas bawang putih dicincang halus

2) 1 tin susu cair

3) 5-6 sudu besar mentega (saya pakai Buttercup)

4)  5 ekor ketam dibelah 2

5) 3 biji kuning telur masin

6) sedikit daun kari

7) Sedikit minyak untyk menggoreng

8) Garam secukup rasa

ketam 2

Cara-caranya:

1 ) Goreng ketam dalam kuali berisi sedikit minyak sehinga 80% masak. Kemudian tutup api.

2) Dalam kuali lain, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.

3) Bila dah naik bau, masukkan susu cair dan kemudian masukkan kuning telur masin. Lenyekkan ke dalam susu tersebut sampai hancur dan sebati.

4) Gaul semua bahan pada api sederhana. dan perasakan dengan garam. Kadang-kadang telur masin tu dah cukup bagi rasa jadi tak perlu masukkan garam lagi.

5) Masukkan ketam yang dah digoreng tadi dan gaul hingga sebati sehingga kuah agak mendidih. Kacau hingga agak pekat tapi jangan pekat sangat nanti mudah jadi kering.

6) Sedia untuk dimakan!

*Paling best makan dengan Nasi Goreng dan Kalian Goreng…hihi…

ketam 1

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

talam berlauk

Resipi Talam Berlauk

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Dah lama teringin nak makan kuih ni…Tapi, kalau beli memang tak puas…jadi saya pun cari resipi dan jumpa di sini..Nak buatlah!

 

bahan kuih talam berlauk
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat talam berlauk
Bahan bahan : 
 
Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
 
Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil 
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang 
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. 

Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. 
 
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan. 
 
kuih talam berlauk
Daripada adunan ni, dapat 2 talam size sederhana
Cara Membuat Talam Berlauk:
1) Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit. 
 
2) Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. 
3) Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.  Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan.
close up kuih talam berlauk
Ni close up sikit rupa kuih talam ni
kkuih talam berlauk
Ni rupa bila kuih dah dipotong
Selamat Mencuba!!
pengedar-shaklee-malaysia_new
chickem

Resipi Simple Black Paper Roasted Chicken

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan

Asalnya, nak buat ayam panggan ala Kenny Rogers. Dah terbayang dah ayam berkilat rasa black paper tu…

kenny

Sekali tengok dalam peti sejuk ada 2 ketul ayam Drumstick je…Emm, takpalah, cuba je buat guna resipi yang kawan bagi masa open house baru ni. Tapi special sikit sebab guna Air Fryer…bukan oven ye..jadi, ini dia resipinya:

Bahan-bahan:

> Ayam

> Kicap manis

> Sos tiram

> Lada hitam kasar

> garam

> Madu

Cara-cara:

> Perap semua bahan dan masak dalam Air Fryer pada suhu 180oC selama 15 minit. Inilah hasilnya:

11822400_945219472184100_2927686731460936458_n

oklah untuk percubaan pertama..suami kata best! Hihi..InshaAllah nanti boleh cuba untuk Seekor Ayam pula=)

agar2

Perbezaan Antara Serbuk Agar-Agar, Agar-Agar Panjang (Tali) dan Agar-agar Segera (Instant Jeli)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Ada yang nak masak agar-agar untuk berbuka?

Untuk mereka yang jarang masak agar-agar ni, Kalau pergi ke kedai tu, kadang-kadang tak tahu mana nak pilih bila ternampak serbuk agar-agar, agar-agar panjang (tali) dan agar-agar segera (intant jelly). Betul kan?

Agar-agar Panjang/Tali (Strips Agar-agar)

agartali
Agar-agar bertali biasanya dijual dalam paket plastik panjang dan digunakan sebelum adanya serbuk agar-agar.
Ada saiz paket seberat 12gm, 24gm dan 30gm. Agar-agar jenis ini perlu di rendam dalam air biasa terlebih dahulu untuk melembutkannya selama 3-4 jam sebelum di masak hingga larut.

rendamagartali
Bagi mendapat imbangan air yang betul, satu sukatan agar-agar tali 25gm yang direndam kembang gunakan 1300ml – 1400ml sukatan cecair dan pastikan agar-agar di masak hingga larut sebelum dimasukkan gula.

 

Agar-agar Serbuk

serbukagar2
Agar-agar serbuk biasanya dijual dalam paket 13gm – 25gm.
Datang dalam bentuk serbuk putih tanpa pewarna atau perasa. Tapi, sekarang ni ada yang versi berwarna dan berperisa yang dijual dipasaran.
Untuk mendapatkan agar-agar yang sempurna kerasnya dan tidak berair, setiap sukatan untuk 1 paket agar-agar serbuk 25gm adalah 1500ml (1.5 liter) cecair. Cecair disini bermaksud air sahaja atau campuran (air, susu atau santan).
Manakala untuk mendapatkan agar-agar yang lebih lembut tambahan cecair tidak melebihi 2500ml (2.5 liter).

serbukagar
Untuk agar-agar yang jeenis dicampur dengan pewarna mungkin ada arahan dan sukatan yang lain pada bungkusannya. Serbuk agar-agar ini cara memasaknya, dimasukkan didalam air sebelum dididihkan dan bukannya masuk ketika mendidih. Hasilnya juga lebih elok dari agar-agar tali.

 Agar-agar Segera (Instant Jeli)

instant-jelly

 

Jeli mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding agar-agar. Jeli yang biasanye lembut serta boleh dicedok dengan sudu dan bila dah masuk mulut xperlu susah-susah kita mengunyahnya. Cara membancuh Jeli ada di kotak bahan tersebut. Selalunya hanya tambah air panas dan kacau sebelum tuang ke dalam acuan atau bekas.

Eh, tiba-tiba teringat pula Puding Trifle yang tiap-tiap tahun rajin buat untuk berbuka puasa…hmmm…sedapnya!!

triffle

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

pancake

Resipi Flourless Pancakes (Penkek Tanpa Tepung)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan

Ok..sebenarnya terjumpa reseipi ni di Facebook..Fikir fikir, bagus juga untuk orang diet resipi ni..buat pancake tanpa tepung!..Resipi senang sangat dan tak perlu banyak bahan pun…

Ni bahan-bahanya:

  • 2 biji Pisang
  • 2 biji telur
  • sedikit minyak

 

Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur dan campurkan pisang dalam sebuah mangkuk
  2. Pukul telur dan hancurkan pisang tersebut hingga hancur dan cair
  3. Panaskan kuali leper dan goles sedikit minyak. Tuangkan 1 senduk campuran tadi ke dalam kuali dan biar hingga masak
  4. Siap untuk dimakan!

 

Senangnya nak buat pancake ni kan? Boleh jadi aktiviti bersama anak-anak ni..yang penting ibu bapa perlu mengawasi apabila melibatkan penggunaan dapur dan bahan api..

Selamat mencuba!

 

Resipi Flourless Pancakes

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Aiskrim Shaklee2

Resipi Ais Krim Berkhasiat dan Simple Yang Wajib Anda Cuba

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee

Musim panas ni memang best kalau dapat makan aiskrim. Malangnya aiskrim sekarang banyak pewarna dan perisa tambahan. Jom kita buat sendiri aiskrim yang best tapi BERKHASIAT! Macam mana tu? Jom saya share resipinya..

Aiskrim shaklee

Bahan-bahan:

-Buah Laici dicarik kasar

– Air masak

– Performance Drink

– Vivix

-Mold/Bekas aiskrim ..saya beli di Daiso, 1 set RM5

 

Cara-caranya:

1. Bancuh performance Drink dengan air masak ikut citarasa masing-masing. Macam anak saya ni tak suka pekat sangat. Jadi, saya bancuh cair je..

2. Isi laici yang telah dicarik dimasukkan dalam mold aiskrim

Aiskrim Shaklee2

3. Isikan air bancuhan Performance Drink tu tadi. Saya buat 2 ada PD, lagi 2 saya tambah Vivix 1 sudu kecil…ni untuk ummi & abi =)

4. Tutup mold dan bekukan di dalam freezer lebih kurang 6 jam.

Aiskrim Shaklee 3

5. Aiskrim yang berkhasiat sudah siap untuk dimakan!

 

Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

infusedwater_3

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Lemon dan Halia untuk Membuat Infused Water

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan, Shaklee Products

Assalammualaikum kepada semua pembaca=)

Hari ni saya nak cerita tentang air kegemaran saya sekarang ni..sebenarnya ramai yang dah duk buat air ni…mungkin saya je yang tertinggal keretapi..apa lagi kalau bukan Infused Water.

Ia juga dikenali sebagai air detoks kerana merupakan campuran buah-buahan, herba dan madu. Air ni dipercayai mampu menguruskan badan secara sihat tanpa produk lain atau ubat-ubatan. Apa-apapun, resipi yang saya buat memang best!

Kebaikan Air Detoks

  • Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Bantu kita buang air dengan lebih kerap serta elak sembelit
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
  • Meningkatkan fokus
  • Permulaan yang baik untuk kurus
  • Mengurangkan risiko barah usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah
  • Meningkatkan kesihatan badan menyeluruh

 

Bagaimana Membuat Infused Water

infusedwater_1

 

Bahan-bahan:

  1. Lemon
  2. Daun Pudina
  3. Halia

 

infusedwater

Cara-cara membuat

  1. Potong bahan mengikut citarasa. Lemon dihiris nipis, Halia dihiris atau ditumbuk.
  2. Letakkan semua bahan dalam jar atau botol
  3. Penuhkan air sehingga penuh 1Liter dan tutup
  4. Biarkan semalaman hingga bahan sebati dalam peti ais.
  5. Minum=)

infusedwater_3

 

Rupa campuran bahan dan air sebelum masuk peti sejuk.

Kebaikan Lemon dan Halia

1. Lemon membantu dalam pencernaan (Menyegarkan nafas)

2. Halia bagus untuk sistem imun dan sistem pertahanan badan.

3. Selain itu, halia juga membantu mengeluarkan angin dari badan..haa, lepas minum ni anda harus bersedia untuk buang angin secara semulajadi, ye!

Anda juga boleh cuba tambah atau guna bahan lain ikut citarasa=)

10901523_843952068977508_1412805562_oIni rupa air detoks setelah dikeluarkan dari peti sejuk setelah dibiarkan semalaman…

Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

soto_2

Resipi Soto 15 minit & Homemade Bergedil Ayam

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca. Didoakan and semua dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya=)

Memandangkan ramai yang bertanyakan resipi soto yang saya buat baru-baru ni, maka di sini saya nak kongsikan resipinya. Sebenarnya ada ramuan rahsia yang memudahkan saya memasak soto ni. Jom kita lihat…

soto_2

 

Bahan-bahan untuk kuah/sup soto:

  1. Bawang merah
  2. Bawang Putih
  3. Halia
  4. Rempah sup soto Istimewa
  5. Ayam
  6. Air secukupnya

sOTO_1

inilah dia rempah sup/soto tu ye..Saya beli di Batu Pahat

Cara-cara untuk memasak kuah/sup soto:

  1. kisar bahan-bahan 1-3
  2. Panaskan air sehinggan mendidih
  3. Masukkan bahan A dan Rempah sup soto
  4. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan masak sehingga empuk
  5. Siap!

 

 

soto_3

Bahan-bahan bergedil ayam:

  1. Ubi kentang direbus dan dilecek
  2. Isi ayam rebus
  3. daun sup dihiris halus
  4. Bawang Goreng

 

Cara-cara untuk membuat bergedil ayam:

  1. Campurkan semua bahan , kepal bulat dan celup telur sebelum digoreng=)

 

Mudahakn resipi ni? Selamat mencuba!

pengedar shaklee malaysia_new

pizza_8

Resipi Pizza Thin Crust Ala Domino’s (Tanpa Perlu Menguli!)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan

Assalammu’alaikum semua…Saya dah lama nak kongsikan resipi yang diminta oleh ramai rakan FB. Dalam resipi ni, roti Wrap dijadikan base pizza bagi menghasilkan Thin Crust ni ye..

Alkisahnya, masa Raya Aidiladha lepas, kami sekeluarga order Pizza Domino. Sekali tengah tunggu tu ternampaklah tukang masaknya buat pizza ni…mereka menggunakan roti macam roti Wrap ni.

Balik rumah, saya cuba sendiri dan menjadi Alahmadulillah.., nak buat pizza ni tak perlu uli-menguli..jom kita tengok macam  mana nak membuatnya..

 

Pizza_1

Bahan-bahannya:

  • Roti Wrap jenama Mission Wraps
  • Bahan inti: Sosej ayam dan chicken meatloaf  (boleh juga guna tuna atau udang)
  • 1 biji Capsicum dipotong dadu
  • Nenas dipotong dadu
  • Tomato Puri atau sos spaghetti
  • Keju Mozarella untuk menghias

 

pizza_2

Cara-caranya membuatnya:

  1. Panaskan sekeping roti Wrap ke dalam Oven.  TIPS DARI CHEF: Penting untuk panaskan roti ni supaya ia betul-betul kering dan pizza rangup lebih lama nanti…Oven kena api atas dan bawah ye…

 

pizza_3 2. Bila roti tu dah panas, boleh sapukan puri tomato ke atasanya. Kalau taknak masam sangat, boleh sapu sos spaghetti yang dah siap ada daun Oregano Leaves untuk lebih rasa pizza =)


pizza_4
3. Susun bahan inti di atas base pizza tadi.

 

pizza_5

4. Tabur keju Mozarella di atas inti pizza tersebut

 

pizza_6

5. Bakar di dalam Oven pada suhu 180oC selama lebih kurang 10 minit atau sehingga keju cair..Tujuannya hanya untuk  melekatkan bahan inti pizza tersebut..

pizza_7

6. Inilah rupa pizza yang sudah siap dibakar…boleh makan suam-suam (panas-panas pun boleh kalau berani..hehe)..Jangan biarkan sejuk lama takut nanti roti base tu lembik pula..

 

pizza_8

Haa…ada gaya pizza Domino tak? Selamat mencuba!!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia

Overnight_OAt5

Resipi Ringkas: Overnight Oats

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Diabetes, Energizing Soy Protein, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum semua…

Haaa….sana sini orang duk sebut tentang Overnight Oats kan…saya pun tak ketinggalan untuk buat snek berkhasiat ni…

Jadi, saya pun cuba buat…tapi saya nak buat dengan resipi yang benar-benar berkhasiat…Inilah diaaaa.. =)

 

Overnight_oat1

 

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan Rolled Oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan Yogurt kosong
  • kismis
  • Strawberry
  • madu ikut rasa
  • 1 sudu besar Shaklee Mealshakes
  • 1 sudu besar Shaklee ESP

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering: oats, kismis, Mealshakes dan ESP ke dalam mangkuk/bekas. Gaul rata ye..eh macam nak buat kuih pulak =)

Overnight_Oat3

 

2. Kemudian bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian….1 bahagian buah strawberi tu dihiris nipis.. 1 bahgian lagi dicincang halus..kalau nak hancur lunat pun boleh supaya lebih rasa Strawberi tu =)

Overnight_Oat2

3. Masukkan semua bahan basah yang lain: susu, yogurt, madu dan strawberi ke dalam bekas tu..kacau rata lagi ye..dah sudah, tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk semalaman…inilah rupanya bila dah kacau dan sedia untuk tidur dalam peti sejuk =)

Overnight_Oat4

 

 

4. Esok pagi, boleh keluarkan Overnight Oats dan sedia untuk dimakan untuk sarapan pagi atau snek yang berkhasiat..inilah rupanya bila oats tu dah kembang..

Overnight_OAt5

 

Rasanya..memang best!!! boleh juga tambah buah-buahan lain seperti Blueberry, Kiwi dan lain-lain….kalau nak tambah kacang badam pun boleh…eh, saya nak pergi kedai lagi untuk beli banyak barang tambahan untuk buat lagi resipi ni…sesuai untuk orang yang sedang berdiet, dan sarapan ringkas yang menyihatkan tapi mengenyangkan!

Selamat mencuba!

 

pengedar shaklee malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: