countriescuba boleh simple(untuk susuterbaik makananmengagumkan…Voip vpsother complicatedpopulation-based accordingWhat is the best web hosting service

Archive for February, 2011

NEW esp

Breastcancer.org says: Soy Safe For Breast Cancer Survivors

Written by WonderMum on . Posted in Kesihatan, Tips Sihat

Soy consumption appears to be safe, and potentially even protective, for women with breast cancer despite fears about estrogen-like effects, according to a population-based study.

Soy foods have a lot of isoflavones, which are weak estrogen-like compounds found in plants. Because estrogen can promote the development, growth, and spread of breast cancer, doctors have worried that eating a lot of soy foods or soy isoflavones (which can be taken as a dietary supplement) might worsen the prognosis of women diagnosed with breast cancer. The study reviewed here found that Chinese women diagnosed with breast cancer who ate a diet rich in soy foods had a lower risk of dying of breast cancer and a lower risk of breast cancer coming back (recurrence) compared to women diagnosed with breast cancer who didn’t eat a lot of soy.


In this study, researchers looked at the medical histories and soy consumption of 5,042 Chinese women (age 20 to 75) diagnosed with breast cancer. Over 4 years of follow-up, 444 of the women died and 534 had breast cancer come back. The researchers found:

  • women who ate the most soy (more than 15.3 mg of soy protein or more than 62.3 mg of soy isoflavones per day) were 21% to 29% less likely to die from breast cancer compared to women who ate the least soy (less than 5.3 mg of soy protein or less than 20 mg of soy isoflavones per day)
  • women who ate the most soy had a 23% to 32% lower risk of recurrence compared to women who ate the least soy

Some women in the study were taking tamoxifen, a hormonal therapy medicine that blocks the effect of estrogen on breast cancer cells. Tamoxifen is often prescribed to lower the risk of recurrence in women diagnosed with early-stage, hormone-receptor-positive breast cancer. Surprisingly, the women not taking tamoxifen who ate the most soy seemed to have a better prognosis than women who took tamoxifen and ate the least soy.

The results suggest that a diet rich in soy doesn’t worsen prognosis in women diagnosed with breast cancer and may offer some protection against recurrence.

Soybeans are the most widely used, least expensive, and least caloric way to get large amounts of protein with very little fat and no cholesterol. You can eat soybeans in many forms, including tofu, the beans themselves (also known as edamame), soy milk, miso, and soy powder. Asian women typically eat much more soy than women in Western countries (about 10 times more). Still, other research has shown that Asian women have lower rates of hormone-receptor-positive breast cancer than women in the United States.

The relationship between soy and breast cancer prognosis is complicated by other factors. Most women living in Asia depend on soy as their main source of protein. They consume only small amounts of beef, chicken, and pork — which means less animal fat and other possibly unhealthy substances (such as growth hormones and antibiotics) in these animal protein sources. Also, compared to the average woman in the United States, the average Asian woman:

  • eats more fresh vegetables
  • is closer to her ideal body weight
  • is more physically active
  • is less likely to consume large amounts of alcohol

All of these other factors add up to produce a healthier lifestyle and may have contributed to the better breast cancer prognosis seen in the Chinese women in this study who ate the most soy.

Original article can be viewed at: Breastcancer.org

Wonder Mum suggests Shaklee – Energizing Soy Protein (ESP)

NEW esp

breastfeeding-close-up

Ibu tak ada susu?..

Written by WonderMum on . Posted in Article, Baby, Breastfeeding, Breastfeeding Set (Set Bersalin), Kesihatan

“Memang jenis susu cepat kering, memang dari anak no 1, memang fesyen badan mcm tu.”
“Saya ni genetik susu sikit, mak saya, mak cik-mak cik semua pun susu sikit. Jadi memang kena bagi susu formula.”
“Tak bagi susu badan, sebab tak ada susu.”

Ini adalah di antara respon dari ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif. Persoalannya, benarkah akan ada ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anaknya secara eksklusif? Adakah penyusuan ibu itu satu rezeki di mana akan ada ibu-ibu atau anak-anak yang ‘tiada rezeki’ memberi dan menikmati susu ibu?

Hakikatnya, semua ibu-ibu yang mengandung itu mampu menghasilkan susu dan menyusukan anak-anaknya. Begitu juga ibu-ibu yang tidak mampu mengandung, dengan kaedah yang betul (induce lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak angkatnya.


Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon.Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis IIjuga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan prosesLactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi

Tidak banyak susu ibu

Dari segi saintifik, diakui akan ada ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri, seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini biasanya mempunyai low mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.

Susu cepat kering

Penghasilan susu adalah berdasarkan demand vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa 1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi. Selain dari hormon prolaktin dan oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaituFeedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.

Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu mampu melakukannya.

Oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, PCPA, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

ama_children_breastandbottlefeeding_lev20_breastfeeding_jpp_01

Penyusuan Susu Ibu

Written by WonderMum on . Posted in Baby, Breastfeeding, Kesihatan

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds


Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

keen~

|

simple.. boleh cuba ni.. ^_^

mama

|

ngeri juga gmbr keputihan tu.tp benar..

Dieyna

|

ESP yang mengagumkan…

%d bloggers like this: