orangreading continueTest dedicated serverposteddengan buatVoip vpskeranaVps cpanel whmdalamreading

10821879_827444010628314_72836129_o

4 Tips Kawal Anak-Anak Ketika di Pesta Buku Big Bad Wolf

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Tips Keibubapaan

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca. Didoakan anda semua sentiasa sihat dan ceria hendaknya =)

Hari ini saya nak kongsikan 5 tips untuk mengawal anak-anak ketika di  pesta buku. Al-kisahnya, baru-baru ni saya ada pergi ke pesta buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Sepertiyang diketahui, BBW ni adalah pesta buku yang Super Murah! Daripada buku kanak-kanak, dewasa dan professional, Fiksyen serta non -Fiksyen.

banner-new

 

Saya pergi pada hari Ahad lepas selepas mengikuti Intensive Business Coaching yang merupakan sesi percuma setelah membeli Seat Super Supreme pada kelas Dr. Azizan Osman, Millionaire Marketing Mastery.

10860278_827156733990375_1297238934_o

Ha…ini suasana ketika kami sampai pada pukul 10 malam. Tak ramai sangat orang mungkin kerana esoknya hari bekerja.

bbw

Pandangan dari atas hall di mana berlangsungnya Big Bad Wolf.

Ok, adalah amat penting untuk para ibu bapa untuk mampu mengawal anak-anak ketika menghadiri pesta buku seperti ini. Yelah, kalau lihat pada gambar di atas, andai kata anak terlepas dan merayau seorang diri, mau panik dibuatnya! Maklumlah tempat awam yang begitu ramai orang, apa saja boleh terjadi kepada anak-anak kita, Nauzubillah.

Saya bawa Syafie dan Luqman masa ni. Oleh itu, saya nak kongsikan tips-tips yang mungkin boleh dipakai oleh ibu-bapa.

1) Bawa stroller

    Kami bawa 2 stroller untuk Syafie dan Luqman. Memandangkan pada waktu itu adalah waktu tidur mereka, kami memang dah jangka mereka akan tidur. Lagipun, budak ni cepat penat bila dah seharian bermain. Jadi, takkan kita nak dukung je kan?

2) Bawa makanan dan minuman secukupnya

    Dalam dewan ini tak dibenarkan bawa makanan dan minuman, tapi saya sentiasa bawa biskut kering yang menjadi kegemaran anak-anak.

    Bila berlaku perkara yang emergency, biskut nilah yang dihulurnya=). Selain itu, di tingkat atas dewan ada disediakan ruang untuk makan dan minum dengan lebih mudah dan selesa.

10853878_827404887298893_920135271_o

 Tengah seronok pilih buku, boleh pula tak sengaja jumpa piut Shaklee kat sini, Kak Rozy yang juga merupakan pengedar Shaklee di Kluang.

3) Beri baca buku

     Untuk mengelakkan mereka bosan, beri mereka baca buku, supaya mereka leka di samping belajar membaca =). Lebih menarik kalau buku yang ada pop-up tu.

4)  Bawa alat permainan atau alat tulis

     Yang ni bergantung kepada minat anak-anak. Ada yang suka menulis atau mewarna, bawalah alat tulis atau pensil mewarna serta buku yang sesuai untuk tujuan itu. Selalunya anak lelaki tak boleh duduk diam. Jadi, saya bawa kereta mainan mereka.

 

10855988_827197200652995_1499297052_oSedar tak sedar, dah habis pun memilih buku dan bayar.

Sampai rumah, dah pukul 3 pagi! Anak-anak semua dah tidur, ummi dan abi pun gembira sebab dapat pilih buku dengan tenang. Buku-buku untuk anak-anak ada, untuk ummi dan abi pun ada. Semuanya tak sampai RM300.

10821879_827444010628314_72836129_o

10849158_827445230628192_492261221_o

Alhamdulillah, seronok sangat sebab dapat beli buku-buku yang diinginkan. InshaAllah, BBW akan datang nak pergi lagi di samping mengamalkan tips-tips di atas.

Semoga bermanfaat!

pengedar shaklee malaysia_new

pizza_8

Resipi Pizza Thin Crust Ala Domino’s (Tanpa Perlu Menguli!)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan

Assalammu’alaikum semua…Saya dah lama nak kongsikan resipi yang diminta oleh ramai rakan FB. Dalam resipi ni, roti Wrap dijadikan base pizza bagi menghasilkan Thin Crust ni ye..

Alkisahnya, masa Raya Aidiladha lepas, kami sekeluarga order Pizza Domino. Sekali tengah tunggu tu ternampaklah tukang masaknya buat pizza ni…mereka menggunakan roti macam roti Wrap ni.

Balik rumah, saya cuba sendiri dan menjadi Alahmadulillah.., nak buat pizza ni tak perlu uli-menguli..jom kita tengok macam  mana nak membuatnya..

 

Pizza_1

Bahan-bahannya:

  • Roti Wrap jenama Mission Wraps
  • Bahan inti: Sosej ayam dan chicken meatloaf  (boleh juga guna tuna atau udang)
  • 1 biji Capsicum dipotong dadu
  • Nenas dipotong dadu
  • Tomato Puri atau sos spaghetti
  • Keju Mozarella untuk menghias

 

pizza_2

Cara-caranya membuatnya:

  1. Panaskan sekeping roti Wrap ke dalam Oven.  TIPS DARI CHEF: Penting untuk panaskan roti ni supaya ia betul-betul kering dan pizza rangup lebih lama nanti…Oven kena api atas dan bawah ye…

 

pizza_3 2. Bila roti tu dah panas, boleh sapukan puri tomato ke atasanya. Kalau taknak masam sangat, boleh sapu sos spaghetti yang dah siap ada daun Oregano Leaves untuk lebih rasa pizza =)


pizza_4
3. Susun bahan inti di atas base pizza tadi.

 

pizza_5

4. Tabur keju Mozarella di atas inti pizza tersebut

 

pizza_6

5. Bakar di dalam Oven pada suhu 180oC selama lebih kurang 10 minit atau sehingga keju cair..Tujuannya hanya untuk  melekatkan bahan inti pizza tersebut..

pizza_7

6. Inilah rupa pizza yang sudah siap dibakar…boleh makan suam-suam (panas-panas pun boleh kalau berani..hehe)..Jangan biarkan sejuk lama takut nanti roti base tu lembik pula..

 

pizza_8

Haa…ada gaya pizza Domino tak? Selamat mencuba!!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia

Overnight_OAt5

Resipi Ringkas: Overnight Oats

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Diabetes, Energizing Soy Protein, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum semua…

Haaa….sana sini orang duk sebut tentang Overnight Oats kan…saya pun tak ketinggalan untuk buat snek berkhasiat ni…

Jadi, saya pun cuba buat…tapi saya nak buat dengan resipi yang benar-benar berkhasiat…Inilah diaaaa.. =)

 

Overnight_oat1

 

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan Rolled Oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan Yogurt kosong
  • kismis
  • Strawberry
  • madu ikut rasa
  • 1 sudu besar Shaklee Mealshakes
  • 1 sudu besar Shaklee ESP

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering: oats, kismis, Mealshakes dan ESP ke dalam mangkuk/bekas. Gaul rata ye..eh macam nak buat kuih pulak =)

Overnight_Oat3

 

2. Kemudian bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian….1 bahagian buah strawberi tu dihiris nipis.. 1 bahgian lagi dicincang halus..kalau nak hancur lunat pun boleh supaya lebih rasa Strawberi tu =)

Overnight_Oat2

3. Masukkan semua bahan basah yang lain: susu, yogurt, madu dan strawberi ke dalam bekas tu..kacau rata lagi ye..dah sudah, tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk semalaman…inilah rupanya bila dah kacau dan sedia untuk tidur dalam peti sejuk =)

Overnight_Oat4

 

 

4. Esok pagi, boleh keluarkan Overnight Oats dan sedia untuk dimakan untuk sarapan pagi atau snek yang berkhasiat..inilah rupanya bila oats tu dah kembang..

Overnight_OAt5

 

Rasanya..memang best!!! boleh juga tambah buah-buahan lain seperti Blueberry, Kiwi dan lain-lain….kalau nak tambah kacang badam pun boleh…eh, saya nak pergi kedai lagi untuk beli banyak barang tambahan untuk buat lagi resipi ni…sesuai untuk orang yang sedang berdiet, dan sarapan ringkas yang menyihatkan tapi mengenyangkan!

Selamat mencuba!

 

pengedar shaklee malaysia_new

sick

Tips Melegakan Keracunan Makanan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Shaklee Products

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya keracunan makanan. Mungkin inilah akibatnya makan Ayam Tandoori separuh masak di kedai mamak semalam. Sungguh pengajaran buat saya.

Setelah bebrapa kali keluar masuk tandas kerana cirit birit dan muntah-muntah, saya bertanya kepada kawan-kawan di FB tentang tips untuk melegakan keracunan makanan ni.

Ramai yang cadangkan air kelapa, tapi saya sukar nak dapatkannya dalam keadaan sedang terbaring begini. Nak tunggu suami pulang dari kerja, lambat lagi.

Saya pun terus ke dapur dan ambil apa yang perlu. Inilah First Aid Kit saya untuk hari ini:

keracunan makanan

Dalam  Mug Jar tu mengandungi Performance Drink Shaklee dan Vivix.  Dibancuh sesedap rasa saja=)

Performance Drink: Untuk kekalkan elektrolit dalam tubuh setelah banyak “membuang”

Vivix : Untuk tenaga segera

Nutriferon & Sustained Release Vitamin C: Untuk tingkatkan imunisasi tubuh.

Alahmdulillah, dah rasa lega sikit dan boleh bangun dari katil. Takdelah melepek saja kan. Kalau ikutkan je, memang semua kerja tak siap!

Salam Sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

chicken pox

Petua Melegakan Chickenpox

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Kesihatan, Shaklee Products

Assalammu’alaikum & Salam Sejahtera=)

Petua ni saya ambil dari seorang kawan saya..baru-baru ni 3 anak beliau kena Chicken pox dalam masa yang sama!

Ok, buat yang tak tahu apa itu Chickenpox,

Chickenpox is a viral infection in which a person develops extremely itchy blisters all over the body. It used to be one of the classic childhood diseases. However, it has become much less common since the introduction of the chickenpox vaccine. (sumber)

Chickenpox juga dikenali dalam Bahasa Melayunya, Cacar Air..

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. Banyak kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan penyakit ringan.

Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari. (sumber)

Setakat ni anak-anak saya belum pernah kena Chickenpox..tapi risau juga kalau tak dapat nak bertindak apa yang perlu dilakukan…so saya buat dulu entry ni sebagai panduan di kemudain hari  😀

 chickenpox-rash-stages

Fasa 1-

Masa baru nak keluar jangan pakai atau or makan apa-apa ubat utk sembuhkan. Minum air kelapa biar keluar smua. Kalau tak  keluar habis, berkemungkinan kena lagi. Boleh rebus air dgn daun semambu utk mandi. Kalau gatal, ambil 2-3 ikat daun semambu ikat ngan getah kemudian garu guna daun tu. Ubat demam boleh mkn kalau demam. Elakkan makanan yg boleh menambah gatal seperti telur, ayam, belacan, seafood, dan lain-lain.

 

chicken pox2

Fasa 2 –

Bila dah keluar smpai tapak kaki, baru boleh sapu ubat. Rendam beras sampai kembang (paling kurang 4 jam). Tapis dan blend dengan daun semambu kemudian sapu seluruh badan macam bedak sejuk. Simpan dlm peti ais untuk guna setiap hari. Boleh campur Calamine lotion juga.

Fasa 3 –

Bila dah sembuh, perlu elakkan keluar rumah takut kena hujan. Nanti parut tak hilang.

 

Ok..itulah tipsnya…diamalkan oleh orang yang pernah melalui pengalaman ini…semoga bermanfaat untuk semua!!

 

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

 

 

keluarga muslim

10 Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga

10 Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali
__________________________________________

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

 

keluarga muslim

DSC04734

Apa Hadiah Yang Sesuai pada Hari Ibu?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Women's Health

Salam Ahad semua….Hari ni, Hari Ibu sedunia….jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu, mama, mak atau ummi….

mothersd ay

 

Kalau ada yang tak tahu nak beri hadiah apa untuk ibu tersayang, boleh berlikan Women Health Set..

DSC04734

 

Set cadangan daripada Shaklee ini mengandungi Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex…

Kebaikan:

1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menapause*
2. Menggalakkan kulit yang cantik*
3. Menggalakkan tulang yang kuat*
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
5. Melegakan sakit-sakit sendi*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Set A - Optimum Health (Booster)

TIPS SIHAT: CEGAH DEMAM SELSEMA MEREBAK

Written by Dila Roslan on . Posted in Keluarga, Kesihatan, Tips Sihat

Pernah anda kena demam selsema? Tak pernah? Anda bukan manusia. Inilah punca paling ramai orang pergi ke klinik. Dikalangan doctor kita panggil Upper Respiratory Tract Infection( URTI ). Nama je gempak, takde apa yang hebat pun,  cuma jangkitan kat bahagian kerongkong. Bila dijangkiti, sel tekak akan hasilkan cecair lendir , itu yang jadi batuk kahak, selsema. Demam pulak disebabkan oleh Badan sedang lawan kuman tu. Yang teruknya, sakit ni tangkap sendi. Itu yang tak larat nak jalan tu. So ambik MC…J . Betul?

Bagaimana boleh berpindah kepada orang lain?

Apabila pesakit menyedut cecair bersin atau batuk daripada pesakit yang dijangkiti. Terus masuk dalam hidung dan kerongkong.

BersinAtaupun kontak tangan pesakit yg dijangkiti kepada pesakit lain. Maknanya pesakit mungkin menutup hidung dan mulut semasa bersin, maka kuman tu melekat kat tanga, selepas tu pergi pulak sentuh orang lain.

Bagaimana nak elak/cegah merebak?

  • Jauhi orang ramai semasa bersin dan batuk

Kalau kita nak bersin, lari jauh-jauh dari orang. Paling kurang sedepa. Sebab semasa bersin dan batuklah kuman tu tersebar dan berpindah kepada orang lain. Kuman ni hanya boleh hidup dalam badan manusia, ia akan mati kalau diluar badan manusia.

  • Tutup hidung dan mulut semasa batuk

Ini satu cara yang berkesan. Tutup hidung dan mulut semasa bersin dan mulut supaya kuman tu tak tersebar jauh. Tapi tutup rapat-rapat tangan tu, jangan pula renggang jari.

  • Memakai topeng muka

Kalau anda mampu, pakailah topeng( mask ). Juga agak berkesan.

  • Sentiasa membasuh tangan setiap kali selesai membersihkan hidung selepas bersin dan batuk

Ini perkara yang paling penting. Basuh tangan selalu. Tangan adalah agen pemindahan kuman yang paling efektif. Inilah punca utama kenapa demam selsema merebak dengan cepat. Selepas besin dan batuk, kita pegang pulak anak-anak. Mana mereka tak dijangkiti.

  • Basuh tangan dengan disinfection solution

Ini satu cara yang mungkin jarang kita gunakan. Kalau di hospital, setiap kali doktor periksa seorang pesakit, kena basuh dengan cecair hapus kuman.

Tingkatkan Imunisasi Badan

<Biasanya, doktor kat klinik akan bagi antibiotik sebagai tambahan kepada ubat demam atau selsema. Sebaiknya, kita menjaga kesihatan badan untuk memperolehi imunisasi yang berterusan. Dengan pengambilan nutrisi dan gizi yang seimbang, Insya-Allah, badan akan sentiasa mempunyai imunisasi yang secukupnya untuk bertindak balas terhadap kuman-kuman yang menyerang.

Set A - Optimum Health (Booster)

Set-A Optimum Health Shaklee menyediakan keperluan asas untuk tubuh!.

ekzema

Susu Badan Elak Ekzema

Written by Dila Roslan on . Posted in Baby, Breastfeeding, Ekzema, Keluarga, Kesihatan, Tips Sihat

KULIT berfungsi melindungi organ-organ dalaman badan manusia. Ia juga merupakan organ paling besar.

Walaupun ia berfungsi melindungi tubuh daripada kecederaan, tetapi kulit sangat sensitif. Tahap sensitivitinya berbeza serta bergantung kepada ketebalan epidermis (bahagian luar kulit luar).

Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah pelbagai masalah timbul pada kulit.

Antara masalah yang sering terjadi ialah penyakit kulit dan ada pelbagai jenis penyakit yang menyerang kulit baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Salah satu penyakit kulit yang sering dihadapi ialah ekzema.

Penyakit ini lazimnya akan ‘menyerang’ kanak-kanak. Hampir setiap satu dalam lima kanak- kanak akan menghadapi penyakit tersebut iaitu lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.

Ekzema menyebabkan kegatalan dan penghidapnya terpaksa menanggung kesakitan selain mengalami tekanan perasaan.

Untuk pengetahuan umum, ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang melibatkan gangguan kepada lapisan pelindung kulit dan menyebabkan reaksi hipersensitif kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal yang melampau (intense itch) dan kulit bersisik.EKZEMA[22]

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik (AD) merupakan penyakit kulit kronik yang disebabkan keradangan kulit yang berpanjangan.

Ia akan menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun ataupun sepanjang hayat penghidapnya jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik.

Jelasnya, dengan penjagaan kulit yang baik, penghidap penyakit ini boleh mendapat kulit yang sihat.

Ekzema mengakibatkan kulit kekeringan disebabkan kehilangan air dan senang kemasukanallergen yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit.

”Lazimnya ekzema berlaku pada kanak-kanak seawal dua hingga tiga bulan pertama dan lazimnya sebelum kanak-kanak meningkat ke umur lima tahun.

”Terdapat tiga fasa umur yang mengalami ekzema iaitu kosong hingga dua tahun, dua hingga 12 tahun dan dewasa.

”Terdapat sedikit perbezaan dari segi agihan pada kulit mengikut peringkat umur. Bagi bayi, lazimnya penyakit ini akan dikesan pada bahagian muka dan kulit kepala. Manakala untuk golongan remaja atau dewasa, kawasan yang terlibat seperti pelipat di bahagian siku, belakang lutut, buku lali, pergelangan tangan, muka, leher dan atas dada,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap ekzema adalah disebabkan keturunan dan penghidapnya mungkin terdiri daripada bayi dan juga orang dewasa.

Tetapi bagi bayi, kebanyakannya akan beransur hilang apabila mencapai umur dua tahun iaitu lebih kurang 50 peratus tetapi ada juga yang kekal dan datang berkala.

Tambah beliau lagi, penyakit itu akan menyebabkan kulit kemerah-merahan, berair dan gatal.


Bagaimanapun, ia dikategorikan sebagai bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh berpindah daripada seorang bayi ke bayi lain.

Tetapi penyakit ekzema boleh berulang disebabkan jangkitan kuman, tekanan, perubahan cuaca, alahan kepada habuk dan sebagainya

Ulas Dr. Nor Mahani, masalah itu dialami oleh antara tujuh hingga 17 peratus daripada kanak-kanak seluruh dunia dan lebih 50 peratus kanak-kanak yang mengalami ekzema kebiasaannya turut mempunyai kombinasi penyakit asma dan alahan.

Katanya lagi, sebanyak 17 peratus pesakit ekzema diwarisi dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali.

Untuk menghindarkan penyakit berulang, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun pembersih badan atau pencuci bebas sabun yang mengandungi bahan pelembab bagi melembabkan dan mengelakkan kulit kering.

”Pembersih badan mestilah tidak mengalami bahan yang boleh menyebabkan kulit tidak selesa, memudaratkan, merosakkan atau menjejas lapisan pelindung kulit.

”Ini kerana sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan merosakkan lapisan pelindung kulit.

”Pesakit juga disarankan sentiasa memakai pelembab untuk mengurangkan risiko kulit kering dan menghentikan kehilangan lembapan yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan bersisik,” katanya.

Tambahnya, lembapan yang baik mestilah tanpa haruman tetapi kaya emolien dan ia akan menyebatikan air dalam kulit sementara bertindak sebagai lapisan pelindung ketika proses penyembuhan.

Dengan ini ia dapat menghindar daripada jangkitan kuman seperti staphyloccus Aureus, herpes simplex dan ketuat.

Menurut Dr. Nor Mahani, dalam merawat masalah ekzema, mengelakkan kulit daripada kekeringan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman ia merupakan perkara yang paling utama.

Ia juga untuk memastikan pesakit merasa aman, tidak gatal, kulit yang cantik dan juga mengajar pesakit untuk merawati diri supaya dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.

Dalam hal ini, pesakit dan orang yang menjaganya perlu diajar mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini berulang, penyebab dan tanda-tanda di peringkat awal.

Untuk itu, salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit ini ialah dengan memberi sepenuhnya susu badan sehingga bayi anda sekurang-kurangnya berusia enam bulan.

Bagi mereka yang memberikan susu formula dicadangkan agar memberi susu yang mempunyai protin hidrolis dan memulakan makanan tambahan pada umur lebih daripada enam bulan.

Oleh kerana penyakit ini kronik, rundingan dan nasihat daripada seorang doktor pakar amat mustahak supaya pesakit dan ibu bapanya betul-betul faham mengenai penyakit ini.

Bawalah berjumpa doktor pakar sekiranya anak anda atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri menghidap penyakit kulit sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan rawatan yang betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: