atauayam roastedmeningkatTest dedicated serverTop ten vps2015 april roslanalhamdulillah perutyangnurul tuan

Archive for April, 2015

10986700_897181800321201_9065618838869150906_n

Tips WAHM #1: Macam Mana Nak Tidurkan Anak Awal?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Keibubapaan, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Hari ni anak-anak tidur awal . Pukul 8 malam dah tidur. InshaAllah hingga esok pagi nampak gayanya.

Peluang ni saya gunakan untuk buat kerja sendiri yang banyak tergendala.

Nak basuh pinggan mangkuk, kemas rumah, lipat baju dan sebagainya.

Macam mana nak pastikan anak-anak tidur awal?

Jom saya nak kongsikan tips =)

 

1. Pastikan anak tidak tidur selepas Asar.

Waktu siang, kalau anak-anak nak tidur, biar tidur selepas zohor dan sebelum Asar. Kalau tidur lepas Asar, maknanya anak-anak ni dah re-charged… ada tenaga baru. Memang susah nak tidur malam nanti.

 

2. Beri mereka peluang untuk main secukupnya pada waktu petang.

Mujur hari ni Sayfie ada sukan sekolah pada sebelah pagi. Dah main banyak dan letih agaknya. Tapi balik rumah, masih bertenaga. Jadi saya beri peluang dia main lagi dengan adiknya Luqman. Selalunya saya teman mereka main dalam 30 minit pertama. Lepas tu, biarkan mereka main sama-sama.

 

3.  Pastikan  perut mereka kenyang sebelum tidur

Macam orang dewasa, kalau tidur dalam keadaan perut lapar, memang tak lena, kan? Sama macam budak-budak ni. Kasi kenyang betul sebelum tidur. Tapi jangan lepas makan, terus tidur. Tak elok kan? Kadang-kadang ada budak ni, boleh muntah kalau kenyang sangat. Petang tadi Syafie dan Luqman dah habiskan Nais Ayam sebungkus, tu yang tidur lena tu.

 

4. Tutup lampu dan pastikan kawasan persekitaran tempat tidur gelap.

Yang ni nak pastikan anak-anak tidur lebih lama. Kalau cahaya terang, senang terjaga dan lepas tu taknak tidur. Saya lebih suka tutup semua lampu dalam bilik supaya anak-anak tidur tanpa terganggu.

 

Itu saja tips setakat ini mengikut pengalaman sendiri.

Semoga bermanfaat!

pengedar-shaklee-malaysia_new

Aiskrim Shaklee2

Resipi Ais Krim Berkhasiat dan Simple Yang Wajib Anda Cuba

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee

Musim panas ni memang best kalau dapat makan aiskrim. Malangnya aiskrim sekarang banyak pewarna dan perisa tambahan. Jom kita buat sendiri aiskrim yang best tapi BERKHASIAT! Macam mana tu? Jom saya share resipinya..

Aiskrim shaklee

Bahan-bahan:

-Buah Laici dicarik kasar

– Air masak

– Performance Drink

– Vivix

-Mold/Bekas aiskrim ..saya beli di Daiso, 1 set RM5

 

Cara-caranya:

1. Bancuh performance Drink dengan air masak ikut citarasa masing-masing. Macam anak saya ni tak suka pekat sangat. Jadi, saya bancuh cair je..

2. Isi laici yang telah dicarik dimasukkan dalam mold aiskrim

Aiskrim Shaklee2

3. Isikan air bancuhan Performance Drink tu tadi. Saya buat 2 ada PD, lagi 2 saya tambah Vivix 1 sudu kecil…ni untuk ummi & abi =)

4. Tutup mold dan bekukan di dalam freezer lebih kurang 6 jam.

Aiskrim Shaklee 3

5. Aiskrim yang berkhasiat sudah siap untuk dimakan!

 

Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

11060893_890551347650913_6991855891064952040_n

Shaklee Success Seminar 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah, pada ahad lepas saya dijemput oleh Shaklee untuk join satu event yang sangat best…eksklusif hanya untuk leaders berpangkat Efektif Coordinator ke atas. Shaklee Success Seminar ni diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Event ni start petang, dan bersambung dengan dinner pada belah malamnya.

11150228_890550604317654_6001985467203906517_n

 Ambil gambar dulu sebelum peserta lain datang

Mula-mula saya ingat event ni event biasa untuk leaders…mungkin ada amanat yang nak disampaikan oleh Mr.Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia. Setting dewan pun penuh dengan poster Shaklee Success Seminar. Rasa semangat sikit duk depan…hihi..tambah pula yang datang ramai Master veteren…jadi rasa diri sangat bertuah sebab terpilih dan dijemput Shaklee ke event di Hotel kegemaran ni =)

18623_890550737650974_3161868629724073373_nSungguh bersemangat Mr. Victor Lim beraksi tu =)

154568_890550664317648_7316314598658734840_n (1)Model-model Shaklee sedang berposing (Bersama Master Farihah dan Master Nadiah)

11053346_890550690984312_1115783969045895529_n

Sebahagian peserta yang hadir…ramai juga Master yang Veteren.

Rupa-rupanya event ni sangat best dan sangat memberi inspirasi!! Seolah-olah diberi semangat baru untuk membantu lebih ramai orang melalui bisnes Shaklee ni..Dan  tak sabar nak sampaikan kepada anak cucu Wondermum Network.

10552645_890550840984297_1528107363470596040_n

Sempat juga minum petang eksklusif di Cafe Hotel bersama anak dan cucu, Master Tuan Nurul Ain dan Key Coordinator Umee Suziana.

Tibalah saat yang dinanti iaitu dinner pada belah malamnya..menu pada malam tu ialah Masakan Cina. Sajian dihidangkan mengikut turutan dalam menu. Macam biasa, nasi yang terakhir. Jadi semua orang dah kenyang makan lauk sebelum nasi sampai.

11152708_890550880984293_8705197713382533197_nNi menu untuk malam tu. Masa ni dah rasa macam nak makan je menu ni sebab lapar sangat..hihi..

11156183_890550900984291_2761383695860526205_n

Posing dulu dengan Mr. Victor Lim

11100354_890551140984267_8501999221786356389_nAppetizer dah sampai. Masa ni semua berebut sebab kelaparan. Lupa yang akan ada lauk lagi lepas ni.

11138527_890551167650931_1627975664127164604_nAyam Roasted dan Ayam Nestum yang best!

11156191_890551197650928_2451461688537055637_nIni kegemaran semua orang. Buttered Prawn!

11129195_890551104317604_8722244641839341220_nSempat lagi posing 3 generasi ni. Insha Allah, masa akan datang nanti lebih ramai anak cucu Wondermum Network yang akan join SSS ni.

1511901_890551260984255_6154971943135565111_nIkan kerapu masam manis. Sedap! Mujur isinya dah siap potong dan goreng. Tinggal ambil je tak perlu korek isi.

Tengah makan udang, tiba-tiba nama kena panggil. Rupa-rupanya ada penyampaian sijil dan pin SSS. Wah. best!

11174627_893441114028603_743468917047773691_o

11149268_893441674028547_3221164025776888962_nIni dia pin comel tapi eksklusif SSS ni =)

11164751_893441517361896_5092224485405539721_n

11060893_890551347650913_6991855891064952040_nAlhamdulillah, terima kasih Shaklee atas penghargaan ini!

pengedar-shaklee-malaysia_new

images

Kisah Ibu Anak 7 Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Pregnancy Set (Set Mengandung), Set Supplement, Testimoni ESP

Hari ni saya nak kongsikan kisah benar yang berlaku kepada seorang ibu muda anak 7 yang berpantang dan menyusu dengan bantuan supplemen Shaklee. Beliau ni merupakan cucu saya dalam Shaklee. Yang menariknya, beliau tak ada pembantu rumah untuk membantu beliau menguruskan kesemua 7 orang anaknya. Dan dalam tempoh berpantang tu memang ada banyak cabaran dan dugaan yang beliau hadapi…Apa ujian-ujian tersebut? Jom kita lihat video ni…

 

 

Sekiranya anda ada sebarang persoalan atau hendak mengetahui lebih lanjut tentang kisah beliau ni, boleh hubungi beliau di FB beliau sendiri,  Umee Suziana

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

CARS, CASH, TRIPS & DREAMS

3 Perkara BEST Yang Anda Akan Dapat Bila Menjadi Ahli Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, Suri Rumah 5 Angka

Alhamdulillah, kini kesederan untuk menjana pendapatan sampingan memandangkan kos sara hidup yang meningkat. Dan sebab tu ramai yang bertanyakan kepada saya tentang peluang bisnes Shaklee. Apa yang saya katakan, anda bukan hanya akan mendapat wang ringgit…malah lebih daripada itu!

CARS, CASH, TRIPS & DREAMS

 

Ini adalah antara beberapa benda yang telah saya dapat sejak fokus dengan bisnes Shaklee sejak Jun 2012. Ini bermakna, selama 2 tahun 10 bulan, saya telah kecapi semua ini.

 

1) Cash (Tunai) 

Bagi seorang Pemimpin Jualan Shaklee, anda layak mendapat pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun. Pendapatan anda berbeza mengikut pangkat dalam Shaklee. Pangkat tertinggi Shaklee, seorang Master Coordinator mampu meraih pendapatan sehingga 6 angka sebulan. 

INCOME SHAKLEE

Alhamdulillah kini, sudah hampir setahun saya berada pada rank tertinggi Shaklee dan meraih pendapatan 5 angka sebulan. Di bawah susur galur saya, lebih 50 orang pemimpin jualan yang menikmati pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan. Dan menariknya, penyata bonus Shaklee boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank bagi membeli rumah, kereta dan hartanah lain.

 

2) Cars (Kereta)

 Shaklee juga memberi wang bonus khas yang dipanggil car bonus apabila anda layak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Shaklee tidak memberi sebuah kereta supaya anda dapat memilih dan membeli kereta yang diidamkan daripada wang tersebut. Cash Bonus diberi setiap bulan selagi anda masih aktif bersama Shaklee. Ada juga yang menggunakan Car Bonus untuk membayar wang pinajaman perumahan mereka. Terpulang! Itu hak anda. Saya pula, Shaklee masih memberi car bonus setiap bulan dan jumlahnya boleh membayar 3 bulan wang ansuran kereta saya =)

INCOME SHAKLEE _2

 

3) Convention (Percutian)

2 jenis percutian yang ditawarkan oleh Shaklee ialah percutian dalam negeri dan luar negara. Setakat ini, saya sudah menyertai percutian ke Kota Kinabalu pada tahun 2013 dan percutian antarabangsa ke Los Angeles dan California di USA pada tahun 2014. Kesemua tiket kapal terbang, bilik hotel dan makanan di taja sepenuhnya oleh Shaklee. Jangan khuatir, makanan halal disediakan buat peserta Muslim. Keseluruhannya, layanan 6 bintang telah diberikan kepada kami! Saya juga berpeluang menyertai dan layak mendapat anugerah di Global Conference pada tahun lepas. InshaAllah tahun ini, saya akan ke Italy pula, setelah melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.

INCOME SHAKLEE_3

Kini, saya sedang sibuk membantu lebih ramai rakan bisnes di bawah susur galur Wondermum Network untuk turut mendapat pelbagai faedah yang Shaklee tawarkan ini. Ada yang sedang dalam proses menikmati pendapatan 4 angka, 5 angka, dan ada yang sedang berusaha untuk layak mendapat Car Bonus Shaklee….Mungkinkah anda calon seterusnya?

Jom sertai kami sekarang!

pengedar-shaklee-malaysia_new

WMN Family

Rakan Bisnes Wondermum Network

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah, dalam Wondermum Network kami ada ramai rakan bisnes yang telah berjaya mencapai impian mereka….mencapai kebebasan wang, masa bersama keluarga dan anak-anak dan ramai yang telah berjaya mendapat pendapatan 4 angka. Kami masih lagi mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menyertai kami dalam Wondermum Network…

Ingin sertai kami? Boleh hubung saya atau leaders kami seperti dalam video ini =)

 

pengedar-shaklee-malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: