gelagat anak-anakmendidikperkataanberkhasiatuntuk hariberikepadadenganlama

kurma

Cara Menarik Beri Anak Makan Kurma

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan…macam mana Ramadhan kita kali ni? Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa dan dipertemukan dengan Ramadhan yang mulia ini. Bercakap tentang puasa..ada tak anak yang sedang berlatih untuk berpuasa? Ada tak anak-anak yang tak suka makan buah Kurma? Haa..ni saya ada tips ni…di samping menggalakkan anak-anak makan buah kurma, boleh jadi snek sihat sekali kan..

Ok bahan-bahannya:

  • Beberapa biji buah kurma. Lagi lembut lagi sedap
  • Kacang badam tumbuk untuk hiasan
  • Rainbow rice untuk hiasan
  • Coklat cair untuk hiasan
  • Beberapa mangkuk cawan kecil secukupnya

Cara-caranya:

  1. Buang biji buah kurma dan hancur lenyekkan menggunakan garfu
  2. Dengan menggunakan tangan, bentukkan bulat buah kurma tersebut.
  3. Golek di atas rainbow rice atau kacang badam
  4. Letakkan di dalam mangkuk cawan
  5. Boleh juga celupkan bebola buah kurma tersebut ke dalam coklat yang dicairkan
  6. Siap dan selamat mencuba!kurma

 

muslim kids talking 2

10 Tips Menggalakkan Anak Bercakap

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Tanyalah sesiapa pun yang ada anak, pastinya mereka mahu anak mereka suka bercakap dengan ibu ayahnya. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan
1. Anak bercakap , kita boleh stimulate sepanjang masa.  sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ini perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.
2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya wujudkan perbualan aktif 2 hala antara kita n anak. Ini memang perlu berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sebab gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.
3. Banyakkan buat projek/ aktiviti dengan anak. Kalau umur 1 tahun tu, dah boleh buat experimen dah. Haaa, sbb bila kita buat projek, ini akan galakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa nak communicate kerana mahu suarakan pendapat dan lain lain.
4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar
5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basus, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.
6. Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama,bagi idea,tanya mereka,bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.
7. Ulangan. Perkataan perkataan harian, kita boleh mulakan ulang banyak kali. Mama, abah, mandi , makan, tidur, doa,solat. Jadi mereka nampak perbuatan dan sebutan tu serentak dan berulang kali
8. Ubah habit ibu ayah dari banyak bergadget. Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk banyak cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.
9. Habis, kalau kami mmg orangnya jenis tak banyak cakap? Takpa, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..
10. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci, mengeluh. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar. Iya benar, ia bukan tiba tiba tapi perlu latihan minda dan jiwa
11. Jadikan semua di atas sebagai RUTIN
Kredit: Naluri Parenting
11864830_961682330537814_4694047333768217039_o

2 Langkah Mudah Tingkatkan Daya Fokus Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak cerita tentang kisah keluarga kami semalam, ahad 6 September 2015. Alkisahnya, kami sekeluarga ke Faizland Training Centre (FTC) , Bangi dari pagi. Buat apa? Haaa…asalnya nak teman abi pergi kelas Tafsri AlQuran untuk kaum suami & bapa (Rijal). Sambil teman tu, Ummi pula belajar buat poster guna mobile Apps dengan mentor Shaklee, kak Cery..

aq1Tu dia serius muka ayah-ayah ni masa dalam kelas kan

ibu2Ni pulak wajah mak-mak sambil belajar buat poster…happy je sempat selfie lagi tu.

anak2Ni pulak gelagat anak-anak dalam Kids Room

Tapi, saya cari-cari Luqman dan Syafie…takde pulak dalam KidsRoom ni…rupa-rupanya…

anak

Terjumpa 2 beradik ni kat depan sambil buat ‘sesuatu’….Buat apa tu? Ummi pun mintalah tolong Kak Elly untuk ambil gambar dari depan..

anak3

Rupa-rupanya tengah tekun melukis dan menconteng atas kertas di kala budak-budak lain tengah main dalam Kids Room..Wahhh, Ummi kagum! Sebabnya, mereka dapat duduk diam diam dan tak melompat bermain macam kanak-kanak lain…

anak4

Tengok tu, siap berdiskusi macam budak besar pulak…saya teringat dulu, Syafie paling susah nak duduk diam..sampai risau dibuatnya sebab tak dapat beri perhatian bila kita bercakap dengan dia..

Apa yang saya buat sejak awal tahun ni untuk menyelesaikan masalah ni?

1) Katakan TIDAK pada Gadget

    – Gadget seperti smartphone, tab dan TV adalah antara penyebab kepada masalah fokus kanak-kanak. Saya STOP beri dia tab, dan gantikan dengan PEN dan KERTAS. Mula-mula memang dia menconteng je…tapi lama-lama dia mula melukis. Masa tu, kita selalu puji lukisan dia supaya dia rasa lebih dihargai. Saya juga suka letak lukisan dia kat peti ais sebagai kenangan.

lukisan anak5Tengok tu, bangga kan muka bila tunjuk lukisan dia.

2) Beri makanan tambahan yang berkhasiat dan mengandungi Vitamin

– Kanak-kanak yang sering makan makanan tak seimbang selalunya menghadapi masalah untuk fokus. Keperluan badan mereka yang memerlukan vitamin dan minerals sebagai nutrisi penting untuk pembinaan sel badan juga akan terbantut kalau makanan harian mereka tidak mengandungi gizi yang seimbang. Sejak awal tahun ini, saya pastikan Syafie dan Luqman minum Mealshakes Shaklee setiap hari. Mealshakes ni rasa vanilla, jadi best sangat bila campur dalam susu. Mereka juga jarang demam sejak minum Mealshakes ni.

meal-shakes

Alhamdulillah, saya nak teruskan cara ini untuk membantu memupuk daya konsentrasi anak-anak hingga besar nanti. Seronoknya bila dah jumpa cara yang mudah dan berkesan ni!

pengedar-shaklee-malaysia_new

muslim mum

10 “Bahasa Dosa” Yang Wajib Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Keibubapaan

Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1)Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

📕 Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

📗 Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

📗 Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

📘 Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

📙 Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

📔 Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. ?

📔 Jangan membezakan kasih sayang. Dapatkan sikap toleransi kerana sikat tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8)Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

📒 Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

📓 Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

😍 Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

🍀🌹 Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. 🌹🍀🍀

Sumber: Whatsapp

lukisan anak3

Tips Parenting: Memerhati Karakter Anak Melalui Lukisan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca.  Sekarang ni, salah satu perkara yang saya suka buat ialah simpan lukisan anak-anak. Anak sulung saya, Syafie terutamanya, suka sangat melukis sekarang ni.  Mula-mula, memang tak faham sangat lukisannya….maklumlah, baru nak belajar pegang pensel…tapi lama-lama jadi cantik pula. Dan hari demi hari, lukisannya bertambah cantik…jadi sayang pula tengok lukisan tu…hihi…dan sekarang ni saya simpan beberapa lukisan Syafie yang nampak cantik…saya akan tulis tarikh di atas lukisan tu untuk dijadikan kenangan. Lagipun, bila tulis tarikh, kita boleh pantau perkembangan anak-anak dari segi kebolehan melukis tu. Ni antara lukisan Syafie yang saya rasa cantik dan mahu simpan sebagai kenangan.

lukisan anakSyafie amat obses dengan ‘Fire Truck’ …jadi dia selalu lukis gambar lori bomba.

 

lukisan anak2Ini imaginasi Syafie tentang gambaran kapal terbang dan rumah serta penumpang

 

lukisan anak3Ini pula gambar robot, kereta polis dan ambulans (bersama doktor dan pesakit-pesakit)

 

lukisan anak5Inilah dia tuan punya gambar yang sangat bangga dengan hasil lukisannya…hihi

Daripada lukisan anak-anak ni, kita sebenarnya dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat anak, kecenderungan serta minatnya bahkan kita boleh memantau perkembangan dan daya imaginasi anak-anak. Kalau Syafie ni, daripada lukisannya, saya dapat rasakan yang dia sangat minat kereta dan lori bomba. Lukisannya juga bertambah cantik kalau nak dibandingkan dengan hasil lukisannya tahun lalu.  Jadi, buat ibu bapa, salah satu cara untuk mengenal karakter dan kecenderungan anak-anak ialah melalui lukisan mereka, kerana lukisan adalah salah satu cara mereka mengekspresikan diri mereka. Dulu, rasa macam nak buang kertas lukisan tu sebab tak kita tak faham apa yang anak lukis tu, tapi sekarang, bila lukis cantik, rasa sayang pula kan?

Ada sentimental value gitu!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

 

 

Tips Travel Dengan Anak Kecil (2)

Tips Travel ke Luar Negara Bersama Anak Kecil

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Bercuti ke luar negara…macam best kan?

Tapi bila mengenangkan anak-anak kecil yang dibawa bersama ke negara asing, beribu batu jauhnya daripada rumah yang merupakan zon selesa kita, membuatkan kita berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk ke luar negara.

Pada pendapat saya, mengembara ke luar negara adalah masa dan peluang yang sesuai untuk keluar dari zon selesa dan mengenali anak-anak lebih dekat lagi..oh juga, masa yang sesuai untuk kita sebagai ibu bapa mempraktikkan ilmu parenting yang dipelajari selama ini…ala-ala training ground lah kiranya!

Tapi, sebelum nak mengembara tu, ibu bapa haruslah melakukan persediaan yang secukupnya..maklumlah, negara orang bukan semuanya sama seperti di negara kita..tandas pun mungkin tak sama seperti di Malaysia!

Jadi, jom cuba beberapa tips dibawah yang saya gunakan sebagai panduan kepada kami sebelum mengembara ke 3 negara sebelum ni..

Sebelum travel:

1) Beri peluang untuk anak-anak main sepuas-puasnya sementara menunggu waktu penerbangan. Sebab bila dah penat, anak-anak mudah tertidur dalam kapal terbang nanti. Kanak-kanak yang tak biasa naik kapal terbang mungkin akan merasa tidak selesa dan meragam nanti.

stroller travel2Gelagat Luqman sebelum kami berangkat ke Indonesia. Kasi tolak stroller sampai puas dulu sebelum tidur keletihan dalam kapal terbang

2) Pastikan mereka makan dan minum secukupnya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan flight delay dan untuk menghadapi waktu menunggu yang sememangnya lama. Ada ibu bapa yang tak mahu beri anak-anak makan kenyang kerana takut sakit perut. Opps silap! Travelling ialah satu proses yang mengambil tenaga yang banyak dan menyebabkan anak mudah letih. Perut yang dibiarkan kosong juga tidak bagus untuk kesihatan anak-anak.

3) Buang air kecil/besar sebelum naik kapal terbang. Untuk bayi, tukarkan lampin jika perlu. Ini penting untuk memastikan anak-anak berasa selesa dan bersih. Ada kanak-kanak yang merasa tidak selesa untuk membuang air kecil di dalam tandas kapal terbang. Tanya anak anda jika dia mahu membuang air sebelum naik kapal terbang kerana ada kalanya mereka ‘terlupa’ kerana terlalu seronok untuk mengembara=)

 

Semasa travel:

1) Sediakan benda/alat/mainan yang boleh melekakan mereka semasa dalam  kapal terbang. Jangan tunjuk lagi sebelum berlepas. Kalau dah tengok awal-awal, jadi boring pula nanti kan..Antara barangan yang saya sediakan ialah:

– pensil warna dan buku atau kertas

– mainan kereta kecil (jangan terlampau kecil sehingga susah nak cari kalau terjatuh bawah kerusi)

– buku cerita

– blocks

10984027_902585423114172_8054290490189122585_nDalam kapal terbang menuju ke Jakarta, Indonesia. Luqman tidur, Syafie melukis, Ummi update blog..Hehe..

2) Kalau boleh tidur semasa dalam kapal terbang. Tujuannya untuk kumpul tenaga selepas turun dari kapal terbang dan mengelakkan rasa tidak selesa akibat perubahan tekanan.

3) Sediakan makanan ringan dalam pek kecil contoh seperti biskut atau keropok. Ni pun nak lekakan anak-anak ketika berjalan. Eloklah biskut daripada keropok yang tak berkhasiat kan? Pek kecil ni untuk mudah mereka nak makan dan tak bersepah nanti.

biskut julieAntara biskut dalam pek kecil yang menjadi pilihan kami untuk dibawa semasa travel

3)  Pastikan mereka minum air secukupnya untuk elak dehidrasi. Ambil masa untuk minum susu bagi anak-anak yang masih menyusu.

minum susu anakSampai bentang tikar nak kasi can Syafie dan Luqman minum susu… – Hakone, Jepun.

4) Baby Carrier dan Stroller adalah antara barang yang mungkin perlu untuk bayi dan kanak-kanak. Saya memilih baby carrier untuk mudah bawa Luqman tidur semasa di Jepun. Untuk perjalanan jauh, saya bawa juga stroller bagi memudahkan Syafie berehat dah tidur.

ringslingDukung Luqman dalam Carrier semasa di Jepun

stroller travelBawak Stroller semasa berjalan di Disneyland, Tokyo, Jepun.

5) Pastikan memakai pakaian yang sesuai mengikut cuaca. Tak semua kanak-kanak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang sejuk. Jadi, pakaikan pakaian yang tebal dan sarung tangan jika perlu. Kalau banyak berjalan, pastikan anak-anak memakai kasut yang sesuai untuk melindungi kaki daripada kecedaraan.

Baju sejuk anakSejuk sangat semasa naik Feri merentasi Lake Ashi di Hakone, Jepun.

10984622_952584561447591_8041878940238631647_nBanyak berjalan di Jepun, jadi wajib pakai kasut.

6) Bekalkan mereka dengan makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan minerals yang diperlukan. Semasa travel, ada kalanya sukar untuk memberi makanan yang seimbang untuk keperluan anak-anak. Disinilah pentingnya makanan tambahan yang berkhasiat. Saya memberi anak minum Mealshakes Shaklee setiap hari hanya dengan mencampurkan 1 sudu ke dalam susu mereka. Mealshakes mempunyai 19 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melindungi anak daripada sebarang penyakit.

meal-shakesSupplemen yang wajib saya bekalkan kepada anak-anak setiap hari dan ketika travel

Selepas travel:

 Rehat secukupnya. Ingat, kanak-kanak memerlukan masa yang lebih lama untuk berehat daripada orang dewasa. Ibu bapa mungkin boleh mengambilkira hari untuk anak berehat sebelum mereka kembali ke sekolah.

travel-kanak-kanakPulang dari Jakarta, Indonesia

 

 

Macam mana, dah sedia untuk bercuti ke luar negara bersama anak-anak? Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

10986700_897181800321201_9065618838869150906_n

Tips WAHM #1: Macam Mana Nak Tidurkan Anak Awal?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Hari ni anak-anak tidur awal . Pukul 8 malam dah tidur. InshaAllah hingga esok pagi nampak gayanya.

Peluang ni saya gunakan untuk buat kerja sendiri yang banyak tergendala.

Nak basuh pinggan mangkuk, kemas rumah, lipat baju dan sebagainya.

Macam mana nak pastikan anak-anak tidur awal?

Jom saya nak kongsikan tips =)

 

1. Pastikan anak tidak tidur selepas Asar.

Waktu siang, kalau anak-anak nak tidur, biar tidur selepas zohor dan sebelum Asar. Kalau tidur lepas Asar, maknanya anak-anak ni dah re-charged… ada tenaga baru. Memang susah nak tidur malam nanti.

 

2. Beri mereka peluang untuk main secukupnya pada waktu petang.

Mujur hari ni Sayfie ada sukan sekolah pada sebelah pagi. Dah main banyak dan letih agaknya. Tapi balik rumah, masih bertenaga. Jadi saya beri peluang dia main lagi dengan adiknya Luqman. Selalunya saya teman mereka main dalam 30 minit pertama. Lepas tu, biarkan mereka main sama-sama.

 

3.  Pastikan  perut mereka kenyang sebelum tidur

Macam orang dewasa, kalau tidur dalam keadaan perut lapar, memang tak lena, kan? Sama macam budak-budak ni. Kasi kenyang betul sebelum tidur. Tapi jangan lepas makan, terus tidur. Tak elok kan? Kadang-kadang ada budak ni, boleh muntah kalau kenyang sangat. Petang tadi Syafie dan Luqman dah habiskan Nais Ayam sebungkus, tu yang tidur lena tu.

 

4. Tutup lampu dan pastikan kawasan persekitaran tempat tidur gelap.

Yang ni nak pastikan anak-anak tidur lebih lama. Kalau cahaya terang, senang terjaga dan lepas tu taknak tidur. Saya lebih suka tutup semua lampu dalam bilik supaya anak-anak tidur tanpa terganggu.

 

Itu saja tips setakat ini mengikut pengalaman sendiri.

Semoga bermanfaat!

pengedar-shaklee-malaysia_new

10821879_827444010628314_72836129_o

4 Tips Kawal Anak-Anak Ketika di Pesta Buku Big Bad Wolf

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Tips Keibubapaan

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca. Didoakan anda semua sentiasa sihat dan ceria hendaknya =)

Hari ini saya nak kongsikan 5 tips untuk mengawal anak-anak ketika di  pesta buku. Al-kisahnya, baru-baru ni saya ada pergi ke pesta buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Sepertiyang diketahui, BBW ni adalah pesta buku yang Super Murah! Daripada buku kanak-kanak, dewasa dan professional, Fiksyen serta non -Fiksyen.

banner-new

 

Saya pergi pada hari Ahad lepas selepas mengikuti Intensive Business Coaching yang merupakan sesi percuma setelah membeli Seat Super Supreme pada kelas Dr. Azizan Osman, Millionaire Marketing Mastery.

10860278_827156733990375_1297238934_o

Ha…ini suasana ketika kami sampai pada pukul 10 malam. Tak ramai sangat orang mungkin kerana esoknya hari bekerja.

bbw

Pandangan dari atas hall di mana berlangsungnya Big Bad Wolf.

Ok, adalah amat penting untuk para ibu bapa untuk mampu mengawal anak-anak ketika menghadiri pesta buku seperti ini. Yelah, kalau lihat pada gambar di atas, andai kata anak terlepas dan merayau seorang diri, mau panik dibuatnya! Maklumlah tempat awam yang begitu ramai orang, apa saja boleh terjadi kepada anak-anak kita, Nauzubillah.

Saya bawa Syafie dan Luqman masa ni. Oleh itu, saya nak kongsikan tips-tips yang mungkin boleh dipakai oleh ibu-bapa.

1) Bawa stroller

    Kami bawa 2 stroller untuk Syafie dan Luqman. Memandangkan pada waktu itu adalah waktu tidur mereka, kami memang dah jangka mereka akan tidur. Lagipun, budak ni cepat penat bila dah seharian bermain. Jadi, takkan kita nak dukung je kan?

2) Bawa makanan dan minuman secukupnya

    Dalam dewan ini tak dibenarkan bawa makanan dan minuman, tapi saya sentiasa bawa biskut kering yang menjadi kegemaran anak-anak.

    Bila berlaku perkara yang emergency, biskut nilah yang dihulurnya=). Selain itu, di tingkat atas dewan ada disediakan ruang untuk makan dan minum dengan lebih mudah dan selesa.

10853878_827404887298893_920135271_o

 Tengah seronok pilih buku, boleh pula tak sengaja jumpa piut Shaklee kat sini, Kak Rozy yang juga merupakan pengedar Shaklee di Kluang.

3) Beri baca buku

     Untuk mengelakkan mereka bosan, beri mereka baca buku, supaya mereka leka di samping belajar membaca =). Lebih menarik kalau buku yang ada pop-up tu.

4)  Bawa alat permainan atau alat tulis

     Yang ni bergantung kepada minat anak-anak. Ada yang suka menulis atau mewarna, bawalah alat tulis atau pensil mewarna serta buku yang sesuai untuk tujuan itu. Selalunya anak lelaki tak boleh duduk diam. Jadi, saya bawa kereta mainan mereka.

 

10855988_827197200652995_1499297052_oSedar tak sedar, dah habis pun memilih buku dan bayar.

Sampai rumah, dah pukul 3 pagi! Anak-anak semua dah tidur, ummi dan abi pun gembira sebab dapat pilih buku dengan tenang. Buku-buku untuk anak-anak ada, untuk ummi dan abi pun ada. Semuanya tak sampai RM300.

10821879_827444010628314_72836129_o

10849158_827445230628192_492261221_o

Alhamdulillah, seronok sangat sebab dapat beli buku-buku yang diinginkan. InshaAllah, BBW akan datang nak pergi lagi di samping mengamalkan tips-tips di atas.

Semoga bermanfaat!

pengedar shaklee malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: