yangSetup vpsShared hosting reviewSuper cheap hostingreading continueTop ten vpsVps airlinessingkat… jadiWhat is the best web hosting service

575424_529350737129435_1260447776_n

Bagaimana Energizing Soy Protein (ESP) Mengubah Kulit Saya

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Testimoni, Testimoni Breastfeeding Set

Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Wondermum.my=)

Bulan ni Promosi ESP datang lagi. Bila terkenangkan pengalaman saya dengan ESP, saya rasa sungguh tersentuh.

Bukan apa, kira-kira 2 tahun lalu, ketika saya mengandungkan Luqman, saya diserang penyakit Eczema yang teruk sejak awal kandungan berusia 5 minggu!

Eczema menyerang sebahagian besar kawasan  muka, kaki dan tangan saya, sehingga pernah satu ketika, saya terlalu menghabiskan banyak masa dengan menggaru. Biasalah, bila kulit kering, kawasan kulit menjadi gatal.

Bila cuaca panas sedikit dan saya berpeluh, badan terasa miang. Pernah satu ketika, bila saya terlampau menggaru, muka dan tangan saya menjadi bengkak. Dan pernah sekali apabila terlampau tidak tahan dengan aktiviti menggaru, saya terpaksa ke klinik untukdapatkan injection. Lepas tu terus mengantuk dan tidur. Rupa-rupanya ubat tu untuk legakan kegatalan dan bantu saya berehat.

Pengalaman itu tidak berakhir di situ…dan berpanjangan sehingga saya melahirkan Luqman. Lepas pantang, ada sikit lagi dan saya teruskan pengambilan Energizing Soy Protein semasa pantang yang memang saya dah mulakan sejak mengandung lagi. 

Kalan dilihatkan, banyak sungguh parut di tangan dan di kaki saya…tapi alhamdulillah, lama-kelamaan ia makin hilang bila saya tingkatkan pengambilan ESP dari 1 sudu kepada 2 sudu sehari…inilah gambarnya..

 

58825_513247785406397_1108069283_n

Ini bahagian tapak tangan

 

575424_529350737129435_1260447776_n

Ini pula bahgian atas tangan

Keistimewaan ESP ini ialah, ia mempunyai kandungan protein yang tinggi yang membantu memperbaiki sel-sel kulit yang mati. Sebab tulah, jika anda mengambil ESP secara konsisten, inshaAllah kulit akan menjadi semakin cantik, dan parut pun semakin hilang.

Apa-apa pun, kesannya bergantung kepada individu…maklumlah, setiap orang lain badan kan? 

Namun tak salah kalau kita mencuba sebagai salah satu jalan ikhtiar=)

 

Terima kasih kerana sudi baca!

pengedar shaklee malaysia_new

NEW esp

Testimoni Set-B (Breasfeeding – not just increasing milk volume but it ENRICHS breastmilk)

Written by WonderMum on . Posted in Breastfeeding, Testimoni Breastfeeding Set, Tips Sihat

Berikut adalah kumpulan testimonial-testimonial yang telah diambil dari web peribadi atau pengedar untuk berkongsi perasaan dan pengalaman pengambilan produk Shaklee.VivixGaraentee

Testimonial-testimonial ini bertambah dari hari ke hari menceritakan pelbagai pengalaman berharga bersama Shaklee. Produk Shaklee banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Ikuti pelbagai reaksi pengguna Set B khusus untuk ibu-ibu menyusu.

 

“….ESP da masuk 6 canister..love it so much. Rase2 biler lapar kita terus bancuh ESP
..n hilangkan haus dengan performance drink (PD).

Alhamdulillah kte tak alergik or tak rase terpakse biler makan shaklee ni..

Difference with other medicine or vitamin or jamu sblm ni.. Susah kte nak konsisten consume.

Dah 3 month makan shaklee ..start with trial pack..

1st week tak nampak beza, but masuk je 2nd week obviusly perasan susu pekat, Alhamdulillah..

Regular pumping every 2 hours, pernah 1 session dpt 7 oz rather than 2 or 3 oz je sblm ni..

Masuk sebulan consume trial kita trus amik esp….n amik Calcium dan Omega. Alhamdulillah i can go with it..

Badan ok sikit dari biasanya letih ..dan nampak flu anak cepat kering.. biler rase2 mcm  kurang susu, kita tambahkan alfafa…alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh sangat2 bersyukur….dan sekarang ajak suami makan omega dan vita c, dan fiber…ALHAMDULILLAH…..

 

  • SHIKIN

 

 

N, tak sabar akak nak bagitau…malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu…pukul 2pg tadi masa mengepam …subhanallah! terkejut akak…. 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu…pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa…dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat….so akak asingkan 3 auns untuk dia minum…so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok…dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose…really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual…so akak notice ambil alfalfa 3 times, set trial pack tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti…

  • HADHA

Testimoni saya setelah 7 hari mengamalkan suplemen ni semua:

 

– semasa hari ketiga saya perasan yang icha time bangun tidur pagi memang ceria aje
– ruam-ruam kat leher dan muka icha dah hilang, alhamdulillah. cuma 2,3 hari ni ruam kat muka naik sikit2 semula ..
maybe saya ada silap makan.
– susu bertambah pekat. boleh nampak lapisan lemak lebih tebal daripada sebelum.
– Warna susu dan urin jadi agak yellowish/ greenish – membuatkan ebm tu nampak lebih sedap hehe
– mood saya lebih baik ; boleh nyanyi sorg2 senyum, lebih byk ketawa
– badan saya lebih bertenaga, malah tidur 3,4 jam sehari pun saya masih boleh buat kerja dgn baik. alhamdulillah.
– saya bangun lebih awal darip-ada biasa tanpa rasa mengantuk

Dah 1minggu sy mkn SHAKLEE set C bersama ESP.. n alhamdulillah da nmpak skit2 kesan +ve yg menggembirakan… syukur sgt2…

 

  • NADIAH

 

 


1) sy da jarang stress+pressure+emo2 mcm dulu lg… alhamdulillah… sbb amik vitaminB-complex (“B” for beauty – True beauty radiates from within. Perlu bg urat saraf (essential to initiate nerve transmission)
Membantu meninggikan sistem pertahanan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sbg penenang. Menukarkan makanan kepada tenaga. Mengandungi semua jenis 8 jenis vitamin B yg perlu) so hepi je sokmo skrg…

2) bila sy da xstress mcm dulu production susu pn meningkat skit dah dlm seminggu neh… alhamdulillah... pumping sblh je cik B da leh dpt 2.5oz-3oz… dulu, nk dpt 2oz pn susah dgn pumping both cik B!!! alhamdulillah… rezeki aisya jgk… kurniaan yg ESA…xtaula pasneh mcm mana kn… xmo terlalu bersenang2 dgn peningkatan ini… but yet sgt2 bersyukur… n trus berusaha utk tingkatkan kualiti n kuantiti susu utk aisya si permata hati.

3) sy tgk susu sy makin pekat pulak lately… pekat+likat~ n agak kekuningan... xmcm awal2 dulu agak cair… so aisya susah sket nk kenyang… skrg ni mcm okla skit…dia nyusu pn da xlama2 mcm dulu… proses penyusuan tuh jadi lbh singkat… of kosh la sbb dia kenyang kn? sbb tuh dia nyusu sat shj..

 

  • FAIZAH

 

NEW esp

NEW esp

Testimoni Sulung Saya – Pengalaman hebat bersama Shaklee~

Written by Dila Roslan on . Posted in Baby, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Kesihatan, Testimoni Breastfeeding Set

Allah menguji saya apabila anak dimasukkan ke ICU disebabkan infection pada paru-paru. Doktor meminta saya menyediakan bekalan susu ibu untuk diberikan padanya. Alhamdulillah, kesan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan Set Confinement, saya tiada masalah untuk mengepam susu untuk dibuat stok. Doktor sampai terkejut melihat stok susu yg begitu banyak sehingga saya demam pada hari ke-3 disebabkan bengkak susu…

 

Bila sebut je ‘Shaklee’ ni, mmg satu perkataan yang tak asing lagi bagi saya…Agaknye 1st time dengar Shaklee ni pun masa sekolah rendah…masa tu ibu saya jadi member..tapi masalahnya tak pernah pula nampak botol Shaklee kat umah…sahlah ibu saya memamg macam saya, bukanlah seorang yang suka terikat kepada komitmen…jadi bila cakap pasal vitamin ni, memang dah agak, klau beli sebotol vitamin tu belum tentu lagi tahun depan akan habis…Saya yakin dengan pemakanan yg seimbang, tak perlu lagi vitamin…Namun segalanya berubah bila saya disahkan mengandung anak pertama….Semasa kandungan berusia 5 bulan, dengan berkerja 6 hari seminggu di construction site, membuatkan saya mudah penat dan lesu….saya membeli dan mencuba beberapa vitamin yg dibeli di farmasi…Walaupun tak nampak perubahan yg ketara, saya teruskan makan vitamin tersebut juga…konon-konon dah ambil supplement la…


Pada usia kandungan 7 bulan, saya banyak terbaca tentang kebaikan ‘breastfeeding’ dan membuatkan saya berazam untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara ekslusif…Lalu bermulalah usaha saya mencari vitamin/supplement yg sesuai..Kebetulan seorang senior syorkan saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai ‘energy booster’ pada bulan Ramadhan…Allhamdulillah saya menjadi kembali bertenaga dan sejak itu saya tak pernah miss ambil ESP..

Alhamdulillah, pada 9 November 2010, anak lelaki saya selamat dilahirkan…Namun Allah menguji saya apabila anak dimasukkan ke ICU disebabkan infection pada paru-paru. Doktor meminta saya menyediakan bekalan susu ibu untuk diberikan padanya. Alhamdulillah, kesan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan Set Confinement, saya tiada masalah untuk mengepam susu untuk dibuat stok. Doktor sampai terkejut melihat stok susu yg begitu banyak sehingga saya demam pada hari ke-3 disebabkan bengkak susu…Maha suci kuasa Allah, penyakit anak saya bertambah baik lebih cepat dari yang dijangkakan mungkin disebabkan juga antibodi yg terkandung dalam susu ibu….

167474_173220162717372_5443646_n

Hasil pam pada hari ke-3

Sampai di rumah, saya tiada masalah untuk menyusukan anak saya di samping membuat stok untuk hari bekerja nanti…Tak sangka ibu saya yang mulanya tak bersetuju dgn keputusan saya untuk direct breastfeeding anak saya, tapi akhirnya dia sendiri yang ‘promote’ breastfeeding ni kepada saudara mara saya…Ibu saya memuji anak saya yang tak banyak meragam, tak kembung perut dan ‘sopan’ je…

Alhamdulillah, kini saya nampak hasil pelaburan dan kesabaran saya yang baru sekejap ni…Anak saya membesar dengan sihat dan tak banyak karenahnya..Keputusan untuk menyusukan anak secara ekslusif yang pada awalnya untuk menjimatkan perbelanjaan membeli susu formula akhirnya menjadikan niat saya ikhlas untuk memberikan anugerah Allah ini khasiat yang terbaik dari susu ibu…Dan saya percaya, dengan hati dan niat yang ikhlas, anak saya menjadi seorang anak yang soleh dengan izin Allah selain mendapat keberkatan daripada mengamalkan sunnah ini…

 syafieSeronok Syafie dapat minum susu ibu =)

Terima kasih kepada senior saya dan kak Cery yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat untuk saya meneruskan ‘Exclusive Breastfeeding’…Saya bersyukur kerana ditemukan dengan produk Shaklee..Setiap hari, saya tidak lupa untuk berdoa Allah murahkan rezeki anak saya dengan susu ibu dan syukur Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan-Nya…Semoga dengan penyusuan ini Allah menerima usaha saya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga anugerah-Nya yang tidak terhingga ini…  Amin..

Oleh: Puan Dilla

Artikel ini telah diterbitkan di www.mamafaiz.com sebagai pemenang bertuah Omega free dalam contest hadiah hujung tahun 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: