sayabreastfeedingreading continuesayainilahTop ten vpsbulan promowritten2014What is the best web hosting service

Archive for October, 2014

Miracles Board

Lirik Lagu : The Power Of One

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Motivasi

You must always remember, life can be a challenge
Life can seem impossible, it’s never easy
When so much is on the line but you can make a difference
With courage, you can set things right, a gift to dream
And make dreams real is yours and mine

The power of one begins with believing
It starts in the heart then flows through the soul
And changes the world, imagine how life will be
When we stand in unity, each of us holds the key
To the power of one

Each of us is chosen, there’s a mission just for you
Just look inside, you’d be surprised what you can do

The power of one begins with believing
It starts in the heart then flows through the soul
And changes the world, imagine how life will be
When we stand in unity, each of us holds the key
To the power of one

Then one by one, we can make the world
Of much better place

The power of one begins with believing
It start in the heart then flows through the soul
And changes the world, imagine how life will be
when we stand in unity, each of us holds a key

It’s inside of you and me, each of us holds the key
To the power of one, the power of one

Read more: Donna Summer – The Power Of One Lyrics | MetroLyrics

kurus-dengan-cinch-tea

Minum Energizing Soy Protein (ESP) Boleh Kurus?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Energizing Soy Protein, Shaklee Products, Testimoni ESP

Assalammu’alaikum para pembaca yang budiman sekalian.

Bulan ni Shaklee buat promosi ESP Buy 6 Free 1..

Bila bercakap tentang ESP ni, saya teringat, inilah supplemen pertama yang saya cuba dulu semasa mengandungkan anak sulung saya, Syafie.

Saya mampu beli ESP saja masa tu. Alhamdulillah, semasa bulan Ramadhan, saya mampu puasa penuh sebulan walaupun tengah sarat mengandung dan sibuk dengan kerja pejabat. Pejabat pun kena naik turun tangga, ok! Dan ramai yang tegur saya kurus (eh, badan tak naik sangat je) masa mengandung.  Tapi perut naik tu, mestilah kan…

Syukur saya kerana Allah memperkenalkan saya dengan ESP..pada waktu itu, saya minum ESP campur Vico beserta  3 biji kurma setiap waktu sahur dan dapat bertahan hingga waktu berbuka.

Macam mana saya boleh tahan puasa dan tidak berasa begitu lapar sepanjang hari?

285161_423611291036714_1594153605_n

 

Rupa-rupanya ESP ni mempunyai Indeks Glisemik yang rendah…Makanan yang mempunyai IG rendah ni sifatnya, melepaskan  tenaga secara perlahan-lahan, membuatkan kita rasa lebih kenyang dan kurang rasa nak makan. Jadi, kesimpulannya, ESP ni sesuai untuk ibu mengandung untuk mengelakkan rasa yang terlalu lapar ketika berpuasa serta untuk mereka yang sedang berdiet dan nak kurus.

Selain tu, kalau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pun, memang selalu cepat rasa lapar. Maklumlah, bila menyusu ni lemak pun dibakar juga ye..jadi, para ibu yang rasa makan banyak semasa menyusu ni disarankan untuk turut minum ESP supaya kekal kenyang dan badan pun kekal kurus!

 

Terima kasih kerana membaca!

 

pizza_8

Resipi Pizza Thin Crust Ala Domino’s (Tanpa Perlu Menguli!)

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan

Assalammu’alaikum semua…Saya dah lama nak kongsikan resipi yang diminta oleh ramai rakan FB. Dalam resipi ni, roti Wrap dijadikan base pizza bagi menghasilkan Thin Crust ni ye..

Alkisahnya, masa Raya Aidiladha lepas, kami sekeluarga order Pizza Domino. Sekali tengah tunggu tu ternampaklah tukang masaknya buat pizza ni…mereka menggunakan roti macam roti Wrap ni.

Balik rumah, saya cuba sendiri dan menjadi Alahmadulillah.., nak buat pizza ni tak perlu uli-menguli..jom kita tengok macam  mana nak membuatnya..

 

Pizza_1

Bahan-bahannya:

  • Roti Wrap jenama Mission Wraps
  • Bahan inti: Sosej ayam dan chicken meatloaf  (boleh juga guna tuna atau udang)
  • 1 biji Capsicum dipotong dadu
  • Nenas dipotong dadu
  • Tomato Puri atau sos spaghetti
  • Keju Mozarella untuk menghias

 

pizza_2

Cara-caranya membuatnya:

  1. Panaskan sekeping roti Wrap ke dalam Oven.  TIPS DARI CHEF: Penting untuk panaskan roti ni supaya ia betul-betul kering dan pizza rangup lebih lama nanti…Oven kena api atas dan bawah ye…

 

pizza_3 2. Bila roti tu dah panas, boleh sapukan puri tomato ke atasanya. Kalau taknak masam sangat, boleh sapu sos spaghetti yang dah siap ada daun Oregano Leaves untuk lebih rasa pizza =)


pizza_4
3. Susun bahan inti di atas base pizza tadi.

 

pizza_5

4. Tabur keju Mozarella di atas inti pizza tersebut

 

pizza_6

5. Bakar di dalam Oven pada suhu 180oC selama lebih kurang 10 minit atau sehingga keju cair..Tujuannya hanya untuk  melekatkan bahan inti pizza tersebut..

pizza_7

6. Inilah rupa pizza yang sudah siap dibakar…boleh makan suam-suam (panas-panas pun boleh kalau berani..hehe)..Jangan biarkan sejuk lama takut nanti roti base tu lembik pula..

 

pizza_8

Haa…ada gaya pizza Domino tak? Selamat mencuba!!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia

Overnight_OAt5

Resipi Ringkas: Overnight Oats

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Diabetes, Energizing Soy Protein, Keluarga, Resipi, Resipi Masakan, Resipi Shaklee, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum semua…

Haaa….sana sini orang duk sebut tentang Overnight Oats kan…saya pun tak ketinggalan untuk buat snek berkhasiat ni…

Jadi, saya pun cuba buat…tapi saya nak buat dengan resipi yang benar-benar berkhasiat…Inilah diaaaa.. =)

 

Overnight_oat1

 

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan Rolled Oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan Yogurt kosong
  • kismis
  • Strawberry
  • madu ikut rasa
  • 1 sudu besar Shaklee Mealshakes
  • 1 sudu besar Shaklee ESP

 

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering: oats, kismis, Mealshakes dan ESP ke dalam mangkuk/bekas. Gaul rata ye..eh macam nak buat kuih pulak =)

Overnight_Oat3

 

2. Kemudian bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian….1 bahagian buah strawberi tu dihiris nipis.. 1 bahgian lagi dicincang halus..kalau nak hancur lunat pun boleh supaya lebih rasa Strawberi tu =)

Overnight_Oat2

3. Masukkan semua bahan basah yang lain: susu, yogurt, madu dan strawberi ke dalam bekas tu..kacau rata lagi ye..dah sudah, tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk semalaman…inilah rupanya bila dah kacau dan sedia untuk tidur dalam peti sejuk =)

Overnight_Oat4

 

 

4. Esok pagi, boleh keluarkan Overnight Oats dan sedia untuk dimakan untuk sarapan pagi atau snek yang berkhasiat..inilah rupanya bila oats tu dah kembang..

Overnight_OAt5

 

Rasanya..memang best!!! boleh juga tambah buah-buahan lain seperti Blueberry, Kiwi dan lain-lain….kalau nak tambah kacang badam pun boleh…eh, saya nak pergi kedai lagi untuk beli banyak barang tambahan untuk buat lagi resipi ni…sesuai untuk orang yang sedang berdiet, dan sarapan ringkas yang menyihatkan tapi mengenyangkan!

Selamat mencuba!

 

pengedar shaklee malaysia_new

shaklee_8

Majlis Perasmian Shaklee Cares For Our Children

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Side Income

Assalammu’alaikum..entry kali ni saya nak update tenatang perasmian program kemasyarakatan yang dianjurkan Shaklee iaitu Shaklee Cares For Our Children bersempena dengan promosi Mealshakes Buy 3 Free 1 yang sedang berlangsung bulan ni..

Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada 2000 keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan adalah termasuk bekalan Mealshakes selama 6 bulan berterusan serta wang perbelanjaan harian.

Jadi, kepada anda yang membeli Mealshakes promo bulan ni (buy 3 Free 1), anda telah menyumbang kepada program ini! 10% daripada hasil jualan akan digunakan untuk tujuan program ini…

10732672_795214617184587_479102190_o

 

Jom kita layan gambar sepanjang program…

Shaklee_1

 Yeay dah sampai ke lokasi kejadian di Dewan Desa Temuan, Bukit Lanjan Damansara Perdana.

shaklee_2

Banyakkan Goodie Bags yang menanti para tetamu =) Tak sabar nak kumpul ni…hehe

shaklee_3

Jemputan VIP, yang merupakan perasmi telah sampai iaitu YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail, Pengerusi Kebajikan Kanak-kanak Malaysia

shaklee_6Ucapan oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim

shaklee_4

Ini antara jemputan yang hadir…Seramai lebih kurang 100 jemputan mewakili 2000 keluarga yang terpilih untuk menerima sumbangan turut hadir..

shaklee_7

YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail merasmikan Perlancaran Shaklee Cares For Our Children

shaklee_8

Acara penyerahan cek bernilai RM1,000,000 dalam bentuk Mealshakes untuk keluarga yang terpilih

shaklee_9Sesi bergambar bersama Master Coordinator Shaklee yang hadir pada majlis tersebut

shaklee_5

Bergambar bersama sebahagian rakan Master dari group Jutawan =)

Alhamdulillah…selesai dah majlis…ada jamuan makan juga..dan paling best bawak balik Goodie Bag dari Shaklee…apa ada dalam Goodie bag tu?

shaklee_10

Wah…dapat Mealshakes, Shaker Eksklusif Shaklee dan T-Shirt Program!! Sangat best! Terima kasih Shaklee!

shaklee_11

Terima kasih juga kepada semua pembeli Mealshakes kerana telah turut sama menyumbang…semoga kalian juga turut murah rezeki hendaknya…

Kepada yang turut sama mahu meyumbang, boleh hubungi saya untuk info lanjut, ya!

Terima kasih kerana membaca=)

pengedar shaklee malaysia_new

Mealshakes_7

Resipi MilkShakes Choco-Strawberry

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Cinch, Shaklee Products

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Dah lama saya nak kongsikan resipi ni tapi hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi tentang resipi ni..

Setakat ini, resipi inilah yang menjadi kegemaran saya untuk menikmati 2 produk Shaklee yang sangat best, Mealshakes dan Cinch.

 

 

Mealshakes_1

Bahan-bahannya:

  1. Buah Strawberi segar
  2. Susu gegar / susu rendah lemak sejuk
  3. Shaklee Cinch Chocolate
  4. Shaklee Mealshakes
  5. Coklat cair untuk menghias

 

Cara-caranya:

1. Mula-mula, bahagikan buah strawberi kepada 2 bahagian.. bahagian pertama belah dua buah strawberi tersebut… sebahagian lagi dicincang kasar.

Mealshakes_2

Mealshakes_5

2. Masukkan 200ml susu segar , 1 scoop Cinch Chocolate, 1 sudu besar Mealshakes dan sebahagian buah Strawberi yang dibelah dua ke dalam blender. Boleh juga guna Shake & Take seperti yang saya gunakan =)

Mealshakes_3

3. Blend sampai hancur. klau tak cukup rasa coklat, boleh tambah Cicnh Chocolate ye…

4. Dah siap, boleh masukkan dalam mug/gelas dan sedia untuk dihiaskan.

Mealshakes_4

5. Bahan-bahan untuk menghias ialah Buah Strawberi yang dicincang dan Coklat cair.

Mealshakes_5

6. Masukkan Buah Strawberi ke dalam campuran Milkshakes. Tuang coklat cair ke atasnya secukup rasa =)

Mealshakes_6

7. Taraaaa!!! siap dihidangkan dan sedia untuk diminum…Paling sedap diminum sejuk…

Mealshakes_7

Selamat mencuba!

Salam Hormat,

pengedar shaklee malaysia_new

BigStockPhoto.com

Tips Keibubapaan : 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Tips Rohani

Assalammu’alaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Semoga dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Hari ini jom kita belajar tentang bagaiman mendidik anak-anak mengikut Sunah Rasulullah SAW. Secara umumnya, cara mendidik anak ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu,

 

muslim-baby-mom-arms

 

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun.

  • Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
  • Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kehadiran kita dalam sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

 

 

7thn

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun. 

  • Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.”

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

 

muslim-teens-at-yerba-buena-sf

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun.

  • Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
  • Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

 

WTF_57

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas.

  • Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Sumber

Jom sama-sama memperbaiki diri kita dan menjadi ibu-bapa terbaik sambil mengamalkan apa yang digariskan dalam ajaran Rasulullah SAW..

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

 

 

575424_529350737129435_1260447776_n

Bagaimana Energizing Soy Protein (ESP) Mengubah Kulit Saya

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Testimoni, Testimoni Breastfeeding Set

Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Wondermum.my=)

Bulan ni Promosi ESP datang lagi. Bila terkenangkan pengalaman saya dengan ESP, saya rasa sungguh tersentuh.

Bukan apa, kira-kira 2 tahun lalu, ketika saya mengandungkan Luqman, saya diserang penyakit Eczema yang teruk sejak awal kandungan berusia 5 minggu!

Eczema menyerang sebahagian besar kawasan  muka, kaki dan tangan saya, sehingga pernah satu ketika, saya terlalu menghabiskan banyak masa dengan menggaru. Biasalah, bila kulit kering, kawasan kulit menjadi gatal.

Bila cuaca panas sedikit dan saya berpeluh, badan terasa miang. Pernah satu ketika, bila saya terlampau menggaru, muka dan tangan saya menjadi bengkak. Dan pernah sekali apabila terlampau tidak tahan dengan aktiviti menggaru, saya terpaksa ke klinik untukdapatkan injection. Lepas tu terus mengantuk dan tidur. Rupa-rupanya ubat tu untuk legakan kegatalan dan bantu saya berehat.

Pengalaman itu tidak berakhir di situ…dan berpanjangan sehingga saya melahirkan Luqman. Lepas pantang, ada sikit lagi dan saya teruskan pengambilan Energizing Soy Protein semasa pantang yang memang saya dah mulakan sejak mengandung lagi. 

Kalan dilihatkan, banyak sungguh parut di tangan dan di kaki saya…tapi alhamdulillah, lama-kelamaan ia makin hilang bila saya tingkatkan pengambilan ESP dari 1 sudu kepada 2 sudu sehari…inilah gambarnya..

 

58825_513247785406397_1108069283_n

Ini bahagian tapak tangan

 

575424_529350737129435_1260447776_n

Ini pula bahgian atas tangan

Keistimewaan ESP ini ialah, ia mempunyai kandungan protein yang tinggi yang membantu memperbaiki sel-sel kulit yang mati. Sebab tulah, jika anda mengambil ESP secara konsisten, inshaAllah kulit akan menjadi semakin cantik, dan parut pun semakin hilang.

Apa-apa pun, kesannya bergantung kepada individu…maklumlah, setiap orang lain badan kan? 

Namun tak salah kalau kita mencuba sebagai salah satu jalan ikhtiar=)

 

Terima kasih kerana sudi baca!

pengedar shaklee malaysia_new

sick

Tips Melegakan Keracunan Makanan

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Shaklee Products

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ni saya keracunan makanan. Mungkin inilah akibatnya makan Ayam Tandoori separuh masak di kedai mamak semalam. Sungguh pengajaran buat saya.

Setelah bebrapa kali keluar masuk tandas kerana cirit birit dan muntah-muntah, saya bertanya kepada kawan-kawan di FB tentang tips untuk melegakan keracunan makanan ni.

Ramai yang cadangkan air kelapa, tapi saya sukar nak dapatkannya dalam keadaan sedang terbaring begini. Nak tunggu suami pulang dari kerja, lambat lagi.

Saya pun terus ke dapur dan ambil apa yang perlu. Inilah First Aid Kit saya untuk hari ini:

keracunan makanan

Dalam  Mug Jar tu mengandungi Performance Drink Shaklee dan Vivix.  Dibancuh sesedap rasa saja=)

Performance Drink: Untuk kekalkan elektrolit dalam tubuh setelah banyak “membuang”

Vivix : Untuk tenaga segera

Nutriferon & Sustained Release Vitamin C: Untuk tingkatkan imunisasi tubuh.

Alahmdulillah, dah rasa lega sikit dan boleh bangun dari katil. Takdelah melepek saja kan. Kalau ikutkan je, memang semua kerja tak siap!

Salam Sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

shaklee

Learn To Success #2: Benarkah WonderMum Network Sesuai Untuk Para Ibu?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum. 

Di Wondermum Network, kami sentiasa memberi bimbingan kepada ahli-ahli yang ingin menjana pendapatan dengan Shaklee.

Baru-baru ni, saya telah mengadakan kelas asas untuk ahli-ahli baru yang menyertai kami. Kebanyakkan dariapda mereka ialah ibu yang mempunyai anak-anak kecil.

Istimewanya kumpulan kami ni, nak pergi kelas bisnes boleh bawa anak. Sambil susukan anak dan sambil tidurkan anak pun boleh menuntut ilmu!

Jadi, jangan gentar dan kuatir sekiranya anda adalah ibu yang mempunyai anak-anak kecil..kerana saya juga seperti anda!

Kami bukanlah seperti bisnes MLM lain yang meninggalkan anak-anak untuk ke kelas bisnes….Para ibu dan surirumah juga mempunyai hak untuk berniaga selagi diberi keizinan oleh suami masing-masing..

Buktinya, lihatlah gambar ni!=)

 

shaklee

 

Berminat untuk sertai kami? Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari rumah, tanpa meninggalkan keluarga tersayang =)

Jangan risau, saya juga seorang ibu seperti anda!

pengedar shaklee malaysia_new

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: