proteinkeputihanShared hosting reviewSuper cheap hostingkeputihan gmbrTop ten vpscukup berpuasatak bilaketikaresdung2015 august

mata

Kisah Benar : Bila Sakit Mata, Jangan Gosok!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni

Kisahnya, pada hari Jumaat lepas, terasa mata ni gatal. Masa tu dah mengantuk sangat, jadi saya tak perasan yang saya mungkin tergosok mata dengan agak kasar. Maklumlah, kalau kulit gatal, sedap je nak garu kan? Kalau mata gatal, lagi sedap nak tenyeh gitu…hihi..

Dan keesokan harinya, bila buka mata, rasa banyak tahi mata…bila nampak kat cermin, memang sah mata dah mula merah…tandanya mata dah dijangkiti kuman!

sakit mata

Tu, mata kanan dah nampak merah dan terasa gatal. Orang kata, kalau sakit mata ni boleh berjangkit, jadi saya pun mulakan pengambilan Nutriferon Shaklee secara konsisten 1 sachet bagi setiap 4 jam sepanjang hari Sabtu tu. Alhamdulillah, pada sebelah malamnya, mata dah kembali elok.

nutriferon

Keesokan hari, dah terlupa nak ambil Nutriferon ni, maka hari Ahad tu, mata kembali gatal. Untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk, saya pergi ke klinik dan doktor berikan ubat titis dan ubat tahan gatal. Ubat titis tu fungsinya untuk mengelakkan mata kering. Saya ambil ubat tahan gatal bila perlu dan dalam masa yang sama saya tingkatkan pengambilan Nutriferon selama 3 jam sekali.

mata cantik

Alhamdulillah, keesokannya, mata dah  pulih sepenuhnya tanpa perlu MC…hihi…Syukur!

pengedar-shaklee-malaysia_new

12032075_10153829830594928_1326462745211686007_n

Testimoni ESP: Kulit Lebih Berseri dan Badan Kekal Kurus Selepas Bersalin

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni ESP

Hari ni saya nak share tentang kisah seorang akak ni…tak sangka, dulu punyalah tak suka ESP sampai sedekah kat orang…tapi rupa-rupanya ESP nilah yang membantunya dari mengandung hingga bersalin dan menyusukan anak. Ni kisah beliau:

12072792_970967939609253_6451054189101112494_n

 

Antara masalah yang dihadapi kak Nadiah ni:

> Ketika Mengandung:

– Perut selalu lapar dan minta diisi. ESP bantu kawal selera makannya.

-Kulit jadi makin ‘glowing’ dan lembab sejak amalkan ESP.

> Selepas Bersalin:

– Teruskan ESP untuk bantu kekal kenyang dek kerana menyusukan anak. Badan pun kekal kurus macam dulu-dulu!

12032075_10153829830594928_1326462745211686007_n

Alhamdulillah, hikmah akak ni ‘sedekah’kan ESP nya kepada kakak beliau, sekarang terus jatuh cinta sampai tak mahu berpisah lagi dah dengan ESP tu kan! Mesti kakak pun untung sebab dapat rasa kebaikan ESP tu sendiri. Best tak, bila makin berusia, makin cantik dan berseri!

pengedar-shaklee-malaysia_new

11947763_959891997383514_7467188949527243446_o

Testimoni ESP: Pulihkan Masalah Kulit Hodoh Dengan Berkesan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni ESP

Gambar sebelah kiri diambil semasa trip Shaklee pada tahun lepas…ketika Luqman baru berumur 1 tahun 10 bulan. Bayangkan, saya menderita eczema sejak mengandungkan Luqman sampai dia berumur 1 tahun lebih.

Dalam entry sebelum di bahagian Testimoni ESP, ada diceritakan tentang masalah kulit yang saya hadapi di bahagian tangan. Memang ia beransur hilang, tapi eczema ni sifatnya akan berulang kembali. Jadi, sejak balik dari US, saya tingkatkan pengambilan ESP Shaklee daripada sekali sehari kepada 2 kali sehari.

Antara kelebihan ESP Shaklee ni, ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot, serta mengurangkan kedutan serta mengurangkan kesan parut dengan selamat dan berkesan.

Anda tahu tak, untuk menangani masalah kulit, kita tak boleh bergantung kepada solusi luaran sahaja..kena juga rawat dari dalam untuk memberi makan kepada sel-sel kulit kita 12028626_970341766338537_8487114587374539954_o

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

muslimmum_Sleep

Kisah Benar: Sebelum Ini Sering Terjaga Malam, Tapi Kini Tidur Mama Kembali Lebih Lena

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni Ostematrix

Ini kisah benar yang dihadapi oleh ibu saya…

Dulu, beliau sering mengadu mudah terjaga malam dalam pukul 2 pagi dan tak boleh tidur semula, sampai siap boleh bangun minum dan makan atau membaca untuk hilangkan mengantuk.

Dan kadangkala, bila pukul 4 pagi baru beliau dapat tidur semula..

Akibatnya, esok beliau rasa letih dan lesu kerana tak cukup tidur..kadangkala, kena tidur petang pula untuk hilangkan rasa mengantuk tu.

Dan kesannya, malam tu beliau jadi sukar tidur semula..dan perjalanan ini berulang kembali pada hari berikutnya..

Lalu, saya pun syorkan kepada beliau untuk cuba untuk OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix2

 

Ostematrix ni, memang supplemen yang bagus untuk tulang kerana sumber kalsium dan magnesium yang paling utama. Jadi, apa kaitan dengan tidur yang lena?

Ini kerana pengambilan kalsium sebelum tidur akan memperbaiki masalah kebas dan kejang, sakit sendi dan artritis. Ostematrix juga mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung serta membantu menenangkan saraf yang seterusnya menggalakkan tidur yang selesa.

Saya beri mama makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur dan setelah seminggu, beliau kembali tidur lena!… Alhamdulillah..

Sememangnya Ostematrix ni saya amalkan sejak bersalin anak pertama hingga kini..kalau penat siang tu, malam wajib telan Ostematrix ni..InshaAllah, esok pasti tak ada masalah lenguh badan lagi dah!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

11235054_914608621911852_4212321863290468619_n

Dugaan Gastrik : Kini Cik Ani Sudah Boleh Berpuasa Semula

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni ESP

Saya nak kongsikan kisah customer saya, yang juga merupakan jiran di rumah saya. Saya panggil Cik Ani, berumur dalam lingkupan 50-an.

11235054_914608621911852_4212321863290468619_n

Dua bulan lepas, Cik Ani ditahan di hospital disebabkan masalah Gastrik yang teruk. 2 malam juga terpaksa bermalam di hospital tu. Beberapa hari sebelum Ramadhan, Cik Ani telefon saya dan tanya produk yang sesuai untuk bantu beliau berpuasa di bulan Ramadhan.

Ya, saya faham benar dugaan pesakit Gastrik bila berpuasa.

Saya cadangkan beliau cuba ESP Shaklee.

esp-soy-protein

 

Dan tadi saya hantarkan tin kedua kepada beliau. Katanya, beliau berpuasa penuh sepanjang Ramadhan lepas dan sekarang berpuasa sunat pula. Masa sahur tu, minum ESP dan makan kurma je!

Saya rasa sebak bila dengar cerita beliau…sebab teringat pengalaman sendiri sebagai pesakit gastrik bila nak berpuasa..tak cukup tu, migrain menyerang bila lambat makan..

Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah jua…semoga lebih ramai orang mendapat manfaat dengan supplemen Shaklee..

pengedar-shaklee-malaysia_new

vivix10x

Siapa Yang Sesuai Ambil Vivix Shaklee?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni Vivix

Disebabkan bulan ni promosi Vivix, maka ada yang tertanya-tanya Vivix ni untuk siapa?

Pada pendapat saya, Vivix ni sesuai untuk semua orang. Sebabnya, fungsi utama Vivix adalah untuk memperbaiki sel-sel dan DNA yang telah rosak. Dan dalam keadaan dunia sekarang, setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA.  Kesimpulannya, Vivix sesuai untuk:

1. Pesakit Kanser atau mereka yang mempunyai sejarah atau keturunan penghidap kanser.

2. Pesakit SLE (Sistemik lupus eritematosus , atau lupus)

3. Pesakit Diabetes

4. Pesakit Hipertensi dan darah tinggi

5. Pesakit Resdung

6. Pesakit Arthritis, Osteoporosis, Masalah Sendi dan tulang

7. Pesakit Gout

8. Individu yang mempunyai masalah saraf

9. Pesakit Jantung

10. Pesakit Katarak dan Masalah Mata

11. Masalah penuaan

12. Masalah lemah imun badan (lambat sembuh)

Serta pelbagai masalah lagi…

Ini adalah kerana Vivix mengandungi kandungan tinggi Resveratrol dan Polifenol dalam 4 bahan utamanya.

Bahan-Aktif-Vivix1

Ingin mencuba Vivix? Inilah masa yang sesuai untuk mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

saiful nang

Saiful Nang dan Cinch Shake Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Cinch, Set YES Wellness Pack, Testimoni Cinch Shake

Gambar ni bukan nak tunjuk yang Saiful Nang sebagai duta Shaklee ye…hihi…sebabnya, Shaklee memang tak mengupah mana-mana artis untuk menjadi duta produk…Tapi Shaklee percaya yang setiap pengedar Shaklee ialah duta kepada produk itu sendiri ..
saiful nang
Kisahnya, setiap Jumaat ada kelas agama di Faizworld Training Centre yang diketuai oleh Ustaz Shauqi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin kepunyaan Tuan Saiful Nang…dan kebetulan beliau datang lepas kelas pada hari tersebut…dapatlah merasa Cinch Shake Coklat yang dibancuh pada asalnya untuk ‘Ustaz Shauqi…bila dah rasa dan tahu khasiatnya, terus beliau berminat nak bali Cinch Shake Shaklee ni..
Bila ditanya kepada beliau kenapa nak beli Cinch Shake ni, jawapan beliau: “Untuk sihat”…memang betul tu,sebabnya, orang kurus atau gemuk tidak benar-benar menandakan mereka sihat..ada orang kurus yang mempunyai masalah kesihatan sepeerti kolestrol dan gula yang tinggi. Lebih teruk lagi kalau masalah yang tak nampak ni membawa kepada masalah pembunuh senyap yang lain kan?
Dan kalau nak sihat ni, jangan tunggu dah kaya dah jadi jutawan macam Saiful Nang baru nak start beli supplemen…kita haruslah bermula dari sekarang…sebab menjaga kesihatan tu kan tanggungjawab kita kepada tubuh badan yang telah Allah amanahkan..betul kan?
Cakap tentang Cinch Shake ni, sebenarnya Cinch ni ada 3 perisa yang lazat iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanila. Kalau saya sendiri suka Coklat…Hanya bancuh 2 scoop dalam air sejuk dan kocak dalam Shaker Shaklee sampai hancur. Kalau ada blender, boleh blend je dengan buah kegemaran anda..antara buah yang dicadangkan sesuai mengikut perisa masing-masing:
  • Vanilla: Strawberi
  • Coklat: Pisang
  • Caffe Latte: Raspberry
Dan sekarang ni Shaklee tengah buat promosi..kalau beli Set Healthy Fitness yang mengandungi Cinch ni, dapatlah diskaun 5% untuk semua barang dalam set ni..Tapi syaratnya, kena jadi ahli dulu…bila dah jadi ahli dapat pula cash bonus nanti dan macam-macam faedah lain…best kan?
SetSlimming
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee di atas, bolehlah hubungi saya sekarang…konsultasi akan diberikan percuma =)
pengedar-shaklee-malaysia_new
images

Kisah Ibu Anak 7 Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Pregnancy Set (Set Mengandung), Set Supplement, Testimoni ESP

Hari ni saya nak kongsikan kisah benar yang berlaku kepada seorang ibu muda anak 7 yang berpantang dan menyusu dengan bantuan supplemen Shaklee. Beliau ni merupakan cucu saya dalam Shaklee. Yang menariknya, beliau tak ada pembantu rumah untuk membantu beliau menguruskan kesemua 7 orang anaknya. Dan dalam tempoh berpantang tu memang ada banyak cabaran dan dugaan yang beliau hadapi…Apa ujian-ujian tersebut? Jom kita lihat video ni…

 

 

Sekiranya anda ada sebarang persoalan atau hendak mengetahui lebih lanjut tentang kisah beliau ni, boleh hubungi beliau di FB beliau sendiri,  Umee Suziana

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Testimoni Eczema & ESP 02

Testimoni: Kulit Kering dan Parut Akibat Eczema Hilang Dengan ESP

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Energizing Soy Protein, Testimoni, Testimoni ESP, Women's Health

Assalammualaikum kepada semua pembaca. =)

Saya nak kongsikan pengalaman ‘ngeri’ saya ketika mengandungkan anak kedua pada tahun 2012, Luqman Muhammad. Masa tu, sejak mengandung, saya tidak menghadapi sebarang alahan dan jarang sangat loya, apatah lagi muntah. Namun, apa yang saya perasan, sejak  5 usia kandungan 5 minggu, saya terpaksa berhadapan dengan eczema yang teruk!

Saya selalu gatal dan  menggaru tangan dan kaki sehingga berdarah. Orang kata, bila luka tu yang nikmat kan? Huu…memang nikmat, tapi sekejap je..bila parut ada tu, teruk sangat! Cuba bayangkan saya terpaksa hadapi situasi ini selama 9 bulan lamanya. Saya ketika tu masih bekerja di pejabat, jadi suasana yang sejuk dan kering aircond tu membuatkan kulit saya makin kering dan gatal.

Pernah satu ketika, dek terlampau gatal sangat, saya terpaksa ke klinik untuk injection. selepas tu saya akan mengantuk dan tidur dan tujuannya ialah nak kasi saya rehat dan berhenti daripada terus menggaru. Saya habiskan beribu ringgit untuk membeli losyen yang sesuai, termasuklah jenama mahal seperti Dermalogica. Namun akhirnya, semua masuk ke dalam tong sampah, sebab masalah eczema saya tak pernah hilang.

Keadaan ini berlarutan lamanya sehinggalah saya bersalin. Saya masih menghadapi masalah ini sehinggalah beberapa bulan selepas bersalin. Ketika tu, saya minum ESP seperti biasa lebih kurang 1 sudu sehari memandangkan saya menyusu. Kononya,  1 sudu ESP tu dah cukup untuk bantu pekatkan dan banyakkan susu badan saya.

Testimoni Eczema & ESP 02

 

Testimoni Eczema & ESP

 

Bila saya mula minum ESP 2 sudu setiap hari, saya mula dapat merasakan perubahan yang berlaku. kulit saya yang semakin kering menjadi lebih lembab dan licin. Tiada lagi kulit kering dan menggelupas seperti dulu. Parut-parut juga semakin nipis dan lama-lama pudar.

Ok, baru saya tahu yang selama ini kulit saya kekurangan protein. Sebab itulah kesan eczema ini memakan masa yang lama untuk pulih. Kalaulah saya ambil ESP 3 sudu sehari lebih awal, mungkin saya tidak akan menderita lama aibat eczema ni. Takpelah, belajar dari pengalaman. 1 hidangan ESP ialah 3 sudu besar bersamaan denagn 14 gram protein. Untuk seorang dewasa, dicadangkan untuk ambil 1-2 hidangan ESP sehari.

ESP membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk membantu pembentukan sel yang merupakan binaan asas dalam badan kita.

Ok, sekarang banyak belajar dah. Sejak hari itu hingga kini, saya akan pastikan saya minum 1 hidangan ESP setiap hari sebelum sarapan. Nak best lagi, campurkan sekali 1 sachet Collagen Powder.

Semoga perkongsian ini turut memberi manfaat kepada semua =)

Salam sayang.

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

kurus-dengan-cinch-tea

Minum Energizing Soy Protein (ESP) Boleh Kurus?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Energizing Soy Protein, Shaklee Products, Testimoni ESP

Assalammu’alaikum para pembaca yang budiman sekalian.

Bulan ni Shaklee buat promosi ESP Buy 6 Free 1..

Bila bercakap tentang ESP ni, saya teringat, inilah supplemen pertama yang saya cuba dulu semasa mengandungkan anak sulung saya, Syafie.

Saya mampu beli ESP saja masa tu. Alhamdulillah, semasa bulan Ramadhan, saya mampu puasa penuh sebulan walaupun tengah sarat mengandung dan sibuk dengan kerja pejabat. Pejabat pun kena naik turun tangga, ok! Dan ramai yang tegur saya kurus (eh, badan tak naik sangat je) masa mengandung.  Tapi perut naik tu, mestilah kan…

Syukur saya kerana Allah memperkenalkan saya dengan ESP..pada waktu itu, saya minum ESP campur Vico beserta  3 biji kurma setiap waktu sahur dan dapat bertahan hingga waktu berbuka.

Macam mana saya boleh tahan puasa dan tidak berasa begitu lapar sepanjang hari?

285161_423611291036714_1594153605_n

 

Rupa-rupanya ESP ni mempunyai Indeks Glisemik yang rendah…Makanan yang mempunyai IG rendah ni sifatnya, melepaskan  tenaga secara perlahan-lahan, membuatkan kita rasa lebih kenyang dan kurang rasa nak makan. Jadi, kesimpulannya, ESP ni sesuai untuk ibu mengandung untuk mengelakkan rasa yang terlalu lapar ketika berpuasa serta untuk mereka yang sedang berdiet dan nak kurus.

Selain tu, kalau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pun, memang selalu cepat rasa lapar. Maklumlah, bila menyusu ni lemak pun dibakar juga ye..jadi, para ibu yang rasa makan banyak semasa menyusu ni disarankan untuk turut minum ESP supaya kekal kenyang dan badan pun kekal kurus!

 

Terima kasih kerana membaca!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: