kataSetup vpsbelaian ciumantawafnovemberkapilari mengukuhkan 500mg octobergunamithali bapaVps windows

Archive for November, 2013

shaklee_diabetes

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Diabetes, Kesihatan

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:
TANDA-TANDA DIABETES1. Menghadapi masalah jangkitan yang kerap
seperti:-
– Kulit
– Gusi
– Jangkitan pundi kencing
◇ Penglihatan yang semakin kabur
◇ Luka lambat sembuh
◇ Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇ Rasa kebas di tangan atau kaki
◇ Tekanan darah tinggi mula hadir
◇ Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan
insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa

TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
– Adik beradik kepada pesakit diabetes
– Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
– Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
– Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
– Individu yang tindak bersenam
– Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta
mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
20 minit bagi setiap sesi dan bertambah
menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila
anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
penyakit diabetes dalam tubuh.

=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

♥B-Complex 
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

♥Sustaines Release Vita-C 500mg 
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.

=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===

♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah

♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur

♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy

♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan
berat badan, anti-penuaan

♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis

Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

keluarga muslim

10 Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga

10 Tips Menjadi Ibu Bapa Mithali
__________________________________________

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

 

keluarga muslim

promo nov vivix

Promosi Vivix kini kembali!

Written by Dila Roslan on . Posted in Antioxidants, Article

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera semua..Ptomosi Vivix kini kembali! Pastinya ramai yang teruja denga Promosi Vivix ini kan….Tonik hebat untuk anti-penuaan…

promo nov vivix

Tengok poster ni je dah nampak macam-macam keistimewaan bila beli Vivix Promo ni kan..Beli 6 botol vivix dan anda akan dapat:

  • PERCUMA 1 Botol Vivix bernila RM475
  • PERCUMA Keahlian Shaklee seumur hidup bernilai RM65
  • PERCUMA 2 Botol CoQHealth bernilai RM248
  • CASH Bonus RM241

Pendek kata, kesimpulannya, anda telah jimat RM1039!!

Haaa apa tunggu lagi…tawaran best ni hanya sah sehingga 30 November 2013…

Dapatkan vivix anda sekarang!!

 

pengedar shaklee malaysia_new

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: