Reliable web hostingkongsikan sayaberisyafiedoakan sayaTop ten vpstamat sebelum sesiVps cpanel whmtanda-tanda semasaassalammu’alaikum sejahtera

Archive for December, 2014

banjir011

PANDUAN DAN LANGKAH MENGHADAPI BANJIR

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Didoakan agar saudara dan sahabat-sahabat kita di Pantai Timur yang sedang dilanda musibah ini agar terus dipermudahkan urusan dan selamat semuanya, Insha Allah. Panduan ini boleh digunakan sebagai panduan buat kita semua.

banjir kelantan

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

 

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

banjir

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

 

SEMASA BANJIR  – DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

 

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

 

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

banjir011

SELEPAS BANJIR

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

 

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

 

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

 

Sumber: JPA Malaysia

pengedar shaklee malaysia_new

10864533_830670160305699_903808280_o

Bila Makcik-Makcik Berbisnes Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum dan selamat petang kepada semua pembaca.

Didoakan para pembaca semua dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya=)

Alhamdulillah, pada 21 Disember yang lepas saya telah dijemput oleh cucu bisnes saya, Puan Umee Suziana sebagai  speaker jemputan dalam program Misi Mengejar Mimpi anjuran Empayar Sinar Jutawan Shaklee.

10818267_10204011452099551_1946885234568480933_o

Poster rasmi program yang bertempat di Kuantan, Pahang.

Yang menariknya, ramai juga di antara peserta yang merupakan golongan ‘berusia’ yang menyertai kelas ini dan satia dari awal sehingga habis program. Namun, walaupun mereka layak dipanggil ‘Makcik’, tetapi jangan terkejut kerana ada diantara mereka yang sudah dan sedang menikmati PENDAPATAN 4 ANGKA dengan Shaklee.

Itu dia..hebat makcik-makcik ni kan? Kita yang muda mudi ni sepatutnya rasa tercabar dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.

10876656_830391013666947_450147713_o

Ketika kelas sedang berlangsung. Masing-masing khusyuk mendengar amanat yang diberikan speaker.

10876618_830350413671007_1644747220_o

Ada demo produk juga.

Dalam slot saya yang bertajuk “Mudahnya Menjadi Magnet Rezeki” saya ada kongsikan banyak tips-tips untuk dimanfaatkan oleh para peserta sebagai Pengedar Shaklee. Saya juga berkongsi pengalaman saya dari awal-awal menyertai Shaklee sehinggalah bergelar Master.

10849494_830661823639866_1112151372_o

Master Dila Roslan in action

10856356_830806623625386_1827678620_o

Seronok dapat hadiah daripada penganjur.

10878639_830404583665590_793702596_o

Sebelum tamat program, ada sesi bersenam yang mereka telah lakukan pada awal program. Seronok sangat sampai nak ulang lagi, katanya=)

Sebelum pulang, bergambar kenangan dengan semua dulu.

10883881_830661993639849_207986388_o

10864533_830670160305699_903808280_o

Tengok tu, meriah dan ceria kan makcik-makcik hebat ni!

Sekiaranya anda berada di KUANTAN dan ingin menyertai keluarga besar kami, bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut. InshaAllah, saya jamin anda pasti akan berasa teruja dan gembira kerana memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan anda=)

10876388_830504593655589_637417481_o

Opps, sempat juga bergambar dengan susur galur saya yang ada iras artis Emma Maembong=)

InshaAllah, kita jumpa lagi ye warga KUANTAN!

pengedar shaklee malaysia_new


soto_2

Resipi Soto 15 minit & Homemade Bergedil Ayam

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Resipi Masakan

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca. Didoakan and semua dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya=)

Memandangkan ramai yang bertanyakan resipi soto yang saya buat baru-baru ni, maka di sini saya nak kongsikan resipinya. Sebenarnya ada ramuan rahsia yang memudahkan saya memasak soto ni. Jom kita lihat…

soto_2

 

Bahan-bahan untuk kuah/sup soto:

  1. Bawang merah
  2. Bawang Putih
  3. Halia
  4. Rempah sup soto Istimewa
  5. Ayam
  6. Air secukupnya

sOTO_1

inilah dia rempah sup/soto tu ye..Saya beli di Batu Pahat

Cara-cara untuk memasak kuah/sup soto:

  1. kisar bahan-bahan 1-3
  2. Panaskan air sehinggan mendidih
  3. Masukkan bahan A dan Rempah sup soto
  4. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan masak sehingga empuk
  5. Siap!

 

 

soto_3

Bahan-bahan bergedil ayam:

  1. Ubi kentang direbus dan dilecek
  2. Isi ayam rebus
  3. daun sup dihiris halus
  4. Bawang Goreng

 

Cara-cara untuk membuat bergedil ayam:

  1. Campurkan semua bahan , kepal bulat dan celup telur sebelum digoreng=)

 

Mudahakn resipi ni? Selamat mencuba!

pengedar shaklee malaysia_new

6 tabung

Panduan Pengurusan Kewangan: Rahsia 6 Tabung

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Jutawan, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya doakan anda semua dalam keadaan baik hendaknya =)

Hari ni saya nak kongsikan tips pengurusan kewangan. Saya baru belajar tentang ni pada bulan Oktober 2014 yang lalu di Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman (DAO).

Untuk mendisiplinkan diri, pendapatan yang kita perolehi setiap bulan bolehlah dimasukkan ke dalam 6 TABUNG, iaitu:

 

6 tabung

Necessity (NEC) – 55% daripada pendapatan

Tabung ini bertujuan untuk membayar semua perbelanjaan bulanan seperti duit sewa rumah, bayaran bulanan kereta,bil elektrik, perbelanjaan dapur, yuran sekolah anak dan sebagainya. Penting ya kita asingkan semua perbelanjaan tetap pada bulan itu, supaya baru nampak dan dapat mengawal perbelanjaan bulanan  kita tu. Contoh: RM3000 x 55% = RM1650 sebulan.

 

Long Term Saving for Spending (LTSS) –  10% daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun lagi. Antaranya termasuklah seperti perbelanjaan untuk menunaikan haji atau umrah.  Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Education (EDUC) – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk pendidikan diri sendiri, bukan untuk pendidikan anak-anak. Ibu bapa juga perlu menambah niali diri dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka seperti menghadiri kursus dan bengkel. Alhamdulillah, melalui tabung ini, saya dapat hadir ke kelas-kelas oleh DAO. Pendek kata, kelas-kelas ilmu itu semuanya adalah sat bentuk ‘pelaburan’ demi kejayaan masa depan =) Untuk kaya dan berjaya, sentiasalah berusaha untuk menambah ilmu kerana semua jenis pekerjaan dan perniagaan memerlukan ilmu. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Play – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ni adalah untuk hiburan atau untuk ‘reward’ diri dan keluarga yang telah mengizinkan masa mereka diambil oleh kita untuk bekerja. Contoh, pergi bercuti, membeli hadiah atau menonton wayang. Bagi mereka yang tidak gemar bercuti, boleeh gunakan wang ini untuk belanja keluarga seperti makan-makan atau membeli hadiah anak-anak. Saya setuju dengan kata-kata DAO bahawa apabila kita pergi bercuti, kita akan membawa pulang lebih banyak idea baru untuk kembangkan bisnes kita. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan.

 

Financial Freedom Account  (FFA) – 10%  daripada pendapatan
Duit dalam tabung ini adalah untuk disimpan ke dalam bank sebagai passive income. Bagi setiap orang, adalah penting untuk mengetahui berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan (Financial Freedom). Apabila wang di dalam tabung ini sudah mencapai jumlah tertentu, ia boleh digunakan untuk membeli saham atau aset. Cara ini dapat membiakkan lagi wang asal yang kita simpan. Apabila kita membeli rumah dan disewa kepada orang, wang sewa jika mempunyai lebihan akan menjadi passive income kepada kita. Keadaan inilah yang dikatakan wang bekerja untuk kita. Contoh: RM3000 x 10% = RM300 sebulan. 

 

Give  – 5%  daripada pendapatan
Tabung ini bertujuan untuk kebajikan termasuk sedekah. Contohnya, sedekah kepada anak yatim atau badan kebajikan. Inilah bahagian yang paling penting. Dalam Islam, kita harus percaya bahawa dalam rezeki yang diperolehi itu ada hak orang lain. Dan bagi secara umumnya, tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima. Untuk mendapat lebih banyak, kita haruslah memberi lebih banyak terlebih dahulu. Disinilah terletaknya keberkatan terhadap rezeki kita.Kalau nak rezki lebih berkat, mula lah bersedekah hari ini iaitu sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM3000 x 5% = RM150 sebulan. 

Sebelum menerima pendapatan yang besar, kita haruslah mampu mengurus kewangan yang kecil dahulu. Jadi, walaupun pendapatan anda baru 3 atau 4 angka, belajarlan mengurus dari sekarang. Biasakan diri dengan sistem pengurusan yang betul sebelum wang besar masuk nanti!

Selamat beramal dan moga bermanfaat =)

pengedar shaklee malaysia_new

10821879_827444010628314_72836129_o

4 Tips Kawal Anak-Anak Ketika di Pesta Buku Big Bad Wolf

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Tips Keibubapaan

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca. Didoakan anda semua sentiasa sihat dan ceria hendaknya =)

Hari ini saya nak kongsikan 5 tips untuk mengawal anak-anak ketika di  pesta buku. Al-kisahnya, baru-baru ni saya ada pergi ke pesta buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Sepertiyang diketahui, BBW ni adalah pesta buku yang Super Murah! Daripada buku kanak-kanak, dewasa dan professional, Fiksyen serta non -Fiksyen.

banner-new

 

Saya pergi pada hari Ahad lepas selepas mengikuti Intensive Business Coaching yang merupakan sesi percuma setelah membeli Seat Super Supreme pada kelas Dr. Azizan Osman, Millionaire Marketing Mastery.

10860278_827156733990375_1297238934_o

Ha…ini suasana ketika kami sampai pada pukul 10 malam. Tak ramai sangat orang mungkin kerana esoknya hari bekerja.

bbw

Pandangan dari atas hall di mana berlangsungnya Big Bad Wolf.

Ok, adalah amat penting untuk para ibu bapa untuk mampu mengawal anak-anak ketika menghadiri pesta buku seperti ini. Yelah, kalau lihat pada gambar di atas, andai kata anak terlepas dan merayau seorang diri, mau panik dibuatnya! Maklumlah tempat awam yang begitu ramai orang, apa saja boleh terjadi kepada anak-anak kita, Nauzubillah.

Saya bawa Syafie dan Luqman masa ni. Oleh itu, saya nak kongsikan tips-tips yang mungkin boleh dipakai oleh ibu-bapa.

1) Bawa stroller

    Kami bawa 2 stroller untuk Syafie dan Luqman. Memandangkan pada waktu itu adalah waktu tidur mereka, kami memang dah jangka mereka akan tidur. Lagipun, budak ni cepat penat bila dah seharian bermain. Jadi, takkan kita nak dukung je kan?

2) Bawa makanan dan minuman secukupnya

    Dalam dewan ini tak dibenarkan bawa makanan dan minuman, tapi saya sentiasa bawa biskut kering yang menjadi kegemaran anak-anak.

    Bila berlaku perkara yang emergency, biskut nilah yang dihulurnya=). Selain itu, di tingkat atas dewan ada disediakan ruang untuk makan dan minum dengan lebih mudah dan selesa.

10853878_827404887298893_920135271_o

 Tengah seronok pilih buku, boleh pula tak sengaja jumpa piut Shaklee kat sini, Kak Rozy yang juga merupakan pengedar Shaklee di Kluang.

3) Beri baca buku

     Untuk mengelakkan mereka bosan, beri mereka baca buku, supaya mereka leka di samping belajar membaca =). Lebih menarik kalau buku yang ada pop-up tu.

4)  Bawa alat permainan atau alat tulis

     Yang ni bergantung kepada minat anak-anak. Ada yang suka menulis atau mewarna, bawalah alat tulis atau pensil mewarna serta buku yang sesuai untuk tujuan itu. Selalunya anak lelaki tak boleh duduk diam. Jadi, saya bawa kereta mainan mereka.

 

10855988_827197200652995_1499297052_oSedar tak sedar, dah habis pun memilih buku dan bayar.

Sampai rumah, dah pukul 3 pagi! Anak-anak semua dah tidur, ummi dan abi pun gembira sebab dapat pilih buku dengan tenang. Buku-buku untuk anak-anak ada, untuk ummi dan abi pun ada. Semuanya tak sampai RM300.

10821879_827444010628314_72836129_o

10849158_827445230628192_492261221_o

Alhamdulillah, seronok sangat sebab dapat beli buku-buku yang diinginkan. InshaAllah, BBW akan datang nak pergi lagi di samping mengamalkan tips-tips di atas.

Semoga bermanfaat!

pengedar shaklee malaysia_new

141742245485682

3 Sebab Mengapa Disember 2014 Adalah Bulan Kecantikan Shaklee

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee News, Shaklee Products

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Wondermum.my.

Saya doakan anda semua sentiasa dalam perlindunagn Allah SWT selalu.

Bulan ni amat menarik sebab ada 3 promosi yang sedang berlangsung daripada Shaklee. Dan ketiga-tiganya berkait rapat dengan kecantikan kulit! Apa dia promosi triple combo tu? Ha, ini dia..

141742245485682

1) PROMOSI 1:

>> Beli 6 Percuma 1 Vitamin C Sustained Release

>> Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex

141742277888275

2) PROMOSI 2:

>> Beli 2 dan dapat Diskaun 5%:  Vitamin C Sustained Release

>> Beli 2 dan dapat Diskaun 5%:  Vitamin E Complex

10839827_824856080887107_561645663_o

3) PROMOSI 3:

>> Beli 3 Percuma 1 Collagen Powder

Jadi, apa tunggu lagi? Jom order sekarang! Dapatkan produk Shaklee anda sebelum kehabisan stok tau!

pengedar shaklee malaysia_new

Slides_8

Siapa Saya?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, WonderMum Network

Assalammu’alaikum & Salam sejahtera

Saya Nur Adilawati, pengasas Wondermum Network International dan Pengarah Urusan WonderMum Business Sdn. Bhd.

Kepakaran saya adalah membantu para ibu dan bekerjaya untuk menyusukan anak-anak dengan susu ibu, membantu anak-anak untuk kekal sihat daripada penyakit dan membantu para wanita untuk menjana pendapatan dari rumah.

Masalahnya kini, para ibu kurang diberi kesempatan untuk mempelajari teknik penyusuan eksklusif dengan betul sehingga menyebabkan mereka tidak mendapat sokongan padu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Bersama WonderMum Network, kami mempunyai kumpulan sokongan untuk membincangkan pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh diri sendiri dan keluarga di samping memberi panduan untuk para wanita menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah.

Saya adalah Mentor pilihan anda=)

Master Dila Roslan
Pengasas Wondermum Network
www.wondermum.my

Slides_8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: