Dedicated server floridanafasmerawatShared hosting reviewcontinuemenyebabkanoatsmengagakacneVps windows

13 SOALAN KUIZ

13 Soalan Kuiz Untuk Mengenal Pasti Samada Anda Sihat Atau Tidak?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Sihat

Adakah anda merasa sudah cukup sihat? Mungkin YA atau mungkin juga sebenarnya TIDAK. Kalau nak tahu jawapannya, jom jawab kuiz di bawah untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

  1. Adakah anda kerap batuk dan selsema? YA/TIDAK
  2. Adakah anda kerap penat dan keletihan? YA/TIDAK
  3. Adakah anda mengambil ubat dengan teratur? YA/ TIDAK
  4. Adakah anda kerap bersenam? YA/TIDAK
  5. Adakah anda kerap menghabiskan masa dengan aktiviti luar? YA/ TIDAK
  6. Adakah bibir anda kerap kering? YA/TIDAK
  7. Adakah anda mengalami masalah insomnia? YA/ TIDAK
  8. Adakah anda sedang menghidap apa-apa penyakit atau kesakitan?
  9.  Adakah anda sering berhubung dan bersentuhan dengan ramai orang? YA/ TIDAK
  10. Adakah anda kerap terdedah dengan situasi yang menekan? YA/ TIDAK
  11. Adakah diet anda seimbang dan kaya dengan vitamin dan mineral? YA/ TIDAK
  12. Adakah anda merokok? YA/TIDAK
  13.  Adakah anda mudah hilang sabar? YA/TIDAK

 

JAWAPAN

Jika jawapan banyak ‘YA’, anda mempunyai kesihatan yang baik. Kekalkan diet yang kaya dengan vitamin dan mineral serta rancang berjalan kaki setiap hari di luar rumah. Utamakan tidur yang mencukupi kerana ini akan memberi manfaat kepada sistem imun anda secara berterusan. Jika anda menghadapi situasi di mana anda berada di bawah tekanan atau berasa tertekan secara fizikal mahupun emosi, anda perlu tahu bahwa sistem anda memerlukan lebih banyak sokongan.

Jika jawapan banyak ‘TIDAK’, anda perlu mempertimbangkan untuk membuat beberapa perubahan pada gaya hidup anda supaya dapat memanfaatkan sistem imun anda. Mengapa tidak pergi berjalan-jalan setiap hadi dan ambil udara segar?

Dapatkan tidur yang cukup secara teratur. Kurang tidur melemahkan fungsi imun dan menyebabkan badan sukar menentang tekanan. Makan makanan yang tidak diproses yang kaya vitamin dan mineral. Elak atau kurangkan mengambil makanan yang diproses penuh dengan gula halus, lemak tepu, perasa tiruan dan bahan pewarna.

Minum banyak air kosong setiap hari dan cuba ambil teh herba menggantikan minuman berkafein. Senaman pernafasan atau latihan regangan dan relaksasi secara tetap membantu anda meredakan tekanan.

masak

20 Makanan Yang Membantu Mengimbangkan Hormon Dalam Tubuh Wanita

Written by Dila Roslan on . Posted in 1001 Tips, Article, Tips Sihat

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen bolih menimbulkan bermacam2 penyakit dan gangguan. Diantaranya ;
1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.
5. Pada lelaki menyebabkan lemah tenaga batin dan ‘pondan’
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.
Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen.
Bahan plastic dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

MAKANAN2 YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN
Banyak makanan yang membantu mengimbangkan semula hormon wanita. Makanan-makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang menghalang pembentukkan hormon estrogen.

Bahan-bahan ini adalah bahan yang natural dalam tumbuh-tubuhan yang terdapat di Malaysia. Ia mengandungi phytochemical yang bermanfaat seperti sterols, quercetin, , chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavonoids.

Antaranya ialah:

1. Buah delima/promagenate.

Cara Makan Buah Delima
2. Sayur-sayur broccoli, kobis, cauliflower, bak choy, raddish

brocolli
3. Minyak zaitun.

minyak zaitun
4. Cendawan.

cendawan
5. Biji anggur merah dan minyaknya.

minyak-biji-anggur

6. Oats

oats
7. Teh hijau.

tehhijau
8. Buah2 citrus – lemon, limau nipis, grape fruits

lemon
9. Kacang-kacang almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.

kekacang
10. Bawang merah.

bawang merah
11. Kunyit.

kunyit
12. Spirulina, chorella

13. Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.

sayur hijau
14. Minyak kelapa dara.

minyak kelapa dara
15. Bawang putih

bawang putih
16. Kucai dan celery

Fresh chive on wooden background

17. Berries – blue berries, black currant.

blueberry&blackcurrant

18. Fax seeds

fax seed
19. Makanan yang ditapai – yogurt, tempeh, kimchi. Ia membekalkan probiotik atau good bakteria.

tempe
20. Kacip Fatimah

Banyakkan minuman tanpa gula seperti teh hjiau, teh daun durian belanda.

pengedar-shaklee-malaysia_new

Waktu Subur

Bilakah Waktu Subur Wanita?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Tips Sihat

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara  praktikal.

Jom kita fahami Kitaran Haid Wanita…
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

Bilakah Waktu Subur ?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

waktu-subur

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara lain mengetahui waktu subur..
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

discharge

Mengganggar waktu terbaik untuk mendapatkan zuriat? 
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Credit to: Pakar Sakit Puan Page

pengedar-shaklee-malaysia_new

lemon (1)

1001 Kebaikan Lemon Yang Wajib Anda Tahu!

Written by Dila Roslan on . Posted in 1001 Tips, Article, Tips Sihat

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

 

lemon

Lain-Lain Keistimewaan Lemon

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye

 

 Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

 

 Tiada lagi ulser mulut 

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

 

Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

 

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

 

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

 

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

 

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

 

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

 

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

 

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

 

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut

 

Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

 

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

 

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

honey-lemonade

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Untuk kulit cantik (1)

Anda Wanita Sibuk? Supplemen Ini Khas Untuk Anda!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Sihat

Isteri, ibu, anak…itulah tanggungjawab asasi  yang wajib digalas seorang wanita…belum lagi masuk tanggungjawab sebagai seorang pekerja di tempat kerja….Kalau nak cakap pasal kerja rumah je, memang tak akan habis! Dan atas sebab kesibukan itulah ramai wanita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap kesihatan mereka…

Takpe, kalau anda tak sempat nak belek vitamin yang banyak-banyak tu, saya syorkan anda sekurang-kurangnya amalkan 3 supplemen ni..dan yang paling best, 3 supplemen ni dalam bentuk sachet…jadi sennag je nak masuk dalam handbag…sambil tunggu dalam jem boleh minum, sampai kat pejabat atau berhenti di pasar pun boleh minum!

Untuk kulit cantik (1)

1) Shaklee Collagen Powder:

Saya amalkan untuk kecantikan kulit kerana ia terbukti dapat membantu kulit menjadi tegang, parut semakin pudar dan tona kulit lebih sekata. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Yang bestnya ia sangat mudah diserap badan kerana bermolekul sangat ringan  kira-kira 1,000 Dalton.

2) Cinch Energy Tea Mix:

Saya suka ambil Cinch Tea ni untuk dapatkan tenaga secara segera. Minum pagi inshaAllah segar sampai ke patang. Cinch Tea mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina. Bulan Ramadhan lepas, saya minum setiap hari dan turun beberapa kilo!

3) Nutriferon:

Ha, yang ni memang kegemaran saya sebab bila amalkan minum Nutriferon ni setiap minggu, risiko untuk dijangkiti penyakit berkurang. Sebab Nutriferon terbukti bertindak tingkatkan sistem imun badan kita melalui ramuan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun.

 

Haa…semua dalam bentuk sachet…mudahkan? Malah, Nutriferon tu saya telan terus daripada Sachet dia..sebab rasanya manis-manis gula tebu. Best!

Nak cuba tak?

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

Migraine-Headache

3 Tips Mudah Legakan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Written by Dila Roslan on . Posted in 1001 Tips, Article, Shaklee Products, Tips Sihat

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah benar yang berlaku pada saya hujung minggu lepas.

Sekarang ni kan musim panas dan terik, jadi nak keluar rumah tu memang fikir beberapa kali sebelum buat keputusan nak keluar untuk selesaikan urusan tertentu. Dan ditakdirkan, masa menghadiri jemputan rumah terbuka Sabtu lalu, saya diserang Migrain lagi..maklumlah, panas terik sepanjang perjalanan dari Ampang ke Klang. Orang tua-tua kata, “panas dalam”, maksudnya haba panas tu dah tersimpan dalam badan dan naik ke kepala hingga terjadinya Migrain.

Sudah cukuplah asyik makan ubat setiap kali diserang Migrain dulu. Dan saya bertekad nak sembuhkan secara semulajadi kali ini. Jadi, saya ikhtiar dengan tips ini:

1. Minum air kosong sebanyakknya

air-kosong-Atasi-Sembelit-Bayi-dan-Kanak-kanak-2

Antara sebab awal sakit kepala sebelum melarat ke Migrain ialah disebabkan kurangnya meminum air kosong. Darah akan menjadi lebih pekat sehingga mengganggu peredaran darah. Haba yang terperangkap juga antara penyebab Migrain. Jadi, tingkatkan pengambilan air kosong untuk menampung kekurangan bendalir dalam badan.

2. Urut di Belakang Tengkuk

migraine-headaches

Saya sering urut dibahagian tengkuk untuk redakan ketegangan otot dan salur darah yang berada dalam keadaan tertekan. Nukmat juga kalau urut dengan minyak aromaterapi yang melegakan dan menenangkan..hihi

2. Makan atau minum Air Halia dan Bawang Putih

ginger-garlic-pack

Dalam kes saya, kalau silap makan seperti termakan makanan yang “banyak angin” seperti pulut, mesti senang kena Migrain. Kalau perut kosong lambat diisi pun macam tu juga. Perut mungkin akan diserang gastrik dan melarat ke Migrain. Jadi, saya minum air campuran Halia mentah yang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam air tesebut. Kalau tak mujarab juga, saya akan kunyah bawang putih mentah. Ha..lepas tu, rasalah sendawa menderu keluar. Lagi best kalau muntah terus…sebab selalunya bila muntah baru rasa lega sikit..Dan memandangakn dalam peti sejuk tak ada pula stok halia mentah, jadi saya telan je Pepermint Ginger Shaklee sebanyak 3 biji dan Garlic Shaklee sebanyak 22 biji. Kasi cepat sikit…hihi..

GARLIC

peppermint-ginger-plus

sakit-perut

Tips Mudah Atasi Perut Sebu Menjelang Syawal

Written by Dila Roslan on . Posted in Shaklee Products, Tips Sihat

Biasa dengar tak, bila Ramadhan turun 3 kilo, tapi bila masuk je Syawal, perut pun ‘kena serbu’ dengan pelbagai jenis makanan..nak lagi yang popular menjelang raya apa lagi kalau bukan lemang, ketupat, rendang dan sebagainya. Semua tu pulak,  tinggi lemak, minyak dan kolestrol! Saya ni, perut sensitif sikit..jadi menjelang Raya kedua, perut dah rasa sebu dan buncit semacam. Itu tandanya, banyak sangat toksin yang masuk ke dalam perut sampai orang cakap, ‘banyak angin’ tu..tapi, sebenarnya, bila dah banyak sangat benda masuk, makanan mungkin tak sempat diproses hingga usus menjadi kotor.

Antara tanda-tandanya, sembelit, kentut2, sendawa2,Gastrik/kembung perut,sebu perut, loya, pening…haa, cuba cek, ada tak tanda-tanda tu?

Jadi, saya pun ambil langkah sepantasnya untuk menyingkirkan toksin dan angin tersebut. Mudah je, saya capai je apa yang ada di dapur dan di almari tu.

Detox set

 

>> Herb-Lax Shaklee – untu bantu melawaskan najis dan mencuci usus…ala-ala julap lembut..bila makan ni memang memulas dan membuang habis najis-najis lama keluar sekali..hihi..

>> Alfalfa Complex Shaklee – yang ini pun bertindak mengatasi masalah sembelit..maklumlah, dah penut macam-macam perut tu, kena ada bantuan supplemen untuk mengatasi masalah ni.

>> Peppermint-Ginger Plus Shaklee – bila makan yang ni memang keluar lah angin-angin tu…macam kita makan halia…kalau loya pun sesuai makan ni

>> Garlic Complex Shaklee – saya makan ni pun membantu meredakan masalah perut sebu dengan lebih baik lagi..kalau dah ambil peppermint-ginger masih belum memuaskan, boleh cuba ambil Garlic ni sekali.

>> Infused Water – kalau kegemaran saya ialah campuran lemon, halia dan daun pudina…minum ni rasa segar je..hihi…

 

Berminat nak cuba produk Shaklee? Silalah hubungi saya dan inshaAllah, saya akan bantu dengan memberikan konsultasi yang diperlukan=)

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

gastrik-teruk

3 Tips Untuk Membantu Pesakit Gastrik Berpuasa

Written by Dila Roslan on . Posted in Shaklee Products, Tips Sihat

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke Hari yang ke-10 Ramadhan.

Saya teringat masa zaman sekolah dulu, kalau tiba musim Ramadhan, memang menguji kesabaran! Sebabnya, sejak sekolah rendah lagi saya dah sering diserang gastrik. Mungkin juga kesan pengambilan ubat Migrain yang bernama Synflex. Akibatnya, bila puasa tu, saya memang melepek je untuk minggu pertama. Walaupun dah sahur makan nasi kenyang-kenyang, tapi lepas pukul 2 petang je, saya dah mula melepak dalam bilik sampai waktu asar dan kemudian berbuka.

Dan selalunya, sebelum Ramadhan bermula, saya dah kena mula puasa sunat bagi membiasakan diri dan perut dengan keadaan gula turun dengan mendadak, serta pedih hulu hati apabila waktu petang jika berpuasa.

Masa tu, belum makan apa-apa supplemen,

Juga belum kenal produk Shaklee,

Dan tak tahu pula kalau makan nasi, tenaga yang dibebaskan lebih cepat dan membuatkan kita lapar sebelum waktu berbuka!

Sehinggalah saya kahwin dan mengandungkan anak pertama, ketika itu saya bekerja sebagai Jurutera.

Alhamdulillah, saya berjaya puasa penuh sebulan ketika sarat mengandung 7 bulan!

Apa yang terjadi pada waktu ialah, saya mengamalkan 3 TIPS  setiap hari pada bulan Ramadhan tersebut, iaitu:

1. Bersahur dimulakan dengan mengambil 3 biji Kurma yang  mengandungi serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioksida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain.

kurma

2. Mengurangkan pengambilan nasi putih semasa sahur tetapi menggantikan dengan roti gandum (wholemeal) yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan membantu untuk tahan lebih lama.

roti

3. Minum ESP Shaklee yang merupakan satu-satunya supplemen Shaklee yang saya cuba dan amalkan ketika itu. ESP merupakan minuman tinggi protein yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah. Makanan atau minuman yang mempunyai nilai GI yang rendah menunjukkan gula daripada makanan dipecahkan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system badan kita. Jadi, penurunan kadar gula dalam darah adalah secara perlahan-lahan dan ini amat sesuai untuk pesakit gastrik seperti saya. Info lebih lanjut tentang ESP di sini.

esp-soy-protein

Alhamdulillah, inilah yang saya amalkan sejak berpuasa pada tahun 2010 sehingga kini. Saya berharap leebih ramai pesakit gastrik tidak perlu menanggung derita yang berpanjangan bila berpuasa sehingga terpaksa meninggalkan ibadah tersebut samada yang wajib mahupun yang sunat. Namun sebaliknya, mereka dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang, inshaAllah.

Sekiaranya anda berminat untuk mendapatkan info tentang mana-mana produk Shaklee, jangan keberatan untuk hubungi saya seperti maklumat di bawah, ya!

Saya adalah Shaklee Certified Product Trainer,

pengedar-shaklee-malaysia_new

Set A - Optimum Health (Booster)

TIPS SIHAT: CEGAH DEMAM SELSEMA MEREBAK

Written by Dila Roslan on . Posted in Keluarga, Kesihatan, Tips Sihat

Pernah anda kena demam selsema? Tak pernah? Anda bukan manusia. Inilah punca paling ramai orang pergi ke klinik. Dikalangan doctor kita panggil Upper Respiratory Tract Infection( URTI ). Nama je gempak, takde apa yang hebat pun,  cuma jangkitan kat bahagian kerongkong. Bila dijangkiti, sel tekak akan hasilkan cecair lendir , itu yang jadi batuk kahak, selsema. Demam pulak disebabkan oleh Badan sedang lawan kuman tu. Yang teruknya, sakit ni tangkap sendi. Itu yang tak larat nak jalan tu. So ambik MC…J . Betul?

Bagaimana boleh berpindah kepada orang lain?

Apabila pesakit menyedut cecair bersin atau batuk daripada pesakit yang dijangkiti. Terus masuk dalam hidung dan kerongkong.

BersinAtaupun kontak tangan pesakit yg dijangkiti kepada pesakit lain. Maknanya pesakit mungkin menutup hidung dan mulut semasa bersin, maka kuman tu melekat kat tanga, selepas tu pergi pulak sentuh orang lain.

Bagaimana nak elak/cegah merebak?

  • Jauhi orang ramai semasa bersin dan batuk

Kalau kita nak bersin, lari jauh-jauh dari orang. Paling kurang sedepa. Sebab semasa bersin dan batuklah kuman tu tersebar dan berpindah kepada orang lain. Kuman ni hanya boleh hidup dalam badan manusia, ia akan mati kalau diluar badan manusia.

  • Tutup hidung dan mulut semasa batuk

Ini satu cara yang berkesan. Tutup hidung dan mulut semasa bersin dan mulut supaya kuman tu tak tersebar jauh. Tapi tutup rapat-rapat tangan tu, jangan pula renggang jari.

  • Memakai topeng muka

Kalau anda mampu, pakailah topeng( mask ). Juga agak berkesan.

  • Sentiasa membasuh tangan setiap kali selesai membersihkan hidung selepas bersin dan batuk

Ini perkara yang paling penting. Basuh tangan selalu. Tangan adalah agen pemindahan kuman yang paling efektif. Inilah punca utama kenapa demam selsema merebak dengan cepat. Selepas besin dan batuk, kita pegang pulak anak-anak. Mana mereka tak dijangkiti.

  • Basuh tangan dengan disinfection solution

Ini satu cara yang mungkin jarang kita gunakan. Kalau di hospital, setiap kali doktor periksa seorang pesakit, kena basuh dengan cecair hapus kuman.

Tingkatkan Imunisasi Badan

<Biasanya, doktor kat klinik akan bagi antibiotik sebagai tambahan kepada ubat demam atau selsema. Sebaiknya, kita menjaga kesihatan badan untuk memperolehi imunisasi yang berterusan. Dengan pengambilan nutrisi dan gizi yang seimbang, Insya-Allah, badan akan sentiasa mempunyai imunisasi yang secukupnya untuk bertindak balas terhadap kuman-kuman yang menyerang.

Set A - Optimum Health (Booster)

Set-A Optimum Health Shaklee menyediakan keperluan asas untuk tubuh!.

NEW esp

Testimoni Set-B (Breasfeeding – not just increasing milk volume but it ENRICHS breastmilk)

Written by WonderMum on . Posted in Breastfeeding, Testimoni Breastfeeding Set, Tips Sihat

Berikut adalah kumpulan testimonial-testimonial yang telah diambil dari web peribadi atau pengedar untuk berkongsi perasaan dan pengalaman pengambilan produk Shaklee.VivixGaraentee

Testimonial-testimonial ini bertambah dari hari ke hari menceritakan pelbagai pengalaman berharga bersama Shaklee. Produk Shaklee banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Ikuti pelbagai reaksi pengguna Set B khusus untuk ibu-ibu menyusu.

 

“….ESP da masuk 6 canister..love it so much. Rase2 biler lapar kita terus bancuh ESP
..n hilangkan haus dengan performance drink (PD).

Alhamdulillah kte tak alergik or tak rase terpakse biler makan shaklee ni..

Difference with other medicine or vitamin or jamu sblm ni.. Susah kte nak konsisten consume.

Dah 3 month makan shaklee ..start with trial pack..

1st week tak nampak beza, but masuk je 2nd week obviusly perasan susu pekat, Alhamdulillah..

Regular pumping every 2 hours, pernah 1 session dpt 7 oz rather than 2 or 3 oz je sblm ni..

Masuk sebulan consume trial kita trus amik esp….n amik Calcium dan Omega. Alhamdulillah i can go with it..

Badan ok sikit dari biasanya letih ..dan nampak flu anak cepat kering.. biler rase2 mcm  kurang susu, kita tambahkan alfafa…alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh sangat2 bersyukur….dan sekarang ajak suami makan omega dan vita c, dan fiber…ALHAMDULILLAH…..

 

  • SHIKIN

 

 

N, tak sabar akak nak bagitau…malam tadi before tido akak amik ESP mcm N bagitau tu…pukul 2pg tadi masa mengepam …subhanallah! terkejut akak…. 12 auns..tak pernah dapat banyak macam tu…pukul 6 pagi tadi pam lagi dapat 9 auns, still banyak dari biasa…dan memang anak akak cepat kenyang dan susu lebih pekat….so akak asingkan 3 auns untuk dia minum…so , 2 kali pam tu aja dah dapat buat 15 auns stok…dan yang menakjubkan AKAK BARU MINUM ESP 1 SUDU! Syukur boleh buat stok banyak-banyak untuk pose…really work it dan lebih manis lagi ia berlaku dalam menstrual…so akak notice ambil alfalfa 3 times, set trial pack tu dan ESP betul2 buat susu akak banyak dan berkualiti…

  • HADHA

Testimoni saya setelah 7 hari mengamalkan suplemen ni semua:

 

– semasa hari ketiga saya perasan yang icha time bangun tidur pagi memang ceria aje
– ruam-ruam kat leher dan muka icha dah hilang, alhamdulillah. cuma 2,3 hari ni ruam kat muka naik sikit2 semula ..
maybe saya ada silap makan.
– susu bertambah pekat. boleh nampak lapisan lemak lebih tebal daripada sebelum.
– Warna susu dan urin jadi agak yellowish/ greenish – membuatkan ebm tu nampak lebih sedap hehe
– mood saya lebih baik ; boleh nyanyi sorg2 senyum, lebih byk ketawa
– badan saya lebih bertenaga, malah tidur 3,4 jam sehari pun saya masih boleh buat kerja dgn baik. alhamdulillah.
– saya bangun lebih awal darip-ada biasa tanpa rasa mengantuk

Dah 1minggu sy mkn SHAKLEE set C bersama ESP.. n alhamdulillah da nmpak skit2 kesan +ve yg menggembirakan… syukur sgt2…

 

  • NADIAH

 

 


1) sy da jarang stress+pressure+emo2 mcm dulu lg… alhamdulillah… sbb amik vitaminB-complex (“B” for beauty – True beauty radiates from within. Perlu bg urat saraf (essential to initiate nerve transmission)
Membantu meninggikan sistem pertahanan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sbg penenang. Menukarkan makanan kepada tenaga. Mengandungi semua jenis 8 jenis vitamin B yg perlu) so hepi je sokmo skrg…

2) bila sy da xstress mcm dulu production susu pn meningkat skit dah dlm seminggu neh… alhamdulillah... pumping sblh je cik B da leh dpt 2.5oz-3oz… dulu, nk dpt 2oz pn susah dgn pumping both cik B!!! alhamdulillah… rezeki aisya jgk… kurniaan yg ESA…xtaula pasneh mcm mana kn… xmo terlalu bersenang2 dgn peningkatan ini… but yet sgt2 bersyukur… n trus berusaha utk tingkatkan kualiti n kuantiti susu utk aisya si permata hati.

3) sy tgk susu sy makin pekat pulak lately… pekat+likat~ n agak kekuningan... xmcm awal2 dulu agak cair… so aisya susah sket nk kenyang… skrg ni mcm okla skit…dia nyusu pn da xlama2 mcm dulu… proses penyusuan tuh jadi lbh singkat… of kosh la sbb dia kenyang kn? sbb tuh dia nyusu sat shj..

 

  • FAIZAH

 

NEW esp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: