hingga masakReliable web hostingSetup vpsyangSri lanka web hostingSuper cheap hostingTest dedicated serverkedatanganwrittenshaklee ahli

Archive for June, 2015

gastrik-teruk

3 Tips Untuk Membantu Pesakit Gastrik Berpuasa

Written by Dila Roslan on . Posted in Shaklee Products, Tips Sihat

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke Hari yang ke-10 Ramadhan.

Saya teringat masa zaman sekolah dulu, kalau tiba musim Ramadhan, memang menguji kesabaran! Sebabnya, sejak sekolah rendah lagi saya dah sering diserang gastrik. Mungkin juga kesan pengambilan ubat Migrain yang bernama Synflex. Akibatnya, bila puasa tu, saya memang melepek je untuk minggu pertama. Walaupun dah sahur makan nasi kenyang-kenyang, tapi lepas pukul 2 petang je, saya dah mula melepak dalam bilik sampai waktu asar dan kemudian berbuka.

Dan selalunya, sebelum Ramadhan bermula, saya dah kena mula puasa sunat bagi membiasakan diri dan perut dengan keadaan gula turun dengan mendadak, serta pedih hulu hati apabila waktu petang jika berpuasa.

Masa tu, belum makan apa-apa supplemen,

Juga belum kenal produk Shaklee,

Dan tak tahu pula kalau makan nasi, tenaga yang dibebaskan lebih cepat dan membuatkan kita lapar sebelum waktu berbuka!

Sehinggalah saya kahwin dan mengandungkan anak pertama, ketika itu saya bekerja sebagai Jurutera.

Alhamdulillah, saya berjaya puasa penuh sebulan ketika sarat mengandung 7 bulan!

Apa yang terjadi pada waktu ialah, saya mengamalkan 3 TIPS  setiap hari pada bulan Ramadhan tersebut, iaitu:

1. Bersahur dimulakan dengan mengambil 3 biji Kurma yang  mengandungi serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioksida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain.

kurma

2. Mengurangkan pengambilan nasi putih semasa sahur tetapi menggantikan dengan roti gandum (wholemeal) yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan membantu untuk tahan lebih lama.

roti

3. Minum ESP Shaklee yang merupakan satu-satunya supplemen Shaklee yang saya cuba dan amalkan ketika itu. ESP merupakan minuman tinggi protein yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah. Makanan atau minuman yang mempunyai nilai GI yang rendah menunjukkan gula daripada makanan dipecahkan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system badan kita. Jadi, penurunan kadar gula dalam darah adalah secara perlahan-lahan dan ini amat sesuai untuk pesakit gastrik seperti saya. Info lebih lanjut tentang ESP di sini.

esp-soy-protein

Alhamdulillah, inilah yang saya amalkan sejak berpuasa pada tahun 2010 sehingga kini. Saya berharap leebih ramai pesakit gastrik tidak perlu menanggung derita yang berpanjangan bila berpuasa sehingga terpaksa meninggalkan ibadah tersebut samada yang wajib mahupun yang sunat. Namun sebaliknya, mereka dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang, inshaAllah.

Sekiaranya anda berminat untuk mendapatkan info tentang mana-mana produk Shaklee, jangan keberatan untuk hubungi saya seperti maklumat di bawah, ya!

Saya adalah Shaklee Certified Product Trainer,

pengedar-shaklee-malaysia_new

agar2

Perbezaan Antara Serbuk Agar-Agar, Agar-Agar Panjang (Tali) dan Agar-agar Segera (Instant Jeli)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Ada yang nak masak agar-agar untuk berbuka?

Untuk mereka yang jarang masak agar-agar ni, Kalau pergi ke kedai tu, kadang-kadang tak tahu mana nak pilih bila ternampak serbuk agar-agar, agar-agar panjang (tali) dan agar-agar segera (intant jelly). Betul kan?

Agar-agar Panjang/Tali (Strips Agar-agar)

agartali
Agar-agar bertali biasanya dijual dalam paket plastik panjang dan digunakan sebelum adanya serbuk agar-agar.
Ada saiz paket seberat 12gm, 24gm dan 30gm. Agar-agar jenis ini perlu di rendam dalam air biasa terlebih dahulu untuk melembutkannya selama 3-4 jam sebelum di masak hingga larut.

rendamagartali
Bagi mendapat imbangan air yang betul, satu sukatan agar-agar tali 25gm yang direndam kembang gunakan 1300ml – 1400ml sukatan cecair dan pastikan agar-agar di masak hingga larut sebelum dimasukkan gula.

 

Agar-agar Serbuk

serbukagar2
Agar-agar serbuk biasanya dijual dalam paket 13gm – 25gm.
Datang dalam bentuk serbuk putih tanpa pewarna atau perasa. Tapi, sekarang ni ada yang versi berwarna dan berperisa yang dijual dipasaran.
Untuk mendapatkan agar-agar yang sempurna kerasnya dan tidak berair, setiap sukatan untuk 1 paket agar-agar serbuk 25gm adalah 1500ml (1.5 liter) cecair. Cecair disini bermaksud air sahaja atau campuran (air, susu atau santan).
Manakala untuk mendapatkan agar-agar yang lebih lembut tambahan cecair tidak melebihi 2500ml (2.5 liter).

serbukagar
Untuk agar-agar yang jeenis dicampur dengan pewarna mungkin ada arahan dan sukatan yang lain pada bungkusannya. Serbuk agar-agar ini cara memasaknya, dimasukkan didalam air sebelum dididihkan dan bukannya masuk ketika mendidih. Hasilnya juga lebih elok dari agar-agar tali.

 Agar-agar Segera (Instant Jeli)

instant-jelly

 

Jeli mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding agar-agar. Jeli yang biasanye lembut serta boleh dicedok dengan sudu dan bila dah masuk mulut xperlu susah-susah kita mengunyahnya. Cara membancuh Jeli ada di kotak bahan tersebut. Selalunya hanya tambah air panas dan kacau sebelum tuang ke dalam acuan atau bekas.

Eh, tiba-tiba teringat pula Puding Trifle yang tiap-tiap tahun rajin buat untuk berbuka puasa…hmmm…sedapnya!!

triffle

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

ramadhan

Salam Ramadhan 1436H

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

Welcom-Ramadhan-GSalam.Net_

MARHABAN YA RAMADHAN
=======================

Assalamu’alaikum semua..

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang Mulia ini, saya ingin memahon ampun dan maaf atas segala salah silap yang mungkin saya telah lakukan samada secara sedar atau tidak, samada disengajakan atau tidak.

Saya juga menyeru agar kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah dan diterima Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan taat kepada-Nya..

Salam Ramadhan Al Mubarak…semoga kejayaan milik kita semua..dunia dan akhirat, insha Allah..

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Alhamdulillah...inilah jumlah award yang diterima pada NC kali ini..

Warna-Warni National Conference 2014/2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Daftar ahli Shaklee, Shaklee National Conference, Shaklee News, Side Income

Alhamdulillah…pada 6 dan 7 Jun yang lepas telah berakhir Shaklee National Conference yang sungguh gilang-gemilang. Acara ini ialah acara eksklusif yang diadakan Shaklee untuk meraikan para pemenang award yang telah memenuhi syarat dan kelayakan sepanjang cycle 2014/2015..selain itu turut diadakan “Sharing session” dari Master-Master Shaklee yang telah berjaya. Booth produk pun ada dan sangat best!!

Shaklee NC ni terbuka kepada semua, samada ahli ataupun tidak boleh join…orang awam yang mahu mengenal Shaklee pun dijemput hadir..kesimpulannya NC kali ni memang awesome dan happening!! Oleh itu rasa nak abadikan sikit gambar kat post kali ni….hihi…

Ni tengah beratur untuk Master Parade

Ni tengah beratur untuk Master Parade

 

Ini pulak gambar susana di luar dewan..meriah kan?

Ini pulak gambar susana di luar dewan..meriah kan?

 

Suasana dalam dewan di Mines International Convention Centre

Suasana dalam dewan di Mines International Convention Centre

 

MC dah buka majlis

MC dah buka majlis

 

Masa ni sesi untuk Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim berucap

Masa ni sesi untuk Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim berucap

 

Tengah beratur untuk ambil award pertama, Leadership Consistency

Tengah beratur untuk ambil award pertama, Leadership Consistency

 

Yeay! Dah terima award pertama!!

Yeay! Dah terima award pertama!!

 

Meriahnya acara terima award ni!!

Meriahnya acara terima award ni!!

 

Alhamdulillah...inilah jumlah award yang diterima pada NC kali ini..

Alhamdulillah…inilah jumlah award yang diterima pada NC kali ini..

 

Bergambar kenangan di luar dewan..Shaklee decorate dinding khas ada gambar Shaklee HQ di USA

Bergambar kenangan di luar dewan..Shaklee decorate dinding khas ada gambar Shaklee HQ di USA

 

DSCF8548

Jalan menuju ke Kids Day care....comel sangat tempat khas untuk kanak-kanak...dan paling best, boleh tinggalkan anak kat istu. KAlau ada masalah nanti pihak Shaklee akan call ibu bapa

Jalan menuju ke Kids Day care….comel sangat tempat khas untuk kanak-kanak…dan paling best, boleh tinggalkan anak kat istu. KAlau ada masalah nanti pihak Shaklee akan call ibu bapa

 

Seeblum memasuki kawasan booth/Sales Expo Shaklee

Seeblum memasuki kawasan booth/Sales Expo Shaklee

Antara booth yang menarik ialah Booth Nutriwhite

Antara booth yang menarik ialah Booth Nutriwhite

Masa ni tengah tak ada orang, patutnya akan ada pemeriksaan kesihatan percuma disini oleh Nutritionist Shaklee

Masa ni tengah tak ada orang, patutnya akan ada pemeriksaan kesihatan percuma disini oleh Nutritionist Shaklee

 

Banyak lagi gambar-gambar yang nak dikongsikan, dan selebihnya ada di sini..dan paling best NC kali ini, ramai anak cucu Wondermum Network pun terima award mereka!

WMN_NC2014_2015

Insha Allah, pada NC akan datang, makin ramai anak cucu Wondermum Network akan turut mendapat award…mereka ini telah menjana pendapatan dengan Ahaaklee untuk temoh yang lama, dan kini masing-masing ada dan lebih ramai orang diluar sana yang masih belum merasai kehebatan dan faedah Shaklee….insha Allah, pasti satu hari nanti..

Nak sertai kami dan jana pendapatan dengan Shaklee? Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda=)

pengedar-shaklee-malaysia_new

thnking man

10 Sebab Mengapa Ramai Orang Pilih Shaklee Sebagai Bisnes Mereka

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Daftar ahli Shaklee

Sana-sini orang cerita pasal Shaklee kan? …malam ni saya nak ceritakan tentang sebab kenapa Shaklee menjadi pilihan ramai orang untuk memulakan bisnes mereka.

1. Shaklee membayar sehingga 26 billion kerana anda berkongsi kebaikan produk shaklee.
PRODUK-SHAKLEE
2. Sejak 6 tahun lepas, pasaran Shaklee Malaysia mencatatkan peningkatan sehingga 1000%.
Cool-Growth-Chart-1024x633
3. Shaklee merupakan Syarikat Nutrisi Semulajadi PERTAMA di U.S.
no 1
4. Perbezaan utama Shaklee dengan jenama lain ialah Shaklee dijamin sentiasa SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.
shaklee difference
5. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee mengalami taraf kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang hanya mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.
landmark study shaklee
6. Shaklee kini berada di 9 buah negara di seluruh dunia dan mencapai lebih separuh daripada populasi dunia.
world map
7. Diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oleh BrandLaureate pada tahun 2014/2015.
Brand Laureate
8. Memberi sumbangan supplemen kepada anak-anak kurang berkemampuan. 
shaklee_8
9. Trip percutian ke seluruh negara termasuk Jepun, Australia, Sepanyol, Portugal, Itali, Switzerland, Perancis, UK danUS.
travel
10. Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat Sijil Pengiktirafan ‘Climate Neutral & offset its CO2 Emissions’.
World_In_Hands_02
Berminat untuk sertai kami? Jangan segan silu untuk hubungi saya dan bertanyakan lebih lanjut tentang Shaklee =)
pengedar-shaklee-malaysia_new
saiful nang

Saiful Nang dan Cinch Shake Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Cinch, Set YES Wellness Pack, Testimoni Cinch Shake

Gambar ni bukan nak tunjuk yang Saiful Nang sebagai duta Shaklee ye…hihi…sebabnya, Shaklee memang tak mengupah mana-mana artis untuk menjadi duta produk…Tapi Shaklee percaya yang setiap pengedar Shaklee ialah duta kepada produk itu sendiri ..
saiful nang
Kisahnya, setiap Jumaat ada kelas agama di Faizworld Training Centre yang diketuai oleh Ustaz Shauqi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin kepunyaan Tuan Saiful Nang…dan kebetulan beliau datang lepas kelas pada hari tersebut…dapatlah merasa Cinch Shake Coklat yang dibancuh pada asalnya untuk ‘Ustaz Shauqi…bila dah rasa dan tahu khasiatnya, terus beliau berminat nak bali Cinch Shake Shaklee ni..
Bila ditanya kepada beliau kenapa nak beli Cinch Shake ni, jawapan beliau: “Untuk sihat”…memang betul tu,sebabnya, orang kurus atau gemuk tidak benar-benar menandakan mereka sihat..ada orang kurus yang mempunyai masalah kesihatan sepeerti kolestrol dan gula yang tinggi. Lebih teruk lagi kalau masalah yang tak nampak ni membawa kepada masalah pembunuh senyap yang lain kan?
Dan kalau nak sihat ni, jangan tunggu dah kaya dah jadi jutawan macam Saiful Nang baru nak start beli supplemen…kita haruslah bermula dari sekarang…sebab menjaga kesihatan tu kan tanggungjawab kita kepada tubuh badan yang telah Allah amanahkan..betul kan?
Cakap tentang Cinch Shake ni, sebenarnya Cinch ni ada 3 perisa yang lazat iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanila. Kalau saya sendiri suka Coklat…Hanya bancuh 2 scoop dalam air sejuk dan kocak dalam Shaker Shaklee sampai hancur. Kalau ada blender, boleh blend je dengan buah kegemaran anda..antara buah yang dicadangkan sesuai mengikut perisa masing-masing:
  • Vanilla: Strawberi
  • Coklat: Pisang
  • Caffe Latte: Raspberry
Dan sekarang ni Shaklee tengah buat promosi..kalau beli Set Healthy Fitness yang mengandungi Cinch ni, dapatlah diskaun 5% untuk semua barang dalam set ni..Tapi syaratnya, kena jadi ahli dulu…bila dah jadi ahli dapat pula cash bonus nanti dan macam-macam faedah lain…best kan?
SetSlimming
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee di atas, bolehlah hubungi saya sekarang…konsultasi akan diberikan percuma =)
pengedar-shaklee-malaysia_new
pancake

Resipi Flourless Pancakes (Penkek Tanpa Tepung)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan

Ok..sebenarnya terjumpa reseipi ni di Facebook..Fikir fikir, bagus juga untuk orang diet resipi ni..buat pancake tanpa tepung!..Resipi senang sangat dan tak perlu banyak bahan pun…

Ni bahan-bahanya:

  • 2 biji Pisang
  • 2 biji telur
  • sedikit minyak

 

Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur dan campurkan pisang dalam sebuah mangkuk
  2. Pukul telur dan hancurkan pisang tersebut hingga hancur dan cair
  3. Panaskan kuali leper dan goles sedikit minyak. Tuangkan 1 senduk campuran tadi ke dalam kuali dan biar hingga masak
  4. Siap untuk dimakan!

 

Senangnya nak buat pancake ni kan? Boleh jadi aktiviti bersama anak-anak ni..yang penting ibu bapa perlu mengawasi apabila melibatkan penggunaan dapur dan bahan api..

Selamat mencuba!

 

Resipi Flourless Pancakes

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

YES

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjana Pendapatan Dari Program YES Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Youth Entrepreneur System (YES)

Pada 23 Mei yang lepas, saya diberi kesempatan untuk menyertai rakan-rakan bisnes yang lain untuk memberi penerangan tentang program YES (Youth Entrepreneur System) yang diadakan oleh Shaklee kini.
Apa yang bestnya program YES  ni?
  • TAK PERLU MODAL yang besar beribu ringgit…. serendah Rm600-Rm800. Anda akan dapat keahlian PERCUMA beserta PRODUK!!
  • TAK PERLU KEDAI atau premis. Malah, anda boleh buat dimana saja yang anda suka termasuk rumah anda=)
  • TAK PERLU RESIGN atau berhenti kerja, Memadai luangkan masa 2-3 jam sehari untuk bisnes ini (tapi kalau cita2 tinggi nak berhenti. pun boleh, takde sekatan..hihi)
  • BONUS SETIAP BULAN jika cukup syarat
  • PERCUMA sebotol VITALEA bagi anda yang baru nak sign up bulan ni sehingga October 2015
  • PELUANG DAPAT RM10,000 beserta trofi ( Semua ni kena belajar dengan mentor dlm shaklee ye)
  • TAMBAHAN BONUS bila setiap kali mendaftar ahli baru dan naik rank (ikut syarat).
 Anda boleh pilih mana2 set YES pack yang Shaklee dah sediakan untuk anda memulakan program ini, terdiri daripada Set Prenatal, Postnatal, Fitness, dan Young Living atau pilih saja disini
Dan yang lagi best, anda bukan berseorangan, lepas sign up, latihan susulan ada juga disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia.juga seminar-seminar yang boleh anda ikuti di Shaklee University. 
Memang best!! Di kala ramai yang diberhentikan kerja dan dipotong gaji, tapi syarikat Shaklee bagi extra ‘gaji’ pulak kat pengedar2 Shaklee.. kan best tuu=)
yes shaklee
Nak tahu lebih lanjut tentang program YES dan bagaimana ia mampu mengubah nasib hidup anda? Jom hubungi saya dan saya akan terangkan kepada anda=)
pengedar-shaklee-malaysia_new
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: