untuk pentingmenjadi anak-anak makanyangkeputusansempityanglamaVps airlinesmarah atau melakukannyaketika

Waktu Subur

Bilakah Waktu Subur Wanita?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Tips Sihat

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara  praktikal.

Jom kita fahami Kitaran Haid Wanita…
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

Bilakah Waktu Subur ?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

waktu-subur

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara lain mengetahui waktu subur..
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

discharge

Mengganggar waktu terbaik untuk mendapatkan zuriat? 
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Credit to: Pakar Sakit Puan Page

pengedar-shaklee-malaysia_new

foremilk&hindmilk

Apa Itu Foremilk dan Hindmilk?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding

Entry kali ni saya nak bercerita tentang  Foremilk dan Hindmilk. Bagi ibu yang menyusu, penting untuk anda tahu apakah bezakedua-duanya yang merupakan bahagian daripada susu ibu yang normal.
foremilk&hindmilk
Apa Itu Foremilk?
– Foremilk ialah bahagian susu yang cair dalam susu yang matang. Ia kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Ia berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.
Apa Itu Hindmilk?
– Hindmilk ialah bahan susu yang keluar beberapa saat selepas Foremilk. Ia lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding Foremilk.
Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.
Mana lebih penting?
Kedua-dua bahagian susu ibu sangat penting dan saling melengkapi.  Foremilk diperlukan oleh otak dan hindmilk diperlukan untuk fizikal. Sekiranya najis bayi berwarna kuning keemasan,  itu bermakna bayi menerima susu yang seimbang dengan kedua-dua struktur ini. Sekiranya najis bayi berwarna hijau, ini menunjukkan bayi perlu melebihkan pengambilan hindmilk.
 tahi-bayi-hijau
Ciri-ciri bayi tidak mendapat cukup hindmilk
*Warna najis kehijauan dan adakalanya disertai lendir.
*Bayi kerap muntah.
*Bayi asyik hendak menyusu, cerewet dan sentiasa kelihatan lapar.
*Perut bayi kembung.
*Berat badan bayi naik perlahan.
*Bayi kerap buang air besar dari biasa dan selalaunya sebaik selepas menyusu.
Susu ibu adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi. Adalah amat digalakkan untuk ibu mengamalkan pemakanan sihat untuk memastikan penghasilan susu ibu yang terbaik. Ibu juga boleh mencuba untuk mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk menambah nutrisi susu ibu yang akan diserap oleh bayi melalui susu ibu.
BREASTFEEDING SET
Berminat nak cuba Set Penyusuan ini? Silalah hubungi saya untuk konsultasi percuma!
pengedar-shaklee-malaysia_new
alfafa-complex-s

Penjelasan Tentang Isu Alfalfa Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Shaklee News

Assalammua’alaikum kepada semua pembaca =)

Baru-baru ni kecoh sekejap tentang individu yang tidak bertanggungjawab menyalahkan Alfalfa Shaklee yang dikatakan mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan beliau sehingga menyebabkan rahimnya dibuang.

Dan inilah respon dari pihak Shaklee tentang isu ini. Antara lain, isi yang penting ialah:

1) Tidak ada sebarang kaitan antara Alfalfa Shaklee dengan apa jua jenis penyakit kerana produk ini telah berada di pasaran sejak 50 tahun lamanya.

2) Alfalfa Shaklee telah diambil dan diamalkan oleh berjuta orang pelanggan tanpa kesan sampingan.

3) Selama 60 tahun, produk Shaklee telah diiktiraf selamat melalui lebih 80,000 ujian yang dijalankan untuk menguji ketulenan dan keselamatan setiap produknya.

4) Bahan semulajadi dalam produk Shaklee telah diformulasi berdasarkan kajian yang dijalankandan terbukti selamat untuk diambil oleh berjuta orang di seluruh dunia. Mereka telah di dicipta sebagai makanan tambahan untuk memenuhi keperluan kehidupan harian yang sibuk, memenuhi keperluan nutrisi dan memberi sokongan kepada fungi badan.

Semoga dengan adanya penjelasan ini, maka akan semakin jelaslah kekeliruan yang hadir daripada penggunaan produk Shaklee ini …InshaAllah, Shaklee terbukti selamat, berkesan dan mesra alam!

isu alfalfa

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

images

Kisah Ibu Anak 7 Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Pregnancy Set (Set Mengandung), Set Supplement, Testimoni ESP

Hari ni saya nak kongsikan kisah benar yang berlaku kepada seorang ibu muda anak 7 yang berpantang dan menyusu dengan bantuan supplemen Shaklee. Beliau ni merupakan cucu saya dalam Shaklee. Yang menariknya, beliau tak ada pembantu rumah untuk membantu beliau menguruskan kesemua 7 orang anaknya. Dan dalam tempoh berpantang tu memang ada banyak cabaran dan dugaan yang beliau hadapi…Apa ujian-ujian tersebut? Jom kita lihat video ni…

 

 

Sekiranya anda ada sebarang persoalan atau hendak mengetahui lebih lanjut tentang kisah beliau ni, boleh hubungi beliau di FB beliau sendiri,  Umee Suziana

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Kenapa saya buat Shaklee_Part 1

Kenapa Saya Buat Bisnes Shaklee – Part 1

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Lama sungguh gambar-gambar ni tersimpan rapi dalam album hidupku..

 

Kisahnya, anak-anak saya sungguh istimewa.

 

Kerana mereka, saya meninggalkan kerjaya sebagai Jurutera dan memilih bisnes MLM dengan pendapatan hanya RM1500 ketika itu.

 

Kerana mereka, saya sanggup duduk di rumah 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan.

 

Dan kerana mereka yang mana ada orang memanggil mereka ‘anak malang’, saya sebaliknya menumpang tuah dan rezeki mereka untuk menikmati pendapatan 5 angka sebulan.

 

Tahun 2010, Syafie dilahirkan dengan jangkitan paru-paru yang kronik. 14 hari saya berkampung di hospital, dengan tempoh keseluruhan 21 hari Syafie berada di ICU, inkubator dan wad bayi. Oh ya, dalam masa yang sama, suami saya Akmaruddin Jofri terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berkampung di tingkat 5 hospital yang sama =). Itulah pertama kali kami beraya Aidiladha di hospital bertuah tu =)

 IMAG0028_editSyafie semasa di NICU (2010)

IMAG0082+editSyafie di dalam incubator (2010)

 IMAG0062_editSyafie di wad kanak-kanak dan bayi, ketika masih bergantung pada bantuan Oksigen (2010)

IMAG0079_editSuami terbabit dalam kemalangan jalan raya, ketika saya masih berada di Hospital (2010)

Tahun 2012, Luqman yang masih berada dalam kandungan, disahkan doktor mempunyai injap jantung yang sempit dan tidak normal seperti bayi lain. Sekali lagi, saya habiskan masa 10 hari pantang di hospital. Selama tempoh 6 bulan, Luqman bergantung pada ubat khas untuk kuatkan jantungnya dan ketika umurnya 2 bulan, beliau menjalani prosedur membesarkan injap jantung. Lagi berkampung di ICU dan wad kanak-kanak=)

 DSC_0434_editLuqman menjalani rutin memeriksa jantung (2012)

DSC_0446_editLuqman di ICU setelah menjalani prosedur membesarkan injap jantung (2012)

 DSC_0456_editLuqman di wad kanak-kanak setelah keluar dari ICU (2012)

Sejak Mei 2012, saya bertekad untuk menjaga anak-anak saya sendiri. Saya mahu menjaga mereka dengan tangan saya sendiri, dan saya mahu sentiasa bersama mereka setiap hari.  Alhamdulillah, Allah mengilhamkan saya bisnes Shaklee untuk menjana pendapatan dari rumah.Saya tak  perlu keluar rumah dengan kerap, dan kebanyakan masa saya dihabiskan bersama-sama Syafie dan Luqman,

 

Lumrah orang berniaga, ada pasang dan surutnya. Ketika saya sedih dan kecewa, saya akan memandang anak-anak saya dan saya akan kembali kuat dan bersemangat! Anak-anak istimewa saya adalah sumber inspirasi saya…mereka adalah sumber kekuatan saya!

 

Kini, Syafie sihat seperti kanak-kanak lain. Luqman sudah stabil, tetapi masih memerlukan ‘follow up’ dari pakar untuk setiap 6 bulan.

 

Sesungguhnya, anak-anak saya adalah antara push factor saya terus kekal dalam bisnes Shaklee. Dan keputusan untuk menumpukan 100% fokus pada bisnes Shaklee adalah antara keputusan terbaik yang pernah saya lakukan!

 

DSC_0128_editSyafie dan Luqman (2014)

 

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

bayi tidur

Tips Tidurkan Si Manja Anda!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding

Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi

1. Riba bayi
Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

2. Dodoikan anak
Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

3. Dukung Pada Bahu
Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa

4. Dukung Muka Ke Bawah
Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

5. Tepuk Bayi
Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

6. Makanan Awal
Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

7. Urutan Pada Bayi
Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

 

pengedar shaklee malaysia

baby

Memberi Bayi Makan- Bukan sesukar yang disangka

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby

Menyuap si kecil makan boleh menjadi hura-hara apabila tidak betul caranya. Kesabaran papa dan mama perlu tinggi ketika berhadapan dengan kerenah buah hati tersayang.

Sepatutnya masa makan anak-anak menjadi waktu yang dinantikan. Ciptalah waktu makan yang menyeronokkan kerana ia pasti akan memudahkan tugas anda.

baby

Janganlah memaksa mereka menghabiskan semangkuk bubur semata-mata untuk kepuasan anda. Ia hanya akan membuatkan si manja menjadi trauma dengan waktu makan.

Mungkin dengan mematuhi tip berikut, ia sedikit sebanyak membantu anda menjadikan masa makan lebih bermakna.

1. Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2. Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasanya seakan-akan susu.

3. Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4. Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5. Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6. Pastikan bayi lapar

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Sumber

med08shakenbaby

Bahaya Shaken Baby Syndrom (SBS) Yang Perlu Kita Ketahui…

Written by Dila Roslan on . Posted in Baby

Lama dah tak update website ni, terpanggil kali ini untuk kongsikan kisah benar yang saya baca di sini…semoga bermanfaat…..

___________________________________________________

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh.

Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.

SHAKLEE

Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ).

Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsifselepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). 

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang seriusAcute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut.

Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 med08shakenbaby
——————————————————————————

APA ITU SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan ataupergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

sbs1

 

 

images

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannyaketika marah atau penat menjaga bayi…..( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyaikecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. 

485394_570747826293195_493154646_n

 

PENCEGAHAN 

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kesdilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

images (1)

 

Semoga bermanfaat untuk semua….

 

Salam Hormat,

Dila Roslan 0133704341

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: