Dedicated server floridacairwrittenShared hosting reviewkulitSuper cheap hostingreading continuekonsentrasiturutWeb space hosting

Archive for September, 2015

12032075_10153829830594928_1326462745211686007_n

Testimoni ESP: Kulit Lebih Berseri dan Badan Kekal Kurus Selepas Bersalin

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni ESP

Hari ni saya nak share tentang kisah seorang akak ni…tak sangka, dulu punyalah tak suka ESP sampai sedekah kat orang…tapi rupa-rupanya ESP nilah yang membantunya dari mengandung hingga bersalin dan menyusukan anak. Ni kisah beliau:

12072792_970967939609253_6451054189101112494_n

 

Antara masalah yang dihadapi kak Nadiah ni:

> Ketika Mengandung:

– Perut selalu lapar dan minta diisi. ESP bantu kawal selera makannya.

-Kulit jadi makin ‘glowing’ dan lembab sejak amalkan ESP.

> Selepas Bersalin:

– Teruskan ESP untuk bantu kekal kenyang dek kerana menyusukan anak. Badan pun kekal kurus macam dulu-dulu!

12032075_10153829830594928_1326462745211686007_n

Alhamdulillah, hikmah akak ni ‘sedekah’kan ESP nya kepada kakak beliau, sekarang terus jatuh cinta sampai tak mahu berpisah lagi dah dengan ESP tu kan! Mesti kakak pun untung sebab dapat rasa kebaikan ESP tu sendiri. Best tak, bila makin berusia, makin cantik dan berseri!

pengedar-shaklee-malaysia_new

11947763_959891997383514_7467188949527243446_o

Testimoni ESP: Pulihkan Masalah Kulit Hodoh Dengan Berkesan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni ESP

Gambar sebelah kiri diambil semasa trip Shaklee pada tahun lepas…ketika Luqman baru berumur 1 tahun 10 bulan. Bayangkan, saya menderita eczema sejak mengandungkan Luqman sampai dia berumur 1 tahun lebih.

Dalam entry sebelum di bahagian Testimoni ESP, ada diceritakan tentang masalah kulit yang saya hadapi di bahagian tangan. Memang ia beransur hilang, tapi eczema ni sifatnya akan berulang kembali. Jadi, sejak balik dari US, saya tingkatkan pengambilan ESP Shaklee daripada sekali sehari kepada 2 kali sehari.

Antara kelebihan ESP Shaklee ni, ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot, serta mengurangkan kedutan serta mengurangkan kesan parut dengan selamat dan berkesan.

Anda tahu tak, untuk menangani masalah kulit, kita tak boleh bergantung kepada solusi luaran sahaja..kena juga rawat dari dalam untuk memberi makan kepada sel-sel kulit kita 12028626_970341766338537_8487114587374539954_o

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

12039532_969804073058973_7288851714425983571_n

Salam Aidiladha 1436H

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Salam Aidil Adha kepada sekalian umat Islam di seluruh dunia. Semuga Allah permudahkan urusan ibadah saudara-saudara kita dan di kurniakan Haji Mabrur kepada mereka yang sedang mengerjakan Haji.

Semoga yang tinggal pula mampu menzikirkan segala rahsia haji dan ibadah kurban umat seluruh dunia diterima Allah jua….

aidiladha

Smartphone2

Kelas Eksklusif Aplikasi Smartphone dan Instagram Marketing

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan

Beruntungnya saya, bila join Kelab Blogger Jutawan Shaklee ni, dapat banyak faedah….antaranya dapat join kelas-kelas eksklusif yang diadakan secara intensif untuk ahli-ahlinya dalam membantu menjalankan bisnes online.

Jumaat lepas, saya dapat join kelas belajar aplikasi smartphone untuk edit gambar dan buat poster kasi cantik macam professional. Sebelum mengajar kami, cikgu-cikgu ni menuntut ilmu daripada SNAP (Saiful Nang Academy of Profesional) dan kemudian menurunkan ilmu tersebut kepada kami pula. Nak tengok betapa meriahnya kelas kami ni? Jom layan gambar..

 

SMartphoneTengok tu, semua fokus nak amik gambar ESP…femes ESP hari tu..hihi..

Instagram4

Smartphone3Tengok tu posing beratur kemain lagi kan!

Smartphone4

Smartphone5

Dah habis kelas aplikasi smartphone, kita belajar pula tentang Instagram Marketing…diajar oleh Cikgu Mija…memang pakar bab ni…saya melopong je bila banyak sangat ilmu baru yang diajar. Memang waktu yang ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan ilmu Instagram marketing ni…

Instagram5

Instagram3Eksklusifkan kelas ni…coaching 1-1 turut diberikan!

Instagram2

Instagram4

Bila dah mahir, dah pandai buat sendiri dah!

Kelas-kelas ni memang best sebab murah dan dapat lmu yang banyak….jadi ramai yang hadir…sebab kalau nak pergi kelas luar, mau kena bayar beribu…inilah keistimewaan yang diberikan untuk ahli Kelab Blogger Jutawan!

Nak join tak? Jom!

pengedar-shaklee-malaysia_new

muslim kids talking 2

10 Tips Menggalakkan Anak Bercakap

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Tanyalah sesiapa pun yang ada anak, pastinya mereka mahu anak mereka suka bercakap dengan ibu ayahnya. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan
1. Anak bercakap , kita boleh stimulate sepanjang masa.  sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ini perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.
2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya wujudkan perbualan aktif 2 hala antara kita n anak. Ini memang perlu berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sebab gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.
3. Banyakkan buat projek/ aktiviti dengan anak. Kalau umur 1 tahun tu, dah boleh buat experimen dah. Haaa, sbb bila kita buat projek, ini akan galakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa nak communicate kerana mahu suarakan pendapat dan lain lain.
4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar
5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basus, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.
6. Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama,bagi idea,tanya mereka,bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.
7. Ulangan. Perkataan perkataan harian, kita boleh mulakan ulang banyak kali. Mama, abah, mandi , makan, tidur, doa,solat. Jadi mereka nampak perbuatan dan sebutan tu serentak dan berulang kali
8. Ubah habit ibu ayah dari banyak bergadget. Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk banyak cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.
9. Habis, kalau kami mmg orangnya jenis tak banyak cakap? Takpa, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..
10. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci, mengeluh. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar. Iya benar, ia bukan tiba tiba tapi perlu latihan minda dan jiwa
11. Jadikan semua di atas sebagai RUTIN
Kredit: Naluri Parenting
ketam 1

Resipi Creamy Butter Crab (Ketam Masak Mentega Berkrim)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan

Selalunya saya beli ketam buat masak lemak atau sweet and sour. Tapi resipi ni semua memerlukan penyediaan barang yang agak banyak walaupun masaknya simple. Fikir punya fikir, tetiba teringin nak makan Butter Crab yang pernah kami makan kat kedai Cina Muslim dulu….ingat lagi, 3 ekor je pun dah nak dekat RM60! So, godek-godek Pakcik Google, jumpalah resipi ni..tapi kami ubah ikut kesesuaian tekak family…

 

Bahan-bahannya:

1 ) 6 ulas bawang putih dicincang halus

2) 1 tin susu cair

3) 5-6 sudu besar mentega (saya pakai Buttercup)

4)  5 ekor ketam dibelah 2

5) 3 biji kuning telur masin

6) sedikit daun kari

7) Sedikit minyak untyk menggoreng

8) Garam secukup rasa

ketam 2

Cara-caranya:

1 ) Goreng ketam dalam kuali berisi sedikit minyak sehinga 80% masak. Kemudian tutup api.

2) Dalam kuali lain, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.

3) Bila dah naik bau, masukkan susu cair dan kemudian masukkan kuning telur masin. Lenyekkan ke dalam susu tersebut sampai hancur dan sebati.

4) Gaul semua bahan pada api sederhana. dan perasakan dengan garam. Kadang-kadang telur masin tu dah cukup bagi rasa jadi tak perlu masukkan garam lagi.

5) Masukkan ketam yang dah digoreng tadi dan gaul hingga sebati sehingga kuah agak mendidih. Kacau hingga agak pekat tapi jangan pekat sangat nanti mudah jadi kering.

6) Sedia untuk dimakan!

*Paling best makan dengan Nasi Goreng dan Kalian Goreng…hihi…

ketam 1

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

ilmu

Apakah Ilmu Yang Paling Bermanfaat?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Bila kita berpeluang belajar ilmu baru, jangan sesekali rasa ilmu tu takkan ada gunanya…mungkin pada masa tu kita belum praktikkan sepenuhnya. Tapi satu hari nanti pasti ia akan berguna…walaupun mengambil masa bertahun lamanya..

Kalau dulu saya pernah bergelar Engineer, tapi banyak ilmu yang dipelajari masa universiti dulu boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebagai suri rumah.

Pengalaman sebagai ahli Kelab Media Dan Teknologi juga banyak membantu saya ketika melalui zaman pekerjaan.

Kini setelah 7 tahun berlalu sejak kali terakhir memegang alat-alat ini, saya kembali menggunakannya untuk event sangat penting Ahad ni.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia…tapi ilmu yang paling bermanfaat adalah apabila disampaikan kepada orang lain kerana fitrah ilmu itu ibarat air yang perlu mengalir…

11986529_961954450510602_586553587561778675_n

Sarapan Berkhasiat Bantu Kurangkan Berat Badan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Kesihatan, Slimming

Anda sedang berusaha nak kurangkan berat badan?

Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Kenapa?

Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi LEBIH CENDERUNG UNTUK GEMUK berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi?

 Sarapan pagi MENSTABILKAN HORMON dan PARAS GULA  di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. Sebab tu kalau saya tak sarapan, memang pening kepala dibuatnya.

Sarapan yang bagus ialah sarapan berkhasiat dan mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Pastikan juga ia bukanlah makanan bergoreng, bersantan serta mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

sarapan berkahsiat

Bagi mereka yang sedang diet serta mereka yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari, adalah digalakkan untk mengambil makanan yang tinggi protein. Ini kerana pengambilan protein dapat meningkatkan rasa kenyang dengan lebih lama berbanding mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Hampir setiap hari, jadual saya pada sebelah pagi amat sibuk sehingga membataskan waktu saya untuk menyediakan sarapan. Sebab tu saya minum ESP Shaklee setiap pagi selepas Subuh sementara saya menyediakan sarapan untuk diri sendiri dan Luqman. ESP Shaklee mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan dan diperlukan daripada makanan.

esp-soy-protein

Alhamdulillah, saya dah minum ESP ni sejak tahun 2010 dan sangat berpuas hati dengan ESP ni…tak kan ambil yang lain dah!

pengedar-shaklee-malaysia_new

11864830_961682330537814_4694047333768217039_o

2 Langkah Mudah Tingkatkan Daya Fokus Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak cerita tentang kisah keluarga kami semalam, ahad 6 September 2015. Alkisahnya, kami sekeluarga ke Faizland Training Centre (FTC) , Bangi dari pagi. Buat apa? Haaa…asalnya nak teman abi pergi kelas Tafsri AlQuran untuk kaum suami & bapa (Rijal). Sambil teman tu, Ummi pula belajar buat poster guna mobile Apps dengan mentor Shaklee, kak Cery..

aq1Tu dia serius muka ayah-ayah ni masa dalam kelas kan

ibu2Ni pulak wajah mak-mak sambil belajar buat poster…happy je sempat selfie lagi tu.

anak2Ni pulak gelagat anak-anak dalam Kids Room

Tapi, saya cari-cari Luqman dan Syafie…takde pulak dalam KidsRoom ni…rupa-rupanya…

anak

Terjumpa 2 beradik ni kat depan sambil buat ‘sesuatu’….Buat apa tu? Ummi pun mintalah tolong Kak Elly untuk ambil gambar dari depan..

anak3

Rupa-rupanya tengah tekun melukis dan menconteng atas kertas di kala budak-budak lain tengah main dalam Kids Room..Wahhh, Ummi kagum! Sebabnya, mereka dapat duduk diam diam dan tak melompat bermain macam kanak-kanak lain…

anak4

Tengok tu, siap berdiskusi macam budak besar pulak…saya teringat dulu, Syafie paling susah nak duduk diam..sampai risau dibuatnya sebab tak dapat beri perhatian bila kita bercakap dengan dia..

Apa yang saya buat sejak awal tahun ni untuk menyelesaikan masalah ni?

1) Katakan TIDAK pada Gadget

    – Gadget seperti smartphone, tab dan TV adalah antara penyebab kepada masalah fokus kanak-kanak. Saya STOP beri dia tab, dan gantikan dengan PEN dan KERTAS. Mula-mula memang dia menconteng je…tapi lama-lama dia mula melukis. Masa tu, kita selalu puji lukisan dia supaya dia rasa lebih dihargai. Saya juga suka letak lukisan dia kat peti ais sebagai kenangan.

lukisan anak5Tengok tu, bangga kan muka bila tunjuk lukisan dia.

2) Beri makanan tambahan yang berkhasiat dan mengandungi Vitamin

– Kanak-kanak yang sering makan makanan tak seimbang selalunya menghadapi masalah untuk fokus. Keperluan badan mereka yang memerlukan vitamin dan minerals sebagai nutrisi penting untuk pembinaan sel badan juga akan terbantut kalau makanan harian mereka tidak mengandungi gizi yang seimbang. Sejak awal tahun ini, saya pastikan Syafie dan Luqman minum Mealshakes Shaklee setiap hari. Mealshakes ni rasa vanilla, jadi best sangat bila campur dalam susu. Mereka juga jarang demam sejak minum Mealshakes ni.

meal-shakes

Alhamdulillah, saya nak teruskan cara ini untuk membantu memupuk daya konsentrasi anak-anak hingga besar nanti. Seronoknya bila dah jumpa cara yang mudah dan berkesan ni!

pengedar-shaklee-malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: