ubah!2014peperiksaanSri lanka web hostingberdarahkandunganberbaring sambil belajarpercumaWhat is the best web hosting service

Archive for March, 2015

Testimoni Eczema & ESP 02

Testimoni: Kulit Kering dan Parut Akibat Eczema Hilang Dengan ESP

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Energizing Soy Protein, Testimoni, Testimoni ESP, Women's Health

Assalammualaikum kepada semua pembaca. =)

Saya nak kongsikan pengalaman ‘ngeri’ saya ketika mengandungkan anak kedua pada tahun 2012, Luqman Muhammad. Masa tu, sejak mengandung, saya tidak menghadapi sebarang alahan dan jarang sangat loya, apatah lagi muntah. Namun, apa yang saya perasan, sejak  5 usia kandungan 5 minggu, saya terpaksa berhadapan dengan eczema yang teruk!

Saya selalu gatal dan  menggaru tangan dan kaki sehingga berdarah. Orang kata, bila luka tu yang nikmat kan? Huu…memang nikmat, tapi sekejap je..bila parut ada tu, teruk sangat! Cuba bayangkan saya terpaksa hadapi situasi ini selama 9 bulan lamanya. Saya ketika tu masih bekerja di pejabat, jadi suasana yang sejuk dan kering aircond tu membuatkan kulit saya makin kering dan gatal.

Pernah satu ketika, dek terlampau gatal sangat, saya terpaksa ke klinik untuk injection. selepas tu saya akan mengantuk dan tidur dan tujuannya ialah nak kasi saya rehat dan berhenti daripada terus menggaru. Saya habiskan beribu ringgit untuk membeli losyen yang sesuai, termasuklah jenama mahal seperti Dermalogica. Namun akhirnya, semua masuk ke dalam tong sampah, sebab masalah eczema saya tak pernah hilang.

Keadaan ini berlarutan lamanya sehinggalah saya bersalin. Saya masih menghadapi masalah ini sehinggalah beberapa bulan selepas bersalin. Ketika tu, saya minum ESP seperti biasa lebih kurang 1 sudu sehari memandangkan saya menyusu. Kononya,  1 sudu ESP tu dah cukup untuk bantu pekatkan dan banyakkan susu badan saya.

Testimoni Eczema & ESP 02

 

Testimoni Eczema & ESP

 

Bila saya mula minum ESP 2 sudu setiap hari, saya mula dapat merasakan perubahan yang berlaku. kulit saya yang semakin kering menjadi lebih lembab dan licin. Tiada lagi kulit kering dan menggelupas seperti dulu. Parut-parut juga semakin nipis dan lama-lama pudar.

Ok, baru saya tahu yang selama ini kulit saya kekurangan protein. Sebab itulah kesan eczema ini memakan masa yang lama untuk pulih. Kalaulah saya ambil ESP 3 sudu sehari lebih awal, mungkin saya tidak akan menderita lama aibat eczema ni. Takpelah, belajar dari pengalaman. 1 hidangan ESP ialah 3 sudu besar bersamaan denagn 14 gram protein. Untuk seorang dewasa, dicadangkan untuk ambil 1-2 hidangan ESP sehari.

ESP membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk membantu pembentukan sel yang merupakan binaan asas dalam badan kita.

Ok, sekarang banyak belajar dah. Sejak hari itu hingga kini, saya akan pastikan saya minum 1 hidangan ESP setiap hari sebelum sarapan. Nak best lagi, campurkan sekali 1 sachet Collagen Powder.

Semoga perkongsian ini turut memberi manfaat kepada semua =)

Salam sayang.

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

 

VICTOR LIM / SHAKLEE

Shaklee Dalam Harian Metro

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity

 

Assalammua’alaikum semua….Saya nak kongsikan tentang Shaklee yang keluar di surat khabar Harian Metro pada hari Rabu, 18 Mac 2015..Buat mereka yang tak sempat baca, jom kita baca versi online punya..


 

VICTOR LIM / SHAKLEE

Sasar perolehan meningkat 50%

Oleh Hafiz Ithnin

 hafizithnin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee) optimis mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan pada tahun lalu bersandarkan pelaksanaan kempen kesedaran produk kepada penggguna dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Shaklee adalah produk makanan tambahan serta barangan keperluan pengguna yang mengguna pakai platform pamasaran secara langsung dan ketika ini terdapat antara satu hingga 1.5 peratus penduduk Malaysia menjadi pengedar produk berkenaan.

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan.

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung.

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam.

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:16 AM


Haa…bangga sekejap kerana telah menjadi salah seorang pengguna yang setia dan juga pengedar Shaklee. InshaAllah, tahun depan, Shaklee bakal berusia 60 tahun. Kalau dah lama dalam pasaran ni, maksudnya jenama ini memang terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai orang.

Berminat untuk dapatkan produk yang sesuai? Jom hubungi Pengedar Sah Shaklee anda =)

pengedar-shaklee-malaysia_new

lampostco

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu – Prof Dr Muhaya

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Motivasi

Artikel ni saya jumpa di sebuah laman blog. Saya tertarik sangat pada tajuknya dan bila baca isi kandungan artikel tersebut, rasa macam terkena je kat diri sendiri. Maklumlah, kita masih menjadi penuntut ilmu walaupun pada hakikatnya dah habis sekolah atau dah tamat pengajian di universiti…sebab proses pembelajaran ni masih berlangsung di mana-mana saja sehinggalah kita meninggal dunia nanti..

62005_2348303283713_1071600762_n

1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com

___________________________________________________________________

Persoalan No.1 memang terkenal di kalangan ramai orang. Hampir semua daripada kita menggunakan alasan ini untuk menyelamatkan diri kan?

Kesimpulannya, sungguh banyak ucapan negatif yang kita sebutkan setiap hari tanpa sedar. Ingat, apa yang kita cakap, fikir, buat dan rasa itu semua adalah DOA.

Jom ubah! =)

 

Salam sayang,

pengedar-shaklee-malaysia_new

PromoMac1

Apa Yang Menarik Sepanjang Mac 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Energizing Soy Protein

Bulan Mac ni menjadi bulan kegemaran bagi semua pengguna dan peminat produk Shaklee!

Yelah, bulan ni saja ada 3 produk yang sedang ditawarkan promosi. Dan lagi meriahnya, hot product Energizing Soy Protein (ESP) adalah salah satu antaranya!

PromoMac1

 Beli 6 canister ESP dan anda akan dapat :

>> 1 canister ESP bernilai RM150

>> Percuma Keahlian Shaklee seumur hidup bernilai RM75

>> Percuma kos penghantaran RM60

>> Percuma Tunai RM36 

PromoMAc2

Beli 2 canister ESP dan dapat diskaun 5%

142527065209169

Beli 3 Percuma 1 untuk Vita-lea For Children dan Zinc Complex

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk-produk di atas, terus hubungi saya seperti nombor di bawah. Jangan tunggu hingga habis stok pula ya!

pengedar-shaklee-malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: