pujian segala milik-nyaSetup vpsbulanselamatreading continueVoip vpsreadingWeb space hostingbulan

ilmu

Apakah Ilmu Yang Paling Bermanfaat?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Bila kita berpeluang belajar ilmu baru, jangan sesekali rasa ilmu tu takkan ada gunanya…mungkin pada masa tu kita belum praktikkan sepenuhnya. Tapi satu hari nanti pasti ia akan berguna…walaupun mengambil masa bertahun lamanya..

Kalau dulu saya pernah bergelar Engineer, tapi banyak ilmu yang dipelajari masa universiti dulu boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebagai suri rumah.

Pengalaman sebagai ahli Kelab Media Dan Teknologi juga banyak membantu saya ketika melalui zaman pekerjaan.

Kini setelah 7 tahun berlalu sejak kali terakhir memegang alat-alat ini, saya kembali menggunakannya untuk event sangat penting Ahad ni.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia…tapi ilmu yang paling bermanfaat adalah apabila disampaikan kepada orang lain kerana fitrah ilmu itu ibarat air yang perlu mengalir…

ramadhan

Salam Ramadhan 1436H

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

Welcom-Ramadhan-GSalam.Net_

MARHABAN YA RAMADHAN
=======================

Assalamu’alaikum semua..

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang Mulia ini, saya ingin memahon ampun dan maaf atas segala salah silap yang mungkin saya telah lakukan samada secara sedar atau tidak, samada disengajakan atau tidak.

Saya juga menyeru agar kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah dan diterima Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan taat kepada-Nya..

Salam Ramadhan Al Mubarak…semoga kejayaan milik kita semua..dunia dan akhirat, insha Allah..

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

BigStockPhoto.com

Tips Keibubapaan : 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Assalammu’alaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Semoga dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Hari ini jom kita belajar tentang bagaiman mendidik anak-anak mengikut Sunah Rasulullah SAW. Secara umumnya, cara mendidik anak ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu,

 

muslim-baby-mom-arms

 

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun.

  • Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
  • Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kehadiran kita dalam sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

 

 

7thn

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun. 

  • Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.”

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

 

muslim-teens-at-yerba-buena-sf

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun.

  • Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
  • Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

 

WTF_57

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas.

  • Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Sumber

Jom sama-sama memperbaiki diri kita dan menjadi ibu-bapa terbaik sambil mengamalkan apa yang digariskan dalam ajaran Rasulullah SAW..

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

 

 

aidil-adha

Amalan Menjelang 10 Zulhijah (Hari Raya Aidiladha)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Assalammu’alaikum.

Salam Aidiladha Dila ucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam=)

Hari ini bersamaan 10 Zulhijah adalah Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam di Malaysia.   Hari ini diraikan kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah. Jom kita penuhkan hari ini dengan amalan-amaln yang sunat dilakukan hari ini =)

Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).

 

AMALAN PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
    • Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

      نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

      Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
    • Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    • Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
    • Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
    • Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
    • Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Akhir kata, Dila ucapkan Selamat Beribadah dan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh keinsafan tentang erti pengorbanan.

pengedar shaklee malaysia_new

doa hari arafah

Berpuasa dan Berdoa di Hari Arafah

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

Assalammu’alaikum =)

Alhamdulillah, hari ini ialah Hari Arafah..dan digalakkan berpuasa sunat (mengikut waktu Saudi) Juga digallakn  untuk berdoa dan antara waktu yang mustajab untuk berdoa ialah pada waktu lepas Asar (waktu Malaysia) sehingga esok pagi..

 

Jom kita sama-sama berdoa..dan semoga doa kita dimakbulkan-Nya =)

 

404146_294806967292545_1714351965_n

 

 

 

 

doa hari arafah

 

Salam Hormat,

Dila Roslan

1385895_579592565423750_1141894295_n

Apa Kelebihan Puasa Hari ‘Arafah?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

1394128_575483452489220_1326154226_n

Pada 14 Oktober (Isnin) adalah bersamaan 9 Zulhijjah yang mana pada hari tersebut para jemaah haji akan melakukan Wuquf di bukit Arafah. Maka disunatkan bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji untuk berpuasa pada hari tersebut.

Antara Istimewanya HARI ARAFAH

1. Syaitan Menjadi lebih kecil pada Hari Arafah

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding HARI ARAFAH, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar. Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat.”

2) Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah:

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sebaik-baik doa adalah DOA PADA HARI ARAFAH, dan sebaik-baik apa yang dikatakan olehku dan rasul sebelumkuku adalah: ‘Tiada tuhan melainkan Allah, hanya Dia tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia terhadap setiap sesuatu Maha Berkuasa’.”

 

Sumber: Islamic Parenting Network

pengedar shaklee malaysia

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Ahlan Wassahlan Ya Rejab

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

Alhamdulillah, kita kini sudah memasuki bulan Rejab…bulan yang mulia disisi Allah …

Dalam bulan ni, kita digalakkan untuk perbanyakkan berdoa kpd Allah SWT..

doa-bulan-rejab

 

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w :

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

 

Sabda Nabi s.a.w :

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.

Sukalah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA’ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA’ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wallahu A’lam…

 

Selamat beramal~~

DILA ROSLAN
SMS/Tel/WhatsApp: 0133704341
al-quran-al-kahfi

Ayatul Syifa’ : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Written by Dila Roslan on . Posted in Keluarga, Tips Rohani, Tips Sihat

Al-Quran yang mengandungi kata-kata Allah S.W.T mengandungi pelbagai ayat yang memberikan pengajaran berkenaan perubatan, usaha pencegahan dan memerangi penyakit. Sesungguhnya pencegahan, perubatan dan penyakit telah pun diciptakan  untuk manusia dan kerana itu, aturan atau tatacara kaedah pencegahan dan perubatan serta menghadapi penyakit turut disediakan di dalam Al-Quran. Jadi, kita tidak sepatutnya bersedih atau berputus asa dengan penyakit yang menimpa malah semakin kuat untuk berusaha berdasarkan janji-janji Allah dalam Al-Quran dan jaminan-jaminan Nabi Muhammad dalam hadisnya. Ikuti artikel berikut untuk menghayati sebahagian saranan dalam Al-Quran dan nasihat-nasihat dari Nabi Muhammad S.A.W.

al-quran-al-kahfi

 

Umat Islam di ajar pelbagai kaedah dalam menjalani kehidupan seharian termasuk pencegahan dan penyembuhan penyakit. Umat Islam sentiasa ditekankan untuk tidak hanya berusaha malah turut bertawakkal kepada Allah S.W.T. Taqarrub atau mendekatkan diri dengan Tuhan adalah satu elemen penting di samping memakan pelbagai ubat kerana segala sesuatu itu adalah ketentuan Allah S.W.T, hanya dengan izin-Nya ubat itu mampu menyembuhkan malah dengan izin-Nya juga ubat itu tidak mampu berbuat apa-apa. Umat Islam turut dituntut untuk bersabar dengan kesusahan yang menimpa, bersyukur atas kebaikan pada diri, memohon dan berdoa kepada Allah serta bersifat positif dan tidak berputus asa. Kerana ini akan mempersiapkan diri untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi penyakit
.


Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.  Surah an-Nahl: 69:


Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:


Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh”.

[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).


Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.

Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.

Baginda bersabda:

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran Riwayat Ibnu Majah.

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.

Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:


Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia­kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.

Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat pada­nya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat peng­hadam makanan,

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber­panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng­hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu­bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se­seorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka’bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.

Sayidina Umar ada berkata:

Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, me­nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:

Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadis yang mulia ini  mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca­inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.

(Petikan dari Buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: