penjagarm108750 runcitdilatidakberlakuTop ten vpsbayiVps cpanel whmtadiWhat is the best web hosting service

Archive for April, 2013

med08shakenbaby

Bahaya Shaken Baby Syndrom (SBS) Yang Perlu Kita Ketahui…

Written by Dila Roslan on . Posted in Baby

Lama dah tak update website ni, terpanggil kali ini untuk kongsikan kisah benar yang saya baca di sini…semoga bermanfaat…..

___________________________________________________

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh.

Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.

SHAKLEE

Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ).

Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsifselepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). 

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang seriusAcute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut.

Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 med08shakenbaby
——————————————————————————

APA ITU SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan ataupergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

sbs1

 

 

images

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannyaketika marah atau penat menjaga bayi…..( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyaikecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. 

485394_570747826293195_493154646_n

 

PENCEGAHAN 

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kesdilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

images (1)

 

Semoga bermanfaat untuk semua….

 

Salam Hormat,

Dila Roslan 0133704341

902435_512820872087374_239630443_o

Promosi April 2013: Nutriferon

Written by Dila Roslan on . Posted in Article, Kesihatan

902435_512820872087374_239630443_o

 

 

 

Promosi bulan ni ialah Nutriferon…tingkatkan imunisasi anda dengan Nutriferon….Kenapa perlu beli bulan ni?

* Buy 6 Free 1
* Harga Runcit RM1087.50 (WM)/RM1147.50 (EM). Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa!
*Percuma keahlian Shaklee seumur hidup!
*Cash Bonus!

Hubungi saya Dila Roslan

SMS/Call/Whatsapp: 0133704341

Email: nur.adilawati@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: