kalausayapromosiberebut2014datangVoip vpskalibadanWhat is the best web hosting service

Archive for October, 2015

mata

Kisah Benar : Bila Sakit Mata, Jangan Gosok!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni

Kisahnya, pada hari Jumaat lepas, terasa mata ni gatal. Masa tu dah mengantuk sangat, jadi saya tak perasan yang saya mungkin tergosok mata dengan agak kasar. Maklumlah, kalau kulit gatal, sedap je nak garu kan? Kalau mata gatal, lagi sedap nak tenyeh gitu…hihi..

Dan keesokan harinya, bila buka mata, rasa banyak tahi mata…bila nampak kat cermin, memang sah mata dah mula merah…tandanya mata dah dijangkiti kuman!

sakit mata

Tu, mata kanan dah nampak merah dan terasa gatal. Orang kata, kalau sakit mata ni boleh berjangkit, jadi saya pun mulakan pengambilan Nutriferon Shaklee secara konsisten 1 sachet bagi setiap 4 jam sepanjang hari Sabtu tu. Alhamdulillah, pada sebelah malamnya, mata dah kembali elok.

nutriferon

Keesokan hari, dah terlupa nak ambil Nutriferon ni, maka hari Ahad tu, mata kembali gatal. Untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk, saya pergi ke klinik dan doktor berikan ubat titis dan ubat tahan gatal. Ubat titis tu fungsinya untuk mengelakkan mata kering. Saya ambil ubat tahan gatal bila perlu dan dalam masa yang sama saya tingkatkan pengambilan Nutriferon selama 3 jam sekali.

mata cantik

Alhamdulillah, keesokannya, mata dah  pulih sepenuhnya tanpa perlu MC…hihi…Syukur!

pengedar-shaklee-malaysia_new

kuman+demam+kepialu+typhoid+fever

Kenyataan Akhbar KPK: Peningkatan Kes Demam Kepialu di WP KL

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima notifikasi sebanyak tujuh (7) kes demam kepialu. Mereka merupakan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar. Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan.

Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Namun begitu tiada kematian dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut.

Bilik gerakan telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan. Sejumlah 37 orang kontak terdiri dari ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa. Sejumlah 79 sampel najis dan 4 sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii. Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL baik.

salmonella

Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah.

Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Typhoid-fever-symptoms.

Demam kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai. Jangkitan juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun. Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di WPKL, dengan bilangan kes semenjak 5 tahun yang lalu adalah di antara tujuh (7) hingga 35 kes setahun.

Caucasian woman washing her hands

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan. Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Makanan yang panas dan baru dimasak perlu dijadikan pilihan utama. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas. Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang berusaha keras menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan penyakit ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

19 Oktober 2015

lemon (1)

1001 Kebaikan Lemon Yang Wajib Anda Tahu!

Written by Dila Roslan on . Posted in 1001 Tips, Article, Tips Sihat

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

 

lemon

Lain-Lain Keistimewaan Lemon

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye

 

 Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

 

 Tiada lagi ulser mulut 

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

 

Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

 

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

 

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

 

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

 

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

 

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

 

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

 

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

 

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut

 

Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

 

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

 

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

honey-lemonade

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Fruit and vegetable alphabet - letter E

25 Kebaikan Vitamin E Shaklee Yang Wajib Anda Tahu

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products

25 KEBAIKAN VITAMIN E  YANG WAJIB ANDA TAHU

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan ataustretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

 

 

Buy 1 Free 1- Vitamin E

Bulan ni ada promosi Istimewa untuk Vitamin E  ni. Beli 1 percuma 1 tau!

pengedar-shaklee-malaysia_new

12039765_970887839617263_788296270659459881_n

Review: Zawara Coffee Bangi

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Hari ni saya nak cerita tentang zawara coffee bangi yang terletak di Bangi Sentral Seksyen 9. Masa ni kami pergi lunch selepas kelas Instagram marketing di Faizland Training Centre.

12039765_970887839617263_788296270659459881_n

Pandangan dari luar Zawara Coffe Bangi

Bila masuk dalam suasana agak gelap dan kurang lampu dipasang di dalam restoran…suasana agak romantik gitu…kalua mereka yang nakkan ketenangan atau masa untuk diri sendiri pun sesuai duduk kat sini….masa saya dan kawan-kawan datang ni waktu solat Jumaat, jadi ramai pelanggan Zawara Coffee ni dari kalangan wanita.

12038233_970887206283993_8742559633252808717_n

 

Bila dah selesai order, kak cery datang ke meja dengan bawak benda ni…Mak aih! Ingatkan bom ke apa…sebab warna hitam camtu siap ada lampu kat depan..rupa-rupanya ia macam alarm…bila dah siap nanti alat ni berbunyi…

12038017_970887142950666_2679662139403549720_n

 

Yeay…dah sampai makanan yang saya order..Spaghetti Salmon Carbonara & Belgium Chocolate Mint…Speggahati sangat sedap! Ikan seketul-seketul…ingatkan tak pedas dan muak rupa-rupanya ade rasa pedas sikit…mungkin dimasukkan sekali chilli flakes.

 

11057910_970887456283968_3626169940774464266_n (1)

 

Ini air minuman yang kami order..Iced Belgium Choc Mint, Coffee Choc Chip Frappe dan Nutty Prop. Shake…Semua sedap!..Selain tu makanan yang kawan-kawan order ialah Spaghetti Bolognaise dan Thai Beef Spaghetti.

12020034_970887389617308_5362096128312966874_n

 

Oh ye, ada sekali Churros yang dijual pada harag RM10 untuk 10 batang..siap dengan Choc Dip sekali….benda ni semua orang berebut sampai tak cukup..jadi Alin pun order tapau 2 bekas…best sebab rangup diluar lembut didalam..

12011372_970887309617316_1315937175476696894_n

Kesimpulannya Zawara Coffe sangat best untuk bersantai bersama kawan-kawan….tempat yang best untuk tenangkan diri dan menyorok sebentar dari kesibukan kerja!

InshaAllah pasti datang lagi lepas ni!

 

Clearance_Sale

Jualan Penghabisan Stok Daripada Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Alhamdulillah…kini kita dah masuk ke bulan Oktober 2015…Best sangat bila dapat sms daripada Shaklee bulan ni, salah satu promosinya ialah CLEARANCE SALE!

Ala-ala jualan cuci gudang gitu…dan best lagi sebab produk yang nak kasi clear ni ialah Vitamin E…produk yang memang hot sentiasa sebab femes sebagai Vitamin Cantik kan…

clearance Vitamin E

Ok…kalau anda beli 2 vitamin E bulan ni, dapat diskaun 50%!!

Ini bermakna kalau anda beli 1 Vitamin E bulan ni, percuma  1 botol lagi…

Tapi, semua tawaran ini hanya sementara stok masih ada saja ye….

Nak LEBIH BANYAK?

Jadi ahli dulu…dan anda akan dapat merasai lebih banyak faedah sebagai ahli Shaklee termasuklah harga diskaun kesemua produknya…

Jom pakat order!

pengedar-shaklee-malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: