buatReliable web hostingalbumSri lanka web hostingreading continuetapau ni…cepat-cepaticu beradaVps airlinestutpsayang

Archive for September, 2014

DSCF1237

WonderMum Get Together #1

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Products, Side Income, WonderMum Network

Assalammu’alaikum kepada semua pembaca yang budiman =)

Oh, baru saya perasan yang saya belum lagi update tentang event besar kami pada 16 September yang lepas….iaitu, Wondermum Get Together di Taman Tasik Titiwangsa…

Ini adalah acara picnic beramai-ramai dengan beberapa ahli keluarga yang berkumpul dengan lokasi pilihan kami di tepi tasik. Semua orang bawa makanan sikit sorang, potluck style…tapi bila sikit-sikit tu berkumpul jadilah banyaknya…

Jom kita layan gambar..

DSCF1032 DSCF1043

DSCF1048

DSCF1051

DSCF1057

DSCF1059

 

DSCF1061

Cantikkan lokasi picnic kami..tepi tasik menghadap Istana Budaya

DSCF1066Tu dia… makanan dah penuh dah..

Selain makan-makan, ada juga aktiviti untuk kanak-kanak..iaitu membuat collage foam sticker…yang bestnya, semua dapat hadiah pulak tu..nak tunggu habis memang jenuh skit…ehhee..

DSCF1078

DSCF1084

DSCF1092

DSCF1094

DSCF1108

DSCF1112

Selain tu, ada juga Cabutan Bertuah untuk 10 nombor bagi kategori dewasa….dan ada 2 hamper Grand Prize untuk pertandingan “Best Sedondon Family” dan “Best Testimony Sharing” Keluarga Mariani memenangi Best Sedondon Family …gigih sungguh mereka pakai baju raya! Untuk Best Testimony Sharing dimenangi oleh Hana yang menceritakan kisah semua ahli keluarganya yang mengamalkan Shaklee…

10381981_780457578660291_9062688008636421020_n

Hadiah menarik untuk kanak-kanak

10613154_780451545327561_6746122922047598690_n

Hadiah Grand Prize untuk 2 kategori yang menjadi rebutan…

DSCF1143

Lucky draw merchandise Shaklee dari USA

DSCF1150

Lucky draw dapat Mealshakes

DSCF1217

Pemenang “Best Sedondon Family”

DSCF1226

Pemenang “Best Testimony Sharing”

Alhamdulillah…acara berakhir dengan jayanya..rata-rata peserta semua gembira dan ajak nak buat lagi event macam ni! MC yang hilang suara dah ni…cepat-cepat tapau Nasi Lemak 2 Bungkus…hehe…InshaAllah, ada rezeki kita akan buat lagi ye..

DSCF1220

DSCF1242

Geng dapur yang Havoc

DSCF1254

Barisan AJK Ad-Hoc…terima kasih semua…

DSCF1230

DSCF1237WE ARE FAMILY!

Salam sayang,

pengedar shaklee malaysia_new

20140918_183332

Panduan Ibu Berkerjaya: Aktiviti ‘Simple’ Bersama Anak-Anak

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Suri Rumah 5 Angka, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Assalammu’alaikum…

Sibuk dengan kerja pejabat? Terikat dengan jadual kerja rumah yang padat? Itu semua tidak menghalang ibu-ibu untuk meluangkan bersama anak-anak tersayang..sebab banyak sangat sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak!

Hari ini saya nak kongsikan aktiviti ‘simple’ bersama anak-anak yang boleh dilakukan oleh para ibu yang bekerjaya atau ibu-ibu yang mempunyai waktu terhad untuk diluangkan bersama anak-anak…Aktiviti ini dipanggi Do It Yourself (DIY) Craft Art =)

20140918_182254

Inilah set DIY Craft yang saya beli dari kedai DIY…konsepnya kolaj pelekat menggunakan foam.

Set Kolaj ni merupakan set yang lengkap mempunyai papan foam utama berbentuk haiwan seperti rama-rama dan beruang. Anak-anak hanya perlu melekatkan pelekat (sticker) foam yang telah siap digunting.

20140918_182525(0)

Mudah saja kan..kanak-kanak berumur 1 tahun 10 bulan seperti Luqman pun boleh buat sendiri.

20140918_182739

Syafie punya berbentuk rama-rama. Hanya rujuk gambar  contoh yang disediakan.

20140918_183332

Kanak-kanak yang berumur kurang dari setahun mungkin tidak sesuai menggunakan set ini kerana ada bahagian pelekat yang dipotong kecil.

20140918_183933

 Syafie dan Luqman gembira dan bangga dengan hasil seni masing-masing.

Dah siap! Rasa-rasanya tak sampai 15 minit pun buat  aktiviti ‘simple’ bersama anak-anak ni. Antara pelajaran yang berlangsung semasa aktiviti ini ialah,

  • Anak-anak dapat mengenal dan bermain dengan warna dan bentuk
  • Anak-anak dapat mengenal bahagian-bahagian badan (haiwan)
  • Dapat memupuk sifat sabar dalam diri anak-anak untuk menghabiskan aktiviti ini hingga akhir
  • Dapat mengasah skil motor anak-anak 

Haa…mudahkan  aktiviti ‘simple’ bersama anak-anak ni? Dan paling menarik, set ini boleh didapati di kedai dengan harga yang kurang daripada RM3! Aktiviti mudah ini sangat sesuai digantikan dan lebih baik daripada membiarkan anak-anak dengan menonton televisyen atau bermain dengan tab.

Selamat mencuba!

pengedar shaklee malaysia_new

Kenapa saya buat Shaklee_Part 1

Kenapa Saya Buat Bisnes Shaklee – Part 1

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Lama sungguh gambar-gambar ni tersimpan rapi dalam album hidupku..

 

Kisahnya, anak-anak saya sungguh istimewa.

 

Kerana mereka, saya meninggalkan kerjaya sebagai Jurutera dan memilih bisnes MLM dengan pendapatan hanya RM1500 ketika itu.

 

Kerana mereka, saya sanggup duduk di rumah 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan.

 

Dan kerana mereka yang mana ada orang memanggil mereka ‘anak malang’, saya sebaliknya menumpang tuah dan rezeki mereka untuk menikmati pendapatan 5 angka sebulan.

 

Tahun 2010, Syafie dilahirkan dengan jangkitan paru-paru yang kronik. 14 hari saya berkampung di hospital, dengan tempoh keseluruhan 21 hari Syafie berada di ICU, inkubator dan wad bayi. Oh ya, dalam masa yang sama, suami saya Akmaruddin Jofri terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berkampung di tingkat 5 hospital yang sama =). Itulah pertama kali kami beraya Aidiladha di hospital bertuah tu =)

 IMAG0028_editSyafie semasa di NICU (2010)

IMAG0082+editSyafie di dalam incubator (2010)

 IMAG0062_editSyafie di wad kanak-kanak dan bayi, ketika masih bergantung pada bantuan Oksigen (2010)

IMAG0079_editSuami terbabit dalam kemalangan jalan raya, ketika saya masih berada di Hospital (2010)

Tahun 2012, Luqman yang masih berada dalam kandungan, disahkan doktor mempunyai injap jantung yang sempit dan tidak normal seperti bayi lain. Sekali lagi, saya habiskan masa 10 hari pantang di hospital. Selama tempoh 6 bulan, Luqman bergantung pada ubat khas untuk kuatkan jantungnya dan ketika umurnya 2 bulan, beliau menjalani prosedur membesarkan injap jantung. Lagi berkampung di ICU dan wad kanak-kanak=)

 DSC_0434_editLuqman menjalani rutin memeriksa jantung (2012)

DSC_0446_editLuqman di ICU setelah menjalani prosedur membesarkan injap jantung (2012)

 DSC_0456_editLuqman di wad kanak-kanak setelah keluar dari ICU (2012)

Sejak Mei 2012, saya bertekad untuk menjaga anak-anak saya sendiri. Saya mahu menjaga mereka dengan tangan saya sendiri, dan saya mahu sentiasa bersama mereka setiap hari.  Alhamdulillah, Allah mengilhamkan saya bisnes Shaklee untuk menjana pendapatan dari rumah.Saya tak  perlu keluar rumah dengan kerap, dan kebanyakan masa saya dihabiskan bersama-sama Syafie dan Luqman,

 

Lumrah orang berniaga, ada pasang dan surutnya. Ketika saya sedih dan kecewa, saya akan memandang anak-anak saya dan saya akan kembali kuat dan bersemangat! Anak-anak istimewa saya adalah sumber inspirasi saya…mereka adalah sumber kekuatan saya!

 

Kini, Syafie sihat seperti kanak-kanak lain. Luqman sudah stabil, tetapi masih memerlukan ‘follow up’ dari pakar untuk setiap 6 bulan.

 

Sesungguhnya, anak-anak saya adalah antara push factor saya terus kekal dalam bisnes Shaklee. Dan keputusan untuk menumpukan 100% fokus pada bisnes Shaklee adalah antara keputusan terbaik yang pernah saya lakukan!

 

DSC_0128_editSyafie dan Luqman (2014)

 

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

20140830_113809

Kelas Asas Bina Blog Dan Pengenalan Kepada SEO

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Shaklee Business Opportunity, Shaklee News, Side Income, WonderMum Network

Alhamdulillah, pada 30 Ogos telah diadakan Kelas Asas Bina Blog dan Pengenalan Kepada Searching Engine Optimization (SEO)  khas untuk susur galur saya di bawah Wondermum Network..Kebanyakan daripada mereka masih baru dalam bidang blogging ini dan datang dengan semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu=)

Kelas ini istimewa sebab ia diajar oleh cicit saya sendiri, iaitu Atiqah..memang macam-macam gelagat peserta yang hadir dalam Kelas Asas Bina Blog Dan Pengenalan Kepada SEO ini..

kebanyakannya bawa anak-anak kecil lagi..tapi semua tak patah semangat untuk menuntut ilmu..Yang menariknya, semasa Kelas Asas Bina Blog Dan Pengenalan Kepada SEO ni, peserta tak habis-habis

Jom kita layan gambar semasa kelas berlangsung..

20140830_113750

 Tengok tu bersemangat sungguh para peserta nak menuntut ilmu kan

20140830_123839Kelas agak penuh depan kehadiran para peserta lengkap dengan laptop masing-masing

20140830_111551  Tengok ni…gelagat salah seorang peserta iaitu cucu saya sndiri Mak Yang @ Zalmin Zakaria

20140830_111902Sambil belajar pun sempat lagi posing tu

20140830_113809Peserta bertanyakan soalan

20140830_103321Tengoklah gaya Cikgu Atiqah ni

10653716_935544939805257_5388227198475753174_n

Alahmdulillah, berakhir sudah kelas ni…semoga semua peserta mendapat pengajaran dan ilmu untuk dimanfaatkan…selamat beramal!

Salam sayang,

Dila Roslan

pengedar shaklee malaysia_new

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: