Reliable web hostingmana macamwrittenSuper cheap hostingberminatsemuanyaVps airlinesVps windowskita

Archive for August, 2015

muslim mum

10 “Bahasa Dosa” Yang Wajib Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Keibubapaan

Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1)Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

📕 Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

📗 Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

📗 Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

📘 Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

📙 Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

📔 Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. ?

📔 Jangan membezakan kasih sayang. Dapatkan sikap toleransi kerana sikat tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8)Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

📒 Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

📓 Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

😍 Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

🍀🌹 Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. 🌹🍀🍀

Sumber: Whatsapp

BREASTFEEDING SET

Supplemen Menyusu Lengkap yang Sesuai Dijadikan Hadiah Bersalin

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Set Supplement, Set YES Wellness Pack, Shaklee Products

“Kak, macam mana nak kasi banyak susu?”

“Kak, macam mana nak elakkan baby kita dari sakit sebab minum susu ibu je?”

“Kak, kalau baby ni fully BF, cukup ke khasiat yang dia dapat dari susu ibu tu?”

Haaa…inilah antara persoalan yang sering ditanya oleh ramai ibu menyusu. Meh saya nak kongsikan set  menyusu yang wajib dimiliki oleh  semua ibu yang menyusukan anak mereka.

BREASTFEEDING SET

Cantikkan set ni? Boleh hadiah terus kepada kawan yang bersalin tu! =)

 

Set ini terdiri daripada:
> ESP – membekalkan tenaga dengan segera, mencegah migrain dan imsomnia untuk ibu menyusu, serta membantu susu menjadi lebih pekat. Sangat disarankan untuk bantu ibu kenyang lebih lama.

> SR Vitamin C – penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan memberi khasiat yang sama kepada susu ibu. Jadi,anak akan mudah terhalang daripada penyakit dan virus dari persekitarannya.

> Vitalea – membantu para ibu untuk melengkapkan nutrisi harian mereka yang kekurangan vitamin dan mineral penting. Setiap tablet mengandungi 30nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Selalunya ibu yang menyusu ni kadang tak sempat nak makan makanan yang lengkap dan betul, jadi Vitalea ni sangat membantu=)

> Ostematrix– membekalkan sumber kalsium yang mengahalang osteopororsis, menguatkkan kuku dan sistem saraf. Maklumlah, bila dah menyusu ni, keperluan ibu menyusu terhadap sumber kalsium meningkat, jadi kalau kurang tu, ibu akan terdedah kepada risiko penyakit-penyakit ni.

> Omega Guard Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran serta membantu tumbesaran otak bayi.

> B Complex – Mengurangkan tekanan ibu dan memastikan kesihatan fungsi saraf, serta meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia. 

> Alfalfa Complex – Alfalfa ni paling bagus untuk mencuci hati, darah dan usus, tapi, dalam masa yang sama, ia juga bertindak sebagai penggalak susu ibu. Tapi, saya menasihatkan ibu turut memastikan mereka minum air yang mencukupi serta mengamalkan konsep ‘supply dan demand’.

Set ini amat digalakkan untuk ibu menyusu yang mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, Set ini juga membantu ibu menyusu untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun menyusukan anak mereka.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya untuk konsultasi Percuma=)

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

lukisan anak3

Tips Parenting: Memerhati Karakter Anak Melalui Lukisan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Assalammualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca.  Sekarang ni, salah satu perkara yang saya suka buat ialah simpan lukisan anak-anak. Anak sulung saya, Syafie terutamanya, suka sangat melukis sekarang ni.  Mula-mula, memang tak faham sangat lukisannya….maklumlah, baru nak belajar pegang pensel…tapi lama-lama jadi cantik pula. Dan hari demi hari, lukisannya bertambah cantik…jadi sayang pula tengok lukisan tu…hihi…dan sekarang ni saya simpan beberapa lukisan Syafie yang nampak cantik…saya akan tulis tarikh di atas lukisan tu untuk dijadikan kenangan. Lagipun, bila tulis tarikh, kita boleh pantau perkembangan anak-anak dari segi kebolehan melukis tu. Ni antara lukisan Syafie yang saya rasa cantik dan mahu simpan sebagai kenangan.

lukisan anakSyafie amat obses dengan ‘Fire Truck’ …jadi dia selalu lukis gambar lori bomba.

 

lukisan anak2Ini imaginasi Syafie tentang gambaran kapal terbang dan rumah serta penumpang

 

lukisan anak3Ini pula gambar robot, kereta polis dan ambulans (bersama doktor dan pesakit-pesakit)

 

lukisan anak5Inilah dia tuan punya gambar yang sangat bangga dengan hasil lukisannya…hihi

Daripada lukisan anak-anak ni, kita sebenarnya dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat anak, kecenderungan serta minatnya bahkan kita boleh memantau perkembangan dan daya imaginasi anak-anak. Kalau Syafie ni, daripada lukisannya, saya dapat rasakan yang dia sangat minat kereta dan lori bomba. Lukisannya juga bertambah cantik kalau nak dibandingkan dengan hasil lukisannya tahun lalu.  Jadi, buat ibu bapa, salah satu cara untuk mengenal karakter dan kecenderungan anak-anak ialah melalui lukisan mereka, kerana lukisan adalah salah satu cara mereka mengekspresikan diri mereka. Dulu, rasa macam nak buang kertas lukisan tu sebab tak kita tak faham apa yang anak lukis tu, tapi sekarang, bila lukis cantik, rasa sayang pula kan?

Ada sentimental value gitu!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

 

 

kelasblog

Kelas Tafsir Al-Quran Untuk Kaum Bapa – 23 Ogos 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Jutawan, Shaklee Business Opportunity

Alhamdulillah, ahad lepas, kami sekeluarga telah memenuhi hari minggu dengan aktiviti yang sangat menarik untuk kami seisi keluarga. Kaum bapa ada perjumpaan khas dengan Ustaz Syauqi dari Rumah Prihatin. Ini kali pertama mereka mengadakan perjumpaan. Sebelum ni kami kaum ibu ada kelas Tafsir dengan Ustaz Syauqi setiap hari Jumaat.

photo_2015-08-25_00-39-07

 

photo_2015-08-25_00-39-12

 

Kaum ibu dan isteri pula ada sesi eksklusif dengan PM Cery…santai je tapi banyak ilmu dapat ni!

photo_2015-08-25_00-39-02

 

photo_2015-08-25_00-38-28

 

Haa…anak-anak pun ada aktiviti untuk mereka…sambil ayah ada kelas dan mak berbincang, mereka pun buat aktiviti melukis, mewarna dan lain-lain..

photo_2015-08-25_00-39-23

photo_2015-08-25_00-39-51

 

Saya bertuah kerana berada dalam kumpulan Jutawan Shaklee…bukan senang nak dapat peluang untuk kelas agama yang eksklusif macam ni kan?

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

Untuk kulit cantik (1)

Anda Wanita Sibuk? Supplemen Ini Khas Untuk Anda!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Sihat

Isteri, ibu, anak…itulah tanggungjawab asasi  yang wajib digalas seorang wanita…belum lagi masuk tanggungjawab sebagai seorang pekerja di tempat kerja….Kalau nak cakap pasal kerja rumah je, memang tak akan habis! Dan atas sebab kesibukan itulah ramai wanita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap kesihatan mereka…

Takpe, kalau anda tak sempat nak belek vitamin yang banyak-banyak tu, saya syorkan anda sekurang-kurangnya amalkan 3 supplemen ni..dan yang paling best, 3 supplemen ni dalam bentuk sachet…jadi sennag je nak masuk dalam handbag…sambil tunggu dalam jem boleh minum, sampai kat pejabat atau berhenti di pasar pun boleh minum!

Untuk kulit cantik (1)

1) Shaklee Collagen Powder:

Saya amalkan untuk kecantikan kulit kerana ia terbukti dapat membantu kulit menjadi tegang, parut semakin pudar dan tona kulit lebih sekata. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Yang bestnya ia sangat mudah diserap badan kerana bermolekul sangat ringan  kira-kira 1,000 Dalton.

2) Cinch Energy Tea Mix:

Saya suka ambil Cinch Tea ni untuk dapatkan tenaga secara segera. Minum pagi inshaAllah segar sampai ke patang. Cinch Tea mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina. Bulan Ramadhan lepas, saya minum setiap hari dan turun beberapa kilo!

3) Nutriferon:

Ha, yang ni memang kegemaran saya sebab bila amalkan minum Nutriferon ni setiap minggu, risiko untuk dijangkiti penyakit berkurang. Sebab Nutriferon terbukti bertindak tingkatkan sistem imun badan kita melalui ramuan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun.

 

Haa…semua dalam bentuk sachet…mudahkan? Malah, Nutriferon tu saya telan terus daripada Sachet dia..sebab rasanya manis-manis gula tebu. Best!

Nak cuba tak?

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

talam berlauk

Resipi Talam Berlauk

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Dah lama teringin nak makan kuih ni…Tapi, kalau beli memang tak puas…jadi saya pun cari resipi dan jumpa di sini..Nak buatlah!

 

bahan kuih talam berlauk
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat talam berlauk
Bahan bahan : 
 
Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
 
Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil 
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang 
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. 

Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. 
 
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan. 
 
kuih talam berlauk
Daripada adunan ni, dapat 2 talam size sederhana
Cara Membuat Talam Berlauk:
1) Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit. 
 
2) Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. 
3) Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.  Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan.
close up kuih talam berlauk
Ni close up sikit rupa kuih talam ni
kkuih talam berlauk
Ni rupa bila kuih dah dipotong
Selamat Mencuba!!
pengedar-shaklee-malaysia_new
foremilk&hindmilk

Apa Itu Foremilk dan Hindmilk?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding

Entry kali ni saya nak bercerita tentang  Foremilk dan Hindmilk. Bagi ibu yang menyusu, penting untuk anda tahu apakah bezakedua-duanya yang merupakan bahagian daripada susu ibu yang normal.
foremilk&hindmilk
Apa Itu Foremilk?
– Foremilk ialah bahagian susu yang cair dalam susu yang matang. Ia kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Ia berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.
Apa Itu Hindmilk?
– Hindmilk ialah bahan susu yang keluar beberapa saat selepas Foremilk. Ia lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding Foremilk.
Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.
Mana lebih penting?
Kedua-dua bahagian susu ibu sangat penting dan saling melengkapi.  Foremilk diperlukan oleh otak dan hindmilk diperlukan untuk fizikal. Sekiranya najis bayi berwarna kuning keemasan,  itu bermakna bayi menerima susu yang seimbang dengan kedua-dua struktur ini. Sekiranya najis bayi berwarna hijau, ini menunjukkan bayi perlu melebihkan pengambilan hindmilk.
 tahi-bayi-hijau
Ciri-ciri bayi tidak mendapat cukup hindmilk
*Warna najis kehijauan dan adakalanya disertai lendir.
*Bayi kerap muntah.
*Bayi asyik hendak menyusu, cerewet dan sentiasa kelihatan lapar.
*Perut bayi kembung.
*Berat badan bayi naik perlahan.
*Bayi kerap buang air besar dari biasa dan selalaunya sebaik selepas menyusu.
Susu ibu adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi. Adalah amat digalakkan untuk ibu mengamalkan pemakanan sihat untuk memastikan penghasilan susu ibu yang terbaik. Ibu juga boleh mencuba untuk mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk menambah nutrisi susu ibu yang akan diserap oleh bayi melalui susu ibu.
BREASTFEEDING SET
Berminat nak cuba Set Penyusuan ini? Silalah hubungi saya untuk konsultasi percuma!
pengedar-shaklee-malaysia_new
Tips Travel Dengan Anak Kecil (2)

Tips Travel ke Luar Negara Bersama Anak Kecil

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan

Bercuti ke luar negara…macam best kan?

Tapi bila mengenangkan anak-anak kecil yang dibawa bersama ke negara asing, beribu batu jauhnya daripada rumah yang merupakan zon selesa kita, membuatkan kita berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk ke luar negara.

Pada pendapat saya, mengembara ke luar negara adalah masa dan peluang yang sesuai untuk keluar dari zon selesa dan mengenali anak-anak lebih dekat lagi..oh juga, masa yang sesuai untuk kita sebagai ibu bapa mempraktikkan ilmu parenting yang dipelajari selama ini…ala-ala training ground lah kiranya!

Tapi, sebelum nak mengembara tu, ibu bapa haruslah melakukan persediaan yang secukupnya..maklumlah, negara orang bukan semuanya sama seperti di negara kita..tandas pun mungkin tak sama seperti di Malaysia!

Jadi, jom cuba beberapa tips dibawah yang saya gunakan sebagai panduan kepada kami sebelum mengembara ke 3 negara sebelum ni..

Sebelum travel:

1) Beri peluang untuk anak-anak main sepuas-puasnya sementara menunggu waktu penerbangan. Sebab bila dah penat, anak-anak mudah tertidur dalam kapal terbang nanti. Kanak-kanak yang tak biasa naik kapal terbang mungkin akan merasa tidak selesa dan meragam nanti.

stroller travel2Gelagat Luqman sebelum kami berangkat ke Indonesia. Kasi tolak stroller sampai puas dulu sebelum tidur keletihan dalam kapal terbang

2) Pastikan mereka makan dan minum secukupnya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan flight delay dan untuk menghadapi waktu menunggu yang sememangnya lama. Ada ibu bapa yang tak mahu beri anak-anak makan kenyang kerana takut sakit perut. Opps silap! Travelling ialah satu proses yang mengambil tenaga yang banyak dan menyebabkan anak mudah letih. Perut yang dibiarkan kosong juga tidak bagus untuk kesihatan anak-anak.

3) Buang air kecil/besar sebelum naik kapal terbang. Untuk bayi, tukarkan lampin jika perlu. Ini penting untuk memastikan anak-anak berasa selesa dan bersih. Ada kanak-kanak yang merasa tidak selesa untuk membuang air kecil di dalam tandas kapal terbang. Tanya anak anda jika dia mahu membuang air sebelum naik kapal terbang kerana ada kalanya mereka ‘terlupa’ kerana terlalu seronok untuk mengembara=)

 

Semasa travel:

1) Sediakan benda/alat/mainan yang boleh melekakan mereka semasa dalam  kapal terbang. Jangan tunjuk lagi sebelum berlepas. Kalau dah tengok awal-awal, jadi boring pula nanti kan..Antara barangan yang saya sediakan ialah:

– pensil warna dan buku atau kertas

– mainan kereta kecil (jangan terlampau kecil sehingga susah nak cari kalau terjatuh bawah kerusi)

– buku cerita

– blocks

10984027_902585423114172_8054290490189122585_nDalam kapal terbang menuju ke Jakarta, Indonesia. Luqman tidur, Syafie melukis, Ummi update blog..Hehe..

2) Kalau boleh tidur semasa dalam kapal terbang. Tujuannya untuk kumpul tenaga selepas turun dari kapal terbang dan mengelakkan rasa tidak selesa akibat perubahan tekanan.

3) Sediakan makanan ringan dalam pek kecil contoh seperti biskut atau keropok. Ni pun nak lekakan anak-anak ketika berjalan. Eloklah biskut daripada keropok yang tak berkhasiat kan? Pek kecil ni untuk mudah mereka nak makan dan tak bersepah nanti.

biskut julieAntara biskut dalam pek kecil yang menjadi pilihan kami untuk dibawa semasa travel

3)  Pastikan mereka minum air secukupnya untuk elak dehidrasi. Ambil masa untuk minum susu bagi anak-anak yang masih menyusu.

minum susu anakSampai bentang tikar nak kasi can Syafie dan Luqman minum susu… – Hakone, Jepun.

4) Baby Carrier dan Stroller adalah antara barang yang mungkin perlu untuk bayi dan kanak-kanak. Saya memilih baby carrier untuk mudah bawa Luqman tidur semasa di Jepun. Untuk perjalanan jauh, saya bawa juga stroller bagi memudahkan Syafie berehat dah tidur.

ringslingDukung Luqman dalam Carrier semasa di Jepun

stroller travelBawak Stroller semasa berjalan di Disneyland, Tokyo, Jepun.

5) Pastikan memakai pakaian yang sesuai mengikut cuaca. Tak semua kanak-kanak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang sejuk. Jadi, pakaikan pakaian yang tebal dan sarung tangan jika perlu. Kalau banyak berjalan, pastikan anak-anak memakai kasut yang sesuai untuk melindungi kaki daripada kecedaraan.

Baju sejuk anakSejuk sangat semasa naik Feri merentasi Lake Ashi di Hakone, Jepun.

10984622_952584561447591_8041878940238631647_nBanyak berjalan di Jepun, jadi wajib pakai kasut.

6) Bekalkan mereka dengan makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan minerals yang diperlukan. Semasa travel, ada kalanya sukar untuk memberi makanan yang seimbang untuk keperluan anak-anak. Disinilah pentingnya makanan tambahan yang berkhasiat. Saya memberi anak minum Mealshakes Shaklee setiap hari hanya dengan mencampurkan 1 sudu ke dalam susu mereka. Mealshakes mempunyai 19 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melindungi anak daripada sebarang penyakit.

meal-shakesSupplemen yang wajib saya bekalkan kepada anak-anak setiap hari dan ketika travel

Selepas travel:

 Rehat secukupnya. Ingat, kanak-kanak memerlukan masa yang lebih lama untuk berehat daripada orang dewasa. Ibu bapa mungkin boleh mengambilkira hari untuk anak berehat sebelum mereka kembali ke sekolah.

travel-kanak-kanakPulang dari Jakarta, Indonesia

 

 

Macam mana, dah sedia untuk bercuti ke luar negara bersama anak-anak? Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

family

5 Sebab Mengapa Saya Jatuh Cinta Dengan Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Saya ni, bukanlah jenis yang suka pakai set penjagaan kulit muka…hihi..sejak remaja, pakai pencuci je….dan bila dah mula bekerja, barulah mula pakai toner dan pelembab…tu kira habis rajin dah tu!

Tapi, sejak awal tahun ni, saya dah jatuh cinta dengan set penjagaan kulit Shaklee…dah tak pakai jenama lain dah…hanya Nutriwhite semuanya saja…

Set Penjagaan Kulit NutriwhiteInilah dia rangkaian Set Nutriwhite yang saya amalkan

Kenapa saya memilih rangkaian Nutriwhite daripada Shaklee ni?

Ha…penting ye untuk kita tahu bagaimana set penjagaan kulit muka ni berfungsi..bukan main taram je! Shaklee memberi jaminan Nutriwhite berfungsi melalui 5 cara iaitu;

1) Mencegah kesan matahari dan persekitaran yang akan merosakkan kulit dengan cara memberi perlindungan aktif terhadap kulit daripada kerosakan dan kesan kegelapan akibat cahaya matahari dan sinar UV.

2) Mengurangkan kehadiran pigmen gelap pada kulit untuk mengelakkan tona kulit menjadi gelap. Kesannya, kulit menjadi lebih cerah dan sekata, dan apabila digunakan secara kerap, kulit lebih cantik dan bersih.

3) Mengelakkan kesan pigmen gelap daripada timbul ke permukaan kulit yang mengakibatkan bintik hitam.

4) Mencerahkan warna melanin semulajadi, dan seterusnya mengakibatkan tona kulit yang lebih sekata dan cerah.

5) Memperbaharui melalui penyingkiran sel mati kulit yang mengakibatkan kulit menjadi bertompok dan seterusnya menghasilkan kulit yang lebih cerah dan bersinar.

 

Saya ni memang jenis cerewet…dan saya tak akan letak sebarang bahan kimia pada muka…dan ternyata, Nutriwhite adalah pilihan saya sekarang dan untuk selamanya…

Berminat nak cuba Nutriwhite?

pengedar-shaklee-malaysia_new

muslimmum_Sleep

Kisah Benar: Sebelum Ini Sering Terjaga Malam, Tapi Kini Tidur Mama Kembali Lebih Lena

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni Ostematrix

Ini kisah benar yang dihadapi oleh ibu saya…

Dulu, beliau sering mengadu mudah terjaga malam dalam pukul 2 pagi dan tak boleh tidur semula, sampai siap boleh bangun minum dan makan atau membaca untuk hilangkan mengantuk.

Dan kadangkala, bila pukul 4 pagi baru beliau dapat tidur semula..

Akibatnya, esok beliau rasa letih dan lesu kerana tak cukup tidur..kadangkala, kena tidur petang pula untuk hilangkan rasa mengantuk tu.

Dan kesannya, malam tu beliau jadi sukar tidur semula..dan perjalanan ini berulang kembali pada hari berikutnya..

Lalu, saya pun syorkan kepada beliau untuk cuba untuk OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix2

 

Ostematrix ni, memang supplemen yang bagus untuk tulang kerana sumber kalsium dan magnesium yang paling utama. Jadi, apa kaitan dengan tidur yang lena?

Ini kerana pengambilan kalsium sebelum tidur akan memperbaiki masalah kebas dan kejang, sakit sendi dan artritis. Ostematrix juga mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung serta membantu menenangkan saraf yang seterusnya menggalakkan tidur yang selesa.

Saya beri mama makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur dan setelah seminggu, beliau kembali tidur lena!… Alhamdulillah..

Sememangnya Ostematrix ni saya amalkan sejak bersalin anak pertama hingga kini..kalau penat siang tu, malam wajib telan Ostematrix ni..InshaAllah, esok pasti tak ada masalah lenguh badan lagi dah!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: