sesuaiSetup vpssangatttt!!bukan produkterurusoctoberUnmanaged dedicated server hostingdihidangkanWhat is the best web hosting service

Archive for July, 2014

resdung2

Nampak Kesan Setelah 5 Hari Amalkan Vivix

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Set Resdung/Asma/Allergy, Shaklee News, Shaklee Products, Testimoni Vivix

Assalammu’alaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca.

Hari ini saya terpanggil untuk bercerita tentang pengalaman mengamalakn Vivix oleh suami saya..

Dah lama nak berkongsi, tapi baru hari ini berkempatan memandangkan Promosi Vivix tinggal 10 hari saja lagi!

>> Suami dan Masalah Resdung

Suami saya ni memang ada masalah resdung setelah sekian lama…dan beliau memang jenis tak suka makan ubat…tambah pula serangan resdung hadir hanya pada waktu pagi atau jika silap makan. Masa awal-awal berbisnes Shaklee, saya cadangkan dia mengambil Alfalfa, tapi dia tak rajin untuk amalkan. Biasalah, orang lelaki kan tak suka telan pil-pil ni. 

Tak lama lepas tu, setelah teruja membaca pengalaman suami kawan yang mengamalkan Vivix untuk resdung, saya ajak suami untuk mencuba Vivix.

Nak tahu apa respond En. Suami?

“Tak sampai seminggu, dalam 5 hari je minum Vivix, abang dah rasa perubahan. Boleh rasa kurang sikit gatal-gatal hidung tu…Sekarang ni kena konsisten lah…”

 

Heee…itu dia yang cakap ye…bukan saya…hehe…Alhamdulillah, nampak kesan yang positif pada En.Suami. Dah kurang lah bunyi “Sretttttt…srettttt….” pagi-pagi tu=)

Bersyukur kerana sudah menemui supplement yang sesuai dengan diri dan ‘kerajinan’ En. suami…hehe…

Apalagi, lepas ni pasti belikan stok Vivix untuk kesihatan suami tercinta…kata nak jadi isteri solehah kan? Besar pahala juga ni ye…InshaAllah..

Promosi Vivix Buy 6 Free 1 Sehingga 31 Julai 2014 ini sahaja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

vivix

Dapatkan sementara stok masih ada!

 pengedar shaklee malaysia_new

10403812_743381945701188_1354231431408350425_o

Majlis Berbuka Puasa Wondermum Network

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee News, WonderMum Network, Work-At-Home-Mom (WAHM)

Alhamdulillah, pada 12 Julai yang lalu, saya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua anak cucu di bawah susur galur saya..Memang dah lama berhajat untuk adakan majlis seperti ini…kali ini baru dimakbulkan Allah SWT..majlis diadakan di Foodcourt Mentara di Tiara Duta Apartment…Terima kasih kepada yang sudi hadir=)

10459916_746612975378085_8038581682738547702_n

10464125_746612995378083_7224107148122289550_n

10464362_746612938711422_4897797668335530599_n

10487244_746612872044762_4602052904957500027_n

10351065_746612838711432_8989797964869973383_n

Alhamdulillah…majlis berjalan dengan lancar…banyak sungguh makanan….inshaAllah tahun depan nak buat majlis seperti ini lagi..inshaAllah…..best sangatttt!! Nak join? Kena jadi ahli Shaklee di bawah saya dulu ye…=)

pengedar shaklee malaysia_new

buka puasa

6 Cara Berbuka Puasa Ala Nabi Muhammad Saw

Written by Dila Roslan on . Posted in Article

Alhamdulillah….sudah 11 hari umat Islam berpuasa…tapi adakah puasa kita itu berkualiti? Adakah puasa kita mengikuti adab dan sunnah Rasulullah SAW?? Jom kita muhasabah diri..apakah 6 Cara Berbuka Puasa Ala Nabi Muhammad SAW….

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa”(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab (kurma basah).                                                                                                 Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.

3. Berdoa setelah berbuka puasa.

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda berdoa: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah. (Riwayat Abu Daud)

Kita boleh berdoa dengan-Nya doa apa saja yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah)

4. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air,

Ini digalakkan sekiranya makanan belum dihidangkan.

5. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.

Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).

Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah berdoa untuk mereka yang menjamu berbuka puasa.
Dari Anas r.a, “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat. (Riwayat Abu Daud).

 

Selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam…dan selamat menggandakan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini..

pengedar shaklee malaysia_new

MC Adilawati (224)

01.07.2012 – 01.07.2014 : Dua Tahun Yang Penuh Keajaiban

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Bisnes Shaklee, Shaklee Business Opportunity, Shaklee Products, Side Income, Suri Rumah 5 Angka, WonderMum Network

1 Julai 2012 

Saya secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Jurutera dan memilih untuk bersama keluarga. Ketika itu abah baru sahaja beberapa hari meninggal dunia pada pertengahan Jun 2012. Saya membuat keputusan untuk tidak bekerja supaya mudah untuk saya pulang ke rumah Mama yang keseorangan. Saya juga berharap agar lebih perhatian dapat diberikan kepada anak saya, Syafie yang sering terabai ketika itu. Masakan tidak, setiap hari ummi dan abinya pulang lewat dan seringkali dia yang terakhir di ambil dari Nursery.

Saya yang ketika itu baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Engineer Grade A, telah memilih bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan saya. Gaji ketika itu mencecah RM3,300 telah saya lupakan demi bonus Shaklee lebih kurang RM1,500.

 

1 Julai 2014

2 Tahun yang penuh keajaiban, penuh suka duka dan tawa ria telah berlaku..

Apa yang saya dapat pada hari ini?

…..Pendapatan jauh berganda daripada gaji dahulu..dan bonus Shaklee selalunya meningkat setiap bulan=)

….Setiap hari dapat datang ke rumah Mama dan menemani beliau

….Kehidupan ramai orang dibawah susur galur saya turut berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ada yang sudah mampu membeli kereta sendiri, membayar balik wang pinjaman dan membuat simpanan untuk keluarga.

….Anak-anak saya, Syafie dan Luqman dijaga sepenuhnya oleh saya sendiri. Kehidupan mereka lebih baik dan terurus, malah mereka gembira apabila mereka bangun setiap pagi melihat ummi mereka ada disebelah mereka..

Keputusan yang saya ambil dahulu telah mengubah bukan saja kehidupan saya seorang, malah kehidupan ramai orang disekeliling saya..Dan mimpi ngeri dahulu telah bertukar menjadi kenangan indah kini..

>> Apa akan jadi kalau dulu saya tidak mengambil peluang yang hadir cuma sekali?
>> Apa akan jadi kalau dulu saya tidak sabar dengan bonus Shaklee yang hanya satu pertiga dari gaji saya?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi ini adalah antara keputusan yang terbaik penah saya lakukan!

Kini saya tidak akan menoleh kebelakang lagi…masih ramai orang yang memerlukan bantuan…masih banyak kehidupan yang perlu disentuh….Saya yakin, semua dalam susur galur saya, WM Network bakal mengecapi kejayaan…bakal merasai apa yang saya rasa ketika ini..malah lebih lagi!!!

Saya amat mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama kami..dengan syarat anda bersedia untuk belajar dan rajin usaha serta mempunyai keinginan dan kemahuan untuk mengubah nasib diri anda!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)

MC Adilawati (224)

pengedar shaklee malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: