Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks, a business unit of Nuevvo Webware Ltd.

LOKASI SAYA...

Untitled document

ShakleeIDLogoColor-1

Saya adalah pengedar sah Shaklee dan COD di kawasan berikut:
Ampang, KLCC, Kampung Pandan, Desa Pandan, Pandan Jaya, Pandan Indah, Maluri.

Hubungi saya Dila Roslan di 013-3704341 
atau e-mail di nur.adilawati@gmail.com.

ShoutBox!

TWIT TERKINI

about 1 day ago Hadiah Istimewa Untuk Wanita..: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untitled documentSalam Jumaat p... http://t.co/XOwLOfJq
16 Apr 2012 Sayang…Bahagiakah Kita?: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untitled documentSekadar muhasabah unt... http://t.co/xwkcTUXi
16 Apr 2012 Saya Mengandung..... Bolehkah saya makan Shaklee ni?: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untitled ... http://t.co/igc5p3GD
11 Apr 2012 9 Tips Untuk Mengelakkan Obesiti di Kalangan Kanak-kanak: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untit... http://t.co/yqBFzipf
8 Apr 2012 Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untit... http://t.co/Yye1BSgP
4 Apr 2012 6 Sebab Mengapa Anda Perlukan Meal Shakes: xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">; Untitled document 6 ... http://t.co/rntFlFdu

'LIKE' US!

SUBSCRIBE OUR NEWSLETTER

Tidak mahu ketinggalan dengan Promosi Jualan dan Tawaran Istimewa dari WM Shoppe? Daftar email anda untuk Newsletter kami!..

ABOUT ME...

Untitled document

DSC03805_200x162

Saya seorang wanita, isteri dan ibu berkerjaya yang amat berpuas hati dengan rangkaian produk kesihatan jenama Shaklee. Bagi saya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga. Semoga laman web ini dapat dijadikan medan ilmu, laman muhasabah untuk semua selagi kita bergelar hamba yang kerdil…

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."



Lokasi Pengunjung

Top 10:
Malaysia flag 52%Malaysia (6265)
United States flag 12%United States (1424)
China flag 8%China (904)
Russia flag 4%Russia (474)
Japan flag 3%Japan (421)
Ukraine flag 3%Ukraine (413)
Canada flag 2%Canada (184)
Germany flag 1%Germany (176)
Brazil flag 1%Brazil (151)
Korea (South) flag 1%Korea (South) (128)
12037 visits from 89 countries

You Are Here

Utama

Healthier Life For Everyone
Friday, 18 May 2012 13:05

Hadiah Istimewa Untuk Wanita..

Written by Dila
Untitled document

Salam Jumaat penuh berkat....rasanya lama sungguh saya tidak menulis di Website ni....maklumlah, agak sibuk dengan urusan pindah rumah....Namun begitu, masih belum terlambat untuk anda merebut promosi yang sedang berlangsung di Wondermum...=)

Sempena dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru Mei ini, kami menawarkan Special Gift Set untuk dihadiahkan kepada ibu, isteri, anak atau cikgu anda!

Premium Women's Health Set mengandungi:

  • GLA COmplex
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Apakah kebaikan set ini?

  1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menopous
  2. Menggalakkan kulit yang cantik
  3. Menggalakakan tulang yang kuat
  4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  5. Melegakan sakit-sakit sendi

Jadi, apa tunggu lagi? dapatkan harga istimewa anda untuk set ini hari ni juga..Tawaran harga runtuh sehingga 31 Mei 2012 sahaja...=)

Berminat?Sila hubungi saya di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau sms di 0133704341 utk harga istimewa!!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Luv,

Wondermum

 

Monday, 16 April 2012 23:17

Sayang…Bahagiakah Kita?

Written by Dila
Untitled document

Sekadar muhasabah untuk suami dan isteri...

_________________________________________________

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...

"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.

Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.

Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?

Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?

Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

- Artikel iluvislam.com

Sunday, 15 April 2012 23:53

Saya Mengandung..... Bolehkah saya makan Shaklee ni?

Written by Dila
Untitled document

Soalan ni  memang popular di kalangan ibu mengandung...Jawapannya, YA!..tentu sekali =)

Perlukah Supplemen semasa mengandung? Sejujurnya, memang perlu! Yelah, klau dah loya dan tak lalu makan, susu pun tak lalu nak minum, makan pun tak berapa nak selera, badan kita pastinya kekurangan nutrisi yang diperlukan semasa mengandung...Di sinilah peranan supplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi yang diperlukan badan...

Jadi, ibu mengandung boleh dapatkan cadangan Euphoria Pregnancy Set daripada kami...

Pregnancy Set (1st Trimester) mengandungi:

  1. B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix

Pregnancy Set (1st Trimester) mengandungi:

  1. B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix
  5. Omega Guard

Tentunya set ini lebih lengkap jika diambil bersama-sama Energizing Soy Protein atau Meal Shakes kerana protein adalah kumpulan asas utama dalam pembentukan sel....

Berminat?Sila hubungi saya di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau sms di 0133704341 utk harga istimewa!!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Luv,

Wondermum

Page 1 of 8

Login Form

CAWANGAN SHAKLEE

Untitled document
Shaklee HQ*(Peta) 
*Klik Link Untuk Peta Lokasi.

JA-3A-02, Empire Tower,
Empire Subang, Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor.

Contact: 03-56223188
KL Branch*(Peta) 

31, Jalan 2A/27A,
Section 1, Wangsa Maju, Setapak, KL.

Contact: 03-41426442
Penang Branch*(Peta)

A-2, Jalan Todak, Pusat Bandaraya,
Seberang Jaya , Perai.

Contact: 04-3974325
Ipoh Branch*(Peta)

32, Medan Istana 1,
30000, Bandar Ipoh Raya , Ipoh .

Contact: 05-2418260
Johor Bahru Branch*(Peta) 

14, Jalan Molek 1/10 Taman Molek,
Johor Bharu, Johor.

Contact:07-3525188
Kota Kinabalu Branch*(Peta)

Lot 7, Ground Floor, Wisma Damai Point,
Jalan Damai, Luyang, Kota Kinabalu.

Contact: 088-272087
Kota Bharu Branch*(Peta)

319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Contact: 09-7478688