sekurang-kurangnyaReliable web hostingjointSri lanka web hostingdermoidTop ten vpsnovemberbolehnovember 2014What is the best web hosting service

Archive for January, 2013

3 steps

3 Langkah Penting Memelihara Kesihatan Sendi

Written by Dila Roslan on . Posted in Bone Health, Kesihatan

Kesihatan sendi…sering diabaikan oleh ramai orang…Ramai tak tahu 3 perkara pernting dalam memelihara kesihatan sendi..

 

Langkah 1: Membantu Mengekalkan Tulang Rawan Yang sihat

Produk yang dicadangkan: Shaklee Advanced Joint Health Tablet…

khasiat dalam kandungan:

– Ekstrak Boswellia: Menyokong keselesaan sendi

– Vitamin C , Zink, Tembaga dan Mangan: Memelihara tisu penyambung yang sihat

– Ekstrak jagung: Meningkatkan kesan kusyen

 

Langkah 2: Mengurangkan inflamasi

Produk yang dicadangkan: Shaklee Omega Guard..

khasiat dalam kandungan:

– Omega-3 :

•Melambatkan degradasi tulang rawan
•Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
•Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

Langkah 3: Mengekalkan Sel Tulang yang Sihat

Produk yang dicadangkan: Shaklee Ostematrix…

Khasiat dalam kandungan:

Kalsium 1,000mg Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
Magnesium  400mg Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
Vitamin D 400IU Merangsangkan penyerapan kalsium
Boron Bantu dalam metabolisma tulang
Mangan, tembaga & zink Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

 

Sepanjang bulan Januari ini, anda boleh dapatkan Shaklee AdvancedJoint Health Tablet pada harga promosi…. PM saya untuk maklumat lanjut!…Sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur….MAsa yang sesuai untuk hadiahkan kepada ibu dan ayah tersayang…sesungguhnya tiada yang lebih bernilai daripada melihat kesihatan orang yang tersayang bertambah baik…Apalah sangat supplement yang tak sampai RM100 ni klau nak dibandingkan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu bapa kita kan…

DILA ROSLAN 0133704341

cyst2

Ovarian Dermoid Cyst – Salah satu jenis Ovarian Cyst

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Hari ini saya tertarik nak kongsikan info tentang Ovarian Dermoid Cyst….

Dermoid cyst atau teratoma matang adalah sejenis ketumbuhan pada ovari yang kerap terjadi pada wanita dan dengan kadar kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan ketumbuhan ovari. Ia bersifat ketumbuhan bukan kanser dan sering dijumpai di kalangan wanita muda. Kira-kira 10 peratus daripada kes-kes dermoid cyst didapati pada kedua-dua belah ovari.

Dermoid cyst adalah sista ovari yang agak aneh kerana ia mengandungi pelbagai jenis tisu di dalamnya. Tisu-tisu ini sebenarnya terjadi daripada satu sel tunggal yang mempunyai potensi untuk membentuk perbagai tisu di dalam badan seperti kelenjar peluh, rambut, tulang rawan dan juga gigi. Tisu tiroid dan gentian otot juga boleh ditemui pada cyst ini.

Pesakit dermoid selalunya tidak mengalami sebarang gejala dan diagnosa selalunya dibuat secara kebetulan seperti semasa pemeriksaan rutin pelvis. Walau bagaimanapun pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk sekiranya ia terbelit (torsion), pecah atau berlaku jangkitan kuman. Dermoid cyst sekiranya tidak dibuang, akan membesar dan boleh memberikan tekanan pada pundi kencing dan usus, seterusnya menyebabkan pesakit kerap kencing dan sukar membuang air besar.

Rawatan selalunya melibatkan pembedahan untuk membuang dermoid cyst sahaja. Sekiranya ia telah terlalu besar dan keseluruhan ovari sudah terjejas, pembedahan membuang ovari yang terlibat akan dilakukan. Pakar bedah selalunya menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan menggunakan alat-alat kecil melalui tebukan kecil pada perut) atau laparotomi (pembedahan biasa). Bagaimanapun ia bergantung kepada saiz dan lokasi dermoid serta kemahiran pakar bedah itu.

Dermoid cyst juga kerap ditemui pada wanita hamil dan diagnosa selalunya semasa pemeriksaan Ultrasounds di awal kehamilan. Sekira cyst bersaiz kecil biasanya tidak akan memberikan masalah kepada kehamilan atau menjejaskan kesihatan bayi, tetapi jika ia terlalu besar, Dermoid boleh menyebabkan komplikasi semasa proses bersalin dan pembedahan cesarean mungkin akan disarankan.

Pembuangan Dermoid tidak seharusnya menjejaskan kesuburan wanita sekiranya cuma tisu dermoid sahaja yang dibuang atau salah satu ovari sahaja yang terjejas. Wanita masih berovulasi seperti biasa dan kitaran haid sepatutnya tidak terjejas selepas pembedahan.

Dermoid cyst berpotensi untuk tumbuh kembali dan dalam kes yang sangat jarang, ia boleh bertukar menjadi barah. Oleh itu sebaik-baiknya pesakit dinasihatkan untuk memantau kehadiran cyst ini dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin.

credit

ovarian_cyst_besar

Apa Itu Ovarian Cyst & Bagaimana Ia Menjejaskan Kesuburan

Written by Dila Roslan on . Posted in Kesihatan

Minggu lepas ramai yang beli Shaklee GLA Complex daripada saya…kebanyakannya melibatkan kes cyst, tak kurang juga untuk masalah haid tidak teratur, hormon tidak seimbang, nak hilangkan parut dan ikhtiar hamil…Jom kita baca apa itu Ovarian Cyst..

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita. Supplemen yang dicadangkan ialah Shaklee GLA Complex yang dapat membantu mengawal selia hormon lelai dan wanita.

credit

739691_473708489331946_2139779365_o

Written by Dila Roslan on . Posted in Bone Health, Shaklee News, Shaklee Products

Mulakan tahun baru anda dengan azam baru dan tubuh badan yang lebih sihat, tiada lagi sakit sendi ..

 

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

 

Berminat? Hubungi saya…

Dila Roslan 0133704341

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: