Dedicated server floridaReliable web hostingbulanbulanTop ten vpsUnmanaged dedicated server hostingpuasa padaVps windowslembut

Archive for May, 2013

vivixku

Testimoni Vivix: Bantu Kurangkan Resdung Suami!

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni, Testimoni Vivix

Alhamdulillah, saya terbaca tentang Testimoni Vivix ni di blog kak Yati…memang agak teruja dengan kesannya….bila resdung yang dialami suami berkurangan apabila mengamalkan Vivix! sesungguhnya Dia jugalah yang Maha Menyembuhkan…Jom kita baca lebih lanjut lagi….

vivixku

 

Alhamdulillah..syukur!

Itulah yang saya rasa bila suami beritahu apa yang dia rasa selepas mengamalkan Vivix dengan konsisten selama 10 hari…sebenarnya dah lama saya bagi suami cuba Vivix. Tujuan saya nak bantu kurangkan resdung suami…kalau dulu bangun pagi hidung berair…bersin berkali-kali…alah pada perubahan suhu…maklumlah orang lelaki bukannya suka sangat nak makan vitamin (pil2) banyak2 ni…(^-^)

Tapi masalahnya suami kejap minum Vivix kejap tak…arini minum esok tak…tak disiplin..jadi camana nak nampak berkesan ke tidak kan…dan sebagai isteri saya perlu sentiasa ingatkan suami untuk minum Vivix. Kalau saya terlupa, suami buat-buat terlupa juga…heee…
Tapi sejak lepas raya aritu, saya perasan suami dah mula konsisten amalkan Vivix (mungkin dia dah rasa best Vivix agaknye)…dah tak perlu saya ingatkan, suami sendiri akan minum Vivix sebelum tidur. Apa yang saya perasan, selepas suami maintain minum Vivix setiap hari, nampak kesihatan suami makin stabil. Dah tak sok sek sok sek setiap pagi…dan nampak lebih bertenaga! Ceria selalu! Saya dah perasan, tapi saya diamkan jer..tunggu sampai tuan empunya badan bersuara.
Alih-alih petang semalam, sambil2 bawak anak2 jalan-jalan…suami dah bersuara! Alhamdulillah…syukur saya kesihatan suami dah semakin baik. Resdung dah semakin berkurangan. Dan yang seronoknya, pagi-pagi tadi suami dah siap mengarang testimoni diri sendiri di facebook. Thanks bang! (^_-)
testimoni suami sendri-vivix
Tiada yang lebih bermakna daripada melihat kesihatan orang yang tersayang kan….Nak belikan dan hadiahkan untuk ibu bapa, suami tersayang pun boleh….Alang -alang tengah murah sementara ada PROMOSI MEI ni, jom borong….Hubungi saya untuk harga istimewa!

Nur Adilawati

Hp/Whatsapp: 0133704341

Email: nur.adilawati@gmail.com

936149_10151624485072855_1196066818_n

Testimoni: Vivix & Diabetes

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Testimoni, Testimoni Vivix

Hebat penangan Vivix kali ni….ramai yang dah mencapai tahap kesihatan lebih baik dengan Vivix….ALhamdulillh…memang benar, sesungguhnyaAllah jua yang berkuasa menyembuhkan  sesuatu itu tapi kita sebagai manusia pun kena berusaha juga…ye tak?

Ini antara beberapa testimoni Vivix yang berkaitan Kencing manis/diabetes…

 

KES 1: Alhamdulillah dengan izin Allah, kawan saya telah mencuba vivix untuk ayah beliau yg menghidap diabetes. Hanya penggunaan 2 minggu yg membawa kepada perubahan besar serta sinar baru.

936149_10151624485072855_1196066818_n

KES 2:

ni umi saya. umur umi saya 55 tahun [lahir tahun 1958]

bermula vivix mac 2013. masa tu bacaan diebetes 29. huuuuuuu….seriau. takut kene inject insulin sendiri.

jadi, umi konsisten vivix+ ubat hospital

kalau ada sakit, ubat hospital jgn tinggal ye. shaklee sebagai pembantu, jangan 100% bergantung.
minggu lepas, umi cek darah, dah jadi 11. Alhamdulillah. dah lama x turun serendah tu. syukur

Credit

253209_628902033803946_2105167154_n

KES 3:

402235_441104869266220_733372759_n

Tu dia…boleh baca dan anda nilai sendiri…Vivix ni antar supplement Shaklee yang terkenal kerana khasiatnya yang begitu memuaskan…PRomo harga istimewa sehingga 31 hb ni sahaja…jom dapatkan sekarang!

Hubungi saya

Nur Adilawati

Hp/Whatsapp: 0133704341

Email: nur.adilawati@gmail.com

ayah lyna

Testimoni: Rambut putih beruban kembali hitam Setelah Amalkan Vivix

Written by Dila Roslan on . Posted in Anti-Aging, Article, Healthy Body, Kesihatan, Testimoni, Testimoni Vivix

Bulan ni promo Vivix…..saya yakin ramai dah hadiahkan Vivix-Sirap Istimewa Shaklee untuk ibu dan ayah tersayang….saya pun sama….moga-moga allah murahkan rezeki untuk hadiahkan mama Vivix setiap bulan..Petang ni saya nak kongsikan cerita ayah Puan Mommylyna yang dipetik daripada blog beliau...
ayah lyna
Saya membelikan ayah tercinta sebotol Vivix memandangkan beliau sering mengadu penat memandu jarak jauh (KB-KL) setiap bulan kerana menghadiri mesyuarat. Ya, perjalanan dari KB-KL-KB memang penat, mungkin kerana tiada lebuhraya.
Saya memberitahu ayah secara berseloroh “Ayah makan Vivix ni nanti ayah jadi muda balik, rambut pun hitam balik”, berdasarkan cerita yang saya dengar tentang rambut beruban menjadi hitam selpas mengambil Vivix .Pada mulanya saya pun tak berapa yakin bahawa Vivix boleh menghitamkan semula rambut ayah saya yang dah memutih sejak beliau muda lagi.
2 bulan kemudian ayah saya berkunjung ke rumah kami, dan saya perasan perubahan pada dirinya. Saya menegur Ayah “Rambut ayah dah nampak hitam-hitam lah!” Ayah sayatersengih dah berkata “Ayah bukan nak kata apa la.. tapi baru ni doktor ayah terkejut..” Terkejut apa pulak la ya. Setahu saya ayah saya tidak menghidap sebarang penyakit. Ayah saya menyambung “Ayah beritahu dia ‘Kalau nak buat program, tahun ini sajalah, sebab tahun depan saya dah pencen’. Dia tanya ‘Haji pencen umur 55 ya?’. Ayah kata ‘Bukan, tahun depan saya 58Doktor terkejut katanya Ayah tak macam umur 57 tahun pun” ujarnya dengan gembira.
Wah, sangat gembira sekali saya mendengarnya. Sebagai anak, siapa yang tak bahagia bila ibu bapa kita bahagia, lebih2 lagi ia datang dari benda pemberian kita.Jadi, Ayah saya yang mulanya tak berapa yakin juga dengan Vivix,kini pengguna Vivix yang konsisten.
.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

______________________________________________________ 

Alhamdulillah, sesungguhnya tiada yang lebih berharga daripada kesihatan ibu dan ayah…kepada anak-anak yang ada rezeki lebih, jangan lupa hadiahkan untuk insan tersayang anda…
Salam Hormat,
DILA ROSLAN
SMS/Tel/WhatsApp: 0133704341
baby

Memberi Bayi Makan- Bukan sesukar yang disangka

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Baby

Menyuap si kecil makan boleh menjadi hura-hara apabila tidak betul caranya. Kesabaran papa dan mama perlu tinggi ketika berhadapan dengan kerenah buah hati tersayang.

Sepatutnya masa makan anak-anak menjadi waktu yang dinantikan. Ciptalah waktu makan yang menyeronokkan kerana ia pasti akan memudahkan tugas anda.

baby

Janganlah memaksa mereka menghabiskan semangkuk bubur semata-mata untuk kepuasan anda. Ia hanya akan membuatkan si manja menjadi trauma dengan waktu makan.

Mungkin dengan mematuhi tip berikut, ia sedikit sebanyak membantu anda menjadikan masa makan lebih bermakna.

1. Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2. Makanan yang sesuai

Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasanya seakan-akan susu.

3. Tidak terlalu panas

Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4. Bersabar

Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5. Jaga kebersihan

Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6. Pastikan bayi lapar

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Sumber

DSC04734

Apa Hadiah Yang Sesuai pada Hari Ibu?

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Keluarga, Women's Health

Salam Ahad semua….Hari ni, Hari Ibu sedunia….jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu, mama, mak atau ummi….

mothersd ay

 

Kalau ada yang tak tahu nak beri hadiah apa untuk ibu tersayang, boleh berlikan Women Health Set..

DSC04734

 

Set cadangan daripada Shaklee ini mengandungi Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex…

Kebaikan:

1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menapause*
2. Menggalakkan kulit yang cantik*
3. Menggalakkan tulang yang kuat*
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
5. Melegakan sakit-sakit sendi*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Ahlan Wassahlan Ya Rejab

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Tips Rohani

Alhamdulillah, kita kini sudah memasuki bulan Rejab…bulan yang mulia disisi Allah …

Dalam bulan ni, kita digalakkan untuk perbanyakkan berdoa kpd Allah SWT..

doa-bulan-rejab

 

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w :

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

 

Sabda Nabi s.a.w :

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.

Sukalah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA’ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA’ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wallahu A’lam…

 

Selamat beramal~~

DILA ROSLAN
SMS/Tel/WhatsApp: 0133704341
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: