Setup vpsuntuk goreng ikanUnmanaged dedicated server hostingVps cpanel whmdalam terbaruWeb space hostingberasingan

Archive for January, 2015

image

Tips-Tips Memudahkan Kerja Rumah Bagi Ibu Bekerjaya

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Side Income, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum dan selamat sejahtera. Saya terjumpa senarai tips ni dari Pa&Ma. Jadi saya kongsikan di sini untuk rujukan sendiri dan rujukan untuk semua=)

Tip menyediakan sarapan

*Sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.

Tip menyediakan makan malam

*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.

*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.

*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.

*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.

Tip menggosok pakaian

*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.

*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.

Tip mengemas rumah

*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.

*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.

*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.

*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.

Tip mencuci pakaian

*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.

* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah jangan abaikan anak-anak yang perlukan perhatian. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam dengan anak-anak. Pelukan, ciuman dan berbual-bual dengan mereka sambil membuat kerja membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastikan sebelum tidur anda bercerita atau membacakan buku cerita untuk mereka.

Semoga bermanfaat!

pengedar-shaklee-malaysia_new

infusedwater_3

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Lemon dan Halia untuk Membuat Infused Water

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi, Resipi Masakan, Shaklee Products

Assalammualaikum kepada semua pembaca=)

Hari ni saya nak cerita tentang air kegemaran saya sekarang ni..sebenarnya ramai yang dah duk buat air ni…mungkin saya je yang tertinggal keretapi..apa lagi kalau bukan Infused Water.

Ia juga dikenali sebagai air detoks kerana merupakan campuran buah-buahan, herba dan madu. Air ni dipercayai mampu menguruskan badan secara sihat tanpa produk lain atau ubat-ubatan. Apa-apapun, resipi yang saya buat memang best!

Kebaikan Air Detoks

  • Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Bantu kita buang air dengan lebih kerap serta elak sembelit
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
  • Meningkatkan fokus
  • Permulaan yang baik untuk kurus
  • Mengurangkan risiko barah usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah
  • Meningkatkan kesihatan badan menyeluruh

 

Bagaimana Membuat Infused Water

infusedwater_1

 

Bahan-bahan:

  1. Lemon
  2. Daun Pudina
  3. Halia

 

infusedwater

Cara-cara membuat

  1. Potong bahan mengikut citarasa. Lemon dihiris nipis, Halia dihiris atau ditumbuk.
  2. Letakkan semua bahan dalam jar atau botol
  3. Penuhkan air sehingga penuh 1Liter dan tutup
  4. Biarkan semalaman hingga bahan sebati dalam peti ais.
  5. Minum=)

infusedwater_3

 

Rupa campuran bahan dan air sebelum masuk peti sejuk.

Kebaikan Lemon dan Halia

1. Lemon membantu dalam pencernaan (Menyegarkan nafas)

2. Halia bagus untuk sistem imun dan sistem pertahanan badan.

3. Selain itu, halia juga membantu mengeluarkan angin dari badan..haa, lepas minum ni anda harus bersedia untuk buang angin secara semulajadi, ye!

Anda juga boleh cuba tambah atau guna bahan lain ikut citarasa=)

10901523_843952068977508_1412805562_oIni rupa air detoks setelah dikeluarkan dari peti sejuk setelah dibiarkan semalaman…

Selamat mencuba!

pengedar-shaklee-malaysia_new

 

Vitalea_Children_New

3 Produk Shaklee Yang Pasti Popular Sepanjang Januari 2015

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee News, Shaklee Products

Assalammualaikum dan salam sejahtera…Diharapkan semua pembaca sihat dan ceria hendaknya.

Saya tak sabar nak kongsikan kepada semua pembaca, yang bulan ni Shaklee adakan 3 Promosi serentak! dan saya yakin 3 produk ni pasti akan menjadi popular sepanjang bulan ni..Jom kita tengok apa dia 3 produk tu:

 

Vitalea_Children_New
1) Vitalea For Children

Produk ni sebelum ni tidak ada di pasaran selama  lebih kurang setahun…Ia merupakan multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak kerana boelh dikunyah. Dan untuk kali ini, Vitalea For children ini mempunyai rasa masam manis seperti anggur.Saya teringat dulu masa kecil, kalau pergi  klinik mesti doktor akan bagi vitamin c yang boleh dihisap atau dikunyah, jarang klinik sekarang nak buat macam tu, ramai yang pilih untuk beri gula-gula bagi menenangkan anak-anak. Alahai!

Kali ini, Vitalea For Children diperbaharui isi kandungannya dimana 14 nutrisi kandungan dalam Vitalea For Children  dipertingkatkan. Ia juga tidak mengandungi bahan pemanis yang boleh merosakkan gigi.

Sepanjang bulan Januari 2015 ni, anda boleh menikmati promosi istimewa Beli 3 percuma 1 Vitalea For Children ni=)


vivx2) Vivix

Vivix ni memang All-Time Favourite! Terkenal sebagai ‘Tonik Ajaib Shaklee’ kerana mampu mencegah banyak penaykit. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

 

Shaklee-027-Alfalfa

 

3. Alfalfa 

Produk ni terkenal di kalangan ibu menyusu, mereka yang mempunyai masalah resdung, keputihan, penghadaman serta mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan. Alfalfa terbukti dapat dijadikan milk booster yang telah membatu ramai ibu menyusu untuk menyusukan anak mereka. Oleh kerana alfalfa ni sumber asal daripada tumbuhan, maka ia amat sesuai diambil bagi mangatasi masalah sembelit atau penghadaman tidak teratur. Untuk wanita yang menghadapi masalah keputihan, wajib cuba ni!

 

Kenapa ketiga-tiga produk ni popular bulan ni? Pastinya kerana ada promosi berbaloi daripada Shaklee..

vitaleakids promo

 

Beli 3 botol VITALE FOR CHILDREN dan dapatkan 1 botol PERCUMA

 

 

 

promojan15_03

 

Beli 6 botol  PERCUMA 1 untuk VIVIX , ALFALFA (S) dan ALFALFA (L)

promojan15_02

Beli  2 botol  dan dapatkan 5% DISKAUN  untuk VIVIX , ALFALFA (S) dan ALFALFA (L)

Haa…tu dia..pembelian yang sangat berbaloi buat mereka yang mahu membeli dan berjimat pada masa yang sama. Hanya inilah waktu nya…Terutama promosi Vivix tu…bukan senang dan jarang berlaku…jadi, apa tunggu lagi? Jom order dengan saya! =)

pengedar-shaklee-malaysia_new

vitalea_02

Vitalea For Children Kini Kembali Dengan Isi Kandungan Baru!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Children's Nutrition, Shaklee News

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak kongsikan berita gembira..Vitalea kids kini kembali dengan wajah, perisa dan isi kandungan yang lebih banyak vitamin!

vitalea_01

Haa..tengok ni, semangat kan beli Vitalea for Children pada 2 Januari 2015=)

Yang seronok dan menariknya, kali ni ia berperisa anggur..ada masam manis gitu…size lebih besar…kerana isi kandungannya makin banyak..

vitalea_02

Size yang besar menggalakkan kanak-kanak untuk menggigit..takdelah main telan je kan..

Sedikit info tentang kandungan terbaru dalam Vitalea For Children ini:

vitalea_03Haaa…memanglah berbaloi beli Vitalea For Children ni kerana banyak isi kandungannya yang baru..saya sendiri dah rasa..macam vitamin yang selalu doktor bagi tu kan..tak pahit tapi rasa manis-manis gitu…Dan sempena bulan Januari 2015 ada promosi beli 3 percuma 1

vitaleakids promo

Beli 1 set senang….2  botol untuk anak-anak, 2 botol lagi boleh kongsi dengan kawan-kawan atau anak buah..Jimat sangat!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: