yang khasiat allahmembesarkan anda untukjuga begituTop ten vpstahu lebih lanjutpertamaposted 2015terus hadiah bolehWeb space hosting

BREASTFEEDING SET

Supplemen Menyusu Lengkap yang Sesuai Dijadikan Hadiah Bersalin

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Set Supplement, Set YES Wellness Pack, Shaklee Products

“Kak, macam mana nak kasi banyak susu?”

“Kak, macam mana nak elakkan baby kita dari sakit sebab minum susu ibu je?”

“Kak, kalau baby ni fully BF, cukup ke khasiat yang dia dapat dari susu ibu tu?”

Haaa…inilah antara persoalan yang sering ditanya oleh ramai ibu menyusu. Meh saya nak kongsikan set  menyusu yang wajib dimiliki oleh  semua ibu yang menyusukan anak mereka.

BREASTFEEDING SET

Cantikkan set ni? Boleh hadiah terus kepada kawan yang bersalin tu! =)

 

Set ini terdiri daripada:
> ESP – membekalkan tenaga dengan segera, mencegah migrain dan imsomnia untuk ibu menyusu, serta membantu susu menjadi lebih pekat. Sangat disarankan untuk bantu ibu kenyang lebih lama.

> SR Vitamin C – penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan memberi khasiat yang sama kepada susu ibu. Jadi,anak akan mudah terhalang daripada penyakit dan virus dari persekitarannya.

> Vitalea – membantu para ibu untuk melengkapkan nutrisi harian mereka yang kekurangan vitamin dan mineral penting. Setiap tablet mengandungi 30nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Selalunya ibu yang menyusu ni kadang tak sempat nak makan makanan yang lengkap dan betul, jadi Vitalea ni sangat membantu=)

> Ostematrix– membekalkan sumber kalsium yang mengahalang osteopororsis, menguatkkan kuku dan sistem saraf. Maklumlah, bila dah menyusu ni, keperluan ibu menyusu terhadap sumber kalsium meningkat, jadi kalau kurang tu, ibu akan terdedah kepada risiko penyakit-penyakit ni.

> Omega Guard Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran serta membantu tumbesaran otak bayi.

> B Complex – Mengurangkan tekanan ibu dan memastikan kesihatan fungsi saraf, serta meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia. 

> Alfalfa Complex – Alfalfa ni paling bagus untuk mencuci hati, darah dan usus, tapi, dalam masa yang sama, ia juga bertindak sebagai penggalak susu ibu. Tapi, saya menasihatkan ibu turut memastikan mereka minum air yang mencukupi serta mengamalkan konsep ‘supply dan demand’.

Set ini amat digalakkan untuk ibu menyusu yang mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, Set ini juga membantu ibu menyusu untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun menyusukan anak mereka.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya untuk konsultasi Percuma=)

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

kurus-dengan-cinch-tea

Minum Energizing Soy Protein (ESP) Boleh Kurus?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Energizing Soy Protein, Shaklee Products, Testimoni ESP

Assalammu’alaikum para pembaca yang budiman sekalian.

Bulan ni Shaklee buat promosi ESP Buy 6 Free 1..

Bila bercakap tentang ESP ni, saya teringat, inilah supplemen pertama yang saya cuba dulu semasa mengandungkan anak sulung saya, Syafie.

Saya mampu beli ESP saja masa tu. Alhamdulillah, semasa bulan Ramadhan, saya mampu puasa penuh sebulan walaupun tengah sarat mengandung dan sibuk dengan kerja pejabat. Pejabat pun kena naik turun tangga, ok! Dan ramai yang tegur saya kurus (eh, badan tak naik sangat je) masa mengandung.  Tapi perut naik tu, mestilah kan…

Syukur saya kerana Allah memperkenalkan saya dengan ESP..pada waktu itu, saya minum ESP campur Vico beserta  3 biji kurma setiap waktu sahur dan dapat bertahan hingga waktu berbuka.

Macam mana saya boleh tahan puasa dan tidak berasa begitu lapar sepanjang hari?

285161_423611291036714_1594153605_n

 

Rupa-rupanya ESP ni mempunyai Indeks Glisemik yang rendah…Makanan yang mempunyai IG rendah ni sifatnya, melepaskan  tenaga secara perlahan-lahan, membuatkan kita rasa lebih kenyang dan kurang rasa nak makan. Jadi, kesimpulannya, ESP ni sesuai untuk ibu mengandung untuk mengelakkan rasa yang terlalu lapar ketika berpuasa serta untuk mereka yang sedang berdiet dan nak kurus.

Selain tu, kalau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pun, memang selalu cepat rasa lapar. Maklumlah, bila menyusu ni lemak pun dibakar juga ye..jadi, para ibu yang rasa makan banyak semasa menyusu ni disarankan untuk turut minum ESP supaya kekal kenyang dan badan pun kekal kurus!

 

Terima kasih kerana membaca!

 

pregnan

Kepentingan Vitamin & Mineral Kala Menyusu

Written by WonderMum on . Posted in Baby, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Kesihatan, Tips Sihat

 

Kebanyakan orang menganggap vitamin dan mineral cuma penting tatkala hamil. Selepas itu, ia tidak diperlukan lagi. Anggapan ini ternyata salah!

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.NEW esp

Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperoleh daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan suplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, suplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja.


Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara 5 – 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2 – 3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6 – 7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijiran dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum sehingga 8 gelas air sehari.

Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.

Majoriti suplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Walau bagaimanapun, perlu anda ingat bahawa lemak larut seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan sikap berhati-hati apabila mengambil suplemen yang mengandungi kedua-dua jenis vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin-vitamin ini turut boleh memudaratkan bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil apa jua jenis suplemen.Shaklee Body 017

Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

NEW esp

Testimoni Sulung Saya – Pengalaman hebat bersama Shaklee~

Written by Dila Roslan on . Posted in Baby, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Kesihatan, Testimoni Breastfeeding Set

Allah menguji saya apabila anak dimasukkan ke ICU disebabkan infection pada paru-paru. Doktor meminta saya menyediakan bekalan susu ibu untuk diberikan padanya. Alhamdulillah, kesan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan Set Confinement, saya tiada masalah untuk mengepam susu untuk dibuat stok. Doktor sampai terkejut melihat stok susu yg begitu banyak sehingga saya demam pada hari ke-3 disebabkan bengkak susu…

 

Bila sebut je ‘Shaklee’ ni, mmg satu perkataan yang tak asing lagi bagi saya…Agaknye 1st time dengar Shaklee ni pun masa sekolah rendah…masa tu ibu saya jadi member..tapi masalahnya tak pernah pula nampak botol Shaklee kat umah…sahlah ibu saya memamg macam saya, bukanlah seorang yang suka terikat kepada komitmen…jadi bila cakap pasal vitamin ni, memang dah agak, klau beli sebotol vitamin tu belum tentu lagi tahun depan akan habis…Saya yakin dengan pemakanan yg seimbang, tak perlu lagi vitamin…Namun segalanya berubah bila saya disahkan mengandung anak pertama….Semasa kandungan berusia 5 bulan, dengan berkerja 6 hari seminggu di construction site, membuatkan saya mudah penat dan lesu….saya membeli dan mencuba beberapa vitamin yg dibeli di farmasi…Walaupun tak nampak perubahan yg ketara, saya teruskan makan vitamin tersebut juga…konon-konon dah ambil supplement la…


Pada usia kandungan 7 bulan, saya banyak terbaca tentang kebaikan ‘breastfeeding’ dan membuatkan saya berazam untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara ekslusif…Lalu bermulalah usaha saya mencari vitamin/supplement yg sesuai..Kebetulan seorang senior syorkan saya ambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai ‘energy booster’ pada bulan Ramadhan…Allhamdulillah saya menjadi kembali bertenaga dan sejak itu saya tak pernah miss ambil ESP..

Alhamdulillah, pada 9 November 2010, anak lelaki saya selamat dilahirkan…Namun Allah menguji saya apabila anak dimasukkan ke ICU disebabkan infection pada paru-paru. Doktor meminta saya menyediakan bekalan susu ibu untuk diberikan padanya. Alhamdulillah, kesan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan Set Confinement, saya tiada masalah untuk mengepam susu untuk dibuat stok. Doktor sampai terkejut melihat stok susu yg begitu banyak sehingga saya demam pada hari ke-3 disebabkan bengkak susu…Maha suci kuasa Allah, penyakit anak saya bertambah baik lebih cepat dari yang dijangkakan mungkin disebabkan juga antibodi yg terkandung dalam susu ibu….

167474_173220162717372_5443646_n

Hasil pam pada hari ke-3

Sampai di rumah, saya tiada masalah untuk menyusukan anak saya di samping membuat stok untuk hari bekerja nanti…Tak sangka ibu saya yang mulanya tak bersetuju dgn keputusan saya untuk direct breastfeeding anak saya, tapi akhirnya dia sendiri yang ‘promote’ breastfeeding ni kepada saudara mara saya…Ibu saya memuji anak saya yang tak banyak meragam, tak kembung perut dan ‘sopan’ je…

Alhamdulillah, kini saya nampak hasil pelaburan dan kesabaran saya yang baru sekejap ni…Anak saya membesar dengan sihat dan tak banyak karenahnya..Keputusan untuk menyusukan anak secara ekslusif yang pada awalnya untuk menjimatkan perbelanjaan membeli susu formula akhirnya menjadikan niat saya ikhlas untuk memberikan anugerah Allah ini khasiat yang terbaik dari susu ibu…Dan saya percaya, dengan hati dan niat yang ikhlas, anak saya menjadi seorang anak yang soleh dengan izin Allah selain mendapat keberkatan daripada mengamalkan sunnah ini…

 syafieSeronok Syafie dapat minum susu ibu =)

Terima kasih kepada senior saya dan kak Cery yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat untuk saya meneruskan ‘Exclusive Breastfeeding’…Saya bersyukur kerana ditemukan dengan produk Shaklee..Setiap hari, saya tidak lupa untuk berdoa Allah murahkan rezeki anak saya dengan susu ibu dan syukur Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan-Nya…Semoga dengan penyusuan ini Allah menerima usaha saya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga anugerah-Nya yang tidak terhingga ini…  Amin..

Oleh: Puan Dilla

Artikel ini telah diterbitkan di www.mamafaiz.com sebagai pemenang bertuah Omega free dalam contest hadiah hujung tahun 2010

breastfeeding-close-up

Ibu tak ada susu?..

Written by WonderMum on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Kesihatan

“Memang jenis susu cepat kering, memang dari anak no 1, memang fesyen badan mcm tu.”
“Saya ni genetik susu sikit, mak saya, mak cik-mak cik semua pun susu sikit. Jadi memang kena bagi susu formula.”
“Tak bagi susu badan, sebab tak ada susu.”

Ini adalah di antara respon dari ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif. Persoalannya, benarkah akan ada ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anaknya secara eksklusif? Adakah penyusuan ibu itu satu rezeki di mana akan ada ibu-ibu atau anak-anak yang ‘tiada rezeki’ memberi dan menikmati susu ibu?

Hakikatnya, semua ibu-ibu yang mengandung itu mampu menghasilkan susu dan menyusukan anak-anaknya. Begitu juga ibu-ibu yang tidak mampu mengandung, dengan kaedah yang betul (induce lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak angkatnya.


Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon.Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis IIjuga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan prosesLactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi

Tidak banyak susu ibu

Dari segi saintifik, diakui akan ada ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri, seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini biasanya mempunyai low mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.

Susu cepat kering

Penghasilan susu adalah berdasarkan demand vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa 1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi. Selain dari hormon prolaktin dan oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaituFeedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.

Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu mampu melakukannya.

Oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, PCPA, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: