Dedicated server floridakaumsemuaketikaharikelas-kelas joinVps cpanel whm2014semureading

Smartphone2

Kelas Eksklusif Aplikasi Smartphone dan Instagram Marketing

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan

Beruntungnya saya, bila join Kelab Blogger Jutawan Shaklee ni, dapat banyak faedah….antaranya dapat join kelas-kelas eksklusif yang diadakan secara intensif untuk ahli-ahlinya dalam membantu menjalankan bisnes online.

Jumaat lepas, saya dapat join kelas belajar aplikasi smartphone untuk edit gambar dan buat poster kasi cantik macam professional. Sebelum mengajar kami, cikgu-cikgu ni menuntut ilmu daripada SNAP (Saiful Nang Academy of Profesional) dan kemudian menurunkan ilmu tersebut kepada kami pula. Nak tengok betapa meriahnya kelas kami ni? Jom layan gambar..

 

SMartphoneTengok tu, semua fokus nak amik gambar ESP…femes ESP hari tu..hihi..

Instagram4

Smartphone3Tengok tu posing beratur kemain lagi kan!

Smartphone4

Smartphone5

Dah habis kelas aplikasi smartphone, kita belajar pula tentang Instagram Marketing…diajar oleh Cikgu Mija…memang pakar bab ni…saya melopong je bila banyak sangat ilmu baru yang diajar. Memang waktu yang ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan ilmu Instagram marketing ni…

Instagram5

Instagram3Eksklusifkan kelas ni…coaching 1-1 turut diberikan!

Instagram2

Instagram4

Bila dah mahir, dah pandai buat sendiri dah!

Kelas-kelas ni memang best sebab murah dan dapat lmu yang banyak….jadi ramai yang hadir…sebab kalau nak pergi kelas luar, mau kena bayar beribu…inilah keistimewaan yang diberikan untuk ahli Kelab Blogger Jutawan!

Nak join tak? Jom!

pengedar-shaklee-malaysia_new

kelasblog

Kelas Tafsir Al-Quran Untuk Kaum Bapa – 23 Ogos 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Jutawan, Shaklee Business Opportunity

Alhamdulillah, ahad lepas, kami sekeluarga telah memenuhi hari minggu dengan aktiviti yang sangat menarik untuk kami seisi keluarga. Kaum bapa ada perjumpaan khas dengan Ustaz Syauqi dari Rumah Prihatin. Ini kali pertama mereka mengadakan perjumpaan. Sebelum ni kami kaum ibu ada kelas Tafsir dengan Ustaz Syauqi setiap hari Jumaat.

photo_2015-08-25_00-39-07

 

photo_2015-08-25_00-39-12

 

Kaum ibu dan isteri pula ada sesi eksklusif dengan PM Cery…santai je tapi banyak ilmu dapat ni!

photo_2015-08-25_00-39-02

 

photo_2015-08-25_00-38-28

 

Haa…anak-anak pun ada aktiviti untuk mereka…sambil ayah ada kelas dan mak berbincang, mereka pun buat aktiviti melukis, mewarna dan lain-lain..

photo_2015-08-25_00-39-23

photo_2015-08-25_00-39-51

 

Saya bertuah kerana berada dalam kumpulan Jutawan Shaklee…bukan senang nak dapat peluang untuk kelas agama yang eksklusif macam ni kan?

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

6 tabung

Panduan Pengurusan Kewangan: Rahsia 6 Tabung

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya doakan anda semua dalam keadaan baik hendaknya =)

Hari ni saya nak kongsikan tips pengurusan kewangan. Saya baru belajar tentang ni pada bulan Oktober 2014 yang lalu di Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman (DAO).

Untuk mendisiplinkan diri, pendapatan yang kita perolehi setiap bulan bolehlah dimasukkan ke dalam 6 TABUNG, iaitu:

 

6 tabung

Necessity (NEC) – 55% daripada pendapatan

Tabung ini bertujuan untuk membayar semua perbelanjaan bulanan seperti duit sewa rumah, bayaran bulanan kereta,bil elektrik, perbelanjaan dapur, yuran sekolah anak dan sebagainya. Penting ya kita asingkan semua perbelanjaan tetap pada bulan itu, supaya baru nampak dan dapat mengawal perbelanjaan bulanan  kita tu. Contoh: RM3000 x 55% = RM1650 sebulan.

 

Long Term Saving for Spending (LTSS) –  10% daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun lagi. Antaranya termasuklah seperti perbelanjaan untuk menunaikan haji atau umrah.  Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Education (EDUC) – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk pendidikan diri sendiri, bukan untuk pendidikan anak-anak. Ibu bapa juga perlu menambah niali diri dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka seperti menghadiri kursus dan bengkel. Alhamdulillah, melalui tabung ini, saya dapat hadir ke kelas-kelas oleh DAO. Pendek kata, kelas-kelas ilmu itu semuanya adalah sat bentuk ‘pelaburan’ demi kejayaan masa depan =) Untuk kaya dan berjaya, sentiasalah berusaha untuk menambah ilmu kerana semua jenis pekerjaan dan perniagaan memerlukan ilmu. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Play – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk hiburan atau untuk ‘reward’ diri dan keluarga yang telah mengizinkan masa mereka diambil oleh kita untuk bekerja. Contoh, pergi bercuti, membeli hadiah atau menonton wayang. Bagi mereka yang tidak gemar bercuti, boleeh gunakan wang ini untuk belanja keluarga seperti makan-makan atau membeli hadiah anak-anak. Saya setuju dengan kata-kata DAO bahawa apabila kita pergi bercuti, kita akan membawa pulang lebih banyak idea baru untuk kembangkan bisnes kita. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Financial Freedom Account  (FFA) – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ini adalah untuk disimpan ke dalam bank sebagai passive income. Bagi setiap orang, adalah penting untuk mengetahui berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan (Financial Freedom). Apabila wang di dalam tabung ini sudah mencapai jumlah tertentu, ia boleh digunakan untuk membeli saham atau aset. Cara ini dapat membiakkan lagi wang asal yang kita simpan. Apabila kita membeli rumah dan disewa kepada orang, wang sewa jika mempunyai lebihan akan menjadi passive income kepada kita. Keadaan inilah yang dikatakan wang bekerja untuk kita. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 

Give  – 5%  daripada pendapatan
Tabung ini bertujuan untuk kebajikan termasuk sedekah. Contohnya, sedekah kepada anak yatim atau badan kebajikan. Inilah bahagian yang paling penting. Dalam Islam, kita harus percaya bahawa dalam rezeki yang diperolehi itu ada hak orang lain. Dan bagi secara umumnya, tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima. Untuk mendapat lebih banyak, kita haruslah memberi lebih banyak terlebih dahulu. Disinilah terletaknya keberkatan terhadap rezeki kita.Kalau nak rezki lebih berkat, mula lah bersedekah hari ini iaitu sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 5% = RM150 sebulan. 

Sebelum menerima pendapatan yang besar, kita haruslah mampu mengurus kewangan yang kecil dahulu. Jadi, walaupun pendapatan anda baru 3 atau 4 angka, belajarlan mengurus dari sekarang. Biasakan diri dengan sistem pengurusan yang betul sebelum wang besar masuk nanti!

Selamat beramal dan moga bermanfaat =)

pengedar shaklee malaysia_new

10269132_10152422168259489_8009880806716908112_o

Magic Session Jutawan KK (3 Mei 2014)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan, Shaklee Business Opportunity, Side Income

Alhamdulillah, baru diberi kesempatan untuk update blog hari ini.Pada 3 Mei yang lepas, saya berpeluang menjejakkan kaki ke Kota kinabalu, Sabah buat kali kedua untuk berjumpa dengan anak cucu di bawah susur galur saya. Hajat asal untuk mengadakan sesi ringkas dengan mereka tapi bagai diberi peluang keemasan, saya dijemput oleh Master Laila untuk menyertai Magic Session Jutawan KK.

Inilah kali pertama saya berkongsi selepas 2 bulan bergelar Master Coordinator Shaklee..Perasaan saya? Pastinya bercampur baur..gembira melihat begitu ramai peserta yang hadir (lebih kurang 144 orang), sedikit gemuruh kerana pertama kali berdiri sebagai Master dan terharu dan bersemangat untuk membantu  mereka yang mahu berjaya dalam Shaklee..

Air mata yang bertakung akhirnya tumpah juga ketika saya menceritakan kisah kehidupan saya tentang Luqman di ICU, ayah yang meninggal dunia secara mengejut dan mak saya yang kesorangan. Sesungguhnya jalan menuju kejayaan itu berliku dan tidak rata, pelbagai rintangan dan ujian yang mendatang. Hanya mereka yang sabar dan kental sahaja yang mampu bertahan hingga ke puncak.

Gembira sungguh rasanya bila mendapat maklumbalas positif daripada warga KK…memang rasa berbaloi dan hilang penat lelah untuk ke sana. Terima kasih diucapkan kepada warga KK atas kerjasama yang diberikan…ada jodoh, kita jumpa lagi, inshaAllah..All the best semua!

10257503_10152422091589489_1083258705415302704_o

1782508_10152422101344489_4854938261493504865_o1614316_10152422093429489_5232633781989542220_o

1939509_10152422151069489_1442253947853549182_o

1781124_10152422150879489_1087325836148296508_o

10296395_10152422154684489_2998609660863417420_o

1276479_10152422154409489_778699316088121284_o

903025_10152422150959489_1778505264132363404_o

10269132_10152422168259489_8009880806716908112_o

10333542_10152422168039489_6011940247901127007_o

10286832_10152422171164489_8496654319133699524_o

Master Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

 

1377026_608661852506532_1898616767_n

Magic Class for WonderMum Network

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan, Side Income, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah….sabtu lepas, 5 October, saya telah menganjurkan “Magic Class” khas untuk susur galur saya di WonderMum Network…Kelas bermula pada pukul 2.30petang dan berakhir pada pukul 5.30petang…padat sungguh agenda pada hari itu…dan pelbagai topik telah dibentangkan oleh leaders WonderMum Network…kelas ini diadakan khas untuk mereka yang masih baru dalam Shaklee dan sebagai ulangkaji buat mereka yang telah lama menyertai Shaklee…lebih istimewa, kelas ini dipantau oleh Presidential Master Shareeza Hashim….Jom kita layan gambar…

1380726_608593209180063_877841286_n

Tengah khusyuk menerangkan Shaklee Marketing Plan – Topik kegemaran =)

1374264_608593252513392_245484975_n

Para peserta yang bersemangat untuk mendengar dari mula sehingga habis kelas

1380759_608593425846708_2141560386_n

Jemputan khas..pakar IT dari JStudio..

1378826_10201473490693679_1432892576_n

Bergambar kenangan bersama anak cucu dari Group Permata Jutawan Shaklee

Dan akhir sekali….apalagi kalau bukan acara makan-makan….ada sate, kek, kuih muih, buah-buahan…pendek kata sampai penuhlah meja tu…Alhamdulillah…semua gembira dan pulang dengan cas-cas positif!

1377026_608661852506532_1898616767_n

1379791_608593332513384_812634799_n

Cupcakes Red Velvet ditempah khas untuk PM Cery….

993698_10201162577519467_1520005489_nDan akhir sekali…bergambar kenangan bersama semu peserta…

Alhamdulillah…rata-rata anak cucu gembira dan pulang dengan semangat baru!

“Tahniah Dila….klas tadi memang sangat-sangat best…Tahniah berjaya anjurkan klas yang hebat…”

Syukur, bila ilmu yang dicurahkan dihargai dan dipraktikkan….dan semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada Shaklee =)

Ingin sertai kami untuk menjana pendapatan dengan Shaklee? hubungi saya untuk keterangan lanjut..

pengedar shaklee malaysia

Muslim-Work-From-Home-Mums

Suri Rumah 5 Angka….Kini Realiti!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan

Ahamdulillah, pada Jun 2013 genap setahun saya fokus pada bisnes Shaklee…Ketika arwah ayah saya meninggal dunia pada akhir Jun 2012, saya meletakkan jawatan sebagai Jurutera dengan  matlamat saya ketika itu adalah untuk memudahkan saya pulang ke Kuantan menemani ibu saya yang tinggal bersama adik lelaki.

Selain itu, saya bertekad untuk membesarkan anak-anak sendiri di rumah tanpa bantuan pengasuh.

Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja ketika saya baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai “Engineer Grade A”. Pada ketika itu, saya telah memilih bisnes Shaklee sebagai PENDAPATAN UTAMA walaupun ketika itu saya baru bergelar Supervisor dengan bonus hanya RM1500…

Kini, setelah setahun berlalu, saya mampu bergelar Suri Rumah dengan pendapatan 5 angka!

Dalam masa setahun, pendapatan saya meningkat sebanyak 10 kali ganda…

Saya percaya, ini adalah hikmah daripada keputusan saya untuk berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri…dan Allah telah menghadiahkan sesuatu yang jauh lebih baik..

Saya tahu, ramai ibu di luar sana yang seperti saya…mahu menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri, dan dalam masa yang sama mahu menjana pendapatan sampingan untuk meningkatkan ekonomi keluarga…

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, jangan teragak-agak untuk hubungi saya untuk mendaftar..kami mempunyai kumpulan sokongan yang bagus dan sudi berkongsi pelbagai tips untuk menjalankan bisnes ini…

Ini masanya untuk anda berubah….lakukan perubahan demi diri sendiri, keluarga dan agama…

Salam Hormat,

Dila Roslan

Shaklee Independent Distributor: 853872

Phone/Whatsapp: 0133704341

 

IMG-20130907-WA0059_wm

Magic Session Jutawan Shaklee Pantai Timur

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan

Alhamdulillah, pada Sabtu (7 September 2013) yang lepas, saya telah berkesempatan menghadiri Magic Session Jutawan Shaklee Pantai Timur di Residence Resort & Hotel, Paka Terengganu…Lebih 200 orang peserta yang hadir….paling special, sesi ini telah dihadiri oleh 8 orang Master dari group Jutawan yang best…Mereka ni dah mempunyai pendapatan stabil 5- 6 angka sebulan dengan bisnes Shaklee…memang sangat teruja! Sebab kesemua Masters ni tak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang perjalanan menuju Master Coordinator…yelah, kalau nk dapat kejayaan tu, perlu tempuh kesusahan dan kepayahan..bak kata Master Ruziah: “Tiada kata-kata keluh kesah oleh orang yang berjaya….kecuali keringat yang mengalir”….

Banyak lagi kata-kata motivasi yang dikongsikan oleh insan-insan berjaya ni termsuklah daripada PRESIDENTIAL MASTER SHAREEZA HASHIM….beliau kini telah menjana pendapatan 6-angka denga Shaklee =)…tak lupa juga tips-tips on marketing yang dikongsikan oleh mereka….Klau nak tahu apa dan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, jom sertai kami! InshaAllah tak akan menyesal….Alhamdulillah, hari yang sangat padat dan sangat memberi motivasi…ok, jom kita layan gambar…

IMG-20130907-WA0050_wm

8 orang Master Coordinator daripada Jutawan yang hebat

IMG_20130907_153119_wm

Suasana ketika sesi Sharing From Master

IMG_20130907_153209_wm

Sesi  Q&A oleh Abah Jutawan (PM Nazri)

IMG-20130907-WA0086_wm

 

Diberi peluang untuk sharing tentang Apa Keistimewaan Shaklee

IMG_20130907_123946_wmIMG-20130907-WA0098_wm

Bergambar kenangan dengan sebahagian anak cucu Inspirasi Jutawan yang hadir

IMG-20130907-WA0059_wm

Sebelum balik, makan kek special bertemakan Ladang Epal

Sememangnya salah satu sebab saya sanggup turun ke Paka adalah untuk bertemu dengan anak cucu yang meenetap si Paka…memang berbaloi sebab masing-masing gembira dan termotivasi setelah sesi tersebut….masing-masing terus bersemangat untuk mengorak llangkah lebih jauh dalam Shaklee….saya pun tumpang gembira…balik pun rasa sungguh bersemangat untuk membantu mereka menjana pendapatan dengan Shaklee…pendek kata, balik tu senyum lebar je….sebelum balik, sempat lagi bergambar kenangan dengan mama tersayang, PM Cery…semoga aura terus kekal meresap di dalam diri…dan semoga lebih ramai insan mendapat kebaikan dengan Shaklee…

IMG_20130907_171701_wm

PM Cery dan Master -To-Be Dila Roslan =)

Berminat untuk menyertai kami? Jangan segan silu untuk hubungi saya bagi mendapat maklumat lanjut…

Dila Roslan 0133704341

Jutawan

Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Bisnes Shaklee, Jutawan, Shaklee News

Alhamdulillah,

Hampir 6 bulan saya buat bisnes Shaklee sepenuh masa….Memang rasa puas yang amat sangat sebab dapat bekerja sambil menjaga anak di rumah…siapa kata anda tak dapat jana pendapatan dengan Shaklee? Dan sekiranya anda menyertai kami, bimbingan secara online dan offline diberikan….Ni antara gambar kenangan group kami, Jutawan…

Sesi ‘Sharing’ di rumah Master Shareeza @ Cery

Kaum ibu yang cekal menjana pendapatan dengan Shaklee

Kumpulan di bawah kelolaan saya, Inspirasi Jutawan

Sesi Training di Paka, Terengganu

Sebahagian daripada kami, kumpulan Jutawan di Shaklee National Conference tahun lepas…

Ramai dikalangan kami, suri rumah biasa telah berjaya menjana pendapatan 4-6 angka dengan Shaklee…Shaklee menawarkan 3 bonus dalam bentuk Cash (Wang tunai), Car (Bonus kereta) dan Convention (Umrah)…Jadi kenapa tunggu lagi..jom dertai kami di Shaklee…

Berminat?  hubungi saya di 0133704341 atau e-mail di nur.adilawati@gmail.com

-Dila Roslan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: